Total Pageviews

Dapur FiezaSani - Ayam Tumis Pedas

16:26

Dari dapur fieza sani..resipi baru k.fiezz cuba hasil carian di Mr Google...Dah blur nak masak apa..camne la surirumah yg kena masak hari-hari tu,kan..mesti lagi pening..breakfast nak masak apa..lunch nak masak apa..nasib la k.fiezz ni pening time dinner je nak masak apa..sebab hari-hari memang memasak..sabtu ahad je la pening sikit bila part masak ni..kalau tak keluar la..kalau keluar, makan kat kedai je lah...

so berbalik pada resipi baru yang k.fiezz cuba ni, resipi hasil carian di Google..as usual...
mudah & ringkas..yang penting sedap..sedap ke?ikut la selera masing-masing..sebab sedap ni subjektif..kang k.fiezz kata sedap benor, korang cuba masak 'eh..tak sedap pun k.fiezz'..hah tu cakap, sedap tu subjektif..kalau nak tahu sedap ke idak, ikut la cara masak masing-masing..nak tambah apa..nak kurang apa...sukahati la...k.fiezz punya cara, tukar sikit dari resipi asal.. ;)..


Ayam Tumis Pedas


www.fiezasani.xyz

Bahan - Bahan 

- Ayam (kuantiti ikut suka)
- 1 labu bawang besar (dikisar)
- 2 ulas bawang putih (dikisar)
- 1/2 cawan air asam jawa
- 3 sudu cili boh/cili kering kisar
- 1 labu bawang besar (dipotong)
- garam, gula & perisa secukupnya..

Cara Masak 

1) Gaul ayam + kunyit. Goreng dahulu separuh masak. 
(resipi asal, tak goreng. tapi k.fiezz goreng memandangkan mr hubby k.fiezz tak suka ayam yang buat sambal cam ni tak bergoreng ..)
2)  Tumis bahan kisar.
3) Masukkan cili boh/cili kering yang dikisar, tumis sampai garing
4) Masukkan air asam jawa & ayam yang dah digoreng.
5) Biarkan sehingga ayam masak (tambah air kalau kuah kering)
6) Tambah garam @ perisa. Selepas masak boleh hiaskan dengan bawang besar & tomato

**Hat hiasan ni, k.fiezz tak buat..malas..hehe

You Might Also Like

7 Comment

  1. menyelerakan sungguh ayam tumis pedas fieza ni

    ReplyDelete
  2. makan dengan nasi panas..perghh memang bertambah2 nasi kan

    ReplyDelete
  3. terus rasa lapar tengok menu time tengahri ni. Hihi terima kasih share resepi

    ReplyDelete
  4. Kita pun kalau buat sambal memang akan goreng dulu ayam tu. Tahniah macam kurang sikit kalau masak terus macam tu

    ReplyDelete
  5. Ccl pun suka goreng dulu ayam tue .. Bg garing sikit

    ReplyDelete