Haritu k.fiezz ada mention kat IG, k.fiezz buat Oxygen Facial  & Eyelash Perming di Hannan Medispa, Bangsar..Sebenarnya 3 rawatan k.fiezz buat di Hannan Medispa ni..satu di cawangan Publika..Kat sini, k.fiezz buat Radiance Facial..Ala, macam facial biasa..yang kali ke-2 & ke-3 di Kimarie & Hannan, Cawangan Bangsar..Di Kimarie ni, sekali dengan salun rambut..Korang kalau nak buat 2 in 1 rambut & facial, boleh la ke sini...

Amboi k.fiezz..kan main..buat facial kat tempat have-have gitu..haha..okey, sebenarnya k.fiezz beli kupon yang pihak Hannan Medispa promosi kat pejabat k.fiezz haritu..Harga 3 kupon ni cuma RM29.90 sahaja..Dapat 3 rawatan macam yang k.fiezz beritahu kat atas ni..Radiance Facial , Oxygen Cleopatra Theraphy & Eyelash Perming...

Radiance Facial


Rawatan pertama yang k.fiezz redeem adalah radiance facial ni..Macam facial biasa..bersihkan muka, sedut whitehead/blackhead..Kalau dah biasa buat facial biasa, tahu la macamana proses dia..kak fiezz suka buat facial ni sebab lepas buat facial terasa kulit bersih, licin..Kalau tak, kasor uolls...yelah, hari-hari pakai mekap..cuci pun tak berapa nak bersih..pada k.fiezz bersih la tapi sisa-sia yang dah meresap jauh ke dalam kulit tu, mana kita nak tahu..bila buat facial ni, baru la terasa bersih licin kulit muka ni,hah..Kena selalu buat la facial ni untuk pastikan kulit muka sentiasa bersih & licin. 


Oxygen Cleopatra Therapy


Rawatan yang kedua, kak fiezz buat Oxygen Cleopatra Therapy..Rawatan dia macam facial cuma ada tambahan masukkan oxygen (campuran air + angin) dalam kulit kita..Masa proses ni, best..Sejuk je..tapi k.fiezz rimas sebab air duk sembur kat muka..alaaa..rasa nak lemas je..adeh..haha..memandangkan k.fiezz rimas masa proses ni, beautician buat kejap je..lepas tu proses letakkan topeng ala-ala ironman kat muka..haha..fungsi (rujuk kat bawah - LED THERAPHY)...


Ni info pasal Cleopatra Therapy. Kak fiezz C&P dari page Hannan Medispa..
.
1. OXYGEN THERAPY
- Memberi oksigen tambahan kepada kulit bagi merangsang pertumbuhan sel2 baru kulit serta meningkatkan penghasilan collagen semulajadi kulit.
.
2. MICRODERMABRASION
- Satu terapi bagi membuang sel2 kulit yang kering dan mati
.
3. RADIO FREQUENCY
- Mengetat dan menganjalkan kulit
.
4. LED THERAPY
- Merangsang proses Anti-Aging, membantu menormalkan ketidakseimbangan selular kulit dan memperbaiki warna kulit serta kelihatan glowing


Fungsi CLEOPATRA THERAPY:
1. Menanggalkan sel2 kulit mati
2. Membuang white head & black head
3. Rejuvenation/menyegarkan dan menegangkan kulit muka
4. Mengecilkan liang2 roma
5. Menggalakan pertumbuhan collagen di kulit muka

Eyelash Perming

Yang ni senang cerita rawatan untuk melentikan bulu mata uolls..kalau bulu mata sejenis panjang & lebat, lagi cantik..k.fiezz ni bulu mata ala-ala je..bulu mata melayu..tapi dah termasuk dalam pakej kupon..kita redeem je la..Okey gak walaupun hasilnya tak berapa nk nampak sangat pada k.fiezz tapi pengalaman buat tu, oo cam ni buat dia..tahu la proses nya..

proses ambil masa 40 minit lebih kurang..2 jenis ubat akan diletakkan pada bulu mata kita..setiap satu ubat ni, dibiarkan selama 10 minit setiap satu ubat. Satu ubat untuk bagi tahan lama..dan satu lagi untuk bagi lentik..yang selebihnya, korang rasa nak buat sehelai satu-satu bulu mata untuk lentikkan..haha..sila cuba buat kalau nak mata lentik..


www.fiezasani.xyz
salah satu kupon untuk redeem. Hat ni baru teringat nak ambik gambor..

www.fiezasani.xyz

K.fiezz & kawan pejabat yang beli kupon Hannan Medispa..
2 orang nak buat Eyelash Perming & sorang Oxygen Cleopatra Therapy..sorang lagi
Radiance Facial...

Masa menunggu ni, kitaorang dihidangkan dengan air kopi. kak fiezz je mintak air kosong..
Kat Hannan Medispa Publika, selepas rawatan baru kita dihidangkan dengan air..Ada 3 pilihan (mangga/teh hijau & oren)..Kak fiezz pilih teh hijau..acah-acah minuman sihat sangat pilihan k.fiezz tau..

www.fiezasani.xyz

Ni la hasilnya..Pada k.fiezz tak berapa nampak sangat..tengok secara dekat baru nampak..tu pun k.fiezz tgk kat cermin la..kalau orang lain tengok, tak berapa jelas sangat sebab k.fiezz specky..kena hadang dengan cermin mata...dah la bulu mata ala-ala je..lagi la tak berapa nak nampak...Kalau yang bulu mata jenis lebat & panjang, lagi cun...

berapa lama tahan kelentikan bulu mata ni?bergantung pada cara penjagaan..

Overall buat rawatan di Hannan Medispa cawangan bangsar ni k.fiezz puas hati sangat..Beautician kat sini walaupun muda-muda tapi mahir. Buat rawatan kat muka kat kita pun lembut je..Setiap kali sebelum dorang nak buat apa-apa pada muka kita, mata kita..dorang akan beritahu..'kak...saya nak letak dot dot dot'..hah, kita angguk je la..tak kan nak bantah pulak..haha..Kita dah bayar ikut harga pakej yang kita nak, jadi dorang buat ikut pakej yang kita dah beli..

Rekemen sangat kat Hannan Medispa..

Alamat - 

Kimarie & Hannan 
115, Jalan Maarof, Bukit Persekutuan, 59000 Bangsar, Kuala Lumpur
03-2202 3232

Hannan Signature Publika
Unit A4-G1-02, 1, Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
03-6211 7200

2 Comments

  1. baru tahu ada eyelash perming! not bad effect dia lepas perm

    ReplyDelete
  2. makin cantiklah mata FS lepas ni ....

    ReplyDelete