Haritu sempena bengkel yang pejabat k.fiezz anjurkan, ada majlis makan malam..ada tema bagai la kan..k.fiezz ni bukan boleh dengar ada tema-tema..wajib la nak cari baju ikut tema..tema untuk majlis makan malam kali ni, biru/putih @ warna-warna pastel..

k.fiezz duk fikir nak cari kat Muaz je..haha..dasar cari yang mur mur je..masa bengkel pejabat k.fiezz awal tahun di Melaka haritu pun,k.fiezz cari baju untuk majlis makan malam di Muaz je...mur mur kan..besa la k.fiezz jenis tak kisah murah ke mahal..janji cantik pada mata k.fiezz..

So kali ni, tak jadi ke Muaz sebab kawan pejabat k.fiezz ajak ke jalan TAR..tengok kat area situ..masa turun kat Jalan TAR tu, kitaorang main terjah je mana-mana kedai..dan kebetulan terlalu depan First Lady..Kawan k.fiezz ajak la masuk ke situ..k.fiezz pun tak pernah beli baju kat situ..duk ingat situ mahal je..

eh..bila masuk situ..tengok baju-baju dia murah-murah je...tambah ada plak promosi masa k.fiezz ke situ..wah banyak la weiii baju yang k.fiezz berkenan..Nasib kontrol nafsu..Kalau tak, mau lebih dari 2 helai, k.fiezz rembat...Nanti nak repeat kat situ cari baju untuk majlis wedding sepupu mr hubby..haha..dasar sangat kan nak beli baju baru..ada satu baju kurung moden yang dah siap, RM30++ je sebab promosi..tak tau la promosi dia sampai bila..tunggu la dalam akaun dalam harimau atau sotong menebal sikit....memang k.fiezz repeat kat situ...

Ni la baju dinner yang menepati citarasa k.fiezz..kena la dengan tema...walaupun tak menang Best Dress..haha..perasan cantik sangat..


www.fiezasani.xyz


www.fiezasani.xyz
ootd sikit..sila abaikan cadar katil yang tak kemas tu & tuala yang 
bersidai kat belakang tu..hehe

Korang kalau nak cari blouse ke, baju kurung ke, seluar, skirt..baju anak-anak (girls) boleh la cari kat sini..harga dia murah-murah la pada k.fiezz...cantik-cantik gak design dia...

Macam blouse k.fiezz pilih ni - RM17++ & seluar kembang setaman tu RM19++
okey la kan..1 set lebih kurang RM3+.++

Lepas ni tahu dah nak cari baju murah-murah kat mana selain dari Muaz..thank you la kat kawan k.fiezz yang perkenalkan first lady ni kat k.fiezz..kalau tak, tak berani k.fiezz nak jejak..duk ingat selama ni, mahaiii...maklum la k.fiezz tak berapa nak rajin berjalan sebab mr hubby tak mau bawak..dia tahu bini dia bernapsu sikit tengok baju mur mur ni..haha...

tu orang cakap, dont judge the book by it's cover...masuk dulu tengok ngan mata sendiri, baru kita nilai butik yg kita duk ingat jual mahal, jual pakaian mahal ke murah...hah, bila dah masuk..baru tau.rambang mata...haha

7 Comments

  1. Mur mur, baju cantik ... Sweet kaler baju tu.

    ReplyDelete
  2. fieza taste kita sama..cik nor cr jubah mur mur kat first lady and blouse mur mur kat muaz..:)

    ReplyDelete
  3. say apun rajin ke Muaz kak, beli tdg, baju

    ReplyDelete
  4. Mur..mur..cantik tu kak. Tak pernah lagi shopping kat situ. Saiz tak kena hehe

    ReplyDelete
  5. Cantik baju tu kak sesuai dengan kak fieza..dahlah corak baju tu sweet je.

    ReplyDelete
  6. cantiknya! tambah tambah seluar tu haha

    ReplyDelete
  7. Kalau pakaian murah2 pun kalau pandai pandaikan memang nampak cantik kan kak fieza , tak perlu buang duit banyak2 ..sImple is beautiful. Janji kena pandai padankan

    ReplyDelete