Total Pageviews

althea

Althea Kolaborasi - Real Fresh Skin Detoxer x Get It Beauty

19:56

Kalau korang pernah baca entry Althea k.fiezz yang melambak pasal produk2 dari Althea Korea, mesti korang perasan produk REAL FRESH SKIN DETOXER  ni.. 

Ecece, feeling sgt la org perasan.. Hehe.. Sokay, sokay kalau tak perasan, meh k.fiezz story mory semula..

Kolaborasi Althea x GET IT BEAUTY

Untuk yang tak tahu, althea korea dan program tv yang popular di korea iaitu Get It Beauty telah berkolaborasi untuk produk Real Fresh Skin Detoxer ni. Dan kolaborasi ni mendapat sambutan yang menggalakan.Bintang KPop Star Jeonghwa dari Kumpulan EXID menjadi peminat produk ni..

Korang boleh check it out kat video kat bawah ni.. 



Menggunakan Ekstrak Semulajadi

K.fiezz sendiri memilih produk2 dari Althea kerana bahan2 yang digunakan berasaskan dari tumbuhan/bahan semulajadi. 

Real Fresh Skin Detoxer ni, untuk ROSE menggunakan ekstrak rose dari Perancis yang berfungsi untuk mengawal keseimbangan tahap pH pada kulit dan melembapkan kulit. Dalam kandungan untuk haruman Rose ni, korang boleh nampak kepingan2 ros yg digunakan dan harumannya memang menyegarkan. Sesuai digunakan di waktu pagi.. 


Manakala Green Tea menggunakan daun teh hijau dari Kepulauan Jeju yang mengandungi vitamin C lebih tinggi dari buahan citrus(Lemon) dan bertindak membersihkan kotoran pada kulit, mengawal minyak dan bagi yang berkulit sensitif,jangan risau sesuai untuk guna kerana ia meredakan kerengsaan kulit. 
Untuk green tea ni, sesuai guna pada waktu malam sebelum tidur kerana meningkatkan proses regenarasi semulajadi kulit untuk membersihkan kulit & bersedia berehat waktu kita sedang tidur. 




FUNGSI REAL FRESH SKIN DETOXER 



Fungsi Real Fresh Skin Detoxer sebagai mask dan juga cleanser, memang menjadi pilihan k.fiezz selain dari menjimatkan masa.. Selalu nak guna mask ni cam leceh je kan.. Kena tepek.. Tunggu beberapa minit.. Ni 10 saat je dengan Real Fresh Skin Detoxer, dan tadaaa hasilnya kulit selembut bayi gitoo.. Haha.. 

Hasil Penggunaan Real Fresh Skin Detoxer? 

K.fiezz suka bangattt.. Lembut kulit i, lepas guna.. Hehe.. Walaupun cuma perlukan 10 saat tapi hasil dia sangat best. Memang terasa kelembutan kulit. Nampak lebih fresh setiap kali lepas guna.. 

Bau dia pun sedap, terutama yg green tea tu.. K.fiezz suka giler green tea.. 

Eh.. K.fiezz, nama dia kata Detoxer.. Apa yg di detoks nya? Hah, dengan urutan 10 saat tu, ia membantu menggalakan peredaran darah dan detoksifikasi melalui urutan di kawasan muka kita.. Tu yg buatkan muka kita nampak fresh je.. 

Cara Guna - 

1) Remove make up, dan kemudian diikuti dengan Real Fresh Skin Detoxer ni.. Rose waktu pagi, Green Tea, waktu malam.. Cuma urut 10 saat dan bilas seperti biasa.. 

Di mana nak dapatkan Real Fresh Skin Detoxer ni? 


Dapur FiezaSani

Dapur FiezaSani - Ayam Masak Palembang

12:02

Dah kata suka cuba resipi baru..eh, suka ke?ke malas atau bosan asik menu yang sama..haha..haritu ternampak kat FB, ada orang share resipi ayam masak palembang ni..hmm..ayam masak palembang..tengok cara masak & bahan-bahan dia..

okey, simple..lulus..

meh la kita cuba..

AYAM MASAK PALEMBANG

Bahan-Bahan 

3 labu bawang besar (dikisar)
8 ulas bawang putih (dikisar)
2 inci halia (dikisar)
3 keping asam gelugor
Segenggam daun kari
Kicap manis secukupnya
Kiub pati ayam(pilihan)
1-6 sudu besar cili kering dikisar(boleh letak lebih kalau nak lebih pedas), k.fiezz letak 2 sudu besar je sebab cili kering k.fiezz jenis pedaih...
Santan secukupnya(k.fiezz guna separuh kelapa)
Sekilo daging ayam dipotong sederhana kemudian digoreng separuh masak
Serbuk perasa (x guna)..


www.fiezasani.xyz

Cara Masak -

1) Ayam digoreng terlebih dahulu sehingga separuh masak..(sebelum goreng, gaulkan dengan serbuk kunyit & garam)
2) Tumis bahan kisar sampai air kering, kemudian masukkan cili kisar. Kacau-kacau sekejap & biarkan sehingga pecah minyak
3) Masukkan kicap manis
4) Masukkan pula ayam yang dah digoreng tadi, diikuti dengan santan
5) Masukkan asam keping, daun kari & kiub pati ayam (kalau ada)
6) Biarkan sampai ayam empuk. Tambah air & kicap.Kalau kurang, masukkan garam sikit..
Untuk kicap, k.fiezz guna kicap lemak manis. Jadi k.fiezz tak letak gula sebab rasa manis tu dah ada dari kicap..
7) SIAP..

Hasil Ayam Masak Palembang

Memandangkan pertama kali k.fiezz mencuba ayam masak palembang ni, rupa dia macam ayam masak kicap..mr hubby k.fiezz ingatkan ayam masak kicap memula..haha..k.fiezz iyakan je la..dari segi rasa, untuk k.fiezz yang tak pernah rasa ayam masak kicap ni, sedap jugak..more rasa kicap sebab kita guna kicap sebagai bahan utama...

nak tahu sedap ke idak?cuba la sendiri..hehe..Cara masak dia pun very da simple...

Jalan-Jalan Cari Makan

Ada Baucer.Kita Pi Redeem la..

16:29

Sesekali layan Nando's..walaupun k.fiezz tak berapa gemor sangat Nando's ni sebab sos dia semua tak kena kat tekak..nasib haritu pi kat Nando's Bangsar ni ada sos tomato..penyelamat la...menu-menu dia okey je untuk k.fiezz..cuma sos tu je kureng sikit..ikut selera k.fiezz la..orang lain okey je..tekak ni ngengada sikit nak pedas-pedas..selera Malaysia gitooo..

REDEEM BAUCER

dah tak suka sos dia, awat pi makan kat Nando's ni, k.fiezz oooi?haha kisahnya k.fiezz ada baucer RM30 Nando 's, expired 31hb ni..so dari membazir je baucer tu, moh la kita pi redeem kat Nando's la..mana lagi..takkan nak redeem kat Kepci, Mekdi kan..haha..okey, tak kelakar..

Kebetulan adik k.fiezz & wife dia datang ke rumah masa cuti krismas baru ni..dan memandangkan kat rumah, bahan basah dah habis..ada tinggal 2 ekor je ikan sardin..takkan nak goreng, share 4 orang..haha..jadi moh la kita pi dinner kat luar...

NANDO's BANGSAR VILLAGE

Cari punya cari dalam website Nando's, cawangan kat area rumah k.fiezz..Ingat nak ke Sunway punya cawangan..pas tu adik k.fiezz bitau kat Bangsar Village pun ada Nando's..Dia kerja area situ, dia tahu la kat situ ada..masa k.fiezz cari dalam website Nando's, tak nampak plak ada kat Bangsar...

sokay..sokay..kita ke bangsar village la untuk dinner haritu...


www.fiezasani.xyz
Nampak sangat tak menyabar adik ipar k.fiezz nak makan..dia punya pegang pisau..haha

Cuba Smoky Peri-Peri Chicken

Mula-mula kitaorang nak amik set yang untuk 4 orang makan..staff yang amik order kitaorang suggest kan set untuk 4 orang >> Smoky Peri-Peri Chicken yang ni sebab dah sekali dengan air..Bila kira-kira, kalau kitaorang pilih yang set asal kitaorang nak tu pun, air kira lain..so total pun dekat 3 angka..so amik je la set ni...

Ada apa dalam set ni?

1 Whole Chicken (flavour smoky / bbq)..kitaorang amik smoky, tak pedas
4 Air (boleh refill) (Pilih antara Coke, Coke W/out Sugar, Minute Maid Orange, Ice Lemon Tea)
Pencuci mulut (brownies / cake)
4 hidangan tepi (side dish) - small size @ 2 side dish (medium size)
**pilih nak yang kecil atau sederhana..kitaorang amik 4 yang kecik so sorang satu pilih hidangan tepi memasing*

Sumber Gambar - Nando's

SEDAP ke IDAK?

Subjektif sedap ke idak ni..ikut la selera memasing..ikut tekak k.fiezz ni sedap je cuma satu je la sos dia k.fiezz tak baper gemor sangat..nasib ada sos tomato..dah semua sos dia masam, baik la k.fiezz pilih sos tomato je...

Harga Set Smoky Peri-Peri Chicken ni RM99.00, tapi tolak diskaun RM30 yang k.fiezz dapat baucer tu, jadi jumlah dibayar cuma RM69.00..

LifeStyle

Kita Sempurna Kah?

10:35

Hujung-hujung tahun, time cuti sekolah ni ramai pasangan mendirikan rumahtangga...tapi kadang orang tak tunggu cuti sekolah pun...ramai yang kahwin...orang nak kahwin sekarang ni, tak tunggu cuti ke apa..nak kahwin, anytime je..janji duit cukup..pasangan dah ada menunggu..onzzz je..haha..

cerita pasal kahwin ni kan..k.fiezz saja la nak bagi nasihat untuk pasangan yang bakal berkahwin atau yang dah berkahwin..

kita ni bila kahwin je..kita bukan je kahwin dengan pasangan kita tau..kita kahwin dengan satu family dia..jadi suka ke tak suka ke..sah je akad, automatik keluarga pasangan tu jadi keluarga kita..dari satu keluarga..kita ada 2 keluarga..sila la terima keluarga pasangan kita tu walaupun mungkin keluarga pasangan tu ada kekurangan..layan la keluarga pasangan kita macamana kita layan keluarga kita..

cuba fikir sejenak, kata la kita tak suka dengan mana-mana ahli keluarga pasangan kita..mungkin perangainya atau kekurangan dia yang buat kita menyampah sangat dengan dia..okey, kita tak suka kan..cuba letak balik diri kita kat tempat pasangan kita..pasangan kita pulak tak suka kat adik beradik kita..apa kita rasa?mesti kita marahkan..'eh..kenapa tak suka abang/kakak/adik aku'..jadi cerita dia sama juga bila kita tak suka kat adik beradik atau ahli keluarga pasangan kita, dia pun rasa macamtu bila kita kutuk adik beradik/keluarga dia..kita ni sebelum buat apa-apa, fikir dulu..letakkan diri kita kat tempat orang tu..apa yang kita rasa..kalau rasa marah..hah, macam tu la orang tu pun rasa..jadi elakkan la buat perangai tak suka kat sesapa, as if kita ni perfect..

kena ingat tau, sebelum kita kahwin dengan pasangan kita..pasangan kita membesar dengan adik beradik dia, ahli keluarga dia..pasangan kita memang dah tahu, dah faham dengan family dia...kita orang luar yang masuk dalam keluarga dia cuba sesuaikan diri..kalau kata tak suka pun, jangan la tunjuk sangat tak suka tu..kita sapa?orang luar yang masuk dalam keluarga pasangan kita..jadi cuba adapt dengan family pasangan kita...

Cuba fikir, sebelum kita kahwin dengan pasangan kita..mungkin kita ni bukan orang senang..tapi rezeki kita dapat kahwin dengan pasangan kita yang senang sikit dari keluarga kita, jadi automatik kita pun dapat menumpang senang..kalau dah senang tu,  tak yah la nak bangga diri sangat dan rasakan kita sempurna dalam segala segi sampai pandang rendah pulak pada orang lain terutama ahli keluarga pasangan kita yang ada kelemahan/kekurangan yg kita tak suka..eh, hello kita pun ada kekurangan yang kita tak sedar..jangan la pandang rendah pada orang lain pulak...

kita ni tak selamanya ada kat atas je...kehidupan kita ni macam roda..pusing, pusing..kejap kat atas..kejap kat bawah...

moral of the story kat sini >> hormat ahli keluarga pasangan kita & terima kekurangan masing-masing..sebab kita tak sempurna..


Shopping

Beg Carlo Rino Untuk Mama..

14:47

Beg untuk mak mertua k.fiezz..eh..feeling sangat macam k.fiezz yang belikan..padahal adik ipar k.fiezz yang belikan untuk mama..haha...k.fiezz tukang teman je..unplanned pun benornya nak beli beg ni..masa pi SOGO haritu, nampak sana sini ada sales..saja masuk kat Carlo Rino ni sebab ternampak signboard dia ada sales sampai 70%..apa lagi, harus tengok apa yang diskaun sampai 70% sangat tu...

Belek punya belek nampak beg yang very da cute ni..cute bukan sebab kecik tau..size dia sederhana je..tapi design dia yang sangat simple & agak hot jugak beg ni masa tu..tengok ramai yang berkenan..


www.fiezasani.xyz
belakang k.fiezz ,adik ipar yang belikan beg ni untuk mama...

Tue pun lepas kitaorang usyar-usyar kat Carlo Rino ni, saja naik tingkat atas..nak cari kot ada beg lain yang lagi menarik..tapi yang ni lagi menarik...harga pun reasonable...so lepas tak ada yang berkenan kat tingkat atas..kitaorang turun semula kat butik Carlo Rino ni..

Sampai kat situ,tengok beg ni dah tak ada kat rak..alaaa..hati dah berkenan yang ni...sekali orang tengok daaa yang hat display punya..patut tak ada kat situ..laju-laju cakap kat salesman nak satu beg ni..kebetulan pulak jurujual ada depan kitaorang tengah keluarkan stok baru beg ni dari kotak..ada customer lain nak jugak...haih, tak leh jadi...tak tunggu dah..terus cakap kat jurujual tu nak satu gak beg ni...pilih warna biru, kalau tak silap k.fiezz...

harga asal yang tertera kat tag RM419..wahhhhh..terkejut tengok rega dia..lepas diskaun,dapat RM125.xx kalau tak silap k.fiezz...

cuma sekarang ni kenapa k.fiezz pun macam nak jugak beg ni..adeh..mencik tau..iolls kan dengan beg sangat bff..

'eh, k.fiezz ooi..banyak dah beg kat rumah tu...sampai nak keluar, tak tau nak bawak beg yang mana'..hah, cam tu sekali...

'ala..beg kat rumah banyak jenis backpack..nak yang jenis sling bag camni plak'..haha..

motip sangat kan..

Dapur FiezaSani

Dapur Fieza Sani - Resepi Sup Ayam Mudah Dan Cepat

15:23

Bila lelaki demam..tak sihat..dia punya mengidam nak makan tu, request je kan..haih..kalau kita perempuan tak sihat...agak-agak kalau request nak makan sekian..sekian, laki masak ke idak..haha..tak tau la..tengok la pada en.suami masing-masing yea tak..dapat yang rajin, dia masak la nooo..kalau yang tak baper nak rajin, pi beli je la kat kedai...tak pe la walaupun beli, ada gak inisiatif tu...

ni sup ayam request by mr hubby kak fiezz yang tak baper nak sihat dari semalam...berjangkit dengan k.fiezz..hehe..

semalam mr hubby buat kerja dari rumah je...so petang semalam, mr hubby call suruh masak sup ayam pekat..kemain dia punya request tau..k.fiezz tanya la nak masak camne..tak penah masak weiii sup ayam..bukan tak mau masak tapi mr hubby tak suka sup ayam benornya..tetiba semalam, mr hubby request sup ayam plak..mr hubby bagi contoh video cara masak sup ayam kat you tube..tapi video tu pendek je..k.fiezz godek cari tutorial cara masak sup ayam yang lain..jumpa kak azie kitchen punya resipi..tengok cara masak dia, senang je..bahan pun tak banyak...kira cun la...

Let's masak bersama Chef Fieza Sani..

RESIPI SUP AYAM MUDAH

Bahan-Bahan : 

- Ayam (kuantiti terpulang)
-Bawang Merah, Bawang Putih & Halia (Ditumbuk kasar)
- Kiub Ayam (1 kiub)
- Rempah Sup (3 - 4 sudu) terpulang nak pekat ke tak..kalau tak nak pekat, kurangkan 
- Daun Sup
- Ubi kentang (potong kecil)
- Tomato 
- Garam
- Air



www.fiezasani.xyz

Cara Masak :

1) Tumis bahan tumbuk sampai kekuningan
2) Masukkan air sikit.
3) Diikuti kentang..Biarkan sampai ubi empuk
4) Masukkan ayam. Kalau kurang air, boleh tambah.
5) Biarkan sampai ayam masak.
6) Letak kiub ayam & rempah sup 
7) kacau-kacau & masukkan garam sikit..biarkan sekejap..
8) Lepas dah siap semua, baru masukkan tomato & taburkan daun sup untuk hiasan

SIAP..

Licin sup, orang demam makan semalam..hehe..tu maksudnya sedap le tu..

althea

Stay Fresh Body Sparkling Mist Dan Pore Purifying Serum Cleanser Dari Althea Jadi Pilihan

12:23

Yea yea..Althea again..hehe...beli apa tu, k.fiezz?ada la..sat gi kita tengok sesama tau...dah kenapa la k.fiezz ni suka benor ngan Althea ni..first k.fiezz suka packaging dia..pink box..suweet sangat..second - Free Shipping..hah..sapa tak suka kan..dah la penghantaran barang dari Korea..pas tu dapat free shipping pulak..mana la kakak fiezz tak fall in love dengan Althea..third - harga kat Althea ni reasonable...mur mur la citer dia...tak ada la mahai benor...ni antara 3 sebab, k.fiezz suka shopping kat Althea..

Jom unbox apa pulak dalam pink box yang ke berapa ni...k.fiezz pun tak ingat..tapi yang pasti, dah bersusun kotak pink ni kat rumah..nak buang, sayang..lawooo...kita simpan je la...

www.fiezasani.xyz

Nak buat video unbox cadangnya tapi kawan pejabat k.fiezz nak tengok isi dia...so tak ada la nak rekod video bagai..terus amik pisau..zapppp..buka je...

PRODUK BEST DARI ALTHEA

tadaaa...

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v



www.fiezasani.xyz

Stay Fresh Sparkling Body Mist (100ml) - RM35

Body Mist ni kolaborasi Althea bersama selebriti Indonesia, Titi Kamal. Seorang penyanyi dan juga pelakon. Dikenali kerana kecantikannya, Althea berkolaborasi dengan beliau kerana Titi Kamal seorang yang  suka pada kecantikan..Jadi hasil kolaborasi ni, #TitixAltheaKorea , meh berkenalan dengan Stay Fresh Body Sparkling Mist 💖

Apa yang menariknya Stay Fresh Body Sparkling Mist?

  • Bau yang tak terlalu kuat & feminin, sesuai untuk kaum wanita. Bauanya kegemaran TIti Kamal sendiri iaitu campuran bauan buah & bunga : Orange, Peach, and Rose.
  • Kombinasi aroma yang feminin ini membangkitkan semangat & perasaan kita..cewah...
  • Botolnya tak terlalu besar dan muat di dalam beg jadi boleh dibawa ke mana sahaja..

REVIEW K.FIEZZ untuk Stay Fresh Body Sparkling Mist

K.fiezz dah rasmi guna Stay Fresh Sparkling Body Mist ni..Memang bau dia sedap, fresh..tak terlalu kuat sampai sakit hidung bau..memang tak...Kawan k.fiezz yang dah rasmi awal masa k.fiezz unbox, komen dia untuk stay fresh sparkling body mist ni, bau dia sedap..feminin..sesuai la untuk kita kaum wanita ni...

botol dia boleh je nak letak dalam beg sebab cuma saiz 100ml & mudah nak bawa jenjalan..kalau rasa nak fresh up, sembur je stay fresh sparkling body mist ni..confirm segar..

Berita Baik - Dapatkan 20% OFF + Free Shipping dengan kod TITISPECIAL

second item dalam pink box -

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

                                 www.fiezasani.xyz

Pore Purifying Serum Cleanser

Serum ni membantu membuang kotoran dari dalam liang pori dan mengekalkan keseimbangan pH kulit yang sihat..

Yang best serum ni boleh berfungsi sebagai make up remover dan juga cleanser..

Cara guna untuk Make Up Remover

Langkah 1: Tuang jumlah yang secukupnya atas tapak tangan. 
Langkah 2: Urut pada keseluruhan muka secara bulatan untuk membuang keseluruhan mekap dan kotoran
Langkah 3: Bilas dengan air. Boleh juga guna pencuci kedua untuk membuang kotoran sepenuhnya. 

Cara guna sebagai Cleanser

Langkah 1: Basuh dahulu muka untuk lembapkan kulit dan tuangkan jumlah yang mencukupi ke telapak tangan.
Langkah 2: Urut secara perlahan-lahan produk pada keseluruhan muka dengan gerakan bulat selama 5-10 saat sebelum membasuhnya dengan air.

SIAP...

Ni boleh buat stok kat rumah, kalau wet tissue k.fiezz dah abis..Guna serum ni sebab ada dua fungsi..best ni...


Maklumat lanjut - 

Facebook - altheamalaysia
Instagram - altheakorea

Shopping

Misi Projek Memikat Suami

10:57

Wah tajuk kemainnn. Haha..kisahnya minggu lepas, lepas attend wedding cousin mr hubby kat Ampang, k.fiezz, adik ipar & biras ke IKEA CHERAS..which is bersebelahan dengan My Town..dah ada kat situ takkan tak masuk kat MyTown..dah sebelah-sebelah je...lagipun dua tempat ni dalam building yang sama...keluar IKEA, masuk MyTown pulak..

So jenjalan dalam tu, banyak la sale sana sini...k.fiezz jarang ke sini sebab mr hubby k.fiezz bukan sejenis rajin nak jalan-jalan kat shopping complex...tu yang bila tahu adik ipar & biras cadang nak ke sini, gigih k.fiezz follow dorang gak walaupun k.fiezz tak berapa sihat benornya hari ahad tu...demam sikit + sakit kepala...duk nyut nyut kepala masa duk berjalan dalam tu...tapi tahan je demi berjalan..haha..


www.fiezasani.xyz

tambah masa duk berjalan kat dalam MyTown ni, tengok banyaknya sales sana sini..harga pun boleh dikategorikan sesuai untuk poket k.fiezz yang tak berapa tebal ni,hah..haha...antara yang k.fiezz masuk, ni hah kedai yang jual pakaian wanita jenama TRIO...mur mur la uolls harga baju-baju dia..range harga antara RM5 - RM50 untuk sales ni...

ni hah, k.fiezz tersangkut spaghetti tali halus..nak tau berapa hengget?harga asal RM19.00..harga promosi - RM5.00 satu..wahhh...rambang mata k.fiezz tengok rega RM5 tu, tau...nasib tak banyak corak sangat..kalau tak mau lebih dari 2 helai, k.fiezz beli...

so k.fiezz amik 2 helai je..

ni nak pakai ke mana, k.fiezz ooi?

haha..idak la k.fiezz nak pakai keluar pulak korang...ni namanya projek memikat suami..pakai kat rumah je...k.fiezz memang ada skirt jenis pendek / legging kat rumah..boleh la mix & match dengan baju spaghetti ni...

kata misi tahun depan, baby 2019..so kena lancarkan la projek memikat suami kat rumah..haha...

wish us luck....haha

macam gatal pulak entry ni..khas untuk bacaaan orang yang dah kawen je tau..yg single, dilarang baca..haha..

kalau korang nak shopping baju kerja, baju jenjalan cuba la terjah kat MyTown ni..sales yang pada k.fiezz harga berpatutan..padini pun ada sales..ada satu baju kat situ, k.fiezz berkenan..RM19 je..tapi k.fiezz tak beli..aiseh..rugi pulak tak beli..bila plak nak terjah MyTown ni..dah la mr hubby tak rajin nak gi jenjalan kat mall-mall ni...tue la lenkali dah nampak berkenan, harga pun reasonable..amik je...

sales kat MyTown ni k.fiezz pun tak pasti sampai bila..maybe New Year...maybe la..kalau tak nak ketinggalan shopping harga tengah mur mur, sila la terjah...

LifeStyle

GoodDay Kurma - Best ke Idak?

16:28

Haritu ada ternampak sapa ntah share pasal susu ni..elok katanya untuk banyakkan susu badan ..tak tau la..k.fiezz baca gitu-gitu je..dan tak perasan samaada brand susu yang sama ke tidak..K.fiezz cuba ni nak tahu sedap ke idak?

Okey sedap..lulus untuk beli lagi next time...rasa dia tak baper manis sangat...dan memang ada rasa la kurma tu..yealah ada setengah tu, tulis je ada campuran sekian..sekian..tapi bila rasa..'eh..mana rasa yang dia tulis kat depan tu'..tapi yang ni memang ada rasa kurma tu...



www.fiezasani.xyz

Yang k.fiezz perasan lepas minum susu ni, tak lama tu nak ke bilir ayor weiii..nak mencirit...oppsss..sorry..haha...sabar je la...ni kalau susah nak membuang, boleh la beli susu ni untuk pelawasan...untuk k.fiezz la..untuk korang tak pasti effect dia camne..sila la cuba...

Untuk ibu-ibu yang breastfeed, mungkin boleh cuba kot susu kurma ni sebab kurma kan memang dah dikenali sebagai sumber makanan tambahan yang bagus untuk banyakkan susu badan & elok untuk kesihatan...makanan sunnah yang hebat & dah dikenali...

Ni antara khasiat kurma yang k.fiezz google..

  • Masalah sembelit
  • Kekuatan tulang
  • Masalah kekurangan darah (anemia)
  • Alergik
  • Penambah tenaga
  • Penguat tenaga batin
  • Rabun Malam 
  • Cirit birit

Jalan-Jalan Cari Makan

Ada Kedai Makan Baru Kat Bandar Kinrara..Jom Try..

14:13

Semalam k.fiezz & mr hubby keluar lepas waktu kerja, nak pi cari barang untuk tv baru..eh..tv baru..nnti k.fiezz share pasal tv ni..so dah kebetulan keluar tu time makan malam, k.fiezz & mr hubby decide makan malam kat luar je la..pi beli barang dulu...lepas dah dapat barang, baru pi makan kat kedai..

nak cari kedai makan pun satu hal..area KL ni susah sikit nak cari tempat makan sedap, murah dan best..terutama kat sekitar tempat kitaorang stay ni...tue yang k.fiezz & mr hubby jarang-jarang keluar makan kat luar...dan ni juga reason k.fiezz gigih balik kerja, bersilat pulak kat dapur...

Ni dah kebetulan keluar, meh la kita cari je tempat makan yang dekat dengan area rumah...

cari punya cari, ternampak satu kedai makan ni..tak penah nampak pulak sebelum ni..eh..ke kitaorang yang dah lama tak round area situ...tengok kedai tu dari jauh, nampk cantik,curlass..masa tu ramai pun orang..dan kebetulan juga masa kitaorang masuk kat sini, ada ternampak macam orang buat penggambaran..masa budak yang amik order kitaorang datang nak amik order, k.fiezz pun mula la kan busybody..hehe..saja tanya budak tu, ada orang buat shooting drama ke?upenya bukan..Jalan Jalan Cari Makan tengah shoot..lepas tu baru k.fiezz nampak kereta TV3, betul-betul depan meja kitaorang ni sebab kitaorang duk kat belah luar...sebelum tu tak pasan..haha..k.fiezz ko ni memang..nama je ada extra dua mata..tapi jenis tak perasan sangat menda sekeliling...haha

MIOs Bandar Kinrara

so tempat makan kitaorang yang jadi pilihan ni di MIOs Bandar Kinrara..tanya budak yang amik order, dah lama ke kedai ni?kata dia dah lama..oopsss...kitaorang la yang dah lama tak keluar jenjalan area sini..hehe...

Meh tengok kitaorang makan apa kat sini?


www.fiezasani.xyz

Sementara tunggu makanan sampai...Let's wefie..hehe


www.fiezasani.xyz

Port makan yang jadi pilihan semalam


www.fiezasani.xyz

Suasana kedai yang bersih...cantik...kemas..first impression k.fiezz kat kedai ni...
kalau nak bergambar pun cun gak ni sebab ada sudut-sudut yang menarik...


www.fiezasani.xyz

Ni kat bahagian luar...Nampak tak 
yang kerus jenis empuk cam sofa tu..next time nak duk kat situ plak..feel orang ada-ada duk kat situ...hehe...


www.fiezasani.xyz

Menu pilihan mr hubby..hehe...


www.fiezasani.xyz

Menu pilihan k.fiezz...

SEDAP ke IDAK?


Review - makanan dia okey la..boleh la di makan..ada rasa..cuma nasi goreng mr hubby tu memang kosong tau..tak ada sayur..tak ada telur atau apa-apa rencah dalam dia...harapkan  udang galah tu je la...mr hubby membebel gak semalam, nasi goreng dia kosong..so k.fiezz buat lawak 'tu hah..tepi tu kan sayur..amik nasi, gigit sikit sayur'..haha..

Menu k.fiezz pulak..okey jugak..ayam penyet ni yang penting, sambal dia tu..kalau sambal sedap, memang onzz la...so sambal dia sedap...ada rasa...sup pun ada rasa cuma  belah dalam ayam tu cam tak baper masak lagi..ada bahagian yang merah-merah  lagi..huhu...

air - k.fiezz amik jus epal..mr hubby epal asam boi..untuk air, okey la..tak ada masalah..cuma semalam k.fiezz request jus epal tu kurang manis..tapi tak tau la budak tu tak mention kot dalam order dia...sebab still rasa manis, air epal k.fiezz tu...


MENU APA LAGI ADA KAT MIOs BDR.KINRARA?

Selain dari menu yang kitaorang pilih ni, majoriti menu kat sini jenis western..tapi semalam kitaorang pilih yang dua ni..tapi dengan harga dia ni, next time kitaorang order western la..berbaloi sebab dah harga dia agak mahal juga..so better la amik yang mahal je..hehe

Kalau nak cuba makanan kat sini, alamat kat bawah - 

No.29-G, Jalan BK5A/2
47180 Bdr.Kinrara, Puchong
Selangor D.Ehsan


total makan kat MIOs semalam 

Jus Epal (Saiz Medium) - RM5.00
Jus Epal Asam Boi (Jumbo) - RM8.00
N.Goreng Udang Galah - RM19.80
N. Ayam Penyet  - RM9.90
Services Tax (6%) - RM2.56

Total - RM45.25

althea

10 Produk Yang Jadi Pilihan di Althea. Recommendations and Wishlist.

16:50

Meh k.fiezz nak share produk-produk kecantikan k.fiezz dari Althea Korea..Majoriti produk-produk penjagaan muka k.fiezz..dari pencuci muka sampai la mask, boleh dikategorikan semua jenama Althea..#fliphair sikit..hehe...Senarai ni antara 10 produk dari Althea yang k.fiezz sedang cuba dan dalam wishlist...ho ho ho...tetiba nak gantung stokin, kot ada nak penuhkan stokin tu dengan wishlist k.fiezz ni..hehe....

so let's start dengan produk-produk yang k.fiezz sedang guna...

PRODUK ALTHEA YG JADI PILIHAN K.FIEZZ 

www.fiezasani.xyz

saiz - 50ml (RM36.00)

Milk Peel Cream Mask ni memang best sangat korang..kandungan utama dia dari ekstrak susu rasa nak minum je...tapi tak boleh la kan..sebab ni untuk muka..Yang best masa guna milk peel cream mask ni, dia akan bertukar tesktur dari tanah liat ke buih-buih geli untuk menanggalkan lapisan kulit mati pada kulit kita...Jadi lepas guna, boleh rasa licin je kulit...halus seperti baby gitooo...

www.fiezasani.xyz

RM53.10 (Petal Velvet Set)

Yang ni ada 3 jenis..k.fiezz baru guna yang warm beige tu..lepas guna foundation, dap dap  dengan Petal Velvet Powder ni untuk nampak kulit kita kekal segar tak berminyak serta mekap tahan lama. selain fungsi dia untuk menutup pori-pori pada muka..

k.fiezz guna petal velvet powder ni kalau tangkap gambar, muka nampak flawless u...hehe..tu la rahsia dalam gambar, muka k.fiezz nampak licin je..padahal coverline baik punya dengan bantuan foundation + petal velvet powder...hehe

www.fiezasani.xyz

RM53.10 (Petal Velvet Set)

Untuk memastikan kulit k.fiezz sentiasa lembap dan terjaga, k.fiezz gunakan Petal Velvet Sunaway yang mengandungi SPF50+ PA++++..Dengan kandungan SPF serta PA dalam Petal Velvet Sunaway ni, dia boleh melindungi kulit dari pancaran matahari UVA & UVB...

Bau dia pun wangi dan tak melekit..tu yang lagi suka nak guna tu...

Kalau  korang nak dapatkan petal velvet sunaway ni, boleh dapatkan set (salah satu kod Petal Velvet Powder + Petal Velvet Sunaway) dengan harga seperti di atas...

www.fiezasani.xyz

Set RM77 (150ml)

Ni kak fiezz jadikan cleanser + daily mask...cuma guna 10 saat je & ratakan keseluruhan sambil urut muka..Real Fresh Skin Detoxer ni ada 2 jenis..satu dari Green Tea..dan satu lagi dari rose...

Rose boleh guna waktu pagi, lepas bangun dari tidur..kita nak nampak fresh jadi Rose membantu melindungi & seimbangkan ph kulit kita disamping membantu tekstur kulit nampak perfect bila kita mekap...

Green Tea - Guna pada waktu malam. Berfungsi untuk membersihkan muka serta menenangkan kulit..Digalakkan guna pada waktu malam kerana kebiasaanya waktu malam waktu aktif pertumbuhan sel kulit, pemakaian green tea skin detoxer ni memastikan kulit bersih dan bersedia untuk berehat sewaktu kita sedang tidur...


www.fiezasani.xyz

RM104.40 (set)

Set skincare yang k.fiezz guna & maintain sebab serasi..Setiap item ada fungsi tersendiri yang membantu menjaga serta memastikan kulit sentiasa nampak berseri dan sihat..hehe...

Dengan Set Bare Essential ni, tak perlu solekan yang tebal..Yang penting cara penjagaan muka, boleh memastikan kulit kita sentiasa nampak segar, sihat dan cuma guna solekan nipis pun dah mencukupi...



www.fiezasani.xyz

   RM5.00 (20pcs)

Makeup remover yang k.fiezz suka sangat sebab kandungannya dari oatmeal serta campuran ekstrak tumbuhan (mung bean, aloe & papaya) yang memastikan kulit sentiasa lembut & lembab...

K.fiezz rasa berbaloi dengan harga dia RM5.00 untuk 20keping...dan yang penting boleh bawa dalam beg untuk travel, outstation...

 WISHLIST K.fiezz DI ALTHEA

Okey dah tengok produk-produk yang k.fiezz guna di Althea..Meh nak kongsi pulak wishlist k.fiezz di Althea..

www.fiezasani.xyz

Dah lama usya sleeping mask ni..macam best je..Berfungsi waktu kita tidur untuk memastikan kulit kekal lembut dan segar keesokannya..

Kandungan utamanya dari ekstrak green tea Pulau Jeju yang berfungsi untuk membantu mengekalkan kulit kita kekal lembab..Innisfree's Green Tea Sleeping Mask  dalam kategori limited edition sebab dijual tidak lebih dari 3 bulan dari tarikh pembuatannya bagi memastikan bahan-bahan masih segar. 

www.fiezasani.xyz


Ni pun k.fiezz excited nak cuba...Sesuai untuk kulit berminyak ataupun kombinasi..Jeju Volcanic Pore Clay Mask berfungsi - remove sebum, mencerahkan dan merawat kesan parut-parut..Serta membantu memulihkan keseimbangan kelembapan semula jadi kulit dan memudahkan proses seterusnya iaitu makeup...

www.fiezasani.xyz


Asyik jaga muka je..bibir pun kena jaga juga uolls..so ni pilihan k.fiezz untuk penjagaan bibir...

Berfungsi untuk membuang sel-sel kulit mati di kawasan bibir kita yang halus ni. Diperbuat dari granul gula halus dan diselitkan shea & ekstrak halia untuk menghidrat dan melembapkan bagi memastikan bibir tetap lembut dan licin sepanjang hari...

Yang best Ginger Sugar Lip Scrub ni, ia tiada sebarang pewangi tiruan atau pewarna sintetik..SELAMAT untuk digunakan tanpa was-was...

www.fiezasani.xyz

Tertarik nak cuba ni sebab bentuk dia comel..ni senang letak dalam beg..tak makan ruang yang banyak dalam makeup bag....Berfungsi untuk mencerahkan kawasan bawah mata yang tak cukup tidur ni...kalah orang ada anak kecik tau..haha...memang k.fiezz ni jenis tidur lambat...kalau tidur awal, sebab letih je...kalau tak...memang lambat la Zzzzz..mana tak lebam keliling mata ni...dah nampak hitam / lebam, mula cari produk yang boleh mengurangkan penampakan kesan lebam / hitam ni..hehe

So Panda's Dream Brightening Eye Base ni pilihan k.fiezz untuk membantu mencerahkan kawasan mata dengan menggalakan peredaran darah serta mencerahkan...bila dah cerah, senang la nak apply eyeshadow pulak...idak la jenuh tonyoh nak bgi tebal warna bagi nampak..haha

LIST TOP 10 PRODUK Di ALTHEA PILIHAN K.FIEZZ

So ni antara senarai 10 produk yang jadi pilihan k.fiezz di Althea..6 produk, k.fiezz dah cuba & sedang guna..lagi 4 produk masuk dalam wishlist..Nanti kaching kaching dalam akaun dah tebal sikit isi, boleh k.fiezz masuk bakul & bayar...hehe...

Banyak lagi produk-produk di Althea ni..korang kalau berkenan mana-mana, boleh klik je link yang k.fiezz letakkan kat setiap gambar....