Sapa tak kenal GDEX ni?Well known courier company..Sebut GDEX, semua tahu..Kak fiezz pun pernah kongsi pasal GDEX ni dulu kat blog..Rasanya kak fiezz kongsi pasal servis penghantaran dorang kalau tak silap..Tue kisah penghantaran, yang ni kak fiezz nak kongsi pasal GDEX pick up service pulak melalui portal myGDEX..Pick up service ni menawarkan perkhidmatan pungut barang korang untuk dihantar kepada penerima..Tak kisah samaada korang penjual online dan dalam masa yang sama korang pekerja tetap di sesebuah syarikat. Tak ada masa nak pi hantar barang atau nak pi ke pejabat pos untuk buat pengeposan..Korang cuma register sebagai ahli GDEX dan korang boleh memilih servis yang disediakan oleh pihak GDEX.

KELEBIHAN GDEX PICK UP SERVIS

> Kos yang berpatutan.
> Menggunakan sistem e-wallet (top up). Cuma top up di dalam akaun korang,dan setiap kali korang menggunakan perkhidmatan pick up ni, hanya tolak duit di dalam akaun korang di GDEX ni sahaja. 

Atas ni antara kelebihan bila korang memilih GDEX pick up service ni..

Jom tengok, macamana pulak proses penghantaran barang menggunakan pick up service GDEX ni..Senang ke...

PROSES UNTUK MENGGUNAKAN PICK UP SERVICE GDEX


LANGKAH 1 - 

Daftar sebagai ahli.

LANGKAH 2 - 


 Pilih 'Send Package' di bahagian sidebar menu

LANGKAH 3 - 


Send Package folder
Pilih samaada penghantaran untuk seorang atau lebih penerima

LANGKAH 3a - 




Isi maklumat penghantar & penerima

LANGKAH 3b -



Pilih samaada Lodge in @ pick up


LANGKAH 3c -

Isi maklumat untuk pick up sekiranya memilih pick up service.

LANGKAH 3d -

Isi maklumat parcel 

LANGKAH 4 -
Klik 'Check out Now' sekiranya dah siap semua atau klik 'continue shopping' sekiranya ada tambahan order..

LANGKAH 5 -



Sebelum check out, boleh beli barangan atau produk yang diperlukan untuk penghantaran sekiranya perlu. Jika tidak, teruskan dengan klik 'skip'.

LANGKAH 6 -


Bayaran boleh pilih melalui iPay88 atay e-wallet.

LANGKAH 7 -

Cetak Consignment Note & Invoice.




Langkah 8 - Sediakan Parcel & lekatkan consignment note di atas parcel dengan betul. Boleh rujuk di sini untuk garis panduan GDEX (http://my.gdexpress.com/guidelines)

Langkah 9 - Lodge in @ pick up service
Lodge in parcel di cawangan yang terdekat atau tunggu kurier datang pungut barang di alamat yang dinyatakan. Rujuk sini untuk cawangan GDEX (http://gdexpress.com/malaysia/network/).

MEMUDAHKAN PENGGUNA TERUTAMA PENJUAL ONLINE

Bagi kak fiezz mudah sangat ada perkhidmatan pungutan macam ni terutama businesswoman macam k.fiezz ni,hah..kadang sibuk tau nak turun pi ke pejabat pos untuk pos barang. Kadang terfikir jugak 'tak le ke budak kurier datang pungut barang kat pejabat atau rumah.Senang sikit'..eh, bila GDEX ada tawarkan perkhidmatan ni, rasa macam suara hati didengari pulak..haha..Apapun terpulang pada masing-masing..Nak guna perkhidmatan yang mana pun, janji barang selamat diterima oleh penerima atau pembeli..Tu yang penting..

Dari segi kos pulak, k.fiezz rasa dah lebih kurang je dengan caj pos laju..Lagipun k.fiezz fikir elok jugak guna kurier macam ni sebab ada pelanggan k.fiezz menghadapi masalah macam k.fiezz..pejabat tak terima barang peribadi guna pos laju. Kurier je boleh..serius..k.fiezz kadang nak beli online terbantut bila fikir kena kuarkan kos pulak untuk pi ke pejabat pos di Brickfields tu untuk collect barang..Kalau ada kurier hantar terus ke pejabat macam ni, memudahkan pelanggan..Pelanggan pun selalu membeli dengan kita sebab barang terus diterima tanpa perlu keluarkan kos untuk pi amik barang di pejabat pos..Nampak tak, kak fiezz memahami sangat..

5 Comments

  1. tak payah dah susah² nak pi beratur kan...tunggu dia pick up je

    ReplyDelete
  2. Nasib baik tempat kerja miza tak ada sekatan untuk terima barang belasah jew peribadi atau barang office still terima. Ada sistem gdex ne senang sikitkan

    ReplyDelete
  3. Kenal gdex ni..hadiah nivea yang rabia menang tu.gdex ni lah yg hantarkan.dia siap call tanya mana rumah awak ni.nak hantar hadiah.

    ReplyDelete
  4. Makin mudah dan memudahkan kerja kita :) Tak payah beratur hee

    ReplyDelete