Total Pageviews

Ada Kedai Makan Baru Kat Bandar Kinrara..Jom Try..

14:13

Semalam k.fiezz & mr hubby keluar lepas waktu kerja, nak pi cari barang untuk tv baru..eh..tv baru..nnti k.fiezz share pasal tv ni..so dah kebetulan keluar tu time makan malam, k.fiezz & mr hubby decide makan malam kat luar je la..pi beli barang dulu...lepas dah dapat barang, baru pi makan kat kedai..

nak cari kedai makan pun satu hal..area KL ni susah sikit nak cari tempat makan sedap, murah dan best..terutama kat sekitar tempat kitaorang stay ni...tue yang k.fiezz & mr hubby jarang-jarang keluar makan kat luar...dan ni juga reason k.fiezz gigih balik kerja, bersilat pulak kat dapur...

Ni dah kebetulan keluar, meh la kita cari je tempat makan yang dekat dengan area rumah...

cari punya cari, ternampak satu kedai makan ni..tak penah nampak pulak sebelum ni..eh..ke kitaorang yang dah lama tak round area situ...tengok kedai tu dari jauh, nampk cantik,curlass..masa tu ramai pun orang..dan kebetulan juga masa kitaorang masuk kat sini, ada ternampak macam orang buat penggambaran..masa budak yang amik order kitaorang datang nak amik order, k.fiezz pun mula la kan busybody..hehe..saja tanya budak tu, ada orang buat shooting drama ke?upenya bukan..Jalan Jalan Cari Makan tengah shoot..lepas tu baru k.fiezz nampak kereta TV3, betul-betul depan meja kitaorang ni sebab kitaorang duk kat belah luar...sebelum tu tak pasan..haha..k.fiezz ko ni memang..nama je ada extra dua mata..tapi jenis tak perasan sangat menda sekeliling...haha

MIOs Bandar Kinrara

so tempat makan kitaorang yang jadi pilihan ni di MIOs Bandar Kinrara..tanya budak yang amik order, dah lama ke kedai ni?kata dia dah lama..oopsss...kitaorang la yang dah lama tak keluar jenjalan area sini..hehe...

Meh tengok kitaorang makan apa kat sini?


www.fiezasani.xyz

Sementara tunggu makanan sampai...Let's wefie..hehe


www.fiezasani.xyz

Port makan yang jadi pilihan semalam


www.fiezasani.xyz

Suasana kedai yang bersih...cantik...kemas..first impression k.fiezz kat kedai ni...
kalau nak bergambar pun cun gak ni sebab ada sudut-sudut yang menarik...


www.fiezasani.xyz

Ni kat bahagian luar...Nampak tak 
yang kerus jenis empuk cam sofa tu..next time nak duk kat situ plak..feel orang ada-ada duk kat situ...hehe...


www.fiezasani.xyz

Menu pilihan mr hubby..hehe...


www.fiezasani.xyz

Menu pilihan k.fiezz...

SEDAP ke IDAK?


Review - makanan dia okey la..boleh la di makan..ada rasa..cuma nasi goreng mr hubby tu memang kosong tau..tak ada sayur..tak ada telur atau apa-apa rencah dalam dia...harapkan  udang galah tu je la...mr hubby membebel gak semalam, nasi goreng dia kosong..so k.fiezz buat lawak 'tu hah..tepi tu kan sayur..amik nasi, gigit sikit sayur'..haha..

Menu k.fiezz pulak..okey jugak..ayam penyet ni yang penting, sambal dia tu..kalau sambal sedap, memang onzz la...so sambal dia sedap...ada rasa...sup pun ada rasa cuma  belah dalam ayam tu cam tak baper masak lagi..ada bahagian yang merah-merah  lagi..huhu...

air - k.fiezz amik jus epal..mr hubby epal asam boi..untuk air, okey la..tak ada masalah..cuma semalam k.fiezz request jus epal tu kurang manis..tapi tak tau la budak tu tak mention kot dalam order dia...sebab still rasa manis, air epal k.fiezz tu...


MENU APA LAGI ADA KAT MIOs BDR.KINRARA?

Selain dari menu yang kitaorang pilih ni, majoriti menu kat sini jenis western..tapi semalam kitaorang pilih yang dua ni..tapi dengan harga dia ni, next time kitaorang order western la..berbaloi sebab dah harga dia agak mahal juga..so better la amik yang mahal je..hehe

Kalau nak cuba makanan kat sini, alamat kat bawah - 

No.29-G, Jalan BK5A/2
47180 Bdr.Kinrara, Puchong
Selangor D.Ehsan


total makan kat MIOs semalam 

Jus Epal (Saiz Medium) - RM5.00
Jus Epal Asam Boi (Jumbo) - RM8.00
N.Goreng Udang Galah - RM19.80
N. Ayam Penyet  - RM9.90
Services Tax (6%) - RM2.56

Total - RM45.25

You Might Also Like

8 Comment

  1. kedai baru,wajiblah terjah kan.kalau tak ,kita tak taulah kedai makan tu ok ke tak..next time boleh terjah kalau sedap

    ReplyDelete
  2. nasi goreng tu ternampak udang galah macambest. sekali kosong pulak nasi dia ye !

    ReplyDelete
  3. Nasi goreng kosong tu rasa mahal kan, udang pun seekor ja .. Hurm..

    ReplyDelete
  4. subahanallah kak fizzzzzzzz.. tempat atie lepak bila malas masak nih kak.. hee~ dekat nye kita kan..

    ReplyDelete
  5. Sedapnya nasi goreng tu dahlah my fav food

    ReplyDelete