Total Pageviews

Aiskrim Fruitmade Penang Tular di Facebook.

15:05

Baru-baru ni masa pi bercuti ke Penang, ingat nak mencuba aiskrim viral ni...tapi kalau dah nama viral di FB..siap sedia la kena beratuq panjang kat tempat yang jadi viral tu..Mcam aiskrim fruitmade penang ni..Sebab selalu duk nampak orang share kat FB..Bila dah jadi tular kat facebook, paham-paham sudah..Jangan expect la orang tak ramai..Mesti jadi tumpuan punya sebab orang nak tahu betul ke sedap, apa yg menarik sangat aiskrim fruitmade penang ni?yang tak tahu mana ke ghupa aiskrim viral ni, sila rujuk gambar bawah ni..atas dia aiskrim, bawah tu buah..buah ni ikut musim...so tengok la masa ke sini, buah apa yang ada...

tapi ni bukan aiskrim k.fiezz,tau..biras k.fiezz yang berjaya beli masa dia repeat kali ke-2 lepas tak berjaya kali pertama masa kitaorang pi ke sini..kisahnya, kedai ni tutup pukul 6ptg..elok otw nak ke sini, jalan jammed weiii..cuti panjang dan bersambung kan..Malaysia ni kalau cuti panjang memang kalau kita pi bercuti, siap sedia la hadap jammed...

Dah la jammed masa nak ke kedai Fruitmade ni..kitaorang pun agak rushing nak mengejar sebelum kedai ni tutup..dengan harapan, tak ada orang beli la konon kan...


www.fiezasani.xyz


Sekali dia punya barisan..tu diaaa..panjang weiii..kat bawah ni..


www.fiezasani.xyz
Masa ni muka memang dah letih sebab seharian kitaorang berjalan..cadangnya sebelum balik ke hotel, nak beli la ni..hah, sekali ko...adeh..haha...

Kak fiezz pun terkejut masa ni..dah la waktu ni lagi 10 minit nak pukul 6ptg..mak aih..barisan kemain panjang ni..ikut hati,memang koser nak beratuq panjang-panjang lagu ni..tak lalu..tapi biras k.fiezz nak sangat aiskrim ni..so beratuq la jugak...Elok baru joint dalam barisan..nampak sorang budak dpn kitaorang, pegang kerusi kecik..dalam hati k.fiezz, amboi 'memang dah tahu barisan panjang ke apa..siap bawak kerusi nak duduk'...baru duk bercakap dalam hati,budak ni tanya k.fiezz & biras..
akak beratuq nak beli aiskrim fruitmade ni ke?'..kitaorang angguk la..pas tu dia cakap, staff fruitmade dah bagitau dorang yang last..kerusi kecik tu penanda, dorang yang last sebelum kedai di tutup haritu..

hah!!sabar je la...nasib baru beratuq tau...tima kaseh la adik yang bagitau..kalau kitaorang dah beratuq panjang, dah sampai turn staff baru cakap, dah habis...menangis di tepi bucu katil la..haha...

Esoknya biras k.fiezz repeat pi beli..k.fiezz tak dapat nak follow sebab nak attend kenduri kahwin adik sepupu k.fiezz kat Kuala Kangsar..Jadi dorang je la pi ke Fruitmade ni..So lepas 2 jam beratuq, dapat la jugak biras k.fiezz aiskrim viral ni...aiskrim fruitmade penang..k.fiezz?next time la repeat..

Hope masa tu dah kurang orang..haha...tak lalu la nak beratuq panjang macam ni, hah...letih kaki...

Harga-harga aiskrim fruitmate Penang ni?k.fiezz tak pasti..yang biras k.fiezz beli ni RM9.50...

<< Museum Chocolate Coffee Penang >>

You Might Also Like

7 Comment

  1. pergh..harga dia blh tahan jgk..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tue la cik nor..haha..untung besar tokey dia hari2 panjang macam ni barisan nak beli...

      Delete
  2. panjangnya beratur ye utk aiskrim ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. haritu masa sampai sini, k.fiezz pun terkejut..giler panjangnya beratur..di sebalik viral di fb,yea..haha

      Delete
  3. alahai memang kuasa viral kan. kalau saya, malas jugak nak beratur tu. melainkan kes ngidam mengandung ke hape. huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  4. nampak sedapppp aiskrim tu.tapi harganya boleh tahan jugaklah.apa2pun sekali seumur hidup dapat rasa aiskrim kat penang kan kak

    ReplyDelete
  5. Wahhh menda pelik.. Mesti laku kan.. Alahaiii mana nak cari ni 😂

    ReplyDelete