Total Pageviews

beauty

Baru Sedar Diri Nak Ambil Vitamin C

20:57

Tetiba berminat nak amik vitamin C ni lepas ternampak post dua orang mummy blogger, mummy irra & mummy Linda. Dorang ada share pasal vitamin C dari brand Flavettes ni.. Memula k.fiezz tengok sekali lalu je post dorang tu.. Lepas tu duk pikir punya pikir, 'eh nak try la amik vitamin C'..maklum la k.fiezz ni makan buah jarang-jarang..lagipun k.fiezz mudah demam juga especially kalau berpanas..macam baru ni k.fiezz pi ke Penang..duk sakan berjalan meredah panas nak photoshoot punya pasal, balik KL k.fiezz demam..huhu...tahun lepas masa pi bercuti ke Langkawi pun sama..kena panas masa island hoping, balik dari pulau, k.fiezz demam..adeh...demam time cuti sangat la tidak best tau... 

<<Trip Terapi Minda Ke Langkawi Part 3>>

Bila perasan antibodi sejenis lemah, kena panas sikit dah demam, baru la sedar diri penting ambil vitamin C ni..Dulu pun kawan ofis k.fiezz macam pernah cerita gak pasal kebaikan Vitamin C ni tapi biasalah k.fiezz ni kedekut..Berkira ko nak keluar duit beli supplement..haha..Ni dah sedar diri, makin meningkat usia..antibodi pun dah kurang..lepas tu rambut pun dah beruban..huhu sangat yang ni tau..bila baca kebaikan vitamin C ni salah satunya untuk merawat rambut gugur dan mengelak rambut cepat beruban..Adeh..Rasa menyesal tak amalkan dari dulu...

Disebabkan faktor Kesihatan & juga KECANTIKAN, k.fiezz baru mulakan pengambilan vitamin C ni...

Flavettes Vitamin C


Pilihan vitamin C k.fiezz dari jenama Flavettes..keluaran CCM Pharmaceuticals yang dipercayai...Biasakan dengar brand ni..kalau pi farmasi mesti ada nampak produk2 berlabel CCM ni...Produk2 CCM ni dikilangkan di kilang yang diikitiraf dan harga pun mampu milik..

Harga Flavettes - 1 kotak ada 2 botol & setiap botol ada 15 tablet..Kalau beli sekotak ni tahan sebulan..sehari cuma ambil sebiji...K.fiezz beli di Watson, harga RM34.90..semalam beli yang kecik (1 botol -15 tablet) RM19.90..

Cara nak minum..Cuma rendamkan sebiji dalam air & biar dia larut sepenuhnya..Lepas tu boleh diminum..Rasa pun sedap..Macam minum air oren plak..hehe...

Waktu bila nak minum?tak ada time spesific..jadi k.fiezz minum lepas waktu makan tengah/hari..time lunch tak yah la k.fiezz nak beli air ke apa..minum vitamin C ni je..kan rasa dia oren..fefeling minum jus oren versi suam..



www.fiezasani.xyz
yang ni saiz besar (ada 30 tablet)..dlm dia ada 2 botol..setiap botol, 15 tablet...
k.fiezz ambil yang 1000mg ni...jadi sekali sehari je...

www.fiezasani.xyz
Selepas dilarut dalam air..ready untuk diminum..

APAKAH KEBAIKAN VITAMIN C NI?

K.fiezz duk story pasal Vitamin C ni..nak tahu jugak, bagus sungguh ke,kan?meh nak citer..Vitamin C ni antara fungsi dia..

Mudah Melawan Penyakit - yang senang demam, selesema tu dalam erti kata lain antibodi lemah, vitamin C boleh menguatkan sistem imun tubuh kita..

Mencantikkan kulit - Selalu dah dengar, orang cakap vitamin C ni elok untuk kulit..sebab vitamin C ni membantu penghasilan kolagen kita..Bila usia kita makin menginjak ke 30-an, badan kita dah kurang menghasilkan kolagen semulajadi..tu yang boleh nampak garis-garis halus kat mata..garis senyum & garis kat dahi pun dah mula nampak..tu tanda badan kita dah kekurangan kolagen semulajadi..pengambilan vitamin C ni membantu badan kita menghasilkan kolagen.

Kawan k.fiezz pun ada sharing pasal vitamin C ni sebab dia penah terkena minyak masa memasak..kalau tak silap la..kira tangan dia berparut disebabkan terkena percikan minyak..Dia amalkan minum air vitamin C, ada jual kat pasaraya. Dia amalkan hari-hari, alhamdulillah parut tu dah hilang..kebetulan pulak k.fiezz haritu terkena minyak jugak masa memasak..huhu..dah berparut kat tangan..mr hubby kata kalau belum kawen, boleh mintak kurang..sabar je la tau..so k.fiezz cuba amalkan vitamin C ni salah satunya untuk bantu hilangkan parut kat tangan ni..

Membantu Memusnahkan Radikal Bebas - Radikal bebas ni punca utama penuaan kulit..dan lagi scary salah satu penyebab kanser.huhu..punca radikal bebas ni wujud disebabkan gaya hidup kita sendiri..pemakanan yang tak baper nak sihat, stress & pencemaran.Jadi ni antara sebab pada penyumbang pembentukan radikal bebas dalam badan. 

Vitamin C ni memang dah dikenali sebagai antioksidan. Ia boleh memusnahkan radikal bebas dalam badan kita. dan salah satu supplemen penting untuk melawan radikal bebas selain Vitamin A & Vitamin E..

kalau ada antara family member, kawan kita yang merokok boleh turut menjejaskan tahap kesihatan & memusnahkan vitamin C dalam badan kita...

Melindungi Salur Darah - Fungsi vitamin C sebagai antioksidan mampu melindungi salur darah kita. Dalam erti kata lain, menjadikan salur darah kita lebih anjal dan sihat. Bila salur darah sihat, pengaliran darah pun jadi lebih baik. Bila darah mengalir dengan baik, tekanan darah juga menjadi normal & sekaligus jadikan kita lebih sihat..Kalau yang ada darah tinggi, elok amalkan vitamin C ni..

tetiba nak suruh mr hubby makan gak ni..dia ada darah tinggi...

Milk Booster -  Vitamin C boleh jadi sumber penggalak susu ibu sebab vitamin C penting untuk pertumbuhan sel & tisu. Bila vitamin C diambil secukupnya, boleh merangsang hormon menyusu. dan boleh menghasilkan susu yang lebih banyak..

Meningkatkan Hormon Estrogen - Pengambilan vitamin C boleh membantu aras hormon estrogen untuk meningkat..dan hormon ni penting untuk menggalakkan KESUBURAN...

KENAPA TAK AMALKAN DARI DULU?

Kalau korang google, banyak lagi kebaikan vitamin C ni...bila k.fiezz baca info-info kat blog lain, banyaknya kelebihan vitamin C ni..why la tak nak amalkan dari dulu?nyesal tau..Dulu eksen sangat...sekali bila rambut dah start beruban, lepas tu antibodi pun lemah baru sedar diri cari supplement tambahan vitamin C ni..Dulu ingat tak penting pun..huhu...

KESAN VITAMIN C FLAVETTES 

Setakat ni k.fiezz baru amalkan sebulan lebih kurang, yang k.fiezz perasan proses pembuangan buang air besar macam lancar gitu..haha..tak ada la kena memerah perut beria sangat..bila rasa sakit perut, terus je ke toilet..duduk, laju je keluar..eh..sorry..ter kotor plak..sila jangan bayangkan pulak tau..haha...


Lepas tu semalam mr hubby yang tegur k.fiezz..kata mr hubby nampak k.fiezz makin cerah..ni tak tau la bodek nak beli apa2 ke so puji k.fiezz cerah la bagai..haha..kulit k.fiezz yang berparut kena minyak tu, nampak makin pudar sikit...part muka plak, makin jelita..eh...haha..tak sure, part muka tak pasti...tengok cun je sentiasa..eh lagi..haha...

ni antara kesan vitamin C yang k.fiezz pasan sejak amalkan ..selain dari tu, mungkin ambil masa...yelah..baru kot amalkan..ambil masa la..idak la semua on the spot nampak kesan..bahaya pulak kalau nampak kesan cepat sangat..biar lambat, asal selamat..

oo..lupa plak.. amalkan vitamin C ni sila pastikan minum air putih banyak yea..bagi memudahkan vitamin C di proses dalam badan kita..

Dapur FiezaSani

Dapur FiezaSani - Ikan Kembong Air Asam

17:53

Lama pulak tak share resipi kat sini.. Ni resipi baru k.fiezz dapat dari rancangan Dapur DARA kat Hypp TV.. Pengacara & tukang masaknya, artis Mimi Ernida.. Ala yg berlakon jadi bakal kakak ipar Ayda Jebat dalam drama Rindu Awak 200% dulu.. Ingat tak? Si Mimi ni la jadi Pengacara & tukang masak dalam Dapur DARA ni... 

K.fiezz suka tengok rancangan ni sebab resipi yang Mimi share selalunya senang-senang je.. Ni salah satu resipi yang k.fiezz amik.. Selalu k.fiezz tengok je, malas nak tulis-tulis.. Tapi sebab ni resipi berasaskan ikan..dan cara masak pun senang.. So memang wajib la cuba.. Selalu ketandusan idea kalau nak  masak ikan-ikan ni.. Yang selalu k.fiezz buat, goreng & masak sambal.. Bosan juga kalau masak menu yang sama je, yea tak? 

Resipi Dari Dapur Dara

Ikan Kembong Air Asam


Bahan-Bahan ~

1) Ikan Kembong 
-k.fiezz guna ikan sardin sebab masa pi beli kat sogo, tak ada ikan kembung.. Sardin pun sardin la
2) Bawang Merah
3) Cili merah
4) Cili padi hijau
5) Tomato
6) Asam Jawa
7) Limau kecil (Kasturi
8) Belacan
9) Garam

Cara Masak

~ Rebus ikan dulu bersama garam sikit
~ Cili merah, cili padi hijau, belacan, garam dikisar bersama air asam jawa
~ Potong bawang merah (nipis), tomato (potong dadu)
~ Masukkan semua bahan yg dah dipotong dlm bekas bersama bahan kisar. Kacau bagi sekata. Dan rasa la, kalau semua okey, 
~ Letak ikan yg dh di rebus dlm bekas kemudian curahkan  air asam yg dh siap. Perah air limau atas ikan. SIAP!!!

                                 www.fiezasani.xyz

TTC

Asid Folic Appeton Murah Di Lazada

23:16

Saja beli asid folic kat Lazada..Brand Appeton ni kalau kat farmasi, mahai..RM40++ cam tu..walaupun harga dia agak pricey sikit tapi tahan lama sebab dalam 1 kotak ada 90 biji cuma nak beli sekotak RM40++ tu rasa bercinta je..haha..so k.fiezz saja try usya kat Lazada..eh..sekali tengok rega dia RM33.50, plus penghantaran RM2.40, baru RM35.90..murah la tu kan...

Yang ni k.fiezz request C.O.D je..K.fiezz kalau beli barang kat Lazada, kalau barang tu boleh C.O.D, k.fiezz akan pilih ni je..senang...

tadaa..ni la asid folic brand Appeton yang k.fiezz beli secara online di Lazada...

Appeton Asid Folic

Semalam sampai, k.fiezz check kandungan dia semua okey, tak ada la terkoyak ke terbuka ke..Kotak dia pun elok berbungkus dengan plastik..Expired date dia pun lambat lagi bulan 06, tahun 2021..takut la seller jual murah sebab dah nak tarikh luput ke apa kan..tapi tak..lambat lagi expired dia...

Seller bungkus pun elok dengan wrapping paper kotak appeton asid folic ni...


www.fiezasani.xyz

Eh..k.fiezz ni duk cerita pasal asid folic ni..apakah ia?okey for info untuk bakal-bakal ibu semua, seeloknya 3 bulan sebelum merancang kehamilan, kita dah boleh start consume asid folic ni dan teruskan sebaik sahaja disahkan mengandung..

Asid Folic ni bukan lah ubat kesuburan tetapi ia mengandungi vitamin B9 yang di perlukan untuk pembentukan DNA yang baru dan memperbaiki masalah DNA yang rosak. Dan ia sangat di perlu kan oleh bayi di dalam rahim untuk pembentukan sel-sel baru. Kalau mak kekurangan asid folic, kesihatan bayi turut terjejas.. 

FUNGSI ASID FOLIC 

Disebabkan kita pun tak tahu bila kita akan pregnant jadi fungsi asid folic ni untuk mengelakkan kecacatan pada bakal bayi kita nanti...kira macam persediaan untuk kita preggy.. Mungkin dalam masa kita tengah amalkan asid folic ni kita tengah preggy tapi kita tak tahu jadi asid folic ni membantu perkembangan saraf, pembinaan sel-sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang bayi semasa dalam kandungan kita...

no worry kalau takut terlebih makan asid folic  ni sebab kebiasaannya asid folic  akan keluar dari badan kita melalui air kencing...dia sejenis pil yang senang larut dalam air...

Kalau korang search pasal asid folic ni untuk hamil, banyak info-info yang korang boleh baca di blog-blog yang share pasal ni.. 

K.fiezz pun pernah share pasal  <<asid folic>> 

KAT MANA NAK BELI ASIC FOLIC

asid folic ni tak perlukan prekripsi doktor..boleh dapatkan di mana-mana farmasi atau di website online mcm Lazada ni..ada macam-macam jenama..kalau nak yang murah pun ada..sepapan (10 biji) RM1.00..k.fiezz penah beli gak yang macam ni..ni gedik cuba hat brand sebab katanya elok..hehe..ramai share testimoni berjaya preggy dengan brand ni..eh...tak semestinya tau, korang..mitos je..kalau dah sampai rezeki..makan brand apa pun, insyaallah lekat..korang jangan la ikut pangai k.fiezz ni..yang percaya sangat dengan mitos..hehe..maklum la k.fiezz kan dah lama mencuba untuk preggy so memang sejenis mudah percaya..dah selalu makan asid folic yang biasa, ni kita cuba yang branded pulak..hehe..ni kotak ke-2 k.fiezz consume asid folic appeton..so kira dah 3 bulan la k.fiezz konsisten amalkan asid folic appeton tanpa skip..eh..kagum plak..selalu on off on off..mungkin sebab brand mahai kot..haha..

So untuk yang bakal mendirikan rumah tangga dan merancang untuk hamil cepat, sila consume asid Folic dari sekarang.. Mana tau bunting pelamin... Aamiin.. 

vacation

Jalan-Jalan Photoshoot Di Penang

09:00

Sambung story cuti-cuti kak fiezz ke Penang baru-baru ni.. Kali ni nak share sesi photoshoot k.fiezz dengan adik ipar & biras-biras k.fiezz.. Salah sorang adik ipar k.fiezz photographer so advantage la kan ada sesi photoshoot bagai..hehe..masa pi sesi photoshoot ni kitaorang ber5 je.. Mr hubby tak foll
ow sebab malas nak berjalan.. Hehe.. Eh.. Tak la... Masa ni mr hubby tak larat sebab montot bisul lepas tu duk rasa nak uwek uwek... Tak tau la pasai pa.. 

So kitaorang ber5 je la yang jenjalan cuci mata sambil sesi bergambar kat jalan-jalan area dekat dengan Muzium Chocolate. Parking kat situ.. Lepas tu kitaorang berjalan kaki je.. Mr hubby & yg tak joint, lepak kat cafe muzium chocolate... 

Photoshoot Di Penang

Jom layan...
Www.fiezasani.xyz
Models in action gitchu...

Www.fiezasani.xyz

Dah kata photographer kan.. Tangkap gambar nampak muntot pun lawo... Haha

Www.fiezasani.xyz
Tau tak ni klinik.. Cantik kan..nampak klasik...

Www.fiezasani.xyz
3 dara pingitan.. Eh... Haha

Www.fiezasani.xyz
Posing kat sini sebab photographer habaq ada rimau kat belakang tu...

Www.fiezasani.xyz
Tengok apa tu, k.fiezz..ikut ckp photographer.. Photographer suh tengok atas.. Hehe.. Kita tengok je la...

Www.fiezasani.xyz
Cantik tak model ni.. Haha...
Www.fiezasani.xyz
Art Street kat Penang.. Models in action.. Hehe

Bawah ni masa kat Muzium Kristal.. Kak fiezz, masuk cuci mata dalam muzium dengan mama, biras2 & salah sorang adik ipar...

Mr hubby tak joint so melayan la budak dua orang ni kat luar muzium kristal ni..

Www.fiezasani.xyz

 Bawah ni kitaorang baru lepas makan kat Padang Kota kot.. Tak sure.. Haha..

Www.fiezasani.xyz
So ni dah kenyang minum petang, kitaorang nak balik ke hotel... Eh.. Satu kereta nak balik ke hotel.. Satu kereta lagi nak gi cari aiskrim viral

<<Aiskrim-Fruitmade-Penang-Tular-Di-Facebook.html>>

Tapi k. Fiezz & biras tak berjaya beli aiskrim viral ni.. Sebab??? Boleh baca kat link atas ni..

Www.fiezasani.xyz
Ala-ala candid la konon padahal dah nampak adik ipar k.fiezz nak snap.. So berlakon la konon-konon candid...

Untung ada photographer dalam family..hehe..dpt photoshoot free.. 

Gadget

Sampai Dah Smartphone Cover With Keyboard

16:18

Yeay,  sampai dah Smartphone cover with keyboard yang k.fiezz order kat Shopee..haritu k.fiezz share lepas order kat shopee, kan.. Ni dah selamat sampai kat tangan..semalam sampai.. Walaupun ada masalah penghantaran mula-mula.. Adeh.. Tapi tak pe la barang dah dapat, kira di maafkan la company courier tu...kesilapan teknikal sikit... 

Smartphone Cover With Keyboard

Ni la rupa gadget baru k.fiezz..Smartphone Cover With Keyboard.. Ada 2 jenis kalau korang cari.. Satu jenis Bluetooth.. Satu lagi jenis guna USB cable macam ni.. Terpulang la korang nak yang macamana..Korang boleh baca detail kat link k.fiezz bagi kat atas ni kelebihan & kekurangan smartphone cover with keyboard jenis bluetooh & cable usb macam ni...K. Fiezz mula2 nak pilih yang Bluetooth punya memandangkan handphone k.fiezz lain sikit dia punya pengecas.. Selalu handphone lain guna micro usb,kan..K.fiezz punya guna type C...

So dah decide nak pilih yang jenis bluetooth..Sekali masa duk scroll shopee, ternampak yang jenis ada corak-corak camni.. Terus berkenan & grab yang ni je... dasar perempuan sangat,kan..tak boleh tengok menda lawa...

www.fiezasani.xyz



www.fiezasani.xyz


Yang ni sekali dengan mouse yea korang.. Senang.. Hehe.. Memang k. Fiezz cari yang ada mouse.. Dah terbiasa guna pc/lappy ada mouse...Macam kekok pulak tak guna mouse... 
So beli yang ni dapat cover + keyboard + mouse... Kira berbaloi la dengan harga dia RM3+.++... 

dah k.fiezz pilih jenis ada cable USB ni, kena la k.fiezz keluarkan RM untuk beli Converter USB Type C to Micro USB adapter connecter (rujuk gambar kat bawah ni)..Beli kat Lazada..harga RM14.++... Sekali postage = RM19.++

Yang tak tahu mana satu converter nya..tu yang brand huawei...

www.fiezasani.xyz

So kalau handphone korang jenis caj type C, Pastikan beli converter ni jugak.. Kalau tak camne nak connect dengan mini keyboard tu sebab guna usb.. jadi ni la guna converter ni...


www.fiezasani.xyz


Camni la cara guna dia..lepas tu boleh sambungkan pada handphone untuk sambungan ke fizikal keyboard.. 

Converter Type C To Micro USB brand HUAWEI



www.fiezasani.xyz

Bila dah cucuk converter & usb tu bersama, automatik keluar macam kat atas ni..handphone kak fiezz la..cuma kak fiezz advice masa nak beli converter ni cari yang ada fungsi OTG (On The Go) juga..sebab ada converter yg untuk caj sahaja..So baca elok-elok kat descriptions...

www.fiezasani.xyz

Lepas dah pilih yang atas tadi tu, dia akan keluar macam ni..so terpulang korang nak on atau off skrin tu masa fizikal keyboard disambung pada handphone memasing...maksudnya masa korang buka apps blogger (untuk blogger la), skrin akan terpapar macam biasa bila kita menaip...Kalau rasa rimas..boleh off kan je...

dan boleh setup bahasa untuk appear kat keyboard & apa yg berkaitan..Part bahasa sila hati-hati tau sebab semalam k.fiezz ter tekan bahasa arab..sekali nak taip, keluar tulisan jawi daaa..haha..mengagau cari setting & tukar bahasa ke English..

Selain dari tu, tak ada apa..Siap..selamat berblogging di mana je berada..hehe

p/s - sapa yang tak ada akaun shopee atau tak reti cara nak order boleh roger k.fiezz..iolls boleh jadi Personal Shoper uolls..hehe..tapi ada upah la yea..harap maklum ;)..saja offer sebab kebetulan ada orang minta k.fiezz jadi PS utk belikan smartphone cover keyboard ni...

Giveaway

Giveaway : Let's Be Beautiful by Ana Suhana

15:59

Nak joint Giveaway Ana pulak..saja memeriahkan GA geng blogger..as usual kalau rezeki, menang..dapat la hadiah..Hadiah yang Ana akan bagi untuk pemenang, ada 3..semua berkaitan kecantikan...syantik..syantik..kot sapa yang nak cuba mana2 antara produk kecantikan ni, meh la cuba joint Giveaway Ana..kot rezeki menang..dapat cuba antara produk-produk ni...

Syarat Giveaway ni tak susah pun..kak fiezz memang dah lama follow Ana ni kat Blog, IG...

1. Follow blog Ana Suhana.

2. Follow IG Ana Suhana.

Dah buat syarat yang diberi, tepek je banner ni kat entry korang...lepas tu hantar link penyertaan korang pada entry Giveaway Ana so nanti Ana boleh detect penyertaan korang..

www.fiezasani.xyz
KLIK  SINI 

Hadiah-hadiah :- 

No. 3 - Safi Balqis OxyWhite

vacation

Aiskrim Fruitmade Penang Tular di Facebook.

15:05

Baru-baru ni masa pi bercuti ke Penang, ingat nak mencuba aiskrim viral ni...tapi kalau dah nama viral di FB..siap sedia la kena beratuq panjang kat tempat yang jadi viral tu..Mcam aiskrim fruitmade penang ni..Sebab selalu duk nampak orang share kat FB..Bila dah jadi tular kat facebook, paham-paham sudah..Jangan expect la orang tak ramai..Mesti jadi tumpuan punya sebab orang nak tahu betul ke sedap, apa yg menarik sangat aiskrim fruitmade penang ni?yang tak tahu mana ke ghupa aiskrim viral ni, sila rujuk gambar bawah ni..atas dia aiskrim, bawah tu buah..buah ni ikut musim...so tengok la masa ke sini, buah apa yang ada...

tapi ni bukan aiskrim k.fiezz,tau..biras k.fiezz yang berjaya beli masa dia repeat kali ke-2 lepas tak berjaya kali pertama masa kitaorang pi ke sini..kisahnya, kedai ni tutup pukul 6ptg..elok otw nak ke sini, jalan jammed weiii..cuti panjang dan bersambung kan..Malaysia ni kalau cuti panjang memang kalau kita pi bercuti, siap sedia la hadap jammed...

Dah la jammed masa nak ke kedai Fruitmade ni..kitaorang pun agak rushing nak mengejar sebelum kedai ni tutup..dengan harapan, tak ada orang beli la konon kan...


www.fiezasani.xyz


Sekali dia punya barisan..tu diaaa..panjang weiii..kat bawah ni..


www.fiezasani.xyz
Masa ni muka memang dah letih sebab seharian kitaorang berjalan..cadangnya sebelum balik ke hotel, nak beli la ni..hah, sekali ko...adeh..haha...

Kak fiezz pun terkejut masa ni..dah la waktu ni lagi 10 minit nak pukul 6ptg..mak aih..barisan kemain panjang ni..ikut hati,memang koser nak beratuq panjang-panjang lagu ni..tak lalu..tapi biras k.fiezz nak sangat aiskrim ni..so beratuq la jugak...Elok baru joint dalam barisan..nampak sorang budak dpn kitaorang, pegang kerusi kecik..dalam hati k.fiezz, amboi 'memang dah tahu barisan panjang ke apa..siap bawak kerusi nak duduk'...baru duk bercakap dalam hati,budak ni tanya k.fiezz & biras..
akak beratuq nak beli aiskrim fruitmade ni ke?'..kitaorang angguk la..pas tu dia cakap, staff fruitmade dah bagitau dorang yang last..kerusi kecik tu penanda, dorang yang last sebelum kedai di tutup haritu..

hah!!sabar je la...nasib baru beratuq tau...tima kaseh la adik yang bagitau..kalau kitaorang dah beratuq panjang, dah sampai turn staff baru cakap, dah habis...menangis di tepi bucu katil la..haha...

Esoknya biras k.fiezz repeat pi beli..k.fiezz tak dapat nak follow sebab nak attend kenduri kahwin adik sepupu k.fiezz kat Kuala Kangsar..Jadi dorang je la pi ke Fruitmade ni..So lepas 2 jam beratuq, dapat la jugak biras k.fiezz aiskrim viral ni...aiskrim fruitmade penang..k.fiezz?next time la repeat..

Hope masa tu dah kurang orang..haha...tak lalu la nak beratuq panjang macam ni, hah...letih kaki...

Harga-harga aiskrim fruitmate Penang ni?k.fiezz tak pasti..yang biras k.fiezz beli ni RM9.50...

<< Museum Chocolate Coffee Penang >>

beauty

Beli Lipstick Baru dan Murah Di SOGO

22:28

Perempuan & lipstick BFF sangat tau..Pi SOGO haritu nak cari menda lain tapi pakej tersangkut menda lain gak..haha..menda apa lagi, lipstick ni lah hah..

Lepas beli barang k.fiezz nak kat Watson..k.fiezz naik kat tingkat 1 sebab masa tu hujan so kat tingkat 1 ada laluan penyambung antara bangunan SOGO dengan LRT..Nak lalu kat situ la cadangya..Elok sebelum nak belok ke laluan penyambung antara SOGO dengan LRT bandaraya, nampak kat satu sudut tu, ada SALES barang-barang mekap..oemgeeee..alergik ni..

Laju je kaki pi berjalan ke situ..tengok2 dah ada kat situ..haha..adeh..dah sampai situ, apa lagi sesi memilih la..laju je otak ni berpikir..apa stok barang mekap yang dah habis kat rumah..duk teringat pensil untuk kening..tengok punya tengok, kaler dia kak fiezz tak suka..kebiasaan k.fiezz akan pilih warna coklat gelap..tapi yang ada kat situ, coklat cair..mana nampak kalau lukis..serupa tak payah guna je..so cancel...

Nampak pulak lipstick...tengok warna-warna yang ada..kak fiezz tertarik dengan yang ni, MAYBELLINE THE CREAMY MATTES by Colour Sensational...warna  pun macam lembut2..menarik...

Pilih juga lipstick lain tapi harga belas-belas..haha..dasar kedekut sangat..haha...yang k.fiezz ambil ni je RM10..cun la..Terus pi kat kaunter untuk bayar..haha

MAYBELLINE THE CREAMY MATTES by Colour Sensational



www.fiezasani.xyz

Gaya PA sangat tau..Lepas makan & solat, sesi touch up..hehe..


www.fiezasani.xyz
RM10..okey sangat ni..murah...Nak ambil warna lain, masa tu cuma 1 warna ni je yg ada..


www.fiezasani.xyz

Kontrol ayu sangat la pose ni..haha..Okey la, sebenarnya nak tunjuk warna lipstick baru k.fiezz..cantik kan..macam tuan yg pakai tu..eh..haha

best ke idak pakai lipstick ni..Untuk k.fiezz best..dia lembab je lepas kita guna kat bibior tu..tak mengeringkan..ada setengah lipstick kan kering kalau pakai..Bila lama nanti, jadi sakit..tak tau la orang lain, k.fiezz selalu macam tu..kalau lipstick tu mengeringkan bibir, dia jadi mengelupas & sakit..k.fiezz ada alergik certain lipstick..Sangat la tak best kalau terguna lipstick yang k.fiezz tak serasi...Nasib baik MAYBELLINE THE CREAMY MATTES by Colour Sensational, setakat ni memang hasil memuaskan hati..warna dia pun k.fiezz suka..Just nice dengan ton kulit k.fiezz..

Ke Museum Chocolate & Coffee Penang. Chocolate Lover, Anyone?

23:14

Sambung entry short vacay ke Penang baru-baru ni..Haritu cerita pi ke << MUZIUM KRISTAL >> kan..Meh kali ni nak bawa korang ke Muzium Coklat & Kopi pulak..Any chocolate lover here..kak fiezz, yes salah sorang peminat coklat weii..sapa tak suka coklat..ishh jarang jumpa orang tak suka coklat.. Kalau tanya, semua suka... 

Chocolate & coffee Museum


Muzium ni bukan la macam muzium yg pamer barang, cuma boleh tengok je.. Korang masuk dalam ni pelbagai jenis coklat ada..ada yang sample, boleh rasa.. Nk beli, pilih la mengikut bajet memasing.. Dan citarasa memasing.. 

Yg sample coklat bila masuk kat dalam ni, staff memang akan bagi untuk kita rasa.. Jadi rasa la, boleh tahu yg mana sedap & berbaloi untuk dibeli.. Harga mahai weii.. Kang terbeli yang tak sedap, nyesal u.. Yg k.fiezz rasa haritu, coklat yg berintikan mangga.. Sedap sangat.. Suka.. Tapi nak beli, ber huhu.. Boleh tahan rega dia. Kalau ada bajet lebih boleh la nak beli.. 

K.fiezz & mr hubby masa ke sini, bajet kureng... Jadi kita rasa yg sample je la.. Haha.. 

Dah nama muzium coklat & kopi. So selain coklat, kopi wajib la ada.. Sample air kopi pun akan di bagi rasa. Jadi sebelum nak beli tu, boleh rasa yg kena dengan citarasa memasing.. 

www.fiezasani.xyz
Yeay.. Jom terjah, chocolate lover.. 

www.fiezasani.xyz
Posing sat. Mr hubby mana, dun ask.. Dia dah dpt duduk, susah nak bangun.. Haha.. 

www.fiezasani.xyz
Entrance nak masuk ke muzium coklat & kopi ni.. 

www.fiezasani.xyz
Kat dalam ni tak boleh tangkap gambar. Masa k.fiezz tangkap gambar ni, kena tegur dgn staff dia, tak dibenarkan ambil gambar.. Huhu.. 

www.fiezasani.xyz
Cafe ice cream & coffee di bahagian hadapan. Boleh beli ais krim/air berasaskan coklat & kopi kat sini.. Harga.. Boleh la boleh la.. 

www.fiezasani.xyz
Ice-cream Oreo - 1 bekas ni RM5

www.fiezasani.xyz
2 orang budak kecik ni pilih ais krim coklat

www.fiezasani.xyz
Imagine k.fiezz & mr hubby with 2 boys..hehe..

So kalau korang ke Penang, boleh la singgah ke sini juga. Untuk k.fiezz menarik la cuma harga coklat2 dia, huhu sikit.. But kalau yg ada bajet, okey je kot dengan harga dia..

Masuk ke sini percuma,kalau nak beli je sediakan RM.. Haha..

InFo Museum Chocolate & Coffee Penang

Alamat - 22, Leith Street,10200 Penang,Malaysia

04-250 2488

chocolatemuseum@live.com

waktu operasi - 9.00 pagi - 6.00 petang

vacation

Cuci Mata Di My Crystal Museum, Penang

11:40

Korang..masa cuti yang berderet-deret haritu korang pi mana?k.fiezz balik kampung, ada majlis kahwin adik sepupu k.fiezz <<MAJLIS KAHWIN JANTAN & SYIRA>>..Selain dari majlis kahwin ni, k.fiezz & family in law buat short vacay ke Penang..ngeee...k.fiezz ada share gambar-gambar kat IG & FB jugak..kalau korang follow k.fiezz boleh nampak la kan gambar2 yang k.fiezz share tu...

Cuti-cuti ke Penang ni, tak ada plan pun..masa dah sampai Ipoh haritu, mak mertua k.fiezz bagi cadangan nak pi bercuti ke Penang...k.fiezz mulanya tak berapa sangat sebab rushing adik sepupu k.fiezz punya majlis kahwin..memandangkan adik sepupu k.fiezz punya kenduri ni berderet 3 hari..Hari sabtu - nikah, hari ahad - majlis belah perempuan & isnin - majlis belah lelaki...so lepas discuss, k.fiezz & mr hubby attend majlis nikah..which is mak mertua & salah sorang adik mr hubby ikut sekali sebab naik kereta yang sama..hari isnin dari penang, kitaorang gerak pagi untuk attend majlis kenduri belah lelaki...setel masalah..kiranya skip majlis belah perempuan...

Ke Mana Kita Ney di Penang...

Kitaorang menginap di hotel Ixora, penang..ambil unit yang ada 2 bilik..sorry gambar-gambar hotel tak ambil..hehe..google la yeak...

tempat pertama yang kitaorang pi haritu, ke CRYSTAL MUSEUM ni...bayaran masuk RM30 utk dewasa..tapi masa kitaorang ke sini, ada diskaun jadi RM10 sahaja..Ada apa kat muzium kristal ni?harus la ada kristal2 uolls...tingkat atas, pameran kristal & tingkat bawah - kedai cenderamata yang menjual kristal..Harga kristal kat sini beribu2 ikut pada fungsi dan bentuk kristal..tapi kalau nak beli yang mur mur pun ada jugak..biras k.fiezz beli gelang kristal yang biasa RM30 sahaja...k.fiezz tak beli, bajet kureng...hehe

meh tengok sikit kat dalam MY CRYSTAL MUSEUM ni



www.fiezasani.xyz

bahagian depan


www.fiezasani.xyz

family in law


www.fiezasani.xyz

entrance untuk naik ke tingkat atas, tempat pameran kristal


www.fiezasani.xyz
Antara rupa bentuk kristal..


www.fiezasani.xyz
tempat kristal dijumpai di dalam Malaysia ni..


www.fiezasani.xyz
Proses pencarian kristal..fuhh..kagum tau...bukan senang nak cari kristal ni...no wonder harga dia mahal..


Kat bawah ni antara bentuk-bentuk kristal ..macam-macam rupa..


www.fiezasani.xyz


www.fiezasani.xyz


www.fiezasani.xyz


www.fiezasani.xyz


www.fiezasani.xyz


www.fiezasani.xyz


www.fiezasani.xyz
Ni kitaorang tunggu adik ipar k.fiezz yang masih kat tingkat atas meneliti kristal..berminat sungguh..kitaorang tunggu kat tingkat bawah je sebab ada tempat lepak ni...

Keluar je dari sini, terus masuk kat kedai jual cenderamata kristal..Harga dari setinggi-tinggi sampai la serendahnya..paling mur mur yang aksesori macam gelang, anting-anting kristal...Gelang biras k.fiezz beli, RM30...



www.fiezasani.xyz

Antara kristal yang dijual...yang nampk ada cahaya tu, ada torch light disediakan..Kalau nak tengok secara teliti kristal ni...Harga mahal,kan..kena tengok detail..kebiasaannya kaum cina suka kristal ni & antara fungsinya menyerap tenaga positif, menyahkan aura negatif..serta memberi ketenangan fikiran, kekayaan dan tumpuan serta fokus..

kalau korang ke Penang, tak tau nak pi ke mana & nak cuti santai-santai dan bajet, boleh ke sini..haha..sebab k.fiezz & family in law masa cuti-cuti ke Penang ni, bajet kureng..jadi kitaorang pi tempat-tempat yang bayaran masuk tak mahal sangat..hehe...jadi muzium kristal ni memenuhi kriteria..

yang pencinta kristal wajib terjah ke sini..bermacam jenis kristal ada..dari sekecil-kecil bentuk sampai yang besar..k.fiezz tak ambil gambar banyak dalam kedai ni sebab ingatkan tak boleh ambil gambar...rupanya boleh..adeh...

Alamat My Crystal Museum Lorong Baru, 10400 George Town, Pulau Pinang

LifeStyle

Tips Jumpa Bakal Mertua Untuk Pertama Kali

14:00

Cewah kak fiez..nak bagi tips bagai..haha..ala, pengalaman yang tak sebaper gitu..saja la nak share dengan korang-korang yang bakal jumpa mertua...topik ni k.fiezz terfikir nak kongsi sebab minggu lepas ada salah sorang dalam group blogger k.fiezz minta tips untuk jumpa bakal mak mertua...k.fiezz pun tak ada la terer sangat nak bagi tips-tips bagai ni...cuma saja nak kongsi...

apakah tipsnya?

1. Buat SHY SHY Cat sikit

haha..jangan gelojoh sangat nak bersembang tambah pulak kalau bakal mertua korang tu nanti pendiam atau tak banyak cakap...lagipun 1st time nak jumpa kan..kita pun tak tahu lagi macamana sifat bakal mertua kita tu..kita ingt kita okey..peramah sangat..padahal dalam hati bakal mertua kita tu, dia tak suka jenis yang pot pet pot pet pot pet ntah apa-apa...mungkin..kita tak tahu sebab baru nak jumpa kan..so better la buat shy shy cat...boleh la nak tanya pada pasangan kita, anak dia macamana sifat mak/ayah dia tapi pada k.fiezz biar la mula-mula jumpa ni, kita malu-malu sikit..sebab nanti orang ingat mak ayah kita tak ajar kita adab dengan orang tua...

Jadi kita sembang ala kadar je..tengok pada situasi masa sesi perjumpaan ni dulu..kalau bakal mertua bertanya, kita jawab..so dari soal jawab ni, boleh panjangkan jadi satu topik perbualan yang sesuai...dan kita boleh tahu apa topik yang boleh di sembangkan..dua-dua pihak selesa...

**k.fiezz masa jumpa mak mertua dulu pun, tak sembang sangat..dan mr hubby bawa jumpa kat Mid Valley..so  tak ada sembang sangat sebab sambil berjalan..kalau tak silap la...ingat-ingat lupa..sebelum jumpa tu mr hubby dah beritahu mak mertua kerja Personal Asst.kat gomen macam k.fiezz gak..jadi kalau nak sembang tu, kira boleh la sbb ada topik yg sesuai pasal kerja..cuma masa jumpa mula-mula dulu, shy shy cat sikit..hehe

2. Pakaian

Baik yang lelaki atau perempuan..pakai la sopan weiii.nak jumpa bakal mertua kot..1st impression kot...Kalau yang perempuan, pakai la yang longgar2 sikit..tak payah tayang pakai baju ikut body sangat..kalau lelaki,selalunya tak ada masalah..pakai t-shirt / seluar jeans pun dah okey..cuma gambar pada t-shirt tu pilih la yang bersesuaian...

3. Tolong didapur

Ni untuk perempuan..kalau dah sampai rumah orang..orang dah hidang makanan atau minuman, pi la letak cawan/piring/pinggan yg kita dah guna tu kat dapur..tolong basuh sekali..kalau masa sampai tu, mak mertua tengah masak ke apa..cuba2 la tanya, nak tolong apa-apa ke?

**ni mak k.fiezz dah ajar sejak k.fiezz remaja kot..pi rumah orang, lepas dah makan atau minum, letak bekas makanan kita kat dapur..lagi bagus basuh sekali...

Untuk yang bakal pasangan kita bawa tidur kat rumah parents dia sebab jarak..contoh kita orang selatan, bakal mertua kat utara..harus la tidur semalam dua kat rumah bakal mertua,kan..masa bermalam kat situ rajin-rajin la tolong apa yang patut..jangan duk terperap dalam bilik, main handphone pulak...


4. Elakkan berkepit dengan telefon bimbit

Masalah masa kini..kita ni kan duaplohempatjam mengadap handphone..tak boleh lekang..kalau masa sesi perjumpaan ni, cuba la elakkan main handphone tu..sat je..sebab tengah sesi perkenalan..agak tak manis, mungkin bakal mertua kita cuba nak bersembang  atau bertanya dengan kita..tapi kita sibuk main handphone...

5. Bawa buah tangan

Bawak la apa-apa yang sesuai sebagai buah tangan..kalau perempuan, lagi elok buat kek ke, kuih ke atau apa-apa yang dimasak sendiri..bagi kat bakal mertua..kurang-kurang mak mertua tau la kita reti masak..berbaloi dengan harga hantaran yang bakal diletakkan nanti..hehe..bakal mak mertua pun lega, dia tahu anak lelaki dia lepas kahwin tak ada la makan lauk kedai semedang atau kelaparan..haha..

tak reti masak..no excuse girl..boleh tanya mak sendiri atau google je..segala resipi ada..jadi try & error...mungkin mula-mula masakan tue tak sebaper..tapi lama-lama mesti okey...

Jadi ni antara 5 tips yang k.fiezz rasa boleh dipraktikkan pada yang bakal jumpa mertua korang nanti..hehe..good luck...