Siapa yang ada masalah kulit kering?Masalah kulit kering ni boleh disebabkan dari pelbagai faktor antaranya berada lama di ruangan yang ber aircond, menggunakan sabun yang tak sesuai (ada setengah sabun ni mengandungi bahan yang menghilangkan kandungan minyak pada permukaan kulit, jadi kulit kita kering & sensitif), selain tu dehidrasi (badan kehilangan air. Walaupun kita tak la berpeluh teruk sangat tapi badan kita terdiri dari air yang menjadikan sel-sel sihat. Bila badan dehidrasi, sel2 turut terganggu dan mengecut termasuk sel-sel kulit yang menyebabkan kulit kering..Lepas tu kerap basuh muka & anggota badan yang lain. Kekerapan kita membuat aktiviti ni menyebabkan minyak semulajadi pada permukaan kulit akan kering Juga mandi dengan air panas dalam tempoh yang lama.. Air panas ni boleh sebabkan hilangnya lapisan minyak pada kulit.

Atas ni antara sebab-sebab kenapa kulit kita kering. Jadi untuk mengatasi masalah kulit kering ni..K.fiezz nak cadangkan Laf, produk khas dari Korea. Bukan apa kalau kulit kering ni, kulit nampak kusam..Bila kusam cepat nampak tua..haha..tak mo la nampak ketuaan tu walaupun memang umur dah memang meningkat..kita nak kekal muda remaja gitooo..jadi kenala usaha lebih sikit kan nak kekal muda remaja nampak cam umor lapanbelas tahun...haha

Pernah jumpa tak orang yang nampak muka dah berusia..tapi bila tanya umur, lagi muda dari kita...hah, tue la kesan dari kulit kering dan kusam...na mo cam tu..nak cantik..nak kulit kekal sihat, sila la ambil langkah penjagaan yang lebih...bermula dengan LaF Water Bomb Ampoule ni...

LAF (Lost and Found)

LaF bermaksud Lost and Found..Lost = Masalah yang kita hadapi..Found = Penyelesaian pada masalah kita tu..Contoh seperti kulit kering ni, penyelesaiannya dengan Water Bomb + Ampoule ni..

Kandungan LaF menggunakan tea tree oil & produk kecantikan yang direka secara inovatif untuk mendapatkan keputusan yang cepat dan selamat serta sesuai untuk semua jenis kulit.

Didatangkan khas dari Korea, produk LaF ada 2 jenis lagi ampoule untuk mengatasi masalah kulit kita...dan antaranya LaF Water Bomb + Ampoule ni...


www.fiezasani.xyz

BEZA AMPOULE & SERUM

Korang jangan confuse antara ampoule & serum ni, tau?eh, ada beza ke ampoule dan serum ni, k.fiezz?yup ada beza uolls..k.fiezz pun baru tau..ingatkan sama je..haha..rupanya ada beza dari segi TEKSTUR..Untuk tekstur serum lebih pekat dan likat manakala tekstur ampoule ni lebih cair. Fungsi Serum & ampoule ni asasnya sama sahaja untuk membaiki kulit kita dan mengalakkan pertumbuhan sel baru..dan boleh menghilangkan parut jerawat, mencerahkan kulit serta mengecilkan liang pori..

dan penggunaan LaF Water bomb + ampoule dari rangkaian produk LaF ni boleh membantu mengekalkan kelembapan kulit kita..

K.fiezz Dah Guna?

Sudah la chuolls..1st of all k.fiezz suka bau dia..lembut je..antara kandungan dia adalah ekstrak aloe vera, jadi faham la kan dari mana bau dia best tu..




tekstur dia yang halus & cair, mudah di sapu pada keseluruhan muka. yang pasti, LaF water bomb + ampoule ni membantu melembapkan kulit k.fiezz. Selain memudahkan proses mekap selepas sesi LaF water bomb + ampoule..Dan nampak hasil mekap lebih sekata..suka suka suka..Tekstur dia yang cair mudah meresap ke dalam kulit..Jadi lepas tu kalau nak mekap, senang sangat...dan tak melekit..

www.fiezasani.xyz
Hah..ni contoh umur dah meningkat tapi nampak muda remaja gitooo...haha #perasan ko...
ni perasan sebab haritu masa beli nasi lemak..orang yang jual tu tanya k.fiezz, belajar ke kerja..sebab pejabat k.fiezz dekat dengan ASWARA..so k.fiezz cakap 'eh..saya kerja'...lepas tu dia cakap 'laa..ingat belajar..nampak muda'...haha..#fliphair...

Macamana nak guna?

Sonang je..Lepas cuci muka, sapukan toner dan diikuti Laf Water Bomb + Ampoule ni...


KAT MANA NAK BELI PRODUK LaF NI?

Boleh dapatkan di Guardian dengan harga RM47.10..Bersaiz 30ml, memudahkan untuk dibawa ke mana sahaja..

Untuk maklumat lanjut rangkaian produk LaF, boleh follow IG @lafmy | fb @LaFSEOUL

www.fiezasani.xyz
Rangkaian produk LaF

Selamat mencuba uolls!!!

3 Comments

  1. makin berseri la kak fiez lepas ni! ampoule ni memang best!

    ReplyDelete
  2. Muka tu tambah manis dan beraeri seri guna laF ni...

    ReplyDelete
  3. Ada jual do drug store rupanya.memang sesuai utk dry skin je ke

    ReplyDelete