Ada gak orang yang jujur..susah nak jumpa orang jujur sekarang ni..al-kisah pagi semalam k.fiezz terima satu call dari chinese lady..Mula macam was-was nak jawab ke idak..tapi k.fiezz ni kalau nombor local , jawab je selalunya walaupun tak kenal..jadi jawab juga la call dari chinese lady ni..

Nasib jawab uolls..rupanya dia nak beritahu dia tersalah terima barang k.fiezz..sebelum courier hantar tu, dah call dia dulu..cakap ada barang & kebetulan chinese lady ni ada beli barang secara online pun..so bila budak kurier ni sampai, dia terus terima je tanpa tengok maklumat penerima..lepas dah terima, dia buka parcel tu, baru dia tahu barang dalam tu bukan dia punya..dan dia nampak detail k.fiezz..tu dia call k.fiezz, suruh datang ambil barang tu kat dia..pejabat dia kat Jln.Sg.Besi..dekat area mr hubby kerja..adeh..satu kerja pulak kena pi amik..tapi tak pe la..kurang2 chinese lady ni jujur..dia call k.fiezz beritahu tersalah terima barang k.fiezz..so k.fiezz pun deal dengan dia, nak amik harini..

Lepas tu k.fiezz ada call semula chinese lady ni,saja nak tanya barang apa k.fiezz terima ni..cam curios pulak,kan..hehe..padahal dah tahu..saja nak confirm.chinese lady tu pun baik..dia beritahu la barang k.fiezz tu..kotak pink rupanya..kalau kotak pink ni dah tahu la apa dia...my favourite...lagi la k.fiezz excited sebab barang favourite kot..

www.fiezasani.xyz
tadaaa..ni la kotak pink k.fiezz..Nanti k.fiezz share barang-barang dalam box ni..


then dalam tengahari atau petang semalam, budak kurier pula call..dia mengaku tersalah hantar barang k.fiezz pada chinese lady yang kat Jalan Sg.Besi tu..Dah sampai pejabat k.fiezz, baru budak kurier ni perasan..agaknya budak ni tak sengaja switch barang k.fiezz  & barang chinese lady ni..K.fiezz beritahu la dah tahu cuma k.fiezz tanya camne ni sebab k.fiezz tak ada transport nak pi amik kat tempat chinese lady tu..budak kurier ni cakap tak pe dia pi amik sebab salah dia..tapi dia hantar harini la..k.fiezz okey je la..tak banyak citer..orang nak tolong pun dah syukur...

dan harini budak kurier tu datang hantar barang k.fiezz kat pejabat..dia minta maaf la sebab tersalah hantar..k.fiezz pun okey je..idak la nak marah-marah kat dia pun..lagipun budak kurier ni cakap elok..dan dia pun mengaku tersalah hantar..Masa terima barang k.fiezz ni tadi, dalam keadaan elok..plastik dah terbukak sebab chinese lady tu ingat mula-mula barang dia,kan..so dia bungkus semula elok2...mmg kemas dia cellotape..tak macam dah terbuka pun..

Rezeki k.fiezz la barang tersalah hantar kat orang yang jujur..dan dapat budak kurier yang  hantar barang k.fiezz ni bertanggungjawab.

oo..kurier yang bagus ni dari LINE CLEAR..thank you adik kurier sebab sangat bertanggungjawab serta mengaku salah dan betulkan kesilapan yg tak sengaja ni...

7 Comments

  1. Kalau dah rezeki mmg tak ke mana kan..

    ReplyDelete
  2. yang jujur dan baik hati masih ramai lagi dalam dunia ni,
    cuma kadang2 tu kalau terjumpa yang tak jujur, memang boleh buat sakit hati.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, nasib baik juga

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah dpt balik brg kak

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah bagus adik courier. rezeki jugak tu dapat insan2 yg baik2. alhamdulillah. sekarang ni ramai jugak yg lepas tangan, yg ni la yg tak berapa nak syok nya :(

    ReplyDelete
  6. Nasib baik dapat insan yang jujur kan..kalau tak..lenyap la barangan...

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah .mujur dapat org yg jujur . Klw xjujur silap2 hilang terus barang tu .

    ReplyDelete