Total Pageviews

Senang Kerja Memasak Beli Ready Made Roast Chicken Ni

09:00

Bila mood rajin dah mai..eh bukan hari2 ke kak fiezz memang masak..haha..malas ke rajin ke, memang rutin balik kerja mesti masak..bukan tak nak beli lauk siap kat cafe office tu tapi boring kot lunch k.fiezz makan kat situ..dinner pun makan hasil masakan yg sama kat cafe tu..tak lalu..tu yang k.fiezz hari-hari memang masak..

semalam balik kerja, singgah SOGO..ingat nak beli ayam ke ikan ke untuk masak lauk dinner..Masa duk cari bahan mentah, ternampak pulak ayam yang dah disiap perap ni..duk berbelah bagi nak amik yang mana..chicken breast ke ayam dah siap perap ni..confuse..duk tenung punya tenung kat dua-dua bahan mentah, k.fiezz pilih yang dalam gambar ni...senang weiii..duk pikir..ni sampai rumah, boleh bakar dengan pemanggang ajaib yg dah bersimpan lama kat dapur tu..kalau ada air fryer pun boleh jugak..tapi yg ni k.fiezz guna pemanggang ajaib...

www.fiezasani.xyz

Sampai rumah, basuh dulu pemanggang ajaib k.fiezz yang dah berabuk ni hah..pas tu letak ayam..nyalakan api..setel..biar je la dia masak..sesekali cuma balik-balikkan je ayam untuk bagi masak sekata luar dalam...silap k.fiezz tak potong sesiap..separuh jalan masa tengah masak ayam ni, k.fiezz keluarkan kejap & bahagikan dua..sebab ada part yang tak masak..tak kena api agaknya...lepas tu sambung balik masak...

sambil-sambil tu k.fiezz tumis sayur pulak..eh..rajin benor aih...haha..kebetulan ada beli sayur kat SOGO...
www.fiezasani.xyz

RM6.50 untuk portion yang size ni..kira okey sangat la..cukup la untuk 3 orang makan...

Gambar dah siap masak, lupa nak amik..laparrr..haha..tapi rumusannya setel..kira tak membazir la..next time boleh beli lagi..

So siapa kata wanita berkerjaya tak boleh nak masak..Boleh je..cuma berkejaran la kat dapur nak siapkan makanan..Bila ada yang segera macam ni, balik rumah cuma masak je..Jimat la waktu berkejar kat dapur...sesambil tu boleh masak menu simple macam sayur tumis yg k.fiezz masak sekali masa ni (tak ada gambar)..lupa nak amik gak..hehe

You Might Also Like

4 Comment

  1. senangnya kalau ada ayam macam ni kat tempat sha ><

    ReplyDelete
  2. senangkan ada yang readymade.. cepat kerja siap:)

    ReplyDelete
  3. dah la murah..senang kerja plk tu..:)

    ReplyDelete
  4. Kat rumah rabia ada jugak pemanggang ajaib ni.my mum selalu panggang ikan je dalam pemanggang ajaib tu.

    ReplyDelete