Total Pageviews

kursus

Jalan-Jalan Cari Cenderamata di Melaka

16:53

Kalau dah sampai Melaka, kena la jenjalan kan...oo, kalau yang tak tahu, minggu lepas k.fiezz hadir bengkel anjuran pejabat k.fiezz di Melaka untuk 3H 2M..Masa ke sini, k.fiezz memang tak dan la nak joint family mertua k.fiezz jalan-jalan..k.fiezz kena hadir kursus yang dianjurkan pejabat k.fiezz...Jadi dorang je pi jalan-jalan..dorang tak jalan mana sangat pun..yang k.fiezz tahu, dorang pi cari coconut shake yang glamer kat Melaka ni..

so selesai je kursus hari ahad, sebelum gerak balik KL kitaorang singgah ke sekitar Dataran Pahlawan, Melaka...kat Bandar DiHilir..kat situ lokasi tumpuan pelancong..korang kalau ke Melaka, nak naik beca ke apa..semua kat area situ jugak...dekat dengan menara Taming Sari yang berpusing tu..A famosa..kira lokasi strategik la Dataran Pahlawan ni..Jadi jalan kat sini memang jammed semedang sebab tumpuang pelancong...tak kira cuti sekolah ke cuti biasa ke..pfffft...bercuti kat sini memang kena sabar untuk hadap jammed....

K.fiezz ada gak beberapa kali bercuti ke Melaka ni..Antaranya <<Percutian Bajet Ke Melaka Bandaraya Bersejarah>> 

kita pun dah biasa kan bercuti kat sini..so kali ni kita singgah kat sekitar Dataran Pahlawan ni nak beli cenderamata dari Melaka..Ni pun k.fiezz & mama je yang masuk kat sini..Mr hubby tunggu dalam keta je sebab tak ada parking...Adik ipar k.fiezz kena saman sebab parking kat tempat yang tak sepatutnya...haha..adeh...apa nak buat...

Mencuci Mata di Sekitar Dataran Pahlawan.

Hah, kat sini tempat korang nak beli cenderamata Melaka..K.fiezz tak ingat nama tempat ni tapi dia memang betul2 kat area Dataran Pahlawan..Bertentangan dengan Menara Taming Sari...Kat sini macam-macam ada..pilih jangan tak pilih..Rata-rata peniaga jual barang yang sama je cuma berbeza harga & promosi..contoh ada kedai jual Gula Melaka (3 peket RM10)..ada yang jual 4 peket RM10..so pandai-pandai la cari yea..

www.fiezasani.xyz

Mencuci mata kat sini...


www.fiezasani.xyz

Dulu masa k.fiezz ke sini, gula melaka saiz besar-besar & dalam peket..la ni dalam peket yang size mini (3 @ 4 peket RM10)..Kalau yang besar, kena timbang..huhu...


www.fiezasani.xyz

Hasil tangkapan..

Belacan, Gula Melaka, Dodol & Beg..

Beg tu mama belanja..ada satu kedai je jual RM10..kedai-kedai lain, RM15...Mama tengok k.fiezz duk usyar je beg ni..tu mama belanja satu..hehe..tantiu mama...Beg ni tak tau nak buat apa..tapi sejenis tak boleh tengok beg,kan..tetap nak juga tambah koleksi..hehe...K.fiezz letak kat pejabat beg ni..kot ada dapat barang ke apa..senang letak dalam beg ni untuk bawa balik rumah...maklum la k.fiezz kan naik tren hari-hari...

Berpatutan 

Overall barang-barang kat sini berpatutan dari segi harga.Kalau ke Melaka, korang boleh ke sini kalau nak beli buah tangan dari Melaka untuk kawan-kawan atau sedara-mara...Kat sini majoriti banyak barang makanan...ada la juga t-shirt, seluar, beg dan lain-lain...

Sebelah dengan tempat ni juga, ada kedai makan..so untuk kaum suami kalau malas nak ikut isteri jenjalan kat sini, boleh la singgah kat kedai makan yang ada sebelah je dengan tempat ni...

Shopping

Beli Apa tu Kat SGShop

11:40

Hasil shopping di SGSHOP..haritu k.fiezz ada kongsi promosi sempena Double11 kat SGShop ni..Meh nak kongsi pula hasil tangkapan k.fiezz kat www.sgshop.com ni...tak banyak pun beli..ada la sangkut 4 barang...tue pun kontrol napsu serakah ni..kalau tak kontrol, mau lebih k.fiezz sangkut beli...membeli sambil ingat dalam akaun ada baper RM jadi kita kontrol sikit..haha..

jadi apa yang k.fiezz sangkut ni?meh tengok..k.fiezz ada buat video unbox hasil shopping di SGShop... 


HASIL SANGKUTAN di SgShop..

Tadaaaa.....tak banyak kan..ada 4 barang je k.fiezz beli kat sini..semua yang beli ni, memang k.fiezz dah usya nak beli..lama dah...terutama yang tapestry tu...

Kalau korang berminat nak beli, k.fiezz ada sertakan link barang kat bawah setiap gambar..berminat, sila klik link tu...


www.fiezasani.xyz
4 barang yang k.fiezz beli di SgShop...
Gaming Headphone, Bluetooth Tripod, Purse & Tapestry


www.fiezasani.xyz
Tapestry idaman hati..dapat free gift hiasan lampu & hiasan gantung warna hitam tu...



www.fiezasani.xyz
Rasmi setepek selfie berlatar belakangkan tapestry...


www.fiezasani.xyz
Bluetooth Tripod Selfie Stick ni boleh adjust panjang,  pendek ikut pada kesesuaian nak tangkap gambar atau rekod video...dan yang penting ada bluetooth..tak yah susah nak adjust cari barang untuk letakkan handphone tak jatuh atau bergerak bila nak rekod video atau tangkap gambar..letak handphone kat tripod & set bluetooth connecting pada handphone...ready, tekan butang bluetooth...SIAP...oo..lupa plak, beli tripod ni dapat free extra battery untuk Bluetooth..



www.fiezasani.xyz

Gaming Headset jenama Rapoo...Ni mr hubby punya..walaupun k.fiezz kembang kempis hidung tahan marah kalau mr hubby dapat hadap game dia tu tapi positif positif..kurang-kurang dia duk kat rumah..depan mata..tak berjalan pi lepak ke apa..kalau lepak pun, k.fiezz follow..haha...jadi kita bagi la gaming headset ni...



www.fiezasani.xyz
Purse baru..wrislet sebelum ni helokkk lagi...saja gedik beli purse baru...tukar..boring katanya..memacam k.fiezz ni padahal memang alergik tak leh tengok purse...mula la gedik nak beli lain...


Korang kalau nak shopping kat SgShop ni pada k.fiezz okey sangat..harga barang sangat reasonable cuma kena sabar untuk proses penghantaran dari China ke Malaysia..tue je...overall shopping kat SgShop best dan semestinya k.fiezz akan repeat lagi..hehe...


Dapur FiezaSani

Dapur Fieza Sani - Ayam Masak Thai

12:01

Cuba resipi baru lagi..hehe..gini la kaum pompuan ni..hari-hari masak lauk sama, jemu gak kan..so meh kita cuba resipi baru..resipi ni k.fiezz terjumpa kat FB..ada orang share..Tengok bahan-bahan & cara masak dia pu very da simple so rajin la k.fiezz nak cuba..

AYAM MASAK THAI


www.fiezasani.xyz

BAHAN-BAHAN

Untuk Goreng
Ayam 
Serbuk Kunyit
Garam / Ajinomoto (k.fiezz guna garam je)

Untuk Kisar

Bawang Merah (2 Biji besar)
Bawang Putih (5 Ulas)
Cili Padi (Kuantiti terpulang pada tahap kepedasan memasing)

Bahan lain 
Serai 
Daun Limau
Sos Tiram
Sos Cili

CARA MASAK  

1) Goreng dahulu ayam separuh masak.
2) Tumis serai & daun limau sampai naik bau
3) Masukkan bahan yang dah dikisar tadi. Biarkan sehingga cili masak.
4) Lepas cili masak, masukkan sos cili & sos tiram..Kacau sekata.
5) Masukkan ayam yang dah digoreng tadi.SIAP

barang elektrik

Seers Instant Water Heater Pilihan Menjimatkan & Selamat

10:40

Water heater baru k.fiezz.. Sesuai sgt la pasang ni time musim2 hujan ni.. Sojuk u, mandi pagi2 nak pi keja.. Rasa bercinta nak mandi bila rasa air, sojukkk.. Pesen k.fiezz sebelum ada water heater ni bila nak mandi, buka pili air dulu.. Test kat tangan.. Konon tunggu nak bagi kurang sejuk..Haha.. Tapi harapan je la.. Memang sojuk la citer dia...amik mood sat.. Tggu betul2 ready, baru start mandi.. Bila air sojuk kena je kat badan.. Dia punya sejuk, fuhhh memang menguji betul.. K.fiezz memang tak tahan sejuk pun.. Tue pasal k.fiezz tak nak pi bercuti keluar negara time musim sejuk.. Ai is tak tahan la u... 

Eh.. Apa ke citer bercuti plak ni.. Masuk balik topik.. So untuk menyelesaikan masalah tak tahan sejuk k.fiezz ni, k.fiezz & mr hubby setuju pasang Seers Instant Water Heater ni.. 

www.fiezasani.xyz

Jenama seers instant water heater jadi pilihan k.fiezz & mr hubby.. Harga dalam anggaran RM500++ dan ke atas...

Pakej seperti dalam kotak (rujuk gambar) cuma kalau yg pertama kali nak pasang water heater, saluran air untuk water heater kena beli sendiri sebab tak disediakan.yg mana memang dah ada water heater sebelum ni cuma nak tukar jenama seers ni, boleh guna yang sedia ada.. Mcm k.fiezz pertama kali nak guna water heater kat rumah k.fiezz duduk sekarang, k.fiezz kena beli getah air ni berasingan kat hardware.. Harga dalam RM17.++

www.fiezasani.xyz
Proses pasang Seers Water Heater...

www.fiezasani.xyz
Sila abaikan dinding yang berkarat tu..haha..besa la umah sewa gomen...

Tadaaa.. Siap pasang.. Setel masalah.. Mandi air panas pagi2 sejak ada seers water heater ni... 

Kenapa Seers Instant Water Heater jadi pilihan? 

­čĺ×Tiada kejutan elektrik - Dengan teknologi yang dipatenkan oleh SEERS, sekiranya ada kebocoran, peranti di dalam water heater ni akan potong elektrik serta merta untuk mengelakkan kejutan elektrik. Selain mempunyai ruang pemanasan keluli tahan karat yang penuh untuk mencegah kebocoran air tekanan tinggi..

­čĺ×Sesuai untuk yang ada masalah tekanan air rendah - Dalamannya menggunakan Internal Water Pump dan sesuai untuk rumah yang ada tekanan air rendah..

­čĺ×Menjimatkan elektrik.. sebab seers instant water heater menggunakan Power Saving - tenaga yang rendah & sekaligus dapat menjimatkan bil elektrik yang tinggi. 

Ciri Keselamatan Seers Instant Water Heater



Touch Skrin di SEERS INSTANT WATER HEATER

Seers Instant Water Heater ni menggunakan Kawalan Skrin Sentuh untuk adjust suhu dan selamat digunakan walaupun tangan basah..di jamin..k.fiezz dah test sendiri..memang lulus..ada 3 suhu iaitu P0 - Normal | P1 - suhu rendah | P2 - suhu sederhana | P3 - Suhu tinggi..

REVIEW - HASIL GUNA SENDIRI

k.fiezz selalu guna suhu P3 kalau pagi..petang, suhu P2..haha...P3 tu pun panas yang tak la melecurkan kulit...no worry..kak fiezz yang kecil somel ni boleh je mandi air panas dengan suhu P3...kalau P2, waktu pagi-pagi, tak asa sangat..suam-suam je...

Dari segi penjimatan elektrik, tak perlu risau sebab SEERS instant Water Heater ni mesra alam, dimana menggunakan teknologi terkini sistem air panas hibrid  yang boleh memanas air dengan teknologi hibrid mesra alam..Di mana ia menawarkan teknik pemindahan haba yang mengeluarkan tenaga dari udara sekeliling untuk menghasilkan air panas tanpa perlukan unsur pemanasan dari elektrik. dan menjimatkan penggunaan kuasa...

Maklumat lanjut mengenai Seers boleh rujuk di bawah


Facebook -

Alamat - 
SEERS Marketing Sdn Bhd (917949-V)
No.4 Jalan Utarid U5/18A
Seksyen U5, Mutiara Subang
40510 Shah Alam, Selangor

Telefon :+6 (03) 7842 2871

luahan perasaan

Ingat Tak Mampu Ke?

12:32

Agak terkesan dengan  pertanyaan seseorang yang baik dengan k.fiezz..ceritanya masa k.fiezz hadir bengkel anjuran bahagian k.fiezz di Melaka, family in law k.fiezz ikut sekali..tapi adik ipar k.fiezz sewa satu bilik lagi..kira dorang bayar sendiri la..dapat harga RM180++ termasuk sarapan untuk 3 orang..

Sebelum tu member pejabat k.fiezz ada offer nak tak bilik percuma sebab ada antara member pejabat kitaorang tak dapat hadir ke bengkel ni jadi ada bilik kosong la citer dia..dua orang member k.fiezz tanya nak tak bilik yang ofis k.fiezz bayar ni..k.fiezz tolak secara elok sebab segan..nanti orang bercerita kat belakang..besa la tak nak jadi bahan ungkitan di masa hadapan & tak nak di cop ambil kesempatan..

Ahad semalam, masa mak mertua k.fiezz & dua orang adik ipar k.fiezz nak pi sarapan pagi..k.fiezz joint dorang..tapi k.fiezz bawah Kementerian la sebab pejabat bayar..family in law ada la kupon untuk sarapan sendiri..

Tak lama lepas kitaorang breakfast, kawan-kawan pejabat k.fiezz dah mula masuk sorang-sorang untuk sarapan kat cafe hotel..masa k.fiezz nak pi amik air, ada sorang member k.fiezz tegur..lembut je dia tegur..'eh..breakfast boleh bawa family yeak?'..berubah muka k.fiezz..k.fiezz jawab la balik 'eh..adik ipar akak sewa bilik..dpt la breakfast'...terus k.fiezz bla..marah pulak orang tanya macam tu sebab hari sabtu, kawan k.fiezz yang menanya soalan ni dengar sendiri k.fiezz tolak masa member tanya nak tak bilik percuma...k.fiezz cakap tak nak..adik ipar dah ambil bilik lain kat situ melalui Agoda...segan kan..nanti orang bercakap kat belakang, tak puas hati ke apa..mana kita nak tahu..tapi bila kena tanya macamni, alhamdulillah k.fiezz tolak..kalau tak , tak tau la kena kutuk apa lagi rasanya...

Agaknya kawan pejabat k.fiezz ni tak percaya kitaorang sewa bilik lain..ingat kitaorang duk berkumpul 8 orang dalam satu bilik..eh, hello ingat kitaorang sengkek ke apa..even masa dinner bahagian k.fiezz pun, k.fiezz tak ajak adik-adik ipar & biras sebab segan..takut orang bercakap kat belakang 'fieza tu bawak family ramai'...so yang turun dinner, k.fiezz, mr hubby & mama je...adik-adik ipar order makan kat Mc'Donald...

k.fiezz ni banyak kali dah kena sindir dengan kawan yang sama ni tapi k.fiezz ni jenis malas nak ambil kisah sangat...Besa dah kena dengan member sejak dari sekolah lagi..kawan cari k.fiezz bila kawan baik dorang tak ada..bila ada, buat tak kisah je ngan k.fiezz...so memang k.fiezz take note la in future...

drama

Biased Di Mana-Mana

09:00

Dulu k.fiezz dengar je orang cerita pasal biased ni. Bila kena kat batang hidung sendiri, baru tahu apa maksud biased tu?

Biased

Dari hasil pencarian k.fiezz di google, maksud biased - berat sebelah, lebih cenderung terhadap sesuatu daripada yang lain.

Tue la maksud biased bagi korang yang tak tahu..

Dulu k.fiezz biasa dengar je perkataan ni. Tapi bila dah alami sendiri, baru k.fiezz faham biased tu camne.. 

Perasaan Bila Jadi Mangsa Biased..

Serius, perasaan dia sangat menyakitkan hati. Tak tahu nak luah camna.. Dia mcm baru ko tahu selama ni orang pandang rendah kat kita..baru ko tahu juga selama ni orang sebenarnya anggap kita ni mcm sampah je..cuma kita yang tak perasan.. Bila dh terkena baru la kita tahu, yang orang x pandang pun ko.. Hebat pun ko atau bagusnya ko, bila diberi pilihan, tetap org yang baik dengan si polan yg jadi pilihan.. Walaupun keja ko bagus atau lagi bagus dri pilihan yang paling rapat dgn si polan itu.. 

So moral of the story hati-hati dengan orang yang ada sikap biased ni? Siapa yg ada.. Sila perhatikan la sekeliling dengan kawan-kawan, sedara-mara atau jiran-jiran atau sesapa je.. Mungkin kita tak perasan pada mulanya tapi bila ada berlaku sesuatu atau peristiwa, kita akan perasan juga..

Sorry la entry ni mmg k.fiezz agak bengang sbb baru terjadi kat diri sendiri. Haih, tak tau nak cakap camne dia punya bengang.. K.fiezz tak expect la nak menang ke apa but pilih la dengan seadilnya. 

Tak pe bukan rezeki menang cuma bila biased camni, k.fiezz agak tak puas hati..Bukan k.fiezz nak berbunyi cam pepatah 'Rumah Dah Siap, Pahat Masih Berbunyi' dan k.fiezz tak puas hati  k.fiezz yg patut menang, cuma  sila berlaku adil untuk pemilihan menang.In future, ada dinner @ bengkel yg dianjurkan ofis k.fiezz, k.fiezz akan cuba elak utk hadir..

Dapur FiezaSani

Dapur Fieza Sani - Tempoyak Masak

10:47

Meh nk share ngan korang resipi dari dapur mak kak fiezz..hehe..penah tengok tak menu ni...orang perak mesti familiar kan...ni mak kak fiezz yang masak masa datang minggu lepas..kebetulan kat rumah k.fiezz, tempoyak ada lagi..so mak kak fiezz ajar k.fiezz cara buat tempoyak masak ni..mak kak fiezz panggil tempoyak masak..tak tau la tempat lain panggil apa..

Nak masak menu ni untuk k.fiezz sangat simple & senang..Cuma dinasihatkan kalau nak masak menu ni, masak lepas dah habis masak segala lauk yang lain..sebab nak masak menu ni, kita kena sentiasa kacau tempoyak ni sampai dia bertukar warna...

Jom check it out - 


www.fiezasani.xyz

Bahan - Bahan

-Tempoyak (kuantiti terpulang)
- Serai (di titik)
- Daun kunyit (potong halus)
- Ikan Bilis / Udang kertas
- Cili kisar
- Serbuk Kunyit
Garam (sikit je)
- Gula (pilihan) 
**Kalau masam buh sikit..Kalau rasa dah okey, tak perlu tambah
- Air sikit (pilihan)

Cara Masak 

Masukkan semua bahan-bahan dalam periuk & kacau dengan api kecik sehingga bertukar warna lebih pekat dari asal..

SIAP..

LifeStyle

Top Up Touch & Go kat KK Mart

21:05

Baru tahu uolls, k.fiezz la..korang mungkin dah lama tahu..yang kat KK mart boleh top up Touch & Go..kisahnya minggu lepas masa k.fiezz nak top up T&G kat LRT, staff kat situ beritahu k.fiezz kat KK pun boleh jugak top up T&G ni..Staff tu beritahu sebab kat stesten LRT rumah k.fiezz ni, belah bawah sebelum naik ke stesen ada KK Mart ni..Jadi kalau on the way nak pi ke stesen ni pun boleh je top up T&g kat KK Mart ni..kata staff tu caj top up kat KK mart ni sama macam top up kat stesen lrt.. Kena tolak RM0. 50 dari jumlah yang kita top up tapi masa k.fiezz top up ni, tak ada pula kena (boleh tengok gambar resit kat bawah ni).. Tak tau la staff situ terlupa ke atau memang free.. Tak pe, next time kita top up lagi.. Kalau tak ada kena tolak tu, sah la FREE..yeay...

www.fiezasani.xyz

So next time boleh top up kat KK Mart je la.. Kalau yg dah tahu tu tak pe la.. Ni yg tak tahu macam k.fiezz ni, dah tahu la kan macam k.fiezz gak...

Lepas ni tak susah hati nak top up T&g.. Anytime anywhere gitu... 

Jalan-Jalan Cari Makan

Mencuba Laksa Sarang Sedap Tak.

22:32

Jumaat lepas, k.fiezz & kawan-kawan office ke kedai makan yang kat bawah ni..k.fiezz pun tak berapa familiar sangat kat kawasan tu..ikut je la..member ajak..moh la kita..sesekali bertukar selera kan..k.fiezz & member kalau datang rajin tu, kitaorang memang keluar hari jumaat..yelah..rehat lama..kalau fulus kurang memberangsangkan, duk je la kat ofis..makan menu kat cafe tu..hihi..tapi kalau fulus memberangsangkan, memang wajib keluar..gitooo..kali ni mencuba LAKSA SARANG..kat Kuala Kangsar, kampung k.fiezz pun biasa dengar Laksa Sarang ni tapi k.fiezz tak pernah try tau..adeh..tak pe la nanti bebila balik kampung, kita cuba laksa sarang kat Kuala Kangsar pulak..haritu cerita kat mak k.fiezz pasal laksa sarang ni, mak k.fiezz cerita yang kat kuala tu sedap..okey, nanti kita terjah...dah terjah, k.fiezz share kat sini...wajib..

LAKSA SARANG di KUALA LUMPUR

Kali ni k.fiezz share laksa sarang yang kat Kuala Lumpur ni dulu...sebab yang ni k.fiezz dah cuba...so sedap ke idak, k.fiezz?


www.fiezasani.xyz
Rasa laksa dia sedap cuma rasa muak bila makan sarang (yg diperbuat dari telur) tu bila 
dah bercampur dengan kuah laksa..sedap tu sedap la..kuah dia pun pekat cukup segala rasa..Cuma next time ke sini, k.fiezz pilih laksa biasa je la...ni sebab nak tahu kan sedap ke tidak..kita cuba je la..dah tahu, boleh la boleh la...

Ni pada pendapat peribadi k.fiezz la yea..mungkin pada deria rasa orang lain, sedap..sedap tu subjektif kan ikut selera memasing...jadi sila la cuba sendiri...

Harga >> RM5.80


www.fiezasani.xyz

Di duet kan makan laksa sarang dengan Cendol Mangga..yg ni serius sedap..banyak mangga dia buh..sekali dengan bahan-bahan lain..secukup rasa la pada deria rasa k.fiezz ni..dari cerita member k.fiezz, kat sini ada juga cendol durian tapi ikut musim..masa kitaorang ke sini, member k.fiezz call dulu tanya ada tak cendol durian..tapi bukan musim durian so tak ada la cendol durian buat masa ini..

Harga >> RM6.00


www.fiezasani.xyz

Kedai yang menjual laksa sarang & cendol mangga ni...Kitaorang ke sini
time sembahyang jumaat...ada juga pelanggan lain tapi tak ramai sangat...

Berapa bintang nak bagi?

K.fiezz bagi 4/5 sebab laksa tu sedap & cendol mangga tu pun sedap...cuma laksa tu part sarang dia je k.fiezz kurang gemor bila dah campur dengan kuah, dia rasa muak...

souvenir for my reader

Cenderahati Bulan Oktober 2018 Untuk Pengomen Di Blog FiezaSani

08:30

Dah masuk bulan baru, so k.fiezz nak umumkan la top pengomen untuk bulan lepas kat blog k.fiezz..pemenangnya jatuh kepada jeng jeng jeng...tengok kat bawah la..hehe..

thank you mrs pip...rajin singgah blog kita tau...kita pun selalu balas kunjungan ke blog mrs pip..Kalau nak blogwalking ke blog mrs pip, klik je link kat bawah ni..

>>http://www.mrspip.com/>>



Hadiahnya..khas untuk si little Nami, anak bongsu mrs pip..hehe..memandangkan k.fiezz ni tak ada pengalaman lagi beli baju baby so k.fiezz pilih romper ni untuk saiz 6 bulan..Nami baru 3 bulan tapi saja k.fiezz beli yang 6 bulan sebab baby ni kan cepat membesar...lagipun dari segi saiz, k.fiezz tak sure so takut cutting baju ni mungkin kecik..mungkin besar untuk umur 3 bulan..jadi untuk selamat kita amik la size besar...haha...

kita beli hadiah mur mur je tau mrs pip..hope you & nami like it....hehe


www.fiezasani.xyz


Kerjaya

Sah..Naik Pangkat..hehe

08:30

Alhamdullilah..semalam k.fiezz terima surat pengesahan kenaikan pangkat dari gred N19 ke N22 bagi jawatan Pembantu Setiausaha Pejabat...Tahun lepas masa bulan November ni k.fiezz memangku gred N22 ni..So dah dapat surat ni official k.fiezz gred N22..Lepas ni nak tulis jawatan sambil flip hair, iolls tulis 'gred N22'..hehe..motip sangat kan..pdhal besa-besa je gred k.fiezz ni...

Alhamdulillah..rezeki hujung tahun..kebetulan rumah k.fiezz & mr hubby yang kat Semenyih tu pun ada orang berminat nak sewa..Kalau rezeki, jadi la orang tu sewa..orang yang nak sewa tu dah hantar perjanjian pada syarikat dia sebab kalau jadi ni, syarikat yang akan bayar sewa bulanan..Dengan sewa yang ditawarkan tu dia okey je..terpulang pada syarikat..tak pe la..kalau rezeki, alhamdulillah sangat...bak kata mama (MIL k.fiezz), rezeki bertimpa-timpa..k.fiezz Aamiin kan je...

okey, berbalik pada tajuk..kenaikan pangkat ni satu pencapaian kerjaya yang k.fiezz rasa membanggakan..Kebiasaan gred k.fiezz ni susah nak naik pangkat..kalau nak naik pangkat kena tunggu 13 tahun baru ditawarkan..k.fiezz baru 11 tahun berkhidmat, dah naik gred..jadi memang rezeki sangat...


www.fiezasani.xyz

Kembang kempis hidung masa terima surat ni semalam..haha...post kat FB..ramai wish tahniah...tantiu uolls...

tips untuk cepat naik pangkat - buat kerja dengan jujur & suka dengan kerja kita..hehe...cliche jawapan tapi tue la tips nya....

advertorial

Treasure Hunt Promotion 11-11 Di SGShop

08:30

Sana sini la 11.11 ni hah uolls..meriah promosi kat website-website shopping online ni..saja je tau..dah la k.fiezz ni alergik shopping-shopping online..lagi la duk lalu lalang promosi...#mengoda sangat tau...Ni k.fiezz dah terlekat gak dengan promosi sempena 11.11..website yang k.fiezz terpikat kali ni www.sgshop.com pulak..nanti k.fiezz kongsi barang-barang yang k.fiezz beli kat SGSHOP..kali ni k.fiezz nak hasut korang pula terpikat dengan promosi 11.11 di SGSHOP..haha (gelak jahat)...

SGSHOP?

SGShop ni website yang menawarkan barang-barang dengan harga murah terus dari China..Banyak pilihan barang kat sini untuk wanita, lelaki, kanak-kanak, barang rumah, barang kecantikan..eh..memacam la...Kita cuma pilih barang-barang yang kita nak & penghantaran akan dibuat samada melalui laut atau udara..caj berbeza ikut bajet masing-masing. Yang menarik kat sini, kita cuma top up dalam akaun SGshop & gunakan top up ni
untuk pembelian kat SGShop...

K.fiezz dah cuba beberapa kali membeli belah kat sini, memang best sebab harga barang-barang dia MURAH..dan kualiti bagus...ada beg yang k.fiezz beli kat mr hubby, masih elok sampai sekarang...jimattt sangat...

Meh meh tengok apa pula promosi SGShop yang menggoda k.fiezz sampai ter 'shopping gak..hehe

PROMOSI di SGShop 

Tema promosi kali ni kat website SGSHOP ni 'treasure hunt'..uiiih..tema dia pun..memang suh orang treasure hunt sangat...promosi untuk treasure hunt ni berlangsung dari 1 November 2018 - 15 November 2018..ada apa masa ni?uiiii..macam-macam promosi dari seperti mainan serta ganjaran dan hadiah menarik untuk uolls...dan antara jenis promosi semaasa treasure hunt adalah >>

www.fiezasani.xyz

Jom..k.fiezz share treasure hunt di SGSHOP ni...

Memperkenalkan Keahlian “SHIOK!”

apa yang best dengan SHIOK membership ni...dengan keahlian SHIOK korang boleh nikmati penghantaran barang yang berat atau besar dengan kelebihan seperti di bawah ni:-

- 30% diskaun untuk caj penghantaran antarabangsa bagi barang yang melebihi berat 30kg dan keatas
- Tiada had maksimum. Makin banyak barang, lebih jimat.
- Tiada had penggunaan. boleh dapat banyak diskaun yang korang mahu.
- Mengutamakan pesanan. 1st come 1st serve..gitoooo
- Ajak kawan untuk sertai SHIOK membership ni..Kita boleh dapat kelebihan 100% diskaun rebate untuk yuran langganan


Dua jenis langganan:

Langgan 1 bulan @ RM18.80
Langgan 1 tahun @ RM188.00 (RM15.67/bulan)

www.fiezasani.xyz
Pre-order untuk 11.11 (sah mulai 1 November 2018 – 10 November 2018)
Tempah barang untuk 11.11 pada tarikh promosi untuk barang yang ditawarkan bagi dapatkan 50% diskaun servis caj..

www.fiezasani.xyz
Beli Satu Percuma Satu Dalam Tempoh 2 Jam!
Beli barang pada 1 November 2018, dari 1500 - 1659 untuk promosi barang 'Buy For Me' sahaja..taip 'Flash sale' pada ruangan remark produk yg dibeli & barang yang dibeli dengan nilai RM50 bagi satu barang, boleh dapatkan satu lagi secara percuma..

www.fiezasani.xyz

Money Money Come (Sah mulai 2 November 2018-10 November 2018)
Berbelanja bagi setiap barang, caj servis atau caj penghantaran antarabangsa semasa 2 Nov - 10 Nov 2018 untuk dapatkan 1 SGreward shard bagi setiap RM1. Setiap nilai yang dikumpul boleh digunakan untuk tebus SGreward dengan nilai 20 shard bersamaan RM1 SGreward..

Dapatkan Lucky Red Packet untuk memenangi SGrewards (mulai 6 Nov - 7 Nov 2018)
Pergi ke page "Grab Your Lucky Red Packet" & main permainan kat situ secara percuma dan tiada had masuk untuk memenangi hadiah (RM10, RM5 & RM2 SGreward)..

CHECK JUMLAH SGreward terkumpul - member

www.fiezasani.xyz
Massive Product DISCOUNT & FREE Service Charge on 11.11!
(sah pada 11 November 2018 sahaja)

Maklumat mengenai Cost & Fees

www.fiezasani.xyz
Surprise Non-stop with Free Service Charge (pada 12 November 2018 - 15 November 2018 sahaja) Nikmati caj servis percuma untuk pembelian pada 12 Nov - 15 Nov 2018

CARA MEMBELI DI SGSHOP

Login dulu a.k.a jadi member SGshop..Lepas tu boleh mula pilih barang-barang yang korang nak..siap step ni, seterusnya...

www.fiezasani.xyz
buat pembayaran. Macam k.fiezz ni, k.fiezz guna top up yang ada dalam akaun SGShop k.fiezz..


www.fiezasani.xyz
Lepas buat pembayaran, kita kena tunggu semua barang-barang kita masuk ke warehouse. Lepas tu baru proceed untuk penghantaran ke Malaysia..

www.fiezasani.xyz
Jenis penghantaran yang kita dah pilih..terpulang pada bajet masing-masing..nak melalui udara atau kapal..kalau dengan kapal, ambil masa lebih 2 minggu..jadi kalau rasa jenis penyabar, boleh la guna penghantaran melalui kapal..k.fiezz guna kapal je..murah..hehe

www.fiezasani.xyz
Ni lepas barang dah sampai ke warehouse, proses Repacking in Progress...

www.fiezasani.xyz

Siap semua proses..tunggu je barang sampai ke Malaysia & courier akan hantar ke rumah atau pejabat korang..dan penghantaran oleh DHL Courier...Nasib k.fiezz guna alamat rumah..sebab k.fiezz tak sure SGshop guna courier apa...sekali tengok DHL yg hantar..legaaa..maklumla k.fiezz kan tak boleh hantar ke pejabat kalau dengan Pos Laju..jadi try & error je guna alamat rumah...

So korang kalau nak shopping kat SGShop, no worry..dijamin selamat & barang diterima dalam keadaan baik..tak caya, boleh rujuk entry lama k.fiezz pasal SGshop ni..