Kak fiezz nak share cerita sikit pasal mulut kita ni..

Kadang apa yang kita cakap mungkin pada yg bercakap tak ada rasa apa..tapi yg mendengar, terasa..mana kita nak tahu..Memang secara logik, kita tahu pun apa masalah kita tapi bila orang lain cakap macam masalah kita tu tak boleh diatasi, rasa down sangat tau..kalau tak boleh sokong pun, jangan cakap ayat-ayat macam tu..

K.fiezz ni perasan ada seorang member pejabat k.fiezz, ex la..dulu satu bahagian..sekarang officemate ni  dah bertukar bahagian lain..Bila selalu sangat ex officemate ni bagi k.fiezz rasa down tiap kali dia bagi ayat tu, k.fiezz rasa syukur pun yea sebab member ni dah tukar tempat lain.. tak ada la kitaorang rapat lagi macam dulu..

Situasi nya,k.fiezz tak suka bila orang down kan k.fiezz pasal anak, rasa macam k.fiezz kekurangan sangat..jangan la cakap ayat yg bagi orang lain hilang semangat macam k.fiezz ni yang masih berusaha..

Banyak kali dah k.fiezz perasan, ex officemate ni suka cakap ayat yang bagi k.fiezz hilang semangat nak berusaha..macam k.fiezz ni memang tak boleh la citer dia..geram je dengar..

Situasinya k.fiezz bercerita dengan ex officemate ni pasal ada member pejabat k.fiezz ni mungkin nk ambil cuti separuh gaji sebab anak dia ada masalah eczema yg teruk. Jadi mungkin k.fiezz kena ganti tempat member ni..Sebab melibatkan k.fiezz, tu yg k.fiezz cerita..Kalau tak, tak ada la k.fiezz sibuk member ni bercuti separuh gaji ke apa..Bila k.fiezz cerita dengan ex officemate ni, dia boleh cakap 'tak pe la tak ada anak..kalau ada anak, sakit macam ni..' ayat selepas tu k.fiezz tak baper nak dengar dah sebab ayat yg mula-mula tu pun k.fiezz dah terasa...Nasib baik la lepas tu ada budak courier nak hantar surat, terus k.fiezz letak..tak telefon balik dah lepas tu..koserr la nak sakitkan hati sendiri lagi..

ex officemate k.fiezz ni pun tak boleh ckp gitu pasal anak member yg sakit eczema ni..dah tu bahagian dia yg Allah uji, dia kena tempuh la..macam la member k.fiezz mintak dapat anak sakit eczema pulak..sama la mcm k.fiezz pun..setiap orang ada ujian masing-masing..nak tak nak kalau dah diuji, kena la cari masalah dan cuba selesaikan..takkan nak duk diam je..sama macam k.fiezz jugak..Jadi bila ada ex officemate yang suka down kan orang ni, rasa macam 'eh..ko perfect sangat ke?'.geram tau...

Cerita dengan mr hubby pasal ni, dia cakap..kalau macam tu, mesti ex officemate ni duk cerita kat orang lain gak pasal isu k.fiezz ni..K.fiezz setuju..rasanya memang yea pun..

Ayat yang macam situasi kat atas ni bukan sekali..dah selalu terjadi..suka sangat cakap macam tu..tau tak menda tu sensitif sangat..jangan la cakap yg boleh bagi downkan orang lain...macam k.fiezz tak normal pulak..Alhamdulillah k.fiezz sihat & tempat baby nak menempel nanti ada elok lagi cuma masih belum rezeki untuk baby menempel..Tolong doakan untuk k.fiezz ada baby nak menempel kat situ nanti.. ;)

Syukur gak ex officemate ni dah tukar bahagian lain..Tak ada lah kitaorang rapat macam dulu..Contact gitu2 je...tapi dah selalu kena dengan ex officemate ni..malas nak contact walaupun gitu2 je..

K.fiezz bukan la nak kutuk ke apa ex officemate ni tapi as reminder kita ni bila bercakap berhati-hati dengan ayat yg dituturkan tu..Mungkin pada kita, isu yg kita cakap tu biasa je..tapi org yang ada masalah tu, terasa..

Jadi kesimpulannya hati-hati bila menuturkan kata...

11 Comments

  1. Kena jaga percakapan ini..Susah betul nak jumpa orang yang faham kita kan :) sabarlah ye kak fieza.ignore je percakapan diorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg susah sgt rabia..kawan yg konon2 paham masalah kita tapi dlm dia dia bahan kita dengan masalah kita tu..so hati2 la pilih kawan..klu dpt kawan yg jenis mcm ni, cuba la elakkan utk rapat...

      Delete
    2. Rabia tak ada kawan kak :( actually dekat luar rabia pendiam and anak tunggal.so my mum lah selalu hantar and ambik rabia kat University.Sbb rabia tinggal kt Bandar terengganu kan.so tak duduk hostel lah.ada jgk yg mcm dengki dgn rabia.

      Delete
  2. banyak bersabar ye fiez,mulut orang ni biasalah kan.situasi sama macam kita sebelum dapat anak.Bukan dari officemate,tapi dari jiran² MIL yang suka sangat sibuk hal orang.Kadang² down gila sampai dah tak nak duduk situ lagi...Insyallah..teruskan berdoa..yang penting teruskan usaha ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tue la eda..mmg byk bersabar la ni..Allah uji hamba ikut kemampuan hambaNYa..Saya ni rasa geram sbb member sendiri yg ckp macam tu..klu tak nak doakan..tolong jaga ayat yg dituturkan sebelum bercakap dengan saya especially topik tu..

      Delete
  3. klu macam tu punya mulut..cili jer fieza. Geram jer rasa..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak dicili...kawan..cik nor..mampu tahan perasaan je dlm hati...

      Delete
  4. kadang2 tak sampai hati nak luah kan apa yang ktia rasa sebab takut orang lain terluka.. kan ? tapi kenapa orang tergamak buat kita cam tu ? hahahaha~

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita ni jenis suka jaga hati org..tapi org, cakap ikut sedap mulut je..tak fikir perasaan org2 mcm saya yg cepat sentap bila kena sindir/perli...

      Delete
  5. walaupun sha masih tak kahwin tapi sha boleh rasa apa kak fiez rasa, sha selalu tengok orang yang ada anak perli orang yang takdak anak ni, memang muka dorang jadi lain. kdg kdg pelik jugak dorang takperasan ke dah sakitkan hati orang? ye memang dorang ada anak, tsempurna ke jaga anak tu eeee geram!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tue la Sha..dah lali selalu kena perli..dorang yang tak mengalami mcm k.fiezz ni, mmg tak kan faham pun..bgi dorang, dorang dpt anak senang so tak pikir susahnya org mcm k.fiezz ni berusaha mcm-mcm...tu yg jenis ckp, main lepas je..

      Delete