Total Pageviews

bisnes kecil-kecilan

Official Agen Rasmi Sahajidah Hai-O

17:41

Salam Merdeka...Saja nak bitau k.fiezz sekarang agen berdaftar dengan sahajidah hai-o..tau kan Hai-O..haha..mesti korang ingat MLM kan..no worry tiada paksaan pun kalau korang berminat...K.fiezz cuma nak share produk2 Hai-o yang ramai cakap best ni..ramai gak member yang joint bisnes ni mula2 guna dulu je produk2 hai-o..lepas dorang rasa produk dia memang best, baru diaorang joint jadi member pula..share dengan family & kawan-kawan...disamping tu dapat gak duit tepian..gitu...

so korang kalau nak dapatkan produk2 Hai-O yang kebanyakan untuk kegunaan harian, boleh roger k.fiezz, k...

Mesti korang macam, eh k.fiezz ni..banyaknya keja..tak sibuk ke..haha..ala, pandai-pandai la bahagikan masa..lagipun k.fiezz kerja fulltime di pejabat 8pg-5ptg..Lepas waktu pejabat, concentrate bisnes pulak..Nak posting kat fb boleh schedule..So apa ada hal..

KENAPA PILIH SAHAJIDAH HAI-O NI?

Sebab k.fiezz tengok produk-produk dia untuk kegunaan harian..dan ramai yang cakap produk-produk dia bagus..Jadi sesambil k.fiezz sendiri cuba, k.fiezz nak share la dengan orang lain jugak kebaikan produk ni..Nanti dari semasa ke semasa, k.fiezz kongsi pasal produk-produk Hai-O ni...


www.fiezasani.xyz
Sebenarnya k.fiezz selalu berangan nak buat bisnes sendiri & kerja dari rumah ..hehe..insyaallah..berangan je la..berangan tak salah kan..hehe..Tapi kalau seriusly k.fiezz nak buat kerja dari rumah, k.fiezz kena cari income yang boleh dapat setiap bulan macam k.fiezz kerja sekarang..Jadi peluang dah ada di depan mata, kena cuba la sampai berjaya..wish me luck..hehe...

APA PRODUK-PRODUK YG ADA BAWAH LABEL HAI-O NI?


Banyak hokay...kat bwah ni antara yang glamer...Untuk PERSONAL CARE

>> BIO SELEZA FEMININE PAD
>> BIO EVER PLUS REVITALIZING CREAM
>> MARINE ESSENCE TOOTHPASTE
>> MARINE ESSENCE NOURISHING SHAMPOO 
>> MARINE ESSENCE CONDITIONER
>> MARINE ESSENCE BODY WASH
>> MARINE ESSENCE BEAUTY BAR
>> MARINE ESSENCE BODY SCRUB


SKIN CARE & COSMETIC

>> COZUMA COSMETIC SERIES
    > COZUMA LIPSTICK

WELLNESS

>> NURICH GARLIC TABLET

NUTRITIONAL FOOD & BEVERAGE

>> MIN KAFFE
>> BB PLUS COLAGEN DRINK

So nanti k.fiezz share keistimewaan produk2 bawah Hai O ni & kelebihan dia, dan juga testimoni yg dah mencuba sendiri produk2 keluaran Hai O.. Stay Tune..

Kalau korang memang dah kenal pun produk2 Hai O & bercadang nak mencuba, roger k.fiezz di http://FiezaSani.wasap.my

Tutorial

CARA BUAT HIGHLIGHT COVER STORY INSTAGRAM DENGAN PICSART

21:58



Meh nak bagi tutorial cara buat cover instagram insta story kita..k.fiezz ada ternampak haritu member blogger buat..tapi masa tu macam tak berminat..macam renyah je nak buat..eh..biar la..koser nak pening..tapi lepas tu, bila intai2 kat ig blogger yang dah buat..eh, cantik pulak..berkenan..kebetulan ternampak blogger Fiza ada buat tutorial cara buat highlight cover instagram insta story  ni..

Jadi k.fiezz pun mencuba..Kalau ikut tutorial fiza tu, kena download applikasi PhotoLayer kalau tak silap kat Play Store.. 


Haih, dah naik jenuh k.fiezz scroll atas bawah..tak jumpaaa..siap dm fiza tanya aplikasi tu dah tak ada ke?bila fiza cuba cari, ada je..eh..dah kenapa tak ada dalam play store k.fiezz ni..marah pulak rasa...

Cari tutorial lain cara buat highlight cover instagram insta story ...Terjumpa satu yang paling k.fiezz familiar sangat aplikasi dia..PicsArt..suka la weiii..k.fiezz memang guna apps ni  pun kalau nak edit masukkan watermark kat gambar-gambar k.fiezz..Jadi tak ada la terkial-kial nak guna apps ni...

So korang kalau biasa dengan aplikasi PicsArt. boleh cuba buat highlight cover instagram insta story  dengan aplikasi ni..Kalau nak download, boleh cari kat Play Store je...

COVER STORY INSTAGRAM tu APA?

Kalau korang macam blur apa menda la yg k.fiezz duk mention dari tadi cover instagram insta story ..meh tengok gambar kat bawah ni...nampak dak yang k.fiezz bulatkan tu..nak buat cover untuk story instagram nie la..sebelum ni kita main up je story kat IG kita ni tapi tak tersusun..Kira bersepah la...Bila buat cover ni nampak tersusun la sikit Instagram Story kita tu..

Untuk blogger, melambangkan imej gak tu..Kalau PR nak cari blogger untuk job, senang la nak rujuk kalau dah tersusun ikut tajuk cam ni,hah...contoh macam PR yang cari blogger untuk travel, boleh tengok kat bawah tajuk TRAVEL..kan senang gitu...Boleh la decide samaada blogger tu sesuai ke dak dengan ciri-ciri yang dicari untuk job tu...

Acane nak buat highlight cover instagram insta story ni?Kalau korang bukan blogger pun boleh je buat..nampak kemas dah susun ikut folder yang sesuai dengan tajuk..idak la bersepah....

camne nak buat?Meh..kfiezz ajar guna PICS ART...


www.fiezasani.xyz

BUAT HIGHLIGHT COVER INSTAGRAM STORY DENGAN APLIKASI PICS ART


first of all, sila download aplikasi PICS ART dulu di Play Store untuk pengguna Android..Lepas dah install aplikasi ni,tak yah masukkan apa2 lagi kat sini..Cari dulu di GOOGLE, gambar untuk nak letak kat cover story instagram kita ni..macam k.fiezz buat kat atas ni...Kira macam icon la mengikut tajuk...

contoh bawah ni k.fiezz cari tajuk berkaitan travel icon..

www.fiezasani.xyz

Jadi sila google macam k.fiezz buat kat atas ni..travel icon png..Kenapa guna PNG?Sebab gambar2 PNG ni memang dah automatik transparent..Tak yah nak edit2 bagai...Cuma download gambar & masukkan dalam cover instagram insta story  kita je nanti...

Untuk gambar-gambar ni ikut la tajuk cover story korang yea..cuma masa search kat belakang tu jangan lupa guna '.... icon png'...tue je...sebab kita nak gambar yang transparent background dia...

www.fiezasani.xyz

Dah jumpa yang sesuai..Download...

Lepas tu baru buka aplikasi PICS ART..macam kat bawah ni...

www.fiezasani.xyz

Tekan butang + (yang k.fiezz bulatkan tu)...


www.fiezasani.xyz

Pilih 'EDIT'

www.fiezasani.xyz

Ada dua pilihan..1 untuk background yang ada gambar-gambar..dan 2 untuk background yang berwarna...

Untuk tutorial ni, k.fiezz pilih yang no.1...

www.fiezasani.xyz

Ni antara senarai yang ada dalam pilihan 1

www.fiezasani.xyz

Pilih la yang mana berkenan di hati untuk tema bunga...


www.fiezasani.xyz

Lepas dah pilih background yang memenuhi citarasa memasing, klik 'Tools' dan pilih crop...


www.fiezasani.xyz

Lepas tu keluar macam kat atas ni..jenis size yang kita nak untuk frame cover instagram insta story kita ni..yang best aplikasi PICS ART ni, dah sesiap size untuk instagram insta story (rujuk anak panah warna merah)...Jadi pilih je yang tu...sebab kita nak buat cover instagram insta story, kan...


www.fiezasani.xyz

Lepas dah pilih tu, dia akan jadi menegak macam ni...klik pulak 'Add Photo'...

www.fiezasani.xyz

Masukkan gambar yang kita dah buat tadi & adjust la ikut saiz yang korang nak..besar..kecil..suka hati...

www.fiezasani.xyz

dah siap..boleh SAVE...


Ni cara untuk masuk cover instagram insta story kat IG kita lepas dah buat pepenat tadi..


www.fiezasani.xyz

Kalau korang sejenis yang rajin up story ig, mesti dah melambak korang punya story ig korang..Pi kat tempat save IG Story favourite kita, klik lama sikit..kat mana insta story korang?bawah profile kat IG..sebelum gambar-gambar...Lepas korang klik lama sikit kat situ, keluar macam kat atas ni..pilih 'Edit Highlight'..


Lepas Edit Highlightkeluar yang ni pula..Edit Cover tu...

www.fiezasani.xyz

Dah masuk ni nanti, korang adjust la kedudukan dia..nak ketepi ke..ketengah ke..ikut la selera memasing...lepas tu save...

Klik pula kat tempat yang k.fiezz bulatkan atas ni..dan pilih cover instagram story yang korang dah buat tadi...dah selesai...Lepas tu boleh la susun ig story yang korang dah up tu mengikut tajuk...buat satu per satu...

memandangkan k.fiezz jarang-jarang up status kat IG Story ni, so k.fiezz buat cover ni satu-satu..haha..mula-mula buat terus semua..ada la dalam 2-3 macam tu..sekali Sha dm k.fiezz..dia ajar cara nak letak cover instagram story ni tanpa spam banyak-banyak..k.fiezz dah cuba buat tapi failed..haha..so korang kalau nak rujuk, boleh usyar kat blog Sha...


Sebenornya entry ni bukan untuk korang je..untuk rujukan k.fiezz gak..kot nanti nak tukar design ke..dah lupa pula cara-cara dia..hehe..k.fiezz kan pelupa tahap 1..haha...Jadi coverline up kat sini..kot ada yang berminat nak buat juga...SELAMAT MENCUBA...

Shopping

Terapi Minda Gitu.Flat Shoe dan Blouse Kepok-Kepok.

22:54

Terapi kata nya 🤭..terapi minda cara k.fiezz la..haha..it's shopping time...walaupun duit dalam akaun dah menipis..shopping tetap on bila dah termasuk kat mall & ternampak kedai baju yang dari jauh nampak tanda rega RM5, RM10..eh..tak mampu nak usya je dari jauh..

meh la kita cuci mata..hehe..cuci mata konon..cuci mata konsep k.fiezz la..

Ni la hasil cuci mata tadi..dua paperbag..satu k.fiezz punya..satu kawan ofis k.fiezz punya..dia beli kasut je..k.fiezz kasut & blouse kepok-kepok...



www.fiezasani.xyz

acane tak terpikat bila tengok tanda rega dua ni RM5..RM15..total RM20 untuk dua item ni...


www.fiezasani.xyz

Kebetulan k.fiezz memang tengah cari kasut kerja hat lain sebab yg selalu k.fiezz guna sekarang ni nak buat kasut jenjalan..memang nak cari yang mur mur je...jumpa pun yang kena dengan bajet..


www.fiezasani.xyz

Itu pun masa masuk kat butik Nichii ni tadi, nampak seksyen kasut yang ada tanda harga RM29.90..tak mau tengok..lalu je kat seksyen tu..haha..dasar nak yang murah je tau...Pas tu jalan belah dalam lagi..nampak seksyen kasut lagi tapi tak ada tanda rega pulak..saja  tengok2 kasut kat area situ pulak..bila pusing belakang tgk kat tapak dia baru ada tanda harga..harga pun berbeza..ada yang rm15..ada yg rm20..tengok pada design...tapi semua jenis kasut kat butik Nichii ni flat shoe macam k.fiezz punya ni..pattern je berbeza...memang favourite k.fiezz la kasut macam ni, hah...dari dulu lagi..tak sakit kaki...

Yang blouse kepok2 tu pulak, memang ngam saiz k.fiezz..harga RM5...ko ghasa, tengok saja kah?memang tak la kan..harus beli..boleh pakai ke opis walaupun tangan dia pendek tu..haha..kena cover dengan blazer kalau pakai baju ni nanti...nnti k.fiezz ootd, k...ceh..macam org kisah je, kan...biar la biar la...nak ootd gak..hehe...hobi...k.fiezz kan bila ada baju baru, harus ootd...hehe...mesti korang tertanya awat la k.fiezz dari tadi cakap blouse ni blouse kepok-kepok..haha..kat dada dia tu ada ropol-ropol la..tu k.fiezz ckap kepok-kepok tu..haha

oo..yang tertanya-tanya kak fiezz pi butik Nichii kat area mana ni?dalam Sunway Putra Mall...dekat je dengan pejabat k.fiezz...Boring lunch kat cafe ofis tu je, k.fiezz & member saja tukar selera kat sini pulak...Naik grab je chuolls..RM10 (pergi-balik)..tong tong dengan member duit grab..jimat di situ...

Dapur FiezaSani

Dapur FiezaSani - Karipap Ikut Resipi Mak Yang Senang

15:12

First time buat karipap ni 100% handmade by k.fiezz..Sebelum-sebelum ni k.fiezz selalu tolong mak kelim kat tepi tu je..Ni sepenuhnya buat sendiri..dari inti sampai ke kulit dia..

Seriau gak nak buat ni takut tak jadi ke apa..Dah la kelim dia tu pun ingat-ingat lupa..Sebab sejak mak k.fiezz dah duk balik kat kampung, memang tak buat karipap..selalu beli je..tu pun jarang-jarang la beli..rasa nak makan,baru beli...

Raya haji baru ni, mr hubby request nak karipap..Mr hubby tu memang..part request nak makan tu nak makan ni pakar..dia tak tau mengagau bini dia mencari resipi tau..haha

So hasil mencedok resipi dengan mak k.fiezz melalui telefon je..ni k.fiezz share kat sini pulak..Untuk rujukan k.fiezz..Kalau korang nak mencuba pun boleh...Kalau tak reti nak kelim tepi tu, guna acuan pun boleh..cuma tue la takut terbukak je masa goreng..K.fiezz punya ni memang guna tangan je..tak ada sebarang acuan yg digunakan...

BAHAN-BAHAN

Untuk INTI

**Ubi Kentang (3-4 biji) ~ dipotong dadu
**Bawang merah (Sebiji yg besar) - dihiris / kisar
**Bawang Putih (2-3 ulas) - dihiris / kisar
**1  @ 2 sudu besar cili kering yg dah dikisar
**Gula (k.fiezz ganti dengan gula melaka) - agak2 la rasa manis dia
**Garam 
**Daun Kari
**1 @ 2 sudu besar serbuk kari 

Untuk Kulit 

**2 cawan tepung gandum
**1 sudu besar planta/marjerin - dicairkan
**Garam

CARA BUAT - 

Untuk Inti 

**tak perlu tumis2..Masukkan je kesemua bahan dalam kuali..Kacau2 seketika & biarkan kering..Bagi balance dari segi rasa (garam & gula)..Biarkan sejuk dulu...sebab kang nak masukkan inti dalam kulit dia, panas..kalau dah sejuk, senang sikit kerja...

Untuk Kulit

**Masukkan tepung gandum + planta/marjerin yg dah dicairkan + garam dalam bekas..lepas tu uli sampai jadi doh dan tak melekit supaya senang nak uli jadikan kulit...Kalau masih rasa melekit2 tu, tambah tepung sikit2 je sambil bagi sekata sampai jadi doh yg perfect...Dah siap, biar kejap dalam 5 minit..

**Lepas tu boleh la mula buat kulit karipap dahulu diikuti masukkan inti pula & proses kelim kat tepi..Dah siap semua baru goreng...

Dan ni hasil yang k.fiezz punya...

1st time kan..walapun rupa tu macam kurang tapi rasa boleh tahan..haha...ikut tekak sendiri...hehe



www.fiezasani.xyz

sorry la rupa tu macam errrr...haha..1st time buat sepenuhnya sendiri ni..selalu jadi assistant je...

Ni la resipi simple karipap cara mak kak fiezz...resipi mak kak fiezz selalunya jenis senang2 pun..dari segi bahan & cara masak...

Percubaan pertama kali k.fiezz buat karipap, berjaya..semalam repeat lagi sekali sebab haritu terbuat inti banyak sangat..Simpan dalam peti ais balance dia..Try check semalam elok lagi..buat kulit dia je la..So sesi meng KARIPAP lagi laaa semalam...haha

GIGI

Cabut Gigi Yang Dah Reput dan Rupanya Tu Gigi Bongsu...

09:00

Salam Aidiladha korang..dah baper hari baru nak wish..haha..sorry la tuan blog mengalami sakit gigi lagi..aduh..kan main jaga tau..tetap gigi rosak jugak..kali ni gigi hat geraham (belah bawah)..dah lama gigi yg ni reput & berlubang..perasan..tiap kali nganga mulut depan cermin, saja check gigi..memang obvious nampak gigi ni dah hitam & mereput..kalau makan pun, selalu termasuk kat celah tu..

masa tu buat tak tau je la sebab tak sakit..tapiii kali ni dah seminggu sakit..asal malam je, berdenyut sakit..fuhhh..memang mencabar..kawan ofis k.fiezz yang kebetulan sakit gigi ada cerita kawan dia beli ubat kat Farmasi, makan 2 biji ubat tu hilang sakit..k.fiezz pun cuba..tapi malam yang 1st makan tu je tak sakit..esok malam tu sakit menyerang kembali..

tahu je la sakit gigi ni, membawak ke sakit kepala..berdenyut-denyut ko..

memang mencabar sangat..

conclusion nya sehari lepas raya haji baru ni, esok tu k.fiezz ke Klinik Tanglin sensorang..tak kira, nak cabut jugak gigi yang bermasalah ni..dah terbayang-bayang lepas cabut gigi tu, betapa syok lepas cabut gigi tu..

Nervous jugak benornya pi ke Klinik sensorang nak cabut gigi..dengan mr hubby pun k.fiezz cakap nak pi klinik gigi tanglin je..mr hubby pun tak tanya nak buat apa..k.fiezz malas nak cakap..kang mr hubby cakap, k.fiezz asyik masalah gigi je..haha..kalau korang pernah baca entry lama2 , k.fiezz ada cerita experience cabut gigi kat klinik gomen la klinik bayor la..

Kali ni pi ke Klinik Tanglin je sebab bajet kurang..Lagipun gigi yang k.fiezz nak cabut ni memang masalah pun..Jadi k.fiezz andaikan senang je lah nak cabut gigi ni..

Masa dr check tu, dr beritahu gigi yang bermasalah tu gigi bongsu..baru la k.fiezz tahu..k.fiezz pun tak tahu tu gigi bongsu..tahu gigi tu dah reput & rosak je..bila sebut gigi bongsu ni, korang tahu je la kan..gigi bongsu ni nak cabut kebiasaannya kena operate sebab tak tahu akar gigi ni macamana..mr hubby sendiri pernah cerita masa dia nak cabut gigi bongsu dia, kena pi operate..bila dah cabut tu, rupanya akar dia macam mata kail tu, hah..seriau dengar..Nak balik ke opis, k.fiezz naik grab..driver grab tu peramah..dia macam nak bersembang..k.fiezz tunjuk pipi yg kembung sebab ada kapas dalam mulut..dia tanya cabut gigi yeak?k.fiezz cakap la ha'ah..gigi bongsu..dia terkejut..'akak cabut gigi bongsu kat sini?'..'salute la'..k.fiezz macam 'errr..kenapa'..dia cakap, tunang dia cabut gigi bongsu kat hospital tung shin, 3 hari kena tahan..mak aihhhh..dalam hati k.fiezz, giler beraninya k.fiezz pi sensorang ke klinik cabut gigi bongsu..orang lain semua cuak...

seriusly k.fiezz pun tak tahu gigi yang reput tu gigi bongsu..yg k.fiezz tahu, nak cabut je sebab sakittt..tak tahan....

Dr yang check k.fiezz kat Klinik Tanglin ni, dia inform dia cuba cabut..sebab tak tahu kedudukan akar gigi bongsu k.fiezz ni camna..Kalau tak boleh dia rujuk ke HKL untuk operate..Dia sebut je perkataan operate tu dah seriau benornya..k.fiezz terpaksa setuju je la..walaupun duk terbayang..kalau tak boleh cabut, dia dah korek2 pas tu akar dia jenis macam mr hubby tu takkan nak biar macam tu je..haih,macam2 pikir masa tu...tapi tawakal n berdoa banyak2 dalam hati, dipermudahkan..

Lepas kena bius, k.fiezz kena tunggu jap kat luar bilik nak bagi bius tue berfungsi..sekejap je ubat bius tue dah menjalankan tugas..k.fiezz rasa kebas muka sebelah..mata tak boleh kelip..tak boleh tutup..hah..cuak weiii..rileks..rileks..bertenang..

tak lama lepas tu k.fiezz masuk semula ke bilik dr..dr tanya ubat bius tu dah berfungsi tak..k.fiezz cakap, dah..dan dr pun mulakan tugasan dia..tak sakit sebab dah kena ubat bius kan..dr cuba dan cuba..akhirnya..berjaya...yeay..tak payah operate..lepas cabut gigi yang rosak tu, dr tunjuk..memang dah teruk pun..k.fiezz tanya mana akar yang dr cakap tu..ada la secoet je..agaknya tu yg senang dr cabut gamaknya...Lepas cabut gigi ni Dr check kat gigi yang cabut tu takut terpatah ke apa kan ..aduh..cuak pulak masa dr tu check & dia cakap terpatah..takut akar dia tertinggal ke apa,kan..tapi hasil dr check tu, tak ada kesan macam patah..memang helok licin je belah bawah dia..kalau patah mesti ada kesan lekuk2..lepas dah confirm okey, dr bagi MC & suh amik ubat tahan sakit kat kaunter..

tapi kesan cabut gigi geraham (bongsu) ni amik masa nak baik weiii..k.fiezz cabut hari khamis..semalam (jumaat) baru rasa kesan lepas dah abis ubat bius..fuhhh..sakit weiii..berdenyut-denyut..dah la k.fiezz semalam ada treatment rambut kat salun area Mid Valley..Lepas tu kena shooting pulak (ni nanti entry lain, yeak)..haih, menahan je la sakit bekas cabut gigi tu..tanya dengan mr hubby, memang lambat baik yeak bekas cabut gigi bongsu ni..mr hubby cakap, ha'ah..memang amik masa..lepas tu rasa kurang selesa..

harini baru kurang sikit rasa sakit tu berbanding semalam..semalam sakit macam gigi tak cabut lagi..padahal dah cabut...Nasib baik harini dah okey sikit..sikit je la..kurang berdenyut..cuma rasa ngilu-ngilu je..

adeh..bagi tips sikit camne nak jaga gigi..k.fiezz ni jaga gigi tau..tapi tue la..asik masalah berlubang je..huhu..

okey, nak kongsi sikiti pengalaman k.fiezz cabut gigi kat Klinik Tanglin ni, untuk k.fiezz dr yang k.fiezz dapat ni sangat baik..cakap pun lembut je..k.fiezz dapat dr lelaki (cina)..cara dia layan pun kita rasa selesa...compare dengan pengalaman k.fiezz cabut gigi kat klinik gomen yang sebelum ni, k.fiezz rasa kat Tanglin ni much more better dr dia...so jangan takut yeak kalau nak cabut gigi kat klinik tanglin..cuma pastikan masa tu gigi tak sakit, gusi tak bengkak & tekanan darah tak tinggi..sebab kebiasaannya klinik gomen tak mau cabut kalau ada 3 masalah ni..risiko..takut pendarahan banyak lepas cabut gigi..kalau tak silap k.fiezz..

Cuma kena sabar lebih sikit ke klinik gomen ni, ramai orang..haha..macam k.fiezz ke sini haritu sehari lepas raya haji..ingatkan tak ramai orang..yealah cuti sekolah kan..mesti ramai balik kampung sebab raya haji pun..eh..sekali ko..ramai weiii..k.fiezz sampai dalam pukul 8.30 lebih kurang...k.fiezz balik ke opis nak amik beg dalam pukul 11.45pg...boleh tahan jugak tu..nasib baik dapat MC...

beauty

2 in 1 Scalp Booster Imaan Untuk Masalah Berkaitan Rambut

09:31

K.fiezz memang dari dulu ada masalah kelemumur & kulit kepala gatal..bila datang merenyam kat kulit kepala tu, dia punya tahap gatal memang kesabaran je..time mandi, cepat-cepat basuh rambut dengan syampu..hilang sekejap..tapi selang sehari dua..datang balik masalah yang sama..ulang la buat menda yang sama..gitu la sampai sekarang..kadang-kadang k.fiezz basuh rambut dengan limau..limau kan petua semulajadi untuk masalah kelemumur..tapi kejap je la hasil dia..nanti datang balik masalah yang sama..#tabah je la masalah ni sampai sekarang..tambah pulak masalah terbaru, rambut beruban..uwaaa..ai nangis tau part masalah rambut beruban ni..tak tau la nak buat camne..k.fiezz cuma inaikan je rambut..pasal inai rambut ni entry lain..ni nak citer pasal cara k.fiezz atasi masalah kelemumur...

BROKOLI SCALP BOOSTER dari IMAAN

Baru-baru ni kak fiezz berkenalan dengan  produk dari IMAAN ni iaitu BROKOLI SCALP BOOSTER..katanya helok untuk MENCEGAH KELEMUMUR dan berkesan seawal dua minggu..

www.fiezasani.xyz

FUNGSI BROKOLI SCALP BOOSTER

Berfungsi sebagai SCALP SERUM & MASSAGER...Menggunakan kuasa GEGARAN untuk memaksimumkan peredaran darah ke folikel rambut bagi merangsang pertumbuhan rambut baru dan mengelakkan risiko kebotakan serta mencegah kelemumur dan juga keradangan folikel rambut..

Brokoli Scalp Booster ni mengandungi bahan seperti Jojoba oil yang berfungsi merangsang pertumbuhan rambut baru, menyubur, menghitamkan rambut serta melembapkan sekaligus menyihatkan rambut dari akar hingga ke hujung rambut.. 

Macamana Brokoli Scalp Booster berfungsi mengatasi masalah KELEMUMUR? 

Setiap kali kita gunakan Brokoli Scalp Booster ni,ia akan membuang sel kulit mati , kelemumur dan kudis serta membersihkan, melindungi rambut dan kulit kepala kita. 

" Komen k.fiezz mengenai produk ni, nak dapat hasil yang kita nak kena la konsisten gunakan..k.fiezz yakin SCALP BOOSTER ni boleh membantu masalah kelemumur k.fiezz ni tapi dengan syarat kena KONSISTEN...tu je keyword dia...

Selain dari untuk atasi masalah kelemumur, k.fiezz suka guna SCALP BOOSTER ni untuk release stress..hehe...dia kan bergegar bila kita urut kat sekitar kulit kepala..jadi sedap je masa bergegar tu..rasa dipicit2 sekaligus rasa relax je...yelah, kita kan bila orang urut kepala, kita rilex je..so bila guna SCALP BOOSTER ni, tak yah susah suruh orang lain..On je SCALP BOOSTER ni, biarkan SCALP BOOSTER yang urutkan...hehe..Ooo lupa mention serum SCALP BOOSTER ni TAK BERMINYAK dan TAK MELEKIT. Serta diluluskan oleh KKM jadi no worry yeak..Cara guna pun senang dikawal dengan tangan.."

kat bawah ni Cara Guna BROKOLI SCALP BOOSTER - demonstrasi by k.fiezz..hehe..sorry la suara k.fiezz yang kontrol ayu tu..hehe...


MAKLUMAT LANJUT produk-produk keluaran IMAAN 

Website - www.imaanworld.com
Facebook - imaansuciworld
Instagram - imaan.suci.world.hq

advertorial

Flower Chimp Your Online Flower Shop

09:30


“Say it with flowers!” Creating moments of love by sending flowers to your loved ones has gotten so much easier as the flower delivery industry booms with the growth of e-commerce worldwide. Imagine selecting your favourite bouquet and arranging for delivery as simple as a few clicks away.


www.fiezasani.xyz

www.fiezasani.xyz


From birthday bouquets to congratulatory flower stands, special messages on Valentine’s and Mothers’ Day, Flower Chimp caters to all your blooming needs from as low as MYR89. Ahead of its competitors, Flower Chimp offers a nationwide network which covers more than 80 districts across Malaysia, including in Sabah and Sarawak. Such wide coverage makes the platform the preferred online florist among consumers who enjoy further benefits with its free delivery on all orders at no minimum spend. Consumers can also arrange for the same day delivery for any orders made before 1 pm to surprise their loved ones.


www.fiezasani.xyz

“Despite being a new player in the flower delivery business, Flower Chimp has grown into a household name in this industry. In less than two years, we became the No 1 choice in the online flower delivery service in Malaysia, Indonesia and the Philippines recording five (5) times growth compared to last year,” said Maximilian Lotz, Founder of Flower Chimp.

www.fiezasani.xyz

Maximilian Lotz
Chief Executive Officer, Flower Chimp

As the Chief Executive Officer of Flower Chimp, Maximilian is responsible for running all facets of the business across Flower Chimp’s four markets. Maximilian has an established track record in the e-commerce space from heading the Malaysia business of hear.com, an world-leading vendor of hearing aids. Prior to that, Maximilian gained vast experience investment banking & venture capital.

Maximilian graduated with a B.Sc. in Business Administration from Maastricht University (Netherlands) and Bocconi University Milan (Italy)


Niklas Frassa
Chief Operating Officer, Flower Chimp

As the Chief Operating Officer of Flower Chimp, Niklas is responsible overseeing operations across departments in Flower Chimp’s four markets. Niklas' background is in management consulting, where he among other roles acted as a project leader for the leading management consulting firm in Germany’s media industry. Furthermore, he gained vast e-commerce experience during stints in Malaysia, Singapore and Indonesia with Southeast Asia’s leading online fashion company, Zalora.

Niklas graduated with a M.Sc. (CEMS) in International Management from Rotterdam School of Management (Netherlands) and a B.Sc. from WHU - Otto Beisheim School of Management (Germany).


Following its promising performance in the online florist service, Flower Chimp has recently secured an investment of MYR 6 million from its investors including Asia Venture Group (AVG), a private company that sees the promising potential Flower Chimp offers through its unique business model and marketing strategies. The same company has also invested in iMoney, Happy Fresh and iPrice.  “We aim to expand our reach to a new market in Singapore by the second half of August 2018, and other countries in Southeast Asia including Vietnam, Thailand and Hong Kong by 2019,” Lotz added.

Self-taught in the flower business, Lotz and partner/Chief Operating Officer, Niklas Frassa plan to utilize the funds received to strengthen their footprint in Indonesia and the Philippines and improve their technical infrastructure to offer better benefits to their customers with smart features including live order tracking. “At the same time, we conduct our market research to come up with new products and promotions regularly to entice our customers to return to find what they are looking for,” said Frassa.

Elaborating further, Frassa said, “With the power of online marketing and social media, we aim to enhance our branding and become the top-of-mind for our customers to look forward to as they become more tech-savvy every day. We are confident that in the next twelve (12) months; from Q4 2018 to Q4 2019, Flower Chimp will grow three (3) times over with contributions from all four major markets namely Malaysia, Singapore, Indonesia and the Philippines”.

Stay connected with us:

Flower Chimp in Malaysia
Website: https://www.flowerchimp.com/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpMY/
Instagram: @flowerchimp

Flower Chimp in Indonesia
Website: https://www.flowerchimp.co.id/
Facebook:  https://www.facebook.com/FlowerChimpID/
Instagram: @flowerchimp.id

Flower Chimp in the Philippines
Website: https://www.flowerchimp.com.ph/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpPH/
Instagram: @flowerchimp.ph

About Flower Chimp

Flower Chimp was established in 2016 by two German entrepreneurs, Maximilian Lotz and Niklas Frassa who have been living in Southeast Asia for several years. Combined with their stint in the Netherlands, a known epicenter of floriculture; they decided to dive into the flower industry and set a new standard for online florist services. With the customers’ best interests at heart, Flower Chimp has been catering to the need for high quality flowers at affordable prices complete with nationwide free delivery. As the business grows, the team continues to improve on its services and research & development to offer more variants of flowers to the growing market.

Currently, Flower Chimp is operating in Malaysia, Indonesia and the Philippines. In the near future, the two ambitious entrepreneurs will launch their platform in Singapore and other Southeast Asian countries.

For more information on Flower Chimp, visit www.flowerchimp.com. Kindly forward your media enquiries to our Public Relations Department via email: pr@flowerchimp.com or mobile: +6013-886 9948.

beauty

SERUM SUSUK BERADU Jadi Pilihan

23:09

Kalau sapa2 yang follow k.fiezz kat IG/FB, mesti duk nampak k.fiezz share pasal nak berSUSUK kan..sibuk la dengan SUSUK..SUSUK..SUSUK..eishhh..kak fiezz ni..SUSUK tu kan haram k.fiezz ni..ish ish..bukan susuk tu korang weiii..hat tu tak mau pun..banyak pantang larang...tak nak pun cuba..dah anugerah Allah bagi rupa macam ni, terima  seadanya..tapi yang susuk k.fiezz nak cuba ni..yang kat gambar bawah ni, hah..HALAL..dan tak perlu nak pantang-pantang bagai, ko...sapu sapu kat muka..cantik..hah, tak mau ke...mesti la nak kan...

SERUM SUSUK BERADU ni dari keluaran Imaan..Imaan yang keluarkan wet tissue hot tu..

Serum ni salah satu produk Imaan untuk penjagaan muka..Jadi k.fiezz n
ak cerita pasal SERUM SUSUK BERADU ni bagi wanita2 ataupun lelaki yg mementingkan penjagaan muka..


www.fiezasani.xyz

SERUM SUSUK BERADU

Antara kandungannya ialah 24k gold..Jadi warna dia seperti yang korang tengok dalam gambar kat atas ni..Tapi no worry, bila dah tepek kat muka idak la menyerlah sangat warna keemasan tu..buh nipis2 je..as long dapat khasiat-khasiat dia..kena jimat sebab size dia  (10ML) somel je..nak jimattt gitu..hehe...

Fungsi utama dia untuk MENEGANGKAN KULIT MUKA..Lepas apply kat muka, boleh rasa kulit kita tegang..Kalau guna selalu, melambatkan proses penuaan...Selain tu boleh MENGURANGKAN KEDUTAN, JERAGAT & PARUT JERAWAT..Serta MERANGSANG KOLAGEN PADA KULIT. Boleh juga MERAWAT LINGKARAN HITAM BAWAH MATA. Serta MERAWAT KEROSAKAN AKIBAT SINAR MATAHARI.

INGREDIENT SERUM SUSUK BERADU

CARA GUNA SERUM SUSUK BERADU

Boleh digunakan waktu siang ataupun malam. Serta boleh dijadikan sebagai MEKAP BASED @ PRIMER. Nak mix dengan FOUNDATION, KRIM PELEMBAP @ SUNBLOCK pun boleh..

Terpulang pada masing-masing nak guna waktu bila..K.fiezz guna sebelum tidur..


Meh k.fiezz nak tunjuk sikit cara guna serum susuk beradu ni..kot la yang tanya tak shining sangat ke muka lepas buh serum emas ni..jom tengok..


So korang kalau yang mencari cari serum terbaik, boleh cuba SERUM SUSUK BERADU ni..Serum memang satu keperluan untuk wanita-wanita yang dah masuk 30-an untuk mengatasi tanda awal penuaan seperti garis-garis halus, kulit kusam, pori2 besar, jeragat dan bekas parut jerawat..Ni la kenapa ramai wanita terutama yang dah menginjak ke angka 30-an, mesti nak cari serum..sebab serum ni kandungannya memang khusus untuk anti penuaan macam SERUM SUSUK BERADU ni dan juga mudah diserap ke dalam kulit..Pilihan k.fiezz dah tentu la SERUM SUSUK BERADU ni..pilihan korang pula?

MAKLUMAT LANJUT - 

Website - www.imaanworld.com
Facebook - imaansuciworld
Instagram - imaan.suci.world.hq

LifeStyle

Diffuser Murah Beli Dari China

21:50

Yeay.. Dah dapat diffuser..Sebelum ni duk guna bekas yang bawah dia kena bakar dengan lilin tu je tiap kali nak ber aromaterapi kat rumah..ni beli yang  macam ni..senang keja..tak yah nak bakar2 lilin..dah la k.fiezz tak reti nak petik pemetik api tu, tau..tiap kali suh mr hubby..apa nak buat bini jenis tak reti nak guna pemetik api..

DIFFUSER MURAH

Diffuser murah ni k.fiezz beli hat mur-mur je..Dari China..Boleh juga berfungsi sebagai lampu kalau malas nak beraromaterapi atau essential oil habis..K.fiezz kat rumah memang ada je minyak essential tu..memang aje gemor ber aroma terapi kat rumah..

Rasa best je rumah bau wangi..tenang je..Rilex...Lagipun setiap aroma essential oil tu ada fungsi dia masing-masing..Ada yang untuk kulit, kesihatan..eh..macam-macam jenis tau minyak essential ni..Kak fiezz ingat dulu, sama je fungsi..Nak bagi rumah wangi..tapi rupanya ada lagi fungsi dia sebab ikut kandungan dalam minyak tu sendiri..Nak cerita lebih detail pasal fungsi ni, k.fiezz pun tak tau sangat..Duk baca kat fb la sebab ada member yang jual Young Living tu..Penah gak usya hat YL ni punya..tapi rega dia nangisss..kena menabung dulu...

Dapat yang murah ni, pun boleh la..Kebiasaannya k.fiezz pasang ni waktu malam, waktu nak tidur..Feeling romantic gitu...

www.fiezasani.xyz

Ni la set yang dapat dalam pakej k.fiezz beli diffuser ni..Cable tu, pastikan korang ada travel charger tau sebab dia dari oversea...K.fiezz pun terlupa order ni dari China jadi charger dia lain...Nasib la ada travel charger kat rumah..

Nak jadikan lampu pun boleh..ni la warna-warna dia...

movie

Review Filem - Hantu Kak Limah 2018

14:04

Siapa dah pi tengok?sep sikit..kita geng...Seriusly kelakar cerita dia..Untuk k.fiezz la sebab k.fiezz ni kategori mudah terhibur gitu..Tengok orang buat lawak sikit-sikit pun, k.fiezz dah mengekek gelak..Tapi kalau kata k.fiezz ni mudah terhibur, takkan la ramai yang mana dah pi tengok, semua komen yang sama..kelakar..


www.fiezasani.xyz

Sakit perut gelak..Scene dia kejap2 seram..kejap kelakar..kejap serius....haih, part seram tu suspen sikit..k.fiezz siap tutup mata dengan sling bag lagi..adeh..seram bila tengok mata k.limah bagi pandangan tajam kat orang..

Part kelakar bila watak-watak dalam Hantu Kak Limah ni buat lawak dengan perbuatan..macam si Nayan (Ropie) bila dia terkejut part ternampak Hantu Kak Limah depan-depan..seriusly kelakar okey part ni..k.fiezz sambil menaip ni pun tersenyum sensorang teringat scene ni..

SINOPSIS 

Kak fiezz cerita intro sikit la yea...Lebih lanjut pi terjah panggung..Dengarnya dah cecah 9 juta..fuyoooo...

Kisah hantu kak limah versi 2018 ni, berkisar Husin (Dato' Awie) yang dah menetap kembali ke kampung pisang manakala kak limah pula dah berkahwin dengan seorang pemuda nama Khuda. dan diaorang hidup aman damai bahagia tapi kebahagiaan dorang tak lama bila  kak limah ditemui mati di kebun seorang diri..Ada orang kampung yang jumpa & bawa ke klinik desa sementara nak cari suami Kak Limah. 

Masa kejadian, suami kak limah masuk ke hutan..Nak pi menjerat kalau tak silap..Jadi dia tak tahu apa yang berlaku pada kak limah.. Dan sebab naluri seorang suami, katanya tak sedap hati..Dia bersama Husin & seorang lagi yang masuk ke hutan, balik juga ke rumah malam tu..legaa si Khuda bila sampai di rumah, tengok si isteri Kak Limah ada kat rumah..Siap jamu bubur keladi lagi pada Khuda, Husin & sorang lagi kawan dorang...tapi pandangan mata Kak Limah masa ni, serammmm...

Dalam masa yang sama Si Nayan terjumpa pulak Kak Limah di tepi jalan masa dia otw nak ke klinik untuk bertugas. 


arghhh sudah, boleh pulak k.limah berada kat 2 tempat?haha..#suspen tak?haha


Apakah misteri di sebalik kematian kak limah?


pi terjah ke wayang sekarang...


Haritu pun k.fiezz, mr hubby & adik2 kitaorang nak pi tengok cerita ni, semua tempat penuh weiii..jenuh cari..dapat juga tengok kat 1 Shamelin Mall..