Birthday dh lepas, baru nak renew lesen..kak fiezz oo kak fiezz..sibuk bebenor je rupanya..padahal pelupa + malas nak pi beratur kat pejabat pos..

Semalam baru pi pejabat pos nak renew lesen sebelum expired..Kang kena ambil test lain pulak..nangis k.fiezz..nak lulus dulu pun berapa kali repeat undang-undang dengan test kat jalan raya tau..punya la takut..yang test jalan raya tu, semua okey tapi k.fiezz lupa bagi signal masa masuk simpang..nak main meluru..pegawai JPJ tu komen k.fiezz bawak membahayakan..haha..adeh..nervous la masa tu..tu yang lupa nak bagi signal...kena ulang balik yang test jalan raya tu..

kali kedua baru lulus..fuhh lega..tapi lepas dapat lesen..tak pegang dah stereng..ada la belajar dengan abah k.fiezz masa mula-mula dapat lesen ni tapi k.fiezz tak confident nak bawak sendiri keta atas jalanraya..gigil rasa tangan..sampai la dah kawen..lagi la manjaaa mengada semua..harap kat mr hubby je..

www.fiezasani.xyz

dalam tahun lepas ada la belajar bawak keta dengan mr hubby tapi udah la asyik kena marah je..bergaduh dalam keta..stress belajar dengan mr hubby...Terus berhenti tak nak belajar dengan mr hubby..Kak fiezz nak masuk kelas memandu balik..Tapi belum lagi la citernya..Kena tunggu budget dulu..Maklum la nak masuk kelas balik pun kena bayor weii..idak la Free pulak kan..so KIV dulu kelas memandu yg k.fiezz plan nak masuk ni...

Tu yang lupa nak renew lesen sebab tak bawak keta kan..idak berat sangat la renew ke apa...Tapi bila mr hubby cakap, kang kena amik test lain baru tahu sebab nak renew dalam masa setahun je lepas dah expired...Lebih dari setahun kena test..uwaaa..tak sanggup..yg dulu pun jenuh nak lulus tau...

Sebab kes terlupa nak renew ni & dah terlebih dari tarikh birthday,kena renew untuk dua tahun terus RM62.00..ngeee...K.fiezz buat kat pejabat pos je renew ni..Bawa kad pengenalan & lesen yang dah tamat tempoh..Lepas tu duit..hehe..

Jdi baru renew la citer ni..Semalam up gambor ni kat IG..semua duk cakap, jambu la muka k.fiezz..cantikk la..sambil #fliphair iolls baca komen tau..haha..gambar lama tu..awal 20-an..Yup, k.fiezz amik lesen lama dah..sebelum kahwin lagi...tapi sampai sekarang penakut nak drive..Doalah moga keberanian k.fiezz untuk drive masuk dalam badan ni,hah...

Sonok tengok member-member yang pandai bawak keta..kalau hat dah kawin tu, tak yah la tunggu en.suami nak bawak gi mana-mana..Banyak sangat songeh en.suami tak nak bawak, boleh drive sendiri..ai jeles tau...

Caiyok k.fiezz..Sila beranikan diri...

6 Comments

  1. hehe kadang2 tu terlupa n terlepas pandang. tak tingat lesen sama dengan tarikh lahir tu yang terlajak tu =P

    ReplyDelete
  2. Sekarang dah mudah kan, semua boleh buat dekat pejabat pos.

    ReplyDelete
  3. sama dengan MN kalau belajar dengan husband selalu kena marah hahaha.. tapi MN tak boleh orang marah-marah sebab jadi tak fokus.

    ReplyDelete
  4. Penyakit lupa ne bukan main-main kan. Nak bagi hilang rasa takut tu kak fieza kena redah jew selalu bawak kete nanti lama-lama ok hilang takut tu

    ReplyDelete
  5. kekadang tu kita ingat pastu fikir nanti la sampai terus terlupa..hehe

    ReplyDelete
  6. Hehe kadang-kadang kita yang drive ni pun boleh lupa kak hikhik tapiii serius kak mula-mula je gigil pegang stereng lama-lama akan ok punya

    ReplyDelete