Total Pageviews

Dapur FiezaSani ~ Ayam Paprik Mudah

16:15

Lama tak kongsi dengan korang dari Dapur FiezaSani..cewah..kemain dapur fiezasani..haha..kak fiezz ni hari-hari masak tapi bukan la hari-hari masak resipi yang baru..Kebanyakan ulang resipi yang sama je..Maklum la ikut selera mr hubby k.fiezz tu..Kalau ikut selera k.fiezz, hari-hari nak try resipi baru..tapi dah kahwin, perut suami la di dahulukan..cewah..haha..jom jom kak fiezz kongsi resipi yang baru dicuba ni..Ambil dari page RESIPI SEDAP BAWANG CHANEL..Admin dia dapat resipi ni dari seorang ahli MAHN (Masak Apa Hari Ini) kat group FB..Jadi kita cuba la, jadi ke idak Ayam Masak Paprik ni & kena ke tidak dengan selera mr hubby kak fiezz...Kak fiezz tertarik nak cuba resipi ni sebab senang dan tak banyak bahan yang susah nak dicari..

AYAM PAPRIK 

www.fiezasani.xyz
Versi kak fiezz buat, tak ada berkuah sangat..

Bahan-Bahan -

✔️ Ayam bahagian dada 
✔️Serbuk kunyit sikit
✔️ garam secubit sahaja

Cara Masak -
1. Ayam di potong dadu (ambil bahagian dada sahaja). Gaul dengan garam + kunyit. Kemudian goreng separuh masak. Ketepikan dahulu.

Bahan-Bahan Untuk Sos -


✔️ Bawang merah 
✔️ Bawang putih 
✔️ Halia (buh 1 hiris je)
✔️ Tumbuk 3 bahan2 ni sehingga lumat


Untuk Tumis -
Bahan-bahan yang dah ditumbuk (bawang merah/bawang putih & halia)
✔️ serbuk cili 
✔️ serai 1 batang 
✔️ daun limau purut
✔️ sos tiram
✔️ sis cili
✔️ kicap manis (bubuh ckit je nak bagi warna sos cantik)
 Serbuk Cili


Cara Masak -

2. Tumis 3 bahan tadi + serbuk cili + serai+ daun limau purut.

3. Tumis sehingga garing kemudian masukkan air dan tambah sos cili, sos tiram, kicap.
4. Tambah garam & perasa.

5. Apabila sudah masak pecah minyak sempurna masukkan ayam yang digoreng separuh tadi + sayuran (
bunga kobis,lobak merah, baby corn, bawang besar,cili besar)

**sayur tu ikut la selera memasing..kak fiezz letak yang kat atas ni**

Hasil - Sedap ke idak..kena ke idak dengan selera mr hubby k.fiezz tu..jawapannya sedap..licin..yeay..Next time boleh repeat...

You Might Also Like

4 Comment

  1. sedap paprik ni... faveret sangat...

    ReplyDelete
  2. My fav food ni..makan dengan nasi panas2..wow sedap sgt.sampai tambah nasi 2x.Kenyang gitu.mcm mana berat tak naik.

    ReplyDelete
  3. simple pula tengok kak fiez masak ayam paprik ni hehehe

    ReplyDelete
  4. taksangka mudah je paprik ni, beli kat kedai mahal ni

    ReplyDelete