Total Pageviews

Jalan-Jalan Cari Cenderamata di Melaka

16:53

Kalau dah sampai Melaka, kena la jenjalan kan...oo, kalau yang tak tahu, minggu lepas k.fiezz hadir bengkel anjuran pejabat k.fiezz di Melaka untuk 3H 2M..Masa ke sini, k.fiezz memang tak dan la nak joint family mertua k.fiezz jalan-jalan..k.fiezz kena hadir kursus yang dianjurkan pejabat k.fiezz...Jadi dorang je pi jalan-jalan..dorang tak jalan mana sangat pun..yang k.fiezz tahu, dorang pi cari coconut shake yang glamer kat Melaka ni..

so selesai je kursus hari ahad, sebelum gerak balik KL kitaorang singgah ke sekitar Dataran Pahlawan, Melaka...kat Bandar DiHilir..kat situ lokasi tumpuan pelancong..korang kalau ke Melaka, nak naik beca ke apa..semua kat area situ jugak...dekat dengan menara Taming Sari yang berpusing tu..A famosa..kira lokasi strategik la Dataran Pahlawan ni..Jadi jalan kat sini memang jammed semedang sebab tumpuang pelancong...tak kira cuti sekolah ke cuti biasa ke..pfffft...bercuti kat sini memang kena sabar untuk hadap jammed....

K.fiezz ada gak beberapa kali bercuti ke Melaka ni..Antaranya <<Percutian Bajet Ke Melaka Bandaraya Bersejarah>> 

kita pun dah biasa kan bercuti kat sini..so kali ni kita singgah kat sekitar Dataran Pahlawan ni nak beli cenderamata dari Melaka..Ni pun k.fiezz & mama je yang masuk kat sini..Mr hubby tunggu dalam keta je sebab tak ada parking...Adik ipar k.fiezz kena saman sebab parking kat tempat yang tak sepatutnya...haha..adeh...apa nak buat...

Mencuci Mata di Sekitar Dataran Pahlawan.

Hah, kat sini tempat korang nak beli cenderamata Melaka..K.fiezz tak ingat nama tempat ni tapi dia memang betul2 kat area Dataran Pahlawan..Bertentangan dengan Menara Taming Sari...Kat sini macam-macam ada..pilih jangan tak pilih..Rata-rata peniaga jual barang yang sama je cuma berbeza harga & promosi..contoh ada kedai jual Gula Melaka (3 peket RM10)..ada yang jual 4 peket RM10..so pandai-pandai la cari yea..

www.fiezasani.xyz

Mencuci mata kat sini...


www.fiezasani.xyz

Dulu masa k.fiezz ke sini, gula melaka saiz besar-besar & dalam peket..la ni dalam peket yang size mini (3 @ 4 peket RM10)..Kalau yang besar, kena timbang..huhu...


www.fiezasani.xyz

Hasil tangkapan..

Belacan, Gula Melaka, Dodol & Beg..

Beg tu mama belanja..ada satu kedai je jual RM10..kedai-kedai lain, RM15...Mama tengok k.fiezz duk usyar je beg ni..tu mama belanja satu..hehe..tantiu mama...Beg ni tak tau nak buat apa..tapi sejenis tak boleh tengok beg,kan..tetap nak juga tambah koleksi..hehe...K.fiezz letak kat pejabat beg ni..kot ada dapat barang ke apa..senang letak dalam beg ni untuk bawa balik rumah...maklum la k.fiezz kan naik tren hari-hari...

Berpatutan 

Overall barang-barang kat sini berpatutan dari segi harga.Kalau ke Melaka, korang boleh ke sini kalau nak beli buah tangan dari Melaka untuk kawan-kawan atau sedara-mara...Kat sini majoriti banyak barang makanan...ada la juga t-shirt, seluar, beg dan lain-lain...

Sebelah dengan tempat ni juga, ada kedai makan..so untuk kaum suami kalau malas nak ikut isteri jenjalan kat sini, boleh la singgah kat kedai makan yang ada sebelah je dengan tempat ni...

You Might Also Like

7 Comment

  1. Kalau ke Melaka mesti beli belacan dan cencalok

    ReplyDelete
  2. wah..ada ole2 tak utk cik nor..hihi

    ReplyDelete
  3. Popular tempat ni kalau berkunjung ke Melaka ni fieza...syok shopping!

    ReplyDelete
  4. Selalunya kalau pergi bercuti mana2 pin , souviner yg wajib beli keychain tak pun fridget magnet

    ReplyDelete
  5. hai hai kak fieza...rindu kak..rindu nak bw blog kak..tapi? busy sgt dgn assigment..ni bru ada masa ni..heloo sis

    ReplyDelete
  6. Kalau pergi Melaka tak sah tak beli belacan bakar, cencalok hehe

    ReplyDelete
  7. kalo ke melaka..tk sah kalo tk bli belacan, dodol

    ReplyDelete