Tak tau nak membebel apa ni..meh k.fiezz nak share tips untuk kurus..cewah..haha..kak fiezz bukan dah kurus ke?ha'ah memang k.fiezz kurus tapi lepas kahwin, berat k.fiezz naik jugak benornya..tak obvious sangat tapi hampir cecah 50kg..bawah leher dah berlipat dua masa tu..haha..mr hubby siap bahan k.fiezz lagi...sabar je la..

Walaupun dah kena bahan dengan mr hubby masa tu tapi k.fiezz tak serius pun cari info untuk kurus..Nak jadi cerita, kebetulan tahun 2017,k.fiezz pi berurut dengan sorang tukang urut yang ada SPA..SPA ni khas untuk membantu mereka yang ada masalah kesuburan..masa tengah berurut dengan kakak ni ,dia berleter yang ada masalah PCOS macam k.fiezz ni kena usaha turunkan berat kalau nak preggy..Turunkan berat bukan semata-mata niat untuk mengandung je..Tapi untuk kesihatan diri sendiri..Nak jadi mak,kan kena la sihat...Nanti nak jaga anak pun senang..mak sihat..

Dari situ la k.fiezz cuba turunkan berat..Untuk yang ada masalah PCOS ni, banyak pantang larang benornya...antaranya NOPE untuk air manis atau menda-menda yang manis..BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG + BERSENAM..tu antara keyword untuk turunkan berat secara semulajadi bagi sapa-sapa yang ada PCOS ni..kalau tak tau PCOS ni apa?boleh google..k.fiezz pernah story gak dulu pasal ni kat sini <<PCOS>>

KURUS SECARA SEMULAJADI TANPA SUPPLEMENT

k.fiezz pi berurut dengan akak ni sekali je lepas tu k.fiezz follow akak ni kat FB..akak ni agak laser gak bila dia membebel pasal wanita-wanita yang ada masalah PCOS macam k.fiezz ni..Bila sesekali dia update info untuk pesakit PCOS mcm yg k.fiezz mention kat atas ni, k.fiezz cuba google..dan betul apa yang akak tu cakapkan..nak mengandung tapi pemakanan tak jaga..kesihatan tak jaga..makan segala supplement dengan harapan boleh membantu untuk pregnant..menda basic tak mau jaga..lepas tu kalau supplement tu tak menjadi, mula salahkan supplement tu tak helok la..apa la..padahal diri sendiri yang salah...kena stop makanan/minuman manis ni sebab PCOS kalau pregnant mudah gugur dan berisiko untuk menghidap kencing manis..Tu la antara sebab kenapa kena avoid gula..

Basic untuk yang ada masalah PCOS ni turunkan berat secara semulajadi cuma SILA JAGA PEMAKANAN..KURANG ATAU BERHENTI AMBIL SEGALA MAKANAN/MINUMAN MANIS serta SELALU BERSENAM..tue la basic yang paling simple sekali...ramai antara geng PCOS k.fiezz yang berjaya pregnant,buat perkara yang basic ni...

Basic ni bukan untuk pesakit-pesakit PCOS je..untuk sesapa yang cuba untuk turunkan berat pun boleh buat juga..kalau cari info untuk diet, mesti ni perkara basic yang korang boleh jumpa...

K.fiezz sendiri dah cuba..memang menjadi...sebelum tu k.fiezz pernah guna satu krim ni, memang menjadi juga sebab berat k.fiezz turun..tapi k.fiezz tak mau la berharap dengan krim tu je..dah kebetulan bila k.fiezz pi berurut dengan akak kat SPA tu, dia advice pasal menda basic ni...k.fiezz cuba praktikkan yg k.fiezz rasa lagi jimat sebab tak perlu keluarkan RM untuk beli supplement @ krim..Dan k.fiezz masih maintain buat menda basic ni sebab nampak perubahan untuk k.fiezz..

kalau nak tengok saiz k.fiezz sebelum & selepas masa tempoh penggunaan krim tu, <<BOLEH BACA KAT SINI>>..dan berat selepas masih maintain walaupun k.fiezz dah stop guna krim ni..k.fiezz cuma praktikkan menda basic ni je...

DAH BERJAYA KE PREGNEN,K.fiezz?

Kot ada yang bertanya..belum..masih lagi mencuba..tak pe la kita usaha je..kalau rezeki, tak ke mana...gitooo..positif je all da time...doakan semoga membuahkan hasil..aamiin...

8 Comments

  1. Thanks share tips kurus.. mrs pip bab manis mmg tak makan tak minum sgt, pasal ada kencing manis time preggy 1st baby, lepas tu 3rd baby, dan mmg ada genetik kencing manis dlm family... tp tu lah, bab nak kurus ni, mmg susah sikit sekarang, maybe faktor umur so metabolisme sgt slow, lepas tu mmg jaranggggg bersenam ...hurm. *lepas ni kena sedar diri utk bersenam*hehe.

    ReplyDelete
  2. stop ambil gula putih tu bagus. cuba buat suami isteri. saya pun dah tak beli gula putih. ambil gula organik je

    ReplyDelete
  3. nak kurus tapi makanan sini sedap pastu murah huwaaaaa

    ReplyDelete
  4. terima kasih kak fiez share tips.. oo baru Syaza taw kak fiez ada PCOS.. :)

    Ramai jugak customer PCOS cuba Shaklee untuk overcome masalah gemuk dan kesuburan..

    Syaza pun selalu bagi tips dan nasihat yang sama cam kak fiez share ni :)

    ReplyDelete
  5. rabia dulu berat 45 kg je. sekarang naik dah 50 kg..sebab makan makanan bergoreng sangat.makan nasi goreng jer.maggi lah..banyak makan makanan ringan.acaner nak slim?

    ReplyDelete
  6. saya pun membesar dengan jayanya..entahlah sebabkan ikat ke apa ntah ni

    ReplyDelete
  7. mmg rmi nk kurus...ni pn berat dh bertambah..tk minum air manis tu yg tk bole...kalo mcm mkn kt luar slalunya air mcm2 jenis yg manis2 hehe

    ReplyDelete
  8. Nak berhenti amik yang manis tu yang payah.. kikiki.. bagus perkongsian sis..

    ReplyDelete