Hai korang..kak fiezz bersiaran semula..Biasa la time raya ni, mood berblog ke laut..haha..Padahal ada je kat rumah ni..raya ke-empat, k.fiezz dah balik KL sebab adik ipar dan mr hubby start kerja minggu ni..Kak fiezz yang masih mood cuti-cuti..minggu depan baru start koje..hehe..hover nau..ala, sesekali kan..tak ada aktiviti apa pun kat rumah..duk melepak je la jadi surirumah sepenuh masa..tak keluar jenjalan ke k.fiezz?hah,jangan tak tau..Nak keluar pi kedai pun k.fiezz malaih tau..Kita duk rumah, layan cerita kat TV je la..

HADIAH UNTUK ABAH

Okey, meh k.fiezz nak kongsi sikit hadiah sempena harijadi abah k.fiezz yang jatuh pada bulan puasa haritu iaitu 6hb Jun.. 

Mr hubby memang dah planned nak belikan handphone Land Rover ni..Sebab masa kitaorang pi ke Medan awal tahun haritu, pak supir guna handphone ni..Tengok tahan lasak, bateri pun tahan lama..Sebab kitaorang tahu tahan lama, tengok dia guna tak ada bercaj pun..

Kalau macam kita ni, siap dah bawak powerbank kan..Ni pak supir kitaorang guna handphone ni, rilek je..Tue yang mr hubby tertarik nak bagi handphone Land Rover ni..Memula ingat nak beli handphone Land Rover ni kat Medan..Tapi pak supir tak dan nak bawak ke tempat yang jual handphone. Balik Malaysia, adik k.fiezz ternampak ada orang jual handphone Land Rover ni kat sini..Tapi orang yang jualnya kat Kelantan..Mr hubby tak berapa nak percaya pulak kalau beli melalui pos ni..Tertangguh la nak beli jap...

www.fiezasani.xyz

BELI HANDPHONE LAND ROVER DI SHOPEE

Lepas tu saja mr hubby cari kat shopee, eh ada rupanya jual kat sini..Mana la nak tau..Ingatkan tak ada..Memacam model land rover ni ada kat shopee..Macam yang abah k.fiezz punya model ni (C999), boleh tengok TV sekali..hah..cun la sangat..

Harga pun RM139. Handphone ni untuk CALL @ Mesej je..Whatsapp semua tak boleh..Okey sangat la tu sebab abah k.fiezz tak reti main Whatsapp ni..Dulu penah belikan handphone Lenovo..Jenuh mengajar abah k.fiezz tapi tak berjaya..

Jadi kali ni beli handphone Land Rover sebab handphone lama abah k.fiezz dah rosak teruk..Abah k.fiezz tak guna pun Lenovo tu sebab tak reti nak berWhatsApp dan nak berFB, berIG atau bermedia sosial..Sekarang ni Abah k.fiezz guna handphone biasa je tapi udah rosak plak..Tue yang kitaorang sepakat bagi handphone Land Rover ni..Okey la kan memandangkan handphone ni untuk call dan mesej je..Abah k.fiezz call je gheti..Kalau mesej pun, tak berapa nak mahir sangat..Sesuai sangat la handphone Land Rover ni untuk abah k.fiezz..

KENAPA PILIH HANDPHONE LAND ROVER MODEL C999 NI?

> Setahun warranty (untuk transceiver & motherboard) termasuk 3 bulan untuk aksesori & bateri, 1 bulan untuk skrin LCD, Touch Panel & 7 hari tukar yang baru kalau ada masalah hardware tapi pastikan tiada sebarang kerosakan seperti tercalar dan barang semua lengkap dalam kotak termasuk aksesori. 
Note : Kerosakan software tidak boleh ditukar.
> Handphone yang boleh dijadikan emergency powerbank sebab bateri bersaiz 13800 MAH
> GSM900/1800/800/1900
> Dual Sim Dual Standby
> 2.4' QVGA Display
> 2mp camera
> Money Detector Lamp
> FM Radio
> Torch Light
> Support MMC Up to 16gb
> MP3, MP4 Player
> Video Player
> Loud Speaker
> Big Calligraphic
> BlueTooth
> Sound Recorder
> Video Recorder
> Emergency Power Bank
> Awesome Battery Life

Kalau korang berminat nak beli handphone Land Rover ni, cuba la usyar kat shopee..Memacam model ada..Pilih la ikut spesifikasi dan bajet yang korang nak..

Macam yang kitaorang beli ni, cari kat shopee tapi secara COD sebab kedainya di Sg.Besi,..Dekat dengan tempat kerja mr hubby..Kebetulan masa beli ni, dah nak raya..paham je la Pos tu kalau time raya..kang ntah mana-mana barang kita..Baik la pi amik je kat kedai dia..setel..

Kalau korang nak beli, cuba la usyar https://shopeecom.my/nicksun108/, kitaorang beli dengan seller ni di Shopee...

18 Comments

  1. tengok design dia pun jenis tahan lasak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tue la tgk rupa dia pun macam kukuh gitu..

      Delete
  2. dalam senarai tu Emergency Power Bank buat miza tertarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. yesza..k.fiezz masa en.asben bawak hp ni duk cari gak mana power bank nya..kata sekali dengan power bank..sekali 2 in 1 daaa sebab bateri dia tahan lama..haha

      Delete
  3. First time dengar... Bagus juga function dia ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. k.fiezz masa ke Medan ritu baru tahu pasal hp ni..duk tgk pak supir kitaorang guna hp ni..

      Delete
  4. sha pernah tengok haha sha pnggil phone tentera :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..yea ke..ghupa dia kot, tu yg panggil phone tentera..haha

      Delete
  5. Senang ada keypad, orglama2 dorang suka phone style lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul mummy..dorang tak paham touch2 screen ni...

      Delete
  6. tak pernah lagi dengar handphone land rover ni.mesti handphone ni tahan lasak kan..

    ReplyDelete
  7. tak pernah dengar handphone jenama land rover ni.cantik jugak design ni.

    ReplyDelete
  8. macam tahan lasak juga handphone ni.. jadikan 2nd handphone pun ok juga ni

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  9. style dia vintage first time dengar nama phone ni =D

    ReplyDelete
  10. dah nama Land Rover kan, eh macam jenama kenderaan pacua 4 roda yang lasak tu kan ....

    ReplyDelete
  11. Unik sangat design nya. Sekali tengok mcm nokia dulu kala :) Hee. Tapi jenis mcm ni mesti tahan.

    ReplyDelete