Total Pageviews

Satay Sedap Di Pak Din Satay Gombak

15:08

Siapa peminat satay?korang memang satu geng dengan mr hubby k.fiezz..Mr hubby k.fiezz kalau nama je satay, memang gemor bebenor bak kata orang perak...K.fiezz kureng sikit part satay ni..ntah la tak berapa nak masuk dengan tekak..lagi k.fiezz tak suka, ada sesetengah tu kat satay penuh dengan serdak2 rempah, serai dia..lagiii la k.fiezz berbulu nak makan satay ni...belum lagi part kuah dia yang cair sebab tambah air..Rasa dia pun dah lari..jemu nak makan..Jadi selalunya kalau mr hubby makan satay, k.fiezz akan order menu lain..

tapiii masa sambut ulangtahun perkahwinan kitaorang haritu, mr hubby bawak k.fiezz & adik ipar ke satu kedai satay ni area Gombak...k.fiezz like?ikut je la..tahu satay favourite mr hubby...walaupun dalam hati..satay?adehhh...

www.fiezasani.xyz

Satay Pak Din Gombak

Mr hubby tahu tempat ni suggestion dari kawan-kawan dia..Kata dorang yang dah pernah makan kat sini, satay Pak Din ni sedap...Jadi meh la rasa sedap ke idak?k.fiezz pun, #redha je la..Sampai kat sini, memang tak ada menu sampingan lain yang bergoreng..adeh...Nak tak nak makan jugak la satay..

Mr hubby order daging + ayam..dan ada menu sampingan satay, nasi impit..Sampai-sampai je satay kat meja..Rasa secucuk..lepas tu amik lagi secucuk..amik lagi..selang-selang ayam dan daging..Okey, dah bercucuk-cucuk tu, paham sendiri la..Memang kena dengan tekak kak fiezz..Bila makan satay pak din ni, tak ada serdak2 rempah dan serai yang menganggu selera k.fiezz untuk kunyah & menyebabkan tersangkut kat tekak...Sebab selalunya, ni antara sebab kenapa k.fiezz tak suka satay..Tapi rasa satay pak din ni memang sangat-sangat sedap..Isi dia pun tebal..Cuma ayam tu, di bahagian tengah, dorang memang akan letak lemak ayam...Yang daging pulak, lembut..Kebiasaanya yang k.fiezz selalu makan, daging ni liat..menyampah nak makan...tapi satay daging pak din ni, tak liat...

Kuah dia pulak, mmg secukup rasa..seimbang..pekat & likat..mr hubby dah habis satay, ratah kuah dia gitu je...

HARGA SATAY PAK DIN GOMBAK

Harga satay pak din gombak ni secucuk daging RM1.20 & secucuk ayam RM1.00..Nasi impit tak pasti tapi kalau korang datang ramai (3-4 orang), mintak satu pun cukup sebab saiznya yang peket besar..

LOKASI SATAY PAK DIN GOMBAK

Sumber - Google

Kat manakah satay pak din yang sedap ni?Kalau tengok tajuk, tau la kot kat mana..Area Gombak la uolls..Kedai dia kecik je, di tepi jalan sebelah tu ada bus stop...Cuma satu la kat sini, nak parking keta kena letak di tepi jalan tau walaupun sebelah tu ada kawasan depan kedai tom yam yang boleh parking tapi tak boleh yea parking depan kedai tom yam tu..Peringatan ada di tepi kedai satay pak din ni (rujuk gambar kat atas ni)..Kat belah dalam kedai pun ada ditampal peringatan yang sama..Nak guna tandas kat kedai tom yam atau surau di belakang kedai satay pak din ni tak boleh..haha..jangan la di tanya kenapa?ada la tu kot persetujuan bersama ke apa...By the way, bawah ni alamat Satay Pak Din Gombak ni..Kalau tak tahu, guna waze  @ google maps je..Mesti jumpa lokasi satay yang sedap ni...

PAK DIN SATAY
121, Jalan Gombak, Gombak Setia
53000 Kuala Lumpur
Call : 016-281 3616

Buka dari 6 petang - 11.30mlm

You Might Also Like

8 Comment

  1. sedapnyaa satay. masa posa tringin nak makan tapi dapat yang kureng sedap. raya plak da banyak makan ayam daging jadi stop kejap. tengok ni tingin balik =D

    ReplyDelete
  2. wah..sdap tu. kalau dkt dah cuba..:)

    ReplyDelete
  3. Terus rasa nak makan satay..alahai..dah la tgh lapar hujan2 ni ha..

    ReplyDelete
  4. rabia peminat satay..suka makan satay ayam.kurang makan satay daging.

    ReplyDelete
  5. Area gombak ye kak fieza.. ok juga. Last makan ari tu pun dekat Setiawangsa tapi itupun dah lama. Oklah kalau pergi sana boleh ushar-ushar juga tu

    ReplyDelete
  6. asal namanya satay, mestilah sedap ... muehehe.

    ReplyDelete
  7. Dah lama tak makan satay sejak gg sakit ritu. ne boleh try la sebab gg dah ok hehe

    ReplyDelete
  8. Makanan fav ika hee. Tapi tak pernah makan lagi satay pak din ni.

    ReplyDelete