Total Pageviews

Dapur FiezaSani ~ Ayam Masak Rendang Hijau

09:59

Resipi baru..jom kak fiezz share kat sini..Resipi ni dari mak kak fiezz..Semalam tak ada idea nak masak apa..Cadang nak masak ayam masak asam pedas..Kena reject dengan mr hubby..Duk pikir-pikir, teringat pernah tengok mak kak fiezz masak ayam masak rendang hijau ni..Jadi semalam terus laju-laju call mak tanya resipi..Cara masak sama macam masak rendang yang biasa cuma yang ni tak guna kerisik dan cili kering yang dah dikisar..

AYAM MASAK RENDANG HIJAU

www.fiezasani.xyz

Bahan - Bahan

*Ayam (Terpulang nak masak berapa ketul untuk beberapa orang makan)
*Bawang besar (2 biji)
*Bawang putih (2 ulas)
*Halia
*Serai (1/2 batang)
*Cili Hijau (ambil dalam segenggam. Nak lagi pekat warna hijau tu, tambah lagi cili hijau).
*Cili Padi (kak fiezz tambah sebab nak bagi pedas sikit)
*Daun Kunyit
*Santan
*Garam

Cara Masak -

*Kisar bawang besar + bawang putih + halia + serai + cili hijau + cili padi
*Masukkan semua bahan-bahan kisar dalam kuali bersama ayam dan santan serta garam. Daun kunyit kak fiezz simpulkan je & masuk sekali. Lepas tu gaul bagi sekata.
*Masak dengan api sederhana. Sambil-sambil tu kacau-kacau jugak yea...Biar sehingga kering. Kalau nak berkuah, jangan biar sampai kering..Agak-agak je..
*Siap

Senang tak cara masak dia..Kak fiezz sampai rumah dalam pukul 6 macam tu, pukul 7 dah siap masak..Sementara nak tunggu rendang masak, boleh mandi, solat, tengok tv..setel...7.30 dah berbuka..Dari segi rasa, mr hubby komen sedap..Kalau mr hubby komen sedap tu, kira lulus la resipi ni untuk ulang banyak kali masak..hehe


You Might Also Like

5 Comment

  1. Sedapnya buat sahur pun jalan ne

    ReplyDelete
  2. CT tumpang save recipe ya.. kot nanti raya rajin nak buat. first time tengok recipe cemni..

    ReplyDelete
  3. perghhh makan dengan lemang ni! fuhh

    ReplyDelete
  4. sha suka makan ni, mak kawan sha selalu buat kalau kitaorang gi rumah dia

    ReplyDelete