Total Pageviews

Inai Rambut Dengan Daun Inai, Serbuk Kopi dan Yogurt Asli

16:39

Siapa suka inai rambut, sep sikit..kita geng..kak fiezz antara pencinta inai..dulu inai jari..sekarang inai rambut..haha..sebab..nak cover rambut beruban..adeh..faktor usia kah atau faktor keturunan..tak tau la nak cakap..yang pasti kak fiezz memang menghadapi masalah tu sekarang..jenuh cover tau..tutup belah sini, nampak belah sinun..adeh...Jadi penyelesaiannya sekarang, kak fiezz inaikan je rambut..kak fiezz suka guna inai daun dari guna pewarna rambut yang ada kat pasaran sekarang..Kebanyakan pewarna rambut kat pasaran sekarang, dah dicampur dengan bahan chemical. Bagi kak fiezz tu lagi buatkan rambut kak fiezz bermasalah..contohnya - kak fiezz pernah guna pewarna rambut yang menggunakan inai dari satu jenama yang agak glamour jugak ni..tak mau la mention jenama apa..masa tu tak la banyak sangat uban kat rambut kak fiezz ni..lepas guna produk tu, nampak makin merata pulak..huhu..Tak berani nak cakap sebab produk tu kah, rambut k.fiezz makin teruk atau faktor pemakanan/hormon..atau rambut kak fiezz memang dah sedia ada rosak..huhu..

INAI DAUN ASLI

Sebabkan tu, kak fiezz lebih suka guna inai daun asli..Baru ni mak kak fiezz datang ke KL untuk mengundi..Kak fiezz suruh mak bawak daun inai sekali..Depan rumah mak kak fiezz di kampung, ada pokok inai..Jadi tak ada la nak kena mintak dengan orang ke apa..Memang pokok inai tu dah lama ada...Dah dapat daun inai tu, apa lagi kak fiezz bereskprimen la..Duk google cari 'cara inai rambut tahan lama' , 'cara bagi inai rambut merah', banyak la lagi keyword yang kak fiezz guna.Banyak info dapat kat mr google..Antara  yang menarik perhatian, nak bagi inai nampak merah atau gelap..meh la kita cuba...

Cara dia -

www.fiezasani.xyz

Daun Inai yang dah di kisar
Yogurt perasa asli
Serbuk Kopi

www.fiezasani.xyz

Shower cap
Sarung tangan plastik

www.fiezasani.xyz

Campur inai + serbuk kopi + yogurt..
Sukatan sukahati la..Kak fiezz main campak-campak je..
Gaul sebati & terus sapukan inai atas rambut..Sampai ke kulit kepala pun boleh je..Sejuk je rasa..Biar selama sejam-dua, lepas tu baru basuh..

**Yogurt fungsi untuk melembapkan rambut

SIAP..Hasil..Lepas siap tu, kak fiezz tak cuci dengan syampu, cuma bilas dengan air je..Esoknya member k.fiezz tegur, nampak rambut kak fiezz hitam..haha..hasil kopi tu la..Kalau yang bahagian rambut beruban, nampak warna perang..Jadi hasil eksperimen, gunakan kopi jadi warna perang...Dari segi tahan, kak fiezz buat ni baru 2 minggu lepas..Warna perang tu di bahagian beruban, masih maintain...

Semalam k.fiezz nak pi beli stok susu kambing k.fiezz kat 1 kiosk area Giant Kinrara..Kebetulan ada seorang aunty indian ni tengah letak stok inai jari kat situ..Dia duk promote inai jari dia tu..Katanya merah sebab dia buh gambir..kak fiezz pernah baca, untuk warna inai jari merah letak gambir..Dah kebetulan tu, k.fiezz cakap ada tak inai rambut..Dia cakap ada..eh..menarik ni..ada dua warna..satu warna perang..satu merah maroon katanya..k.fiezz berkenan yang merah maroon tu..hehe...Macam nak cuba je..Nanti kalau k.fiezz jadi beli dengan aunty tu, k.fiezz share kat sini..Kot korang nak ke apa..Boleh k.fiezz partnership dengan aunty tu..hehe...Inai rambut, aunty tu tak letak kat kiosk tu..dia letak inai jari je...kalau tak silap kak fiezz, inai untuk rambut tak boleh letak gambir..tak silap la..sebab ada tanya seorang seller inai daun asli..sebab cadangnya haritu k.fiezz nak beli online tapi pejabat k.fiezz kan bermasalah penerimaan barang peribadi dengan pos laju, tak jadi k.fiezz beli dengan seller tu...aunty yang k.fiezz jumpa semalam pun cerita sama gak, inai rambut tak letak gambir...dia cakap proses pemilihan daun tu yang penting...tak pe la, nanti k.fiezz nak cuba beli inai dengan aunty tu...dia boleh cod..tu yang best..

You Might Also Like

3 Comment

  1. uish baru tau pasal ni, nak kena beli yogirt la

    ReplyDelete
  2. ooooo ni la rahsia rambut kekal hitam ...

    ReplyDelete
  3. Rambut saya masih ok Alhamdulillah, hitam, cuma slalu gugur. Spjg hidup ni x pernah lg dye atau curl rambut. Tapi pernah dgr petua org tua yg daun inai blh menguatkan struktur rambut. x tau betul atau tak. Rambut husband pulak dah silver abis. Tapi rasanya jgn ckp inai, dye hitam pun dia x akan setuju. Org lelaki...mn kisah hal2 ni. Actually, kalau dorg start kisah, wife patut risau. ;)

    ReplyDelete