Total Pageviews

Dapur Fieza Sani - Ayam Masak Thai

12:01

Cuba resipi baru lagi..hehe..gini la kaum pompuan ni..hari-hari masak lauk sama, jemu gak kan..so meh kita cuba resipi baru..resipi ni k.fiezz terjumpa kat FB..ada orang share..Tengok bahan-bahan & cara masak dia pu very da simple so rajin la k.fiezz nak cuba..

AYAM MASAK THAI


www.fiezasani.xyz

BAHAN-BAHAN

Untuk Goreng
Ayam 
Serbuk Kunyit
Garam / Ajinomoto (k.fiezz guna garam je)

Untuk Kisar

Bawang Merah (2 Biji besar)
Bawang Putih (5 Ulas)
Cili Padi (Kuantiti terpulang pada tahap kepedasan memasing)

Bahan lain 
Serai 
Daun Limau
Sos Tiram
Sos Cili

CARA MASAK  

1) Goreng dahulu ayam separuh masak.
2) Tumis serai & daun limau sampai naik bau
3) Masukkan bahan yang dah dikisar tadi. Biarkan sehingga cili masak.
4) Lepas cili masak, masukkan sos cili & sos tiram..Kacau sekata.
5) Masukkan ayam yang dah digoreng tadi.SIAP

You Might Also Like

6 Comment