Total Pageviews

Review Filem - Hantu Kak Limah 2018

14:04

Siapa dah pi tengok?sep sikit..kita geng...Seriusly kelakar cerita dia..Untuk k.fiezz la sebab k.fiezz ni kategori mudah terhibur gitu..Tengok orang buat lawak sikit-sikit pun, k.fiezz dah mengekek gelak..Tapi kalau kata k.fiezz ni mudah terhibur, takkan la ramai yang mana dah pi tengok, semua komen yang sama..kelakar..


www.fiezasani.xyz

Sakit perut gelak..Scene dia kejap2 seram..kejap kelakar..kejap serius....haih, part seram tu suspen sikit..k.fiezz siap tutup mata dengan sling bag lagi..adeh..seram bila tengok mata k.limah bagi pandangan tajam kat orang..

Part kelakar bila watak-watak dalam Hantu Kak Limah ni buat lawak dengan perbuatan..macam si Nayan (Ropie) bila dia terkejut part ternampak Hantu Kak Limah depan-depan..seriusly kelakar okey part ni..k.fiezz sambil menaip ni pun tersenyum sensorang teringat scene ni..

SINOPSIS 

Kak fiezz cerita intro sikit la yea...Lebih lanjut pi terjah panggung..Dengarnya dah cecah 9 juta..fuyoooo...

Kisah hantu kak limah versi 2018 ni, berkisar Husin (Dato' Awie) yang dah menetap kembali ke kampung pisang manakala kak limah pula dah berkahwin dengan seorang pemuda nama Khuda. dan diaorang hidup aman damai bahagia tapi kebahagiaan dorang tak lama bila  kak limah ditemui mati di kebun seorang diri..Ada orang kampung yang jumpa & bawa ke klinik desa sementara nak cari suami Kak Limah. 

Masa kejadian, suami kak limah masuk ke hutan..Nak pi menjerat kalau tak silap..Jadi dia tak tahu apa yang berlaku pada kak limah.. Dan sebab naluri seorang suami, katanya tak sedap hati..Dia bersama Husin & seorang lagi yang masuk ke hutan, balik juga ke rumah malam tu..legaa si Khuda bila sampai di rumah, tengok si isteri Kak Limah ada kat rumah..Siap jamu bubur keladi lagi pada Khuda, Husin & sorang lagi kawan dorang...tapi pandangan mata Kak Limah masa ni, serammmm...

Dalam masa yang sama Si Nayan terjumpa pulak Kak Limah di tepi jalan masa dia otw nak ke klinik untuk bertugas. 


arghhh sudah, boleh pulak k.limah berada kat 2 tempat?haha..#suspen tak?haha


Apakah misteri di sebalik kematian kak limah?


pi terjah ke wayang sekarang...


Haritu pun k.fiezz, mr hubby & adik2 kitaorang nak pi tengok cerita ni, semua tempat penuh weiii..jenuh cari..dapat juga tengok kat 1 Shamelin Mall..

You Might Also Like

11 Comment

  1. Hahaha.. Memang betul kelakar cerita ini kak.. seronok pula Sha tengok.. Bila baca entry akak nie, Sha turut tersenyum senyum membayangkan scene scene mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Sha..asyik gelak je dlm panggung..tapi mmg scene nayan (Ropie) yg masa nmpk hantu k.limah dpn2 tu paling win untuk akak..

      Delete
  2. baru bercadang nak tengok hujung minggu ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pi la tgk..tak rugi tiket...berbaloi..untuk k.fiezz la...

      Delete
  3. jeles nya semua dah gi tengok cerita ni 😂

    ReplyDelete
  4. Nasib lah Kelantan takda panggung hehe

    ReplyDelete
  5. baca intro pun dah rasa tak sabar nak tengok..harap minggu dapat lah pergi tengok..kalau husband MN busy berhuhuhu lah MN

    ReplyDelete
  6. rabia tak tengok lagi hantu kak limah 2018 ni.busy study.ni bru sempat BlogWalking blog kak fieza.

    ReplyDelete
  7. ni nak tengok xdak geng hahaha.. dok baca jela orang pi tengok. nanti2 tnggu masuk tv la kot dapat tengok =D

    ReplyDelete
  8. Ya, memang kelakar! Favret akak dlm filem tu ialah Ropie. Tapi akak ttp rasa Hantu Kak Limah Balik Rumah lebih best - rasa rindu jg kat yg dah pergi. Mesej yg disampaikan jg lebih dalam.

    ReplyDelete