OPK atau alat ujian kesuburan untuk perempuan ni salah satu cara untuk kita mengenal pasti waktu subur. Di samping kita buat rawatan kesuburan (bagi yang buat rawatan), kita boleh juga menggunakan kaedah opk test ni sebagai salah satu usaha untuk hamil. Kita usaha dari pelbagai sudut. Untuk geng istimewa macam k.fiezz ni yang ada masalah sikit untuk hamil, kita kena usaha lebih dari orang lain yang senang lekat. 

Untuk korang yang mungkin blur blur apakah ini?OPK Test..apa ni?meh k.fiezz explain mengikut pemahaman k.fiezz..Kot yang tau pasal OPK ni & k.fiezz tersalah info dimana-mana, boleh la share di bahagian komen yeak?sesama belajar...


Bila berada dalam situasi macam k.fiezz sekarang ni, dari sudut positif ada gak hikmah ..banyak k.fiezz belajar..dulu k.fiezz pun tak tahu apa ni?tak tau pun wujud OPK test ni..duk ingat test pregnancy je..rupanya ada gak alat ujian kesuburan ni atau nama ringkas dia, kita panggil OPK (Ovulation Predictor Kit)...OPK test ni satu kaedah untuk kesan waktu subur bagi memudahkan kita bersama dengan suami masa subur ni. Peluang untuk hamil lebih tinggi bila bersama waktu subur ni. Jadi ni sebabnya kenapa kita perlu tahu waktu subur. Bagi yang period tak teratur lagi susah nak tentukan waktu subur, jadi kita guna kaedah OPK test ni untuk kesan bilakah waktu subur kita. Waktu subur setiap wanita berbeza yea, korang. Kalau kata kawan korang cerita waktu subur dia hari ke-15 jadi korang ingat korang pun sama. Tidak yea. Lain. Ni lah fungsinya OPK untuk mengesan waktu subur kita. Jom kita baca detail berkaitan waktu subur..ovulasi?

OVULASI?

Ovulasi ni hari dimana kita betul-betul dalam keadaan subur & telur dah sedia nak berlepas dari sarang telur (ovari) kita menuju ke rahim untuk disenyawakan dengan benih mr husband memasing. tu yang kena tahu waktu subur ni terutama yg jenis susah nak lekat ni...bila dah tau bila waktu subur ni, boleh la start projek mega dengan mr hubby memasing...hehe...

OVULATION TEST STRIP 

Jadi OPK test ni berfungsi mengesan waktu subur kita ni melalui kehadiran hormon Luteinizing Hormone (LH)..Luteinizing Hormone (LH) ni yang bagi isyarat bahawa ovum (telur) dah bersedia untuk keluar..Bila kita dapat positive dengan OPK test ni, bermakna hormon LH kita tinggi & bagi signal, kita dalam keadaan subur...

www.fiezasani.xyz
OPK yg k.fiezz baru beli ni sensitivity 20-25miu...

Test ni macam buat pregnancy test tu cuma line dia kena sama-sama terang (line C- control & T - test)..Kalau pregnancy test tu, dapat 2 line walaupun satu samar-samar, dah kira positive..tapi OPK test ni tak yea..Dua2 line (C & T) kena sama terang baru dikira positive (rujuk gambar kat atas ni)..cuma kalau dapat result hampir sama terang, kita dah boleh get ready sebab maksudnya waktu subur tengah on the way...Jadi boleh la start baby dancing dengan en suami dan terus juga buat OPK test setiap hari sampai kita jumpat keputusan opk positive & diikuti samar-samar semula..lepas dari tempoh subur ni, dikenali dengan day past ovulation (dpo)...

Masa tempoh subur ni, terpulang la nak hari-hari ke..selang-selang ke..tengok pada kelaratan masing-masing...Kebiasaan telur kita akan keluar dalam masa 24-36 jam selepas kita dapat OPK test positive.. Manakala sperma en suami kita, boleh bertahan beberapa hari..jadi kalau dalam masa dapat result hampir sama terang kedua-dua line & diikuti terang kedua-dua line (positive), kita bersama..insya'allah kalau Allah kata kun fa ya kun, maka terhasil la baby yang ditunggu-tunggu...


Seeloknya masa buat OPK ni, buat juga BBT supaya dapat result yang lebih tepat....BBT tu apa plak?haha..BBT tu utk kita catat suhu badan kita...tapi k.fiezz tak mau la citer pasal BBT ni..korang boleh google kalau nak tau lebih lanjut...

OPK ni cuma membantu sahaja..terpulang pada rezeki masing-masing..Kita cuma berusaha..Kalau Allah dah tentukan kita hamil dengan bantuan OPK ni..alhamdulillah...

Kelebihan OPK ni kita boleh kesan waktu subur kita tanpa perlu agak-agak, 'eh dah waktu subur ke ni?'..terutama yang tengah berusaha untuk hamil..dan ada masalah period tak teratur..susah kan nak detect bila waktu subur kalau period jenis tak teratur ni..Jadi OPK ttest ni boleh membantu..insya'allah..

www.fiezasani.xyz

CARA GUNA OPK NI?

Hah..mesti tertanya-tanya kan cara guna OPK test ni? Untuk period yang tak teratur, korang boleh mula sebaik sahaja habis period sampai la dapat line sama terang macam k.fiezz beritahu kat atas ni..dan untuk itu, korang memerlukan OPK test strip yang banyak..jadi sila get ready beli strip ni banyak-banyak..sebab korang kena test sampai dapat line sama terang...

waktu untuk test pulak, bukan time bangun tidur macam nak test pregnancy tu..Utk OPK ni, waktu seeloknya antara 11pg - 8.00mlm..kebiasaan macam k.fiezz buat test ni, 6.00ptg ke atas masa lepas balik kerja...dan satu lagi sebelum tu, pastikan puasa minum air untuk 2-3 jam..untuk pastikan urin kita pekat & mudah kesan hormon LH...

Lepas buat test, tunggu dalam 10 minit untuk tengok result...

Note - Waktu subur kita tak sama yea untuk setiap wanita..jadi kenal pasti Cycle Day masing-masing..Cycle Day period kita...cycle day ni tempoh period dari bulan sebelum dengan terkini (contoh - bulan oktober sampai november = 33hari)...kenal pasti cycle day ni untuk beberapa bulan..

kalau yang cycle day lari-lari, sila buat test ni untuk tahu bila sebenarnya waktu subur masing-masing....jadi sebelum buat test OPK ni, korang kena cari dulu cycle day period masing-masing supaya senang nak tahu bila boleh start test OPK ni pula..tapi dinasihatkan yang period tak teratur, boleh la mulakan sebaik je habis period sehingga dapat line positive..buat ni kena banyak bersabar dan jangan stress..kita chill-chill je..sebab kalau stress pun mempengaruhi hormon kita...jadi kita buat rilex-rilex je, k... 


Bagi yang cycle day 28 hari setiap bulan, tak ada masalah..memang dah boleh agak waktu subur jatuh hari ke-14 yang biasa kita dengar atau baca tapi untuk pastikan, boleh cuba buat OPK test ni mula dari CD10...

Nak Beli Kat Mana OPK Ni?

OPK ni kat guardian / watson / farmasi pun ada tapi jenis lain & harga dia agak mahal. Dalam 1 box cuma ada 1pcs @ 2pcs je..Memandangkan kita perlukan OPK test yang banyak terutama period tak teratur ni, boleh beli OPK strip ni di Shopee yang banyak jual Ovulation Test Strip ni dengan harga murah-murah..

Untuk yang TTC, selamat ber OPK & membuahkan hasil..Aamiin...

5 Comments

  1. good entry..first time thu ni..hehe

    ReplyDelete
  2. ohhh ini yang sha tengok kat ig story kak fiez tu

    ReplyDelete
  3. Betul k.fiiezz, waktu dan cycle period kita tak sama.. semoga berguna kit ni ;)

    ReplyDelete
  4. mama nak share ni dgn adik2 mama la tq fieza good sharing

    ReplyDelete
  5. rasa macam belajar sains..Cuya pon baru pasal benda2 ni..dpt belajar drpd akk

    ReplyDelete