Total Pageviews

Dapur FiezaSani - Ikan Gelama Masak Asam

15:48

Ikan kekek mak Ilui, Ilui...Ikan gelama mak Ilai, Ilai..hah, pernah dengar kan lagu ni dulu-dulu...glamour lagu ni dulu..budak-budak sekarang tak tau la kenai ke idak lagu-lagu lama cam ni..ke tahu omputih je..eh..lari topik..lari topik..nak cerita pasal ikan gelama ni..

1st time la beli ikan gelama ni..idak beli pun citer dia...dapat PERCUMA masa pi beli ikan kat pasar malam..k.fiezz beli yang longgok tu..3 pinggan seploh hengget..k.fiezz beli total dua ploh hengget, tokey tu bagi free sepinggan ikan gelama ni..adeh..sambil dia tanya 'makan ikan gelama tak?'..belum dan jawab, dah masuk dalam plastik..dah orang bagi, kita amik je la...

nak masak apa ikan gelama ni,weiii..tak peronah lagi k.fiezz beli ikan ni...

tanya member pejabat, dia bagitau ikan gelama ni sesuai masak asam, asam pedas..asam pedas, k.fiezz tahu la..beli je perencah segera tu..tapi cerita dia masa nak beli perencah asam pedas ni kat pasar..duk cari merata dari pasar pudu, pasar malam..semua tak jual..hah, conclusion k.fiezz buat Ikan Gelama Masak Asam ni je la, resipi dari member k.fiezz..kita cuba..tengok sedap ke idak?

IKAN GELAMA MASAK ASAM

Bahan-Bahan

-Ikan Gelama
-Daun Kesom
-Bawang Merah (dihiris)
-Bawang Putih (dihiris)
-Halia (dihiris)
-1@2 sudu cili kering yang dah dikisar untuk bagi rasa pedas dan kuah tu bewarna
-Garam



www.fiezasani.xyz

Cara Masak -

- Buh semua sekali bahan-bahan dalam periuk yang dah berisi air & biarkan sampai ikan masak dan kuah mendidih..Sambil-sambil tu kacau & rasa,kalau rasa kurang masin,tambah la garam..Kalau semua dah okey..Siap!!!

haha..senang kan masak dia..

Komen k.fiezz -  Kuah semua okey, bau daun kesom tu menaikkan selera nak makan tapi ikan gelama ni bukan pilihan k.fiezz la..tak baper kena dengan selera...makan jugak la haritu cuma tak baper gemor sangat..kuah asam tu sedap je utk k.fiezz..ikan tu kureng sikit...K.fiezz la tak berapa suka ikan ni..orang lain mungkin suka je..

Kalau korang yang malas nak masak, boleh la cuba masakan simple ni...masakan kesihatan ni..tak guna minyak..konsep rebus je...

You Might Also Like

7 Comment

  1. Ikan gelama dia tawar..so lebih sedap goreng garing buat sambal ke..sebab tu orang jadikan ikan gelama ni ikan masin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo..thanx sharing SA.. Mmg x tau ikan gelama ni rasa dia camne.. Tak penah beli pun..

      Delete
  2. Nampak sedap aje lauk nie walaupun saya belum penah makan ikan gelama sebelum ini..

    ReplyDelete
  3. alangkah indahnya klu berjiran dgn fieza..ptg ketuk pintu mtk lauk..haaha

    ReplyDelete
  4. lama tak makan masak asam ni, sedap pulak nengok ha

    ReplyDelete
  5. Sha suka masak asam macam nie.. Best..

    ReplyDelete