Total Pageviews

Ingat Tak Mampu Ke?

12:32

Agak terkesan dengan  pertanyaan seseorang yang baik dengan k.fiezz..ceritanya masa k.fiezz hadir bengkel anjuran bahagian k.fiezz di Melaka, family in law k.fiezz ikut sekali..tapi adik ipar k.fiezz sewa satu bilik lagi..kira dorang bayar sendiri la..dapat harga RM180++ termasuk sarapan untuk 3 orang..

Sebelum tu member pejabat k.fiezz ada offer nak tak bilik percuma sebab ada antara member pejabat kitaorang tak dapat hadir ke bengkel ni jadi ada bilik kosong la citer dia..dua orang member k.fiezz tanya nak tak bilik yang ofis k.fiezz bayar ni..k.fiezz tolak secara elok sebab segan..nanti orang bercerita kat belakang..besa la tak nak jadi bahan ungkitan di masa hadapan & tak nak di cop ambil kesempatan..

Ahad semalam, masa mak mertua k.fiezz & dua orang adik ipar k.fiezz nak pi sarapan pagi..k.fiezz joint dorang..tapi k.fiezz bawah Kementerian la sebab pejabat bayar..family in law ada la kupon untuk sarapan sendiri..

Tak lama lepas kitaorang breakfast, kawan-kawan pejabat k.fiezz dah mula masuk sorang-sorang untuk sarapan kat cafe hotel..masa k.fiezz nak pi amik air, ada sorang member k.fiezz tegur..lembut je dia tegur..'eh..breakfast boleh bawa family yeak?'..berubah muka k.fiezz..k.fiezz jawab la balik 'eh..adik ipar akak sewa bilik..dpt la breakfast'...terus k.fiezz bla..marah pulak orang tanya macam tu sebab hari sabtu, kawan k.fiezz yang menanya soalan ni dengar sendiri k.fiezz tolak masa member tanya nak tak bilik percuma...k.fiezz cakap tak nak..adik ipar dah ambil bilik lain kat situ melalui Agoda...segan kan..nanti orang bercakap kat belakang, tak puas hati ke apa..mana kita nak tahu..tapi bila kena tanya macamni, alhamdulillah k.fiezz tolak..kalau tak , tak tau la kena kutuk apa lagi rasanya...

Agaknya kawan pejabat k.fiezz ni tak percaya kitaorang sewa bilik lain..ingat kitaorang duk berkumpul 8 orang dalam satu bilik..eh, hello ingat kitaorang sengkek ke apa..even masa dinner bahagian k.fiezz pun, k.fiezz tak ajak adik-adik ipar & biras sebab segan..takut orang bercakap kat belakang 'fieza tu bawak family ramai'...so yang turun dinner, k.fiezz, mr hubby & mama je...adik-adik ipar order makan kat Mc'Donald...

k.fiezz ni banyak kali dah kena sindir dengan kawan yang sama ni tapi k.fiezz ni jenis malas nak ambil kisah sangat...Besa dah kena dengan member sejak dari sekolah lagi..kawan cari k.fiezz bila kawan baik dorang tak ada..bila ada, buat tak kisah je ngan k.fiezz...so memang k.fiezz take note la in future...

You Might Also Like

10 Comment

  1. Standard la tu Fiez...typical malay...

    ReplyDelete
  2. MN pun tak suka orang jenis macam nie , macam kita tak mampu pulak nak sewa hotel..ayoyoyo

    ReplyDelete
  3. Lumrah manusia macam tu la...
    Just ignore it

    ReplyDelete
  4. Sabar kak.. Saya pu. Selalu kena mcm ni.. Mcm org pergunakan kdg2.

    ReplyDelete
  5. Hehe... gomen environment..
    sbb tu kalau ada meeting kt hotel, which is husband dtg skali sbb nak bawa (jaga) anak, kami tak bg husband makan skali.. nati mula la bla..bla..bla.. even suami kami ni satu opis, and bila org nampak dia sure orang akan ajak.
    No! Kami tak bagi. Lagi2 kami jaga HR, lagi la taknak orang mengata.
    So, makan bila yg ada dalam pakej bilik ja (breakfast). Dinner n lunch, utk peserta meeting, tak yah join. Even boleh bayar sendiri, better tak payah, nanti orang kita menumpang juga :P

    ReplyDelete
  6. eii..xsuka org suka jaga tepi kain org..huhu

    ReplyDelete
  7. manusia mmg gitu haha buat taklayan je, nanti penat diam la kalau tak reti penat tampo je kak fiez

    ReplyDelete
  8. tak perlu layan orang camne aura negatif tak best

    ReplyDelete
  9. tak baik kawan tu kan ... adoi.

    ReplyDelete
  10. Biar ajelah kak. Diorang taknak akak lebih dari diorang tu. Sabar ye

    ReplyDelete