Total Pageviews

Cabut Gigi Yang Dah Reput dan Rupanya Tu Gigi Bongsu...

09:00

Salam Aidiladha korang..dah baper hari baru nak wish..haha..sorry la tuan blog mengalami sakit gigi lagi..aduh..kan main jaga tau..tetap gigi rosak jugak..kali ni gigi hat geraham (belah bawah)..dah lama gigi yg ni reput & berlubang..perasan..tiap kali nganga mulut depan cermin, saja check gigi..memang obvious nampak gigi ni dah hitam & mereput..kalau makan pun, selalu termasuk kat celah tu..

masa tu buat tak tau je la sebab tak sakit..tapiii kali ni dah seminggu sakit..asal malam je, berdenyut sakit..fuhhh..memang mencabar..kawan ofis k.fiezz yang kebetulan sakit gigi ada cerita kawan dia beli ubat kat Farmasi, makan 2 biji ubat tu hilang sakit..k.fiezz pun cuba..tapi malam yang 1st makan tu je tak sakit..esok malam tu sakit menyerang kembali..

tahu je la sakit gigi ni, membawak ke sakit kepala..berdenyut-denyut ko..

memang mencabar sangat..

conclusion nya sehari lepas raya haji baru ni, esok tu k.fiezz ke Klinik Tanglin sensorang..tak kira, nak cabut jugak gigi yang bermasalah ni..dah terbayang-bayang lepas cabut gigi tu, betapa syok lepas cabut gigi tu..

Nervous jugak benornya pi ke Klinik sensorang nak cabut gigi..dengan mr hubby pun k.fiezz cakap nak pi klinik gigi tanglin je..mr hubby pun tak tanya nak buat apa..k.fiezz malas nak cakap..kang mr hubby cakap, k.fiezz asyik masalah gigi je..haha..kalau korang pernah baca entry lama2 , k.fiezz ada cerita experience cabut gigi kat klinik gomen la klinik bayor la..

Kali ni pi ke Klinik Tanglin je sebab bajet kurang..Lagipun gigi yang k.fiezz nak cabut ni memang masalah pun..Jadi k.fiezz andaikan senang je lah nak cabut gigi ni..

Masa dr check tu, dr beritahu gigi yang bermasalah tu gigi bongsu..baru la k.fiezz tahu..k.fiezz pun tak tahu tu gigi bongsu..tahu gigi tu dah reput & rosak je..bila sebut gigi bongsu ni, korang tahu je la kan..gigi bongsu ni nak cabut kebiasaannya kena operate sebab tak tahu akar gigi ni macamana..mr hubby sendiri pernah cerita masa dia nak cabut gigi bongsu dia, kena pi operate..bila dah cabut tu, rupanya akar dia macam mata kail tu, hah..seriau dengar..Nak balik ke opis, k.fiezz naik grab..driver grab tu peramah..dia macam nak bersembang..k.fiezz tunjuk pipi yg kembung sebab ada kapas dalam mulut..dia tanya cabut gigi yeak?k.fiezz cakap la ha'ah..gigi bongsu..dia terkejut..'akak cabut gigi bongsu kat sini?'..'salute la'..k.fiezz macam 'errr..kenapa'..dia cakap, tunang dia cabut gigi bongsu kat hospital tung shin, 3 hari kena tahan..mak aihhhh..dalam hati k.fiezz, giler beraninya k.fiezz pi sensorang ke klinik cabut gigi bongsu..orang lain semua cuak...

seriusly k.fiezz pun tak tahu gigi yang reput tu gigi bongsu..yg k.fiezz tahu, nak cabut je sebab sakittt..tak tahan....

Dr yang check k.fiezz kat Klinik Tanglin ni, dia inform dia cuba cabut..sebab tak tahu kedudukan akar gigi bongsu k.fiezz ni camna..Kalau tak boleh dia rujuk ke HKL untuk operate..Dia sebut je perkataan operate tu dah seriau benornya..k.fiezz terpaksa setuju je la..walaupun duk terbayang..kalau tak boleh cabut, dia dah korek2 pas tu akar dia jenis macam mr hubby tu takkan nak biar macam tu je..haih,macam2 pikir masa tu...tapi tawakal n berdoa banyak2 dalam hati, dipermudahkan..

Lepas kena bius, k.fiezz kena tunggu jap kat luar bilik nak bagi bius tue berfungsi..sekejap je ubat bius tue dah menjalankan tugas..k.fiezz rasa kebas muka sebelah..mata tak boleh kelip..tak boleh tutup..hah..cuak weiii..rileks..rileks..bertenang..

tak lama lepas tu k.fiezz masuk semula ke bilik dr..dr tanya ubat bius tu dah berfungsi tak..k.fiezz cakap, dah..dan dr pun mulakan tugasan dia..tak sakit sebab dah kena ubat bius kan..dr cuba dan cuba..akhirnya..berjaya...yeay..tak payah operate..lepas cabut gigi yang rosak tu, dr tunjuk..memang dah teruk pun..k.fiezz tanya mana akar yang dr cakap tu..ada la secoet je..agaknya tu yg senang dr cabut gamaknya...Lepas cabut gigi ni Dr check kat gigi yang cabut tu takut terpatah ke apa kan ..aduh..cuak pulak masa dr tu check & dia cakap terpatah..takut akar dia tertinggal ke apa,kan..tapi hasil dr check tu, tak ada kesan macam patah..memang helok licin je belah bawah dia..kalau patah mesti ada kesan lekuk2..lepas dah confirm okey, dr bagi MC & suh amik ubat tahan sakit kat kaunter..

tapi kesan cabut gigi geraham (bongsu) ni amik masa nak baik weiii..k.fiezz cabut hari khamis..semalam (jumaat) baru rasa kesan lepas dah abis ubat bius..fuhhh..sakit weiii..berdenyut-denyut..dah la k.fiezz semalam ada treatment rambut kat salun area Mid Valley..Lepas tu kena shooting pulak (ni nanti entry lain, yeak)..haih, menahan je la sakit bekas cabut gigi tu..tanya dengan mr hubby, memang lambat baik yeak bekas cabut gigi bongsu ni..mr hubby cakap, ha'ah..memang amik masa..lepas tu rasa kurang selesa..

harini baru kurang sikit rasa sakit tu berbanding semalam..semalam sakit macam gigi tak cabut lagi..padahal dah cabut...Nasib baik harini dah okey sikit..sikit je la..kurang berdenyut..cuma rasa ngilu-ngilu je..

adeh..bagi tips sikit camne nak jaga gigi..k.fiezz ni jaga gigi tau..tapi tue la..asik masalah berlubang je..huhu..

okey, nak kongsi sikiti pengalaman k.fiezz cabut gigi kat Klinik Tanglin ni, untuk k.fiezz dr yang k.fiezz dapat ni sangat baik..cakap pun lembut je..k.fiezz dapat dr lelaki (cina)..cara dia layan pun kita rasa selesa...compare dengan pengalaman k.fiezz cabut gigi kat klinik gomen yang sebelum ni, k.fiezz rasa kat Tanglin ni much more better dr dia...so jangan takut yeak kalau nak cabut gigi kat klinik tanglin..cuma pastikan masa tu gigi tak sakit, gusi tak bengkak & tekanan darah tak tinggi..sebab kebiasaannya klinik gomen tak mau cabut kalau ada 3 masalah ni..risiko..takut pendarahan banyak lepas cabut gigi..kalau tak silap k.fiezz..

Cuma kena sabar lebih sikit ke klinik gomen ni, ramai orang..haha..macam k.fiezz ke sini haritu sehari lepas raya haji..ingatkan tak ramai orang..yealah cuti sekolah kan..mesti ramai balik kampung sebab raya haji pun..eh..sekali ko..ramai weiii..k.fiezz sampai dalam pukul 8.30 lebih kurang...k.fiezz balik ke opis nak amik beg dalam pukul 11.45pg...boleh tahan jugak tu..nasib baik dapat MC...

You Might Also Like

3 Comment

  1. seriau baca sbb lama dah cabut gg..:)

    ReplyDelete
  2. Rabia pergi hospital..siap xray gigi lagi.gigi bongsu belakang ni baru nak tumbuh sakit sangat sampai demam.tapi dah hilang dah sakit tu.sebab rabia letak ais kat gigi tu.dr sarankan bedah gigi.

    ReplyDelete
  3. suka pi jumpa doc gigi buat scaling n cuci gigi. tapi kalo part nak cabuit haaaaaaaa seram !!!!! gigi bongsu baru nak naik seketul. hopefully dia tumboh elokla.. takot !

    ReplyDelete