Water heater baru k.fiezz.. Sesuai sgt la pasang ni time musim2 hujan ni.. Sojuk u, mandi pagi2 nak pi keja.. Rasa bercinta nak mandi bila rasa air, sojukkk.. Pesen k.fiezz sebelum ada water heater ni bila nak mandi, buka pili air dulu.. Test kat tangan.. Konon tunggu nak bagi kurang sejuk..Haha.. Tapi harapan je la.. Memang sojuk la citer dia...amik mood sat.. Tggu betul2 ready, baru start mandi.. Bila air sojuk kena je kat badan.. Dia punya sejuk, fuhhh memang menguji betul.. K.fiezz memang tak tahan sejuk pun.. Tue pasal k.fiezz tak nak pi bercuti keluar negara time musim sejuk.. Ai is tak tahan la u... 

Eh.. Apa ke citer bercuti plak ni.. Masuk balik topik.. So untuk menyelesaikan masalah tak tahan sejuk k.fiezz ni, k.fiezz & mr hubby setuju pasang Seers Instant Water Heater ni.. 

www.fiezasani.xyz

Jenama seers instant water heater jadi pilihan k.fiezz & mr hubby.. Harga dalam anggaran RM500++ dan ke atas...

Pakej seperti dalam kotak (rujuk gambar) cuma kalau yg pertama kali nak pasang water heater, saluran air untuk water heater kena beli sendiri sebab tak disediakan.yg mana memang dah ada water heater sebelum ni cuma nak tukar jenama seers ni, boleh guna yang sedia ada.. Mcm k.fiezz pertama kali nak guna water heater kat rumah k.fiezz duduk sekarang, k.fiezz kena beli getah air ni berasingan kat hardware.. Harga dalam RM17.++

www.fiezasani.xyz
Proses pasang Seers Water Heater...

www.fiezasani.xyz
Sila abaikan dinding yang berkarat tu..haha..besa la umah sewa gomen...

Tadaaa.. Siap pasang.. Setel masalah.. Mandi air panas pagi2 sejak ada seers water heater ni... 

Kenapa Seers Instant Water Heater jadi pilihan? 

💞Tiada kejutan elektrik - Dengan teknologi yang dipatenkan oleh SEERS, sekiranya ada kebocoran, peranti di dalam water heater ni akan potong elektrik serta merta untuk mengelakkan kejutan elektrik. Selain mempunyai ruang pemanasan keluli tahan karat yang penuh untuk mencegah kebocoran air tekanan tinggi..

💞Sesuai untuk yang ada masalah tekanan air rendah - Dalamannya menggunakan Internal Water Pump dan sesuai untuk rumah yang ada tekanan air rendah..

💞Menjimatkan elektrik.. sebab seers instant water heater menggunakan Power Saving - tenaga yang rendah & sekaligus dapat menjimatkan bil elektrik yang tinggi. 

Ciri Keselamatan Seers Instant Water Heater



Touch Skrin di SEERS INSTANT WATER HEATER

Seers Instant Water Heater ni menggunakan Kawalan Skrin Sentuh untuk adjust suhu dan selamat digunakan walaupun tangan basah..di jamin..k.fiezz dah test sendiri..memang lulus..ada 3 suhu iaitu P0 - Normal | P1 - suhu rendah | P2 - suhu sederhana | P3 - Suhu tinggi..

REVIEW - HASIL GUNA SENDIRI

k.fiezz selalu guna suhu P3 kalau pagi..petang, suhu P2..haha...P3 tu pun panas yang tak la melecurkan kulit...no worry..kak fiezz yang kecil somel ni boleh je mandi air panas dengan suhu P3...kalau P2, waktu pagi-pagi, tak asa sangat..suam-suam je...

Dari segi penjimatan elektrik, tak perlu risau sebab SEERS instant Water Heater ni mesra alam, dimana menggunakan teknologi terkini sistem air panas hibrid  yang boleh memanas air dengan teknologi hibrid mesra alam..Di mana ia menawarkan teknik pemindahan haba yang mengeluarkan tenaga dari udara sekeliling untuk menghasilkan air panas tanpa perlukan unsur pemanasan dari elektrik. dan menjimatkan penggunaan kuasa...

Maklumat lanjut mengenai Seers boleh rujuk di bawah


Facebook -

Alamat - 
SEERS Marketing Sdn Bhd (917949-V)
No.4 Jalan Utarid U5/18A
Seksyen U5, Mutiara Subang
40510 Shah Alam, Selangor

Telefon :+6 (03) 7842 2871

7 Comments

  1. setakat ni tak terfikir lagi nak pasang haha maybe pasang kat rumah sendiri nanti :p

    ReplyDelete
  2. Water heaters rabia punya dah rosak..dahlah sejuk nak mandi sekarang.tapi rabia tak boleh mandi dgn air panas..sebab kulit rabia sensitif.kan rabia ada post rabia pergi hospital jumpa dr kulit.

    ReplyDelete
  3. owh baru perasan company ni kat area ofis lama saya..dah tgk alamat br teringat brands ni

    ReplyDelete
  4. water heater mrs pip dah setahun rosak, haha still sekarang tak ganti2 lagi .. anak2 tak suka mandi air suam sekarang ni, tahan betul kulit depa ni tahan sejuk... tp mrs pip juga lah yang menggigil nak mandi sejuk2 ni...

    ReplyDelete
  5. myra pun pelik tgk satu family suka hot shower/bath. myra mmg mandi air sejuk je. menggigil pun ada kdg2 tapi mmg x prefer hot/warm shower. hehehe

    Myra | The Grey Lines Between

    ReplyDelete
  6. Tiada kejutan elektrik ! Fakta ni juju suka sekali. Eh kenan la part fakta air tekanan rendah. Mmg kalau dok umah tinggi kena risiko ni sesuai la beli...tq2 fieza menyenangkan juju ye wishlist masuk rumah nanti

    ReplyDelete
  7. Hmmm ok juga tapi tak terfikir pula nak dapatkannya lagi hehe

    ReplyDelete