Total Pageviews

Milk Peel Cream Mask ni Buatkan Kulit Lembut Macam Baby, Uolls

12:08


Menda yang elok kena la kongsi dengan orang lain...Ni Milk Peel Cream Mask dari Althea yang k.fiezz baru cuba semalam...yea..dapatnya bulan lepas..bulan ni baru rasmi guna..apa ke busy benor k.fiezz oooi..bukan busy sangat pun, lebih kepada malas benornya tau...jangan follow perangai malas k.fiezz ni kalau nak muka cantik dan lembut sehalus kulit bayi...haha..

Kita ni biasakan dengan penyakit M tu...tapi nak muka cantik..licin..gebu..acane nak dapat hasil kalau malas...Ni k.fiezz nak share untuk orang yang malas pun boleh tau guna Milk Peel Cream Mask dari Althea ni...sebab nak guna dia semudah A,B,C..Kebiasaan kita ni malas nak ber mask bagai ni sebab leceh kan..kena tunggu kering..tak leh nak bercakap..ketat je muka...

MILK PEEL CREAM MASK dari ALTHEA

Dengan Milk Peel Cream Mask Althea ni, tak perlu risau...tepek tepek tepek..ratakan ke seluruh muka...dan tunggu dia bertukar dari bentuk macam tanah liat jadi ke buih-buih geli..haha..geli k.fiezz?yea..geli sikit korang masa proses bertukar ke buih ni..tapi jangan risau tau..geli bukan sebarang geli..tapi geli mengeluarkan sel-sel kulit mati dari muka kita ni..Menjadikan muka kita bersih dan licin lepas tu...

Apa yang sebabkan Milk Peel Cream ni best?

- Mask ni menjadikan proses pengelupasan berubah dari tekstur tanah liat ke buih-buih geli..hehe

- Mengandungi ekstrak protein susu untuk melembapkan dan menyegarkan semula kulit muka kita..patut la bau dia cam ada bauan susu..sedap bau dia..lembut je...

- Diformulakan dengan AHA & BHA  yang berkesan menghapuskan sel-sel kulit mati


www.fiezasani.xyz

MILK PEEL CREAM MASK (50ml) - RM36.00

Sesuai Untuk Kulit Jenis Apa Ni K.Fiezz?

Semua jenis kulit uolls..tak kisah la kulit korang berminyak, kombinasi,kering...tapi korang nak mengatasi masalah liang pori besar, kulit kasar, kulit yang perlukan lembapan,kulit rasa kusam..kalau korang ada masalah-masalah ni, korang boleh cuba Mask Peel Cream Mask dari Althea ni untuk mengatasi masalah-masalah ni..



www.fiezasani.xyz

Ada Apa Dalam Milk Peel Cream Mask ni?

1. Ekstrak Protein Susu - Melembapkan dan menguatkan kulit
2. AHA & BHA - Mengelupas sel-sel kulit mati dengan lembut untuk menjadikan kulit muka licin
3. Kaolin - Detox dan mengeluarkan kotoran dari liang-liang pori wajah

Dah Cuba ke K.Fiezz?


Eh..dah la uolls..best sangat..Lembutnya kulit k.fiezz lepas guna milk peel cream mask ni..sonok plak cubit pipi sendiri..terasa bouncing gitoo..haha...korang dah cuba..best tau..jom la cuba beramai-ramai...harga pun mur mur je..boleh tahan lebih dari sebulan tu..kita bukan guna mask hari-hari...seminggu sekali...So kan...dengan 50ml boleh tahan lebih dari sebulan (terpulang pada cara penggunaan)..Lepas ni k.fiezz memang setia dengan milk peel cream mask  ni je la untuk pastikan kulit muka k.fiezz sentiasa lembap dan nampak muda sentiasa...hehe..Bila muka bersih, licin, tak kusam..harus la  menaikkan self confidence bila berdepan dengan orang ramai terutama macam k.fiezz ni yang bekerja...eh..untuk mr hubby juga...tu yang penting...hehe..

Cara Guna - korang boleh rujuk video kat bawah ni..tak susah pun...lepas ratakan milk cream peel mask ni kat keseluruhan muka, cuma biarkan untuk 30-60 saat sampai tekstur tanah liat bertukar ke buih-buih geli...korang jangan cuak plak, amenda la menda gerak-gerak kat muka ni...ingat ulat ke apa..haha..buih-buih tu fungsinya untuk keluarkan sel-sel kulit mati kat muka kita ni, jadi biarkan proses tu & lepas tu baru cuci dengan air suam atau air biasa...terpulang la..k.fiezz guna air biasa je...



Nak beli kat mana, k.fiezz? 

kat sini >> https://my.althea.kr/milk-peel-cream-mask

You Might Also Like

8 Comment