Total Pageviews

Ada Baucer.Kita Pi Redeem la..

16:29

Sesekali layan Nando's..walaupun k.fiezz tak berapa gemor sangat Nando's ni sebab sos dia semua tak kena kat tekak..nasib haritu pi kat Nando's Bangsar ni ada sos tomato..penyelamat la...menu-menu dia okey je untuk k.fiezz..cuma sos tu je kureng sikit..ikut selera k.fiezz la..orang lain okey je..tekak ni ngengada sikit nak pedas-pedas..selera Malaysia gitooo..

REDEEM BAUCER

dah tak suka sos dia, awat pi makan kat Nando's ni, k.fiezz oooi?haha kisahnya k.fiezz ada baucer RM30 Nando 's, expired 31hb ni..so dari membazir je baucer tu, moh la kita pi redeem kat Nando's la..mana lagi..takkan nak redeem kat Kepci, Mekdi kan..haha..okey, tak kelakar..

Kebetulan adik k.fiezz & wife dia datang ke rumah masa cuti krismas baru ni..dan memandangkan kat rumah, bahan basah dah habis..ada tinggal 2 ekor je ikan sardin..takkan nak goreng, share 4 orang..haha..jadi moh la kita pi dinner kat luar...

NANDO's BANGSAR VILLAGE

Cari punya cari dalam website Nando's, cawangan kat area rumah k.fiezz..Ingat nak ke Sunway punya cawangan..pas tu adik k.fiezz bitau kat Bangsar Village pun ada Nando's..Dia kerja area situ, dia tahu la kat situ ada..masa k.fiezz cari dalam website Nando's, tak nampak plak ada kat Bangsar...

sokay..sokay..kita ke bangsar village la untuk dinner haritu...


www.fiezasani.xyz
Nampak sangat tak menyabar adik ipar k.fiezz nak makan..dia punya pegang pisau..haha

Cuba Smoky Peri-Peri Chicken

Mula-mula kitaorang nak amik set yang untuk 4 orang makan..staff yang amik order kitaorang suggest kan set untuk 4 orang >> Smoky Peri-Peri Chicken yang ni sebab dah sekali dengan air..Bila kira-kira, kalau kitaorang pilih yang set asal kitaorang nak tu pun, air kira lain..so total pun dekat 3 angka..so amik je la set ni...

Ada apa dalam set ni?

1 Whole Chicken (flavour smoky / bbq)..kitaorang amik smoky, tak pedas
4 Air (boleh refill) (Pilih antara Coke, Coke W/out Sugar, Minute Maid Orange, Ice Lemon Tea)
Pencuci mulut (brownies / cake)
4 hidangan tepi (side dish) - small size @ 2 side dish (medium size)
**pilih nak yang kecil atau sederhana..kitaorang amik 4 yang kecik so sorang satu pilih hidangan tepi memasing*

Sumber Gambar - Nando's

SEDAP ke IDAK?

Subjektif sedap ke idak ni..ikut la selera memasing..ikut tekak k.fiezz ni sedap je cuma satu je la sos dia k.fiezz tak baper gemor sangat..nasib ada sos tomato..dah semua sos dia masam, baik la k.fiezz pilih sos tomato je...

Harga Set Smoky Peri-Peri Chicken ni RM99.00, tapi tolak diskaun RM30 yang k.fiezz dapat baucer tu, jadi jumlah dibayar cuma RM69.00..

You Might Also Like

6 Comment

  1. SA nyer Voucher dah settle redeem dah....

    ReplyDelete
  2. Habis makan tak? ... Tapi nampak set tu mcm best.

    ReplyDelete
  3. Rindu pula nak makan kat Nando's.

    ReplyDelete
  4. Sy pn mkn nandos lunch td. Oakai voucher utk redeem 1/4 chick. Just beli air je. Jimat lunch td hehe

    ReplyDelete
  5. Tak pernah try lagi nando's ni

    ReplyDelete
  6. alaaa nak jugak voucher nandoooos huwaaaa T.T

    ReplyDelete