Ada yang tanya kenapa k.fiezz & mr hubby nak sewa atau jual rumah kitaorang yang kat Semenyih ni?Rumah besar, selesa..cantik..sayang nak jual..atau sewakan..Bukan saja2 korang, dari rumah tu terbiar kosong & jadi tempat PEMBUANGAN SAMPAH, baik la disewa..

<<RUMAH SEMENYIH>>

Ada ke orang buang sampah dalam kawasan rumah orang?

Yea..ada yea korang..mentaliti rakyat Malaysia..Mak bapak kerja bagus tak menjamin boleh didik anak-anak jangan buang sampah dalam kawasan rumah orang...bukan la semua, ada segelintir tu...haih, mak pak kerja elok..tapi anak-anak tak leh nak didik jangan buang sampah merata..

Memang k.fiezz geram sangat sebab tiap kali ke rumah kitaorang tu, mesti SAMPAH BERLAMBAK dalam kawasan rumah kitaorang..Dari kedudukan sampah tu yang banyak belah mana, k.fiezz boleh agak sapa yang buang..tapi tak nak la menuduh sebarangan..cuma kalau korang di tempat k.fiezz, korang boleh agak..Kedudukan rumah kak fiezz yang ke-2 selepas rumah corner lot..start dari rumah k.fiezz tu, jenis intermediate...jenis biasa..So rumah k.fiezz ada 2 side..sebelah corner lot..sebelah lagi rumah yg ke-3..

Tiap kali ke rumah k.fiezz ni, memang obvious giler sampah banyak dari rumah sebelah sinun (rumah ke-3)..kat area sebelah corner lot tu, tak ada sangat sampah..ada pun rumput-rumput yg dah naik tinggi..k.fiezz tak menuduh cuma dari kedudukan sampah yg banyak di sebelah sinun, k.fiezz terfikir sapa lagi yang buang??Dengan botol2 kosong, air kotak, plastik2 jajan..so korang rasa?tapi tak baik la nak tuduhkan..kita fikir positif la..agaknya sampah2 tu dari belah luar, kena tiup angin ke apa so dia banyak ke belah sinun..

yg terbaru masa k.fiezz pi ke situ, 2 minggu lepas..ada tanah liat yg macam dah dipenyek..dalam kawasan rumah k.fiezz..kat area parking kereta..macam mana kena lenyek sebab dalam kawasan rumah kot..jadi maksudnya ada sesapa masuk, letak tanah liat tu kat situ & siap twist kasi penyet melekat tanah liat kat situ..membebel k.fiezz haritu..APASAL TAK BUAT KAT RUMAH MAK BAPAK DORANG?

Surat2 k.fiezz & mr hubby pun dah terkeluar dari peti surat..macam dikeluarkan..bersepah atas benteng tempat peti surat tu...sabar je k.fiezz nengoknya...k.fiezz & mr hubby memang jarang2 turun ke sini tengok rumah..dtg sesekali je, tu yg dorang suka2 hati amik surat orang yang sah-sah bukan surat-surat MAK BAPAK DORANG punya...lepas tu sepahkan..

Jadi, reason k.fiezz nak sewa atau jual rumah tu..Nak elakkan rumah kitaorang jadi TEMPAT PEMBUANGAN SAMPAH sbb rumah tu kosong..tak ada orang...Tue la sebab kenapa k.fiezz nak sewa rumah ni..Kalau ada orang tinggal kat situ, tak ada la sesapa berani nak buang sampah...

Haritu masa adik sepupu k.fiezz tinggal jap kat situ dalam beberapa bulan, tak ada la kes pembuangan sampah ni sebab ada orang jaga rumah..Bila rumah tu kosong balik, start la rumah kitaorang jadi tempat pembuangan sampah...Adik sepupu k.fiezz tinggal kejap je kat situ sebab dia dapat rumah sewa bawah KPKT kat KL..Lagi murah sewanya..Jadi faham la..takkan nak paksa pulak dia & family duk jugak rumah k.fiezz ni..Lagipun suami dia kerja area Sg.Besi, KL..agak jauh nak travel dari Semenyih-KL-Semenyih...

K.fiezz bising juga dengan mr hubby pasal rumah kitaorang ni jadi tempat pembuangan sampah ni..kak fiezz siap cadang nak buat signboard DILARANG BUANG SAMPAH DISINI..mr hubby okey je, tak kisah..n mr hubby ada suggest nak letak rumput tiruan kat belah depan yg rumput selalu naik tu..kurang2 bila letak rumput tiruan ni, rumput betul yg dah kena tindih dengan rumput tiruan ni tak ada naik sebab tak kena cahaya matahari..Bila rumput2 betul tu tak naik, nampak kemas & bersih sikit belah depan tu..jadi org nak buang sampah pun, tak berani...hope so la...

k.fiezz pun cadang nk deko sikit kat area tu..Nampak lawa sikit & tak ada la ORANG SESUKA HATI NAK BUANG SAMPAH DALAM KAWASAN RUMAH k.fiezz & mr hubby ni...

15 Comments

  1. Biasa la tu kak fiez, mentaliti orang kita macam tu la. Dekat kawasan rumah kinah pun banyak jugak rumah kosong dan pada masa sama banyak jugak sampah yang orang buang kat situ. Padahal tong sampah besar dah disediakan, satu lagi yang kinah perasan bila tempat tu dipasang signboard "jangan buang sampah di sini" haa itulah tempat orang buang sampah. Entah apa-apa la diorang tu. Moga urusan kak fiez dan suami nak sewa atau jual rumah tu dipermudahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tue la mentaliti org kita..susah nak didik..walaupun mak bapak memasing kerja helok2..ada cikgu, ada lecturer..didik anak org..anak sendiri, tak terdidik..mgkn salah kitaorang jgk kot jarang turun ke situ, so rumah tu bersepah..jdi dorang yg buang sampah ni suka2 hati la membuang sampah dlm kwsn.rumah tu..

      Delete
  2. Ada jugak jenis manusia mcm wanita yahudi yg meletakkan duri atas jalan yg dilalui Nabi Muhammad ke masjid. Kena pasang cctv kot?

    ReplyDelete
  3. dah macam penyakit tau.. Liez yang duduk kat kondo ni pun benda yang sama terjadi.. hari tu org balik smp dr tingkat 27 habis kena org dan kereta.. dah dpt tangkap yang buat tu sekarang kes buang putung rokok ke bawah terus masuk balkoni org..aiiihhkkkk sakit hati betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat rumah flat yg k.fiezz duk skrg pun sama liez..ada sekali tu org buang sampah dari tingkat atas, abis kena motor org..Nak je k.fiezz ckp kat org yg suka buang sampah merata ni..agak malas nak buang sampah, jgn beli mknan atau apa2 yg kena buang bungkusan tu..pi makan je kat kedai..tak kalut nak buang sampah..

      Delete
  4. Oo..itu ke sebabnya. Alahaiii apasal lah jadi camtu. Xkenal tempat pembuangan sampah ke. Aishhh geram pula kita ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tau la cik tie..gamaknya dorang tgk, umah tu berselerak kat bhg dpn, kitaorang pulak jarang turun ke situ..so diaorang jadikan rumah kitaorang tu tmpt pembuangan sampah laaa...

      Delete
  5. pelik kan ada juga jenis orang yang pemalas gitu, kat rumah akak ni cuma 5 tingkat ni pun ada orang atas buang sampah..walhal tong sampah memang dekat sangat..malas sungguh nak turun tangga..sakit hati sebab kita pulak jadi tukang ambik sampah dia yang dibuang..grrrr

    ReplyDelete
  6. tak ada sivik punya orang! ishhh geram jer baca!

    ReplyDelete
  7. alahai payahnya dpt jiran xde kesedaran sivik

    ReplyDelete
  8. memang ada pun orang macam ni, ada yang buang sampah pastu tak ngaku sampah dia. geram je dengan orang mcm ni

    ReplyDelete
  9. Kalau ada ongkos lebih.kasik naik dinding tembok kak. Susah l pgai jiran mcm tu. Saya pn jiran tnm pokok pasu letak kt rmah saya. Pehal xnak letak dkat rmah dia? Mementang kita balik seminggu sekali. Tp, kami xjual la rmah ni, nije mampu buat msa ni. Hari kwje ddk rmah mak..sebab kami b2 keje kat subang dan s alam

    ReplyDelete
  10. YA ALLAH...TAK BAIKLAH BUANG SAMPAH DALAM KAWASAN RUMAH ORANG.TONG SAMPAH KAN ADA.BUANG DALAM TONG SAMPAH.

    ReplyDelete
  11. eeheyyy sakainya prangai !! report je majlis perbandaran kak biar depa pi teguq. orang cemni kadang2 tak jalan sangat kena yang berwajib juga pi.

    ReplyDelete