Total Pageviews

Jalan-Jalan Cari Makan

Satay Sedap Di Pak Din Satay Gombak

15:08

Siapa peminat satay?korang memang satu geng dengan mr hubby k.fiezz..Mr hubby k.fiezz kalau nama je satay, memang gemor bebenor bak kata orang perak...K.fiezz kureng sikit part satay ni..ntah la tak berapa nak masuk dengan tekak..lagi k.fiezz tak suka, ada sesetengah tu kat satay penuh dengan serdak2 rempah, serai dia..lagiii la k.fiezz berbulu nak makan satay ni...belum lagi part kuah dia yang cair sebab tambah air..Rasa dia pun dah lari..jemu nak makan..Jadi selalunya kalau mr hubby makan satay, k.fiezz akan order menu lain..

tapiii masa sambut ulangtahun perkahwinan kitaorang haritu, mr hubby bawak k.fiezz & adik ipar ke satu kedai satay ni area Gombak...k.fiezz like?ikut je la..tahu satay favourite mr hubby...walaupun dalam hati..satay?adehhh...

www.fiezasani.xyz

Satay Pak Din Gombak

Mr hubby tahu tempat ni suggestion dari kawan-kawan dia..Kata dorang yang dah pernah makan kat sini, satay Pak Din ni sedap...Jadi meh la rasa sedap ke idak?k.fiezz pun, #redha je la..Sampai kat sini, memang tak ada menu sampingan lain yang bergoreng..adeh...Nak tak nak makan jugak la satay..

Mr hubby order daging + ayam..dan ada menu sampingan satay, nasi impit..Sampai-sampai je satay kat meja..Rasa secucuk..lepas tu amik lagi secucuk..amik lagi..selang-selang ayam dan daging..Okey, dah bercucuk-cucuk tu, paham sendiri la..Memang kena dengan tekak kak fiezz..Bila makan satay pak din ni, tak ada serdak2 rempah dan serai yang menganggu selera k.fiezz untuk kunyah & menyebabkan tersangkut kat tekak...Sebab selalunya, ni antara sebab kenapa k.fiezz tak suka satay..Tapi rasa satay pak din ni memang sangat-sangat sedap..Isi dia pun tebal..Cuma ayam tu, di bahagian tengah, dorang memang akan letak lemak ayam...Yang daging pulak, lembut..Kebiasaanya yang k.fiezz selalu makan, daging ni liat..menyampah nak makan...tapi satay daging pak din ni, tak liat...

Kuah dia pulak, mmg secukup rasa..seimbang..pekat & likat..mr hubby dah habis satay, ratah kuah dia gitu je...

HARGA SATAY PAK DIN GOMBAK

Harga satay pak din gombak ni secucuk daging RM1.20 & secucuk ayam RM1.00..Nasi impit tak pasti tapi kalau korang datang ramai (3-4 orang), mintak satu pun cukup sebab saiznya yang peket besar..

LOKASI SATAY PAK DIN GOMBAK

Sumber - Google

Kat manakah satay pak din yang sedap ni?Kalau tengok tajuk, tau la kot kat mana..Area Gombak la uolls..Kedai dia kecik je, di tepi jalan sebelah tu ada bus stop...Cuma satu la kat sini, nak parking keta kena letak di tepi jalan tau walaupun sebelah tu ada kawasan depan kedai tom yam yang boleh parking tapi tak boleh yea parking depan kedai tom yam tu..Peringatan ada di tepi kedai satay pak din ni (rujuk gambar kat atas ni)..Kat belah dalam kedai pun ada ditampal peringatan yang sama..Nak guna tandas kat kedai tom yam atau surau di belakang kedai satay pak din ni tak boleh..haha..jangan la di tanya kenapa?ada la tu kot persetujuan bersama ke apa...By the way, bawah ni alamat Satay Pak Din Gombak ni..Kalau tak tahu, guna waze  @ google maps je..Mesti jumpa lokasi satay yang sedap ni...

PAK DIN SATAY
121, Jalan Gombak, Gombak Setia
53000 Kuala Lumpur
Call : 016-281 3616

Buka dari 6 petang - 11.30mlm

produk review

Hand Phone Land Rover. Pernah Dengar Tak?Jom Tengok Apa Kelebihan Dia?

16:10

Hai korang..kak fiezz bersiaran semula..Biasa la time raya ni, mood berblog ke laut..haha..Padahal ada je kat rumah ni..raya ke-empat, k.fiezz dah balik KL sebab adik ipar dan mr hubby start kerja minggu ni..Kak fiezz yang masih mood cuti-cuti..minggu depan baru start koje..hehe..hover nau..ala, sesekali kan..tak ada aktiviti apa pun kat rumah..duk melepak je la jadi surirumah sepenuh masa..tak keluar jenjalan ke k.fiezz?hah,jangan tak tau..Nak keluar pi kedai pun k.fiezz malaih tau..Kita duk rumah, layan cerita kat TV je la..

HADIAH UNTUK ABAH

Okey, meh k.fiezz nak kongsi sikit hadiah sempena harijadi abah k.fiezz yang jatuh pada bulan puasa haritu iaitu 6hb Jun.. 

Mr hubby memang dah planned nak belikan handphone Land Rover ni..Sebab masa kitaorang pi ke Medan awal tahun haritu, pak supir guna handphone ni..Tengok tahan lasak, bateri pun tahan lama..Sebab kitaorang tahu tahan lama, tengok dia guna tak ada bercaj pun..

Kalau macam kita ni, siap dah bawak powerbank kan..Ni pak supir kitaorang guna handphone ni, rilek je..Tue yang mr hubby tertarik nak bagi handphone Land Rover ni..Memula ingat nak beli handphone Land Rover ni kat Medan..Tapi pak supir tak dan nak bawak ke tempat yang jual handphone. Balik Malaysia, adik k.fiezz ternampak ada orang jual handphone Land Rover ni kat sini..Tapi orang yang jualnya kat Kelantan..Mr hubby tak berapa nak percaya pulak kalau beli melalui pos ni..Tertangguh la nak beli jap...

www.fiezasani.xyz

BELI HANDPHONE LAND ROVER DI SHOPEE

Lepas tu saja mr hubby cari kat shopee, eh ada rupanya jual kat sini..Mana la nak tau..Ingatkan tak ada..Memacam model land rover ni ada kat shopee..Macam yang abah k.fiezz punya model ni (C999), boleh tengok TV sekali..hah..cun la sangat..

Harga pun RM139. Handphone ni untuk CALL @ Mesej je..Whatsapp semua tak boleh..Okey sangat la tu sebab abah k.fiezz tak reti main Whatsapp ni..Dulu penah belikan handphone Lenovo..Jenuh mengajar abah k.fiezz tapi tak berjaya..

Jadi kali ni beli handphone Land Rover sebab handphone lama abah k.fiezz dah rosak teruk..Abah k.fiezz tak guna pun Lenovo tu sebab tak reti nak berWhatsApp dan nak berFB, berIG atau bermedia sosial..Sekarang ni Abah k.fiezz guna handphone biasa je tapi udah rosak plak..Tue yang kitaorang sepakat bagi handphone Land Rover ni..Okey la kan memandangkan handphone ni untuk call dan mesej je..Abah k.fiezz call je gheti..Kalau mesej pun, tak berapa nak mahir sangat..Sesuai sangat la handphone Land Rover ni untuk abah k.fiezz..

KENAPA PILIH HANDPHONE LAND ROVER MODEL C999 NI?

> Setahun warranty (untuk transceiver & motherboard) termasuk 3 bulan untuk aksesori & bateri, 1 bulan untuk skrin LCD, Touch Panel & 7 hari tukar yang baru kalau ada masalah hardware tapi pastikan tiada sebarang kerosakan seperti tercalar dan barang semua lengkap dalam kotak termasuk aksesori. 
Note : Kerosakan software tidak boleh ditukar.
> Handphone yang boleh dijadikan emergency powerbank sebab bateri bersaiz 13800 MAH
> GSM900/1800/800/1900
> Dual Sim Dual Standby
> 2.4' QVGA Display
> 2mp camera
> Money Detector Lamp
> FM Radio
> Torch Light
> Support MMC Up to 16gb
> MP3, MP4 Player
> Video Player
> Loud Speaker
> Big Calligraphic
> BlueTooth
> Sound Recorder
> Video Recorder
> Emergency Power Bank
> Awesome Battery Life

Kalau korang berminat nak beli handphone Land Rover ni, cuba la usyar kat shopee..Memacam model ada..Pilih la ikut spesifikasi dan bajet yang korang nak..

Macam yang kitaorang beli ni, cari kat shopee tapi secara COD sebab kedainya di Sg.Besi,..Dekat dengan tempat kerja mr hubby..Kebetulan masa beli ni, dah nak raya..paham je la Pos tu kalau time raya..kang ntah mana-mana barang kita..Baik la pi amik je kat kedai dia..setel..

Kalau korang nak beli, cuba la usyar https://shopeecom.my/nicksun108/, kitaorang beli dengan seller ni di Shopee...

Raya

Salam Aidilfitri 2018

08:38

Selamat Hari Raya, korang. Time raya ni busy beraya, baru nak update blog time free2 ni.. Raya korang camne tahun ni, meriah ke? Kak fiezz & family, bersederhana je.

Tahun ni turn k.fiezz & mr hubby beraya di Ipoh. Belah family mr hubby. Biasa la dah kahwin ni, kena ikut giliran. So tahun ni #TeamRayaIpoh la dulu.

www.fiezasani.xyz

Bersempena kedatangan bulan Syawal yg mulia ni, kak fiezz menyusun jari 10 kalau ada tertulis entry yg menyentap perasaan korang, terguris atau apa2 yang TER... Kak fiezz insan biasa yg kadang2 stabil, kadang2 emosi.. Haha.. Bila emosi tu, kadang tak sedar meluah perasaan yang tak menjaga sensitiviti korang sebagai pembaca.. Salam kosong-kosong...

Jom la layan corat-coret raya pertama #TeamRayaIpoh k.fiezz & mr hubby..

www.fiezasani.xyz

#fiezasaniootd raya pertama 2018

www.fiezasani.xyz

Kak fiezz & MIL

www.fiezasani.xyz

Kak fiezz & SIL

www.fiezasani.xyz

Bersemut tak.. Haha.. 

www.fiezasani.xyz

4 boys & 1 girl.. Nak jadi adik ipar lelaki tunggal, sila la lalu abang2nya dulu.. Hehe... 

www.fiezasani.xyz

Freestyle 5 beradik + sorang anak buah... 





Shopping

Cara Nak Refund Duit Shopee

11:23


Entry ni kak fiezz nak share dengan korang cara refund duit shopee kalau pembelian korang di shopee ada masalah. Contoh barang tak dapat ke, korang cancel order ke atau apa-apa je la sebab yang korang boleh dapat balik duit korang tu. Entry ni khusus nak tolong korang yang banyak dm/pm/wasap kak fiezz pasal refund shopee. Korang boleh rujuk kat entry ni >> Kes Selesai Dapat Refund Shopee. Sampai time shopping barang dapur pun dapat whatsapp..fuh..tetiba feeling famous sangat k.fiezz ni..haha..So entry ni untuk korang la yang selalu tanya pasal macamana nak refund duit kat shopee ni kalau pembelian korang bermasalah..

PROSES REFUND SHOPEE

Proses ni kak fiezz pun ingat-ingat lupa tau..Ni kak fiezz godek balik cara-cara dia..1st of all kalau korang nak refund duit dari akaun shopee wallet korang tu masuk ke dalam akaun bank korang, SILA KEMASKINI DULU NO.AKAUN korang kat dalam My Account Shopee korang...Rujuk gambar kat bawah ni..

Langkah Pertama

www.fiezasani.xyz

Buka Apps Shopee korang kat smartphone masing-masing dulu. Pi kat Me tu, pilih My Account..

Langkah Kedua

www.fiezasani.xyz

Lepas tu pilih Bank Accounts/Cards..

Langkah Ketiga

www.fiezasani.xyz
Kemaskini la no.akaun masing-masing, pilih Add New Bank Account..Lepas klik tu, korang akan dapat verification code kat smartphone korang, jadi key in je no.pin tu...Masuk je no.pin tu korang akan ke page seterusnya untuk masukkan maklumat (nama, no.akaun & bank) kat section ni...Siap..dan korang akan dapat mesej dari shopee yg beritahu akaun bank kita dah di kemaskini dalam akaun shopee..

Langkah Keempat

www.fiezasani.xyz

Pilih Shopee Wallet korang tu..

Langkah Kelima

www.fiezasani.xyz

Pilih Withdraw

Langkah Keenam

www.fiezasani.xyz
Semak jumlah untuk dipulangkan balik tu & no.akaun..Kalau semua betul, terus je klik Confirm kat bawah tu...SiAP..

Berapa hari baru duit masuk dalam akaun korang, k.fiezz tak ingat..Tapi kejap je rasanya..Anggaran seminggu kot..Kalau dalam seminggu tu masih tak dapat duit korang, sila la hubungi Customer Service Shopee...Ataupun korang bermasalah pulak menda lain selain dari proses yang k.fiezz dah inform kat sini, sila la hubungi Customer Service Shopee jugak..Kak fiezz bukan expert pasal shopee dan k.fiezz tak keja dengan Shopee tau..haha..Kak fiezz kongsi je masalah yang kak fiezz pernah hadapi masa berurusan dengan Shopee...Tapi k.fiezz banyak sangat dapat dm/pm/whatsapp dari korang tanya pasal Shopee, kadang ada yang kak fiezz boleh jawab kalau masalah sama macam k.fiezz pernah kena dulu..Kadang ada yang tak boleh nak jawab sebab masalah lain..Jadi lebih baik korang hubungi pihak Shopee terus..Customer Service dia okey je seingat k.fiezz..Respon dorang pun cepat...

Giveaway

GIVEAWAY SUKA SUKA BY SHFYQHAZHR.COM

12:40

Mood joint giveaway anjuran adik Sha ni..jom la support..Kak fiezz nak buat giveaway, tak konpiden..ada ke orang nak joint..Ni kita joint la orang punya..Blog Sha ni salah satu yang k.fiezz suka berkunjung sebab blog Sha tak perlukan loading yang lama..Klik je http://www.shfyqhazhr.com, laju masuk kat situ..Ada setengah blog kan amik masa nak loading..Kalau jenis lambat2 cam tu malas k.fiezz nak tunggu..Terus klik X je kat belah atas tu..Kira blog Sha ni jenis ringan la..tak crowded dengan memacam menda..So dia cepat loading..Pada k.fiezz blog Sha yang sekarang dah okey..Simple..Kak fiezz ni suka yang simple..Selain dari blog sendiri pun memang jenis simple..Masuk kat blog orang pun, kak fiezz suka yang simple..Nak baca entry-entry tuan blog pun tak ada gangguan dengan lambakan banner iklan. Pening nak baca kalau banyak sangat banner iklan..Jadi sebabkan blog sha yang simple,tarikan pada k.fiezz untuk selalu berkunjung ke blog Sha..

Nak Joint Giveaway Sha?

Camne caranya?Klik banner kat bawah ni,k..



So,korang yang nak joint Giveaway Sha ni, klik je banner ni,k...Hadiah dia pun best..Kak fiezz suka..Maklum la k.fiezz kan pengumpul beg tegar..hehe

beauty

Senang Guna Egg Brush Cleaner Untuk Cuci Berus Mekap

22:31

Jom la cuci berus makeup weii..dah tak tau warna apa kalau kak fiezz mekap terutama eyeshadow..Dah berkaler-kaler kat berus mekap tu...Kak fiezz beli egg brush cleaner (rujuk gambar kat bawah) ni dah lama..tapi tahap kemalasan tahap kesepuluh rasanya, tak rasmi-rasmi guna..Set berus dari satu dah bertambah dua, tetap maintain beraneka warna pada berus mekap hasil gunakan mekap hari-hari..hari-hari k.fiezz?yea,kak fiezz mekap hari-hari..kecuali sabtu ahad tapi tue pun kalau tak ada aktiviti keluar rumah..kalau ada keluar-keluar, mekap tetap on seperti biasa..jadi korang boleh bayangkan la warna pada berus mekap kak fiezz macamana..huh..dasar pemalas sangat,kan..Kalau mekap bahagian mata, dah tak tahu warna apa k.fiezz guna..haha..Jadi sila jangan malas sangat,k.fiezz..pi basuh berus mekap tu...

EGG BRUSH CLEANER

Nama menda alah yang dalam gambar ni, egg brush cleaner..Kak fiezz pun tak tau nama dia. Masa nampak kat tempat beli tu, tau la fungsi dia untuk cuci berus mekap..Kak fiezz beli je..Nama dia, kak fiezz baru tahu masa nak taip entry ni..haha..tanya mr google.. tq encik serba tahu..hehe

Beli egg brush cleaner ni lama dah macam k.fiezz beritahu kat atas ni tadi..Kat Mr DIY atau Daiso..Salah satu..tak ingat yang mana..Nampak tak, dah lama beli sampai tak ingat beli kat mana...Kak fiezz pun tak reti macamana nak guna egg brush cleaner ni..Main agak-agak je la..Perempuan,kan..Sure can figure out nak guna macamana..hehe

www.fiezasani.xyz

Cara guna egg brush cleaner ni..K.fiezz guna shampoo badan je..hehe..buh sikit syampu atas egg brush cleaner ni, lepas tu amik satu per satu berus & gosok sampai warna-warna di berus tanggal..Siap semua, bilas dengan air..Senang,kan..tahap malas tu je ntah apa-apa...

Kalau korang ada budget lebih, boleh la beli pencuci berus mekap ni..Kak fiezz ada nampak juga pencuci dia masa beli egg brush cleaner ni tapi tak beli..Jadi kita guna syampu badan je..boleh juga guna pencuci muka masing-masing..Masa nak cuci ni, k.fiezz tak terfikir nak guna..tak pe, lenkali guna pencuci muka je...

HASIL SEBELUM & SELEPAS


www.fiezasani.xyz

Nampak..ada beza ke idak?beza kan..bayangkan la berapa lama k.fiezz guna je berus-berus ni tak bercuci..adeh..

www.fiezasani.xyz

Keringkan..K.fiezz biarkan gini je..Seeloknya letak dalam gelas & biarkan bahagian berus yang berbulu tu di bahagian atas..

PERLU KE CUCI BERUS MEKAP

Untuk kak fiezz perlu cuci berus mekap ni untuk membersihkan segala kotoran yang melekat pada berus akan berpindah ke muka kita semasa proses mekap. Kotoran-kotoran ni menyebabkan kulit kita bermasalah macam jerawat, gatal terutama kalau korang jenis berkongsi berus mekap dengan orang lain..Jadi kalau tanya k.fiezz perlu ke cuci berus mekap ni..Jawapan k.fiezz, yes perlu..Sangat digalakkan mencuci berus mekap kita seminggu atau dua minggu sekali bergantung pada kekerapan kita menggunakan berus mekap ni..

Dapur FiezaSani

Dapur FiezaSani ~ Sayur Campur

12:52

Menu berbuka semalam..Cook by FiezaSani..Harus la k.fiezz yang masak..Eh..balik kerja petang, dan lagi masak..haha..Nampak tak superwoman sangat tau..Padahal letih sebenarnya tapi nak makan, gigih jugak la masak..Nak beli lauk siap, huhu berapa pulak kos kena keluar setiap hari..Haritu k.fiezz beli lauk siap, ikan pari masak asam pedas kat bazar..Biasa kat ofis k.fiezz ni, seketul macam tu dalam RM4 je..Masa beli kat bazar ritu, k.fiezz dah siap2 keluar RM4, terus bagi kat penjual. Nasib la k.fiezz tanya, berapa ringgit?sekali penjual ckp RM6..mak aihhh..seketul kot..Mahal weiii...tu seketul..kalau 3 ketul, dah RM18..fuhhh..baik la k.fiezz masak..penat pun penat la..Janji jimat duit..

Dan ke k.fiezz masak lepas bekerja?Ala, boleh je chuolls..Cuma bulan puasa ni, rushing nak masak sebelum waktu berbuka..Kalau bukan bulan puasa, lambat sikit tak pe...

Pukul berapa k.fiezz sampai rumah bulan puasa ni?K.fiezz keluar dalam 4.30ptg, sampai kat Stesen LRT dalam pukul 4.50-5.00ptg, tgk cara berjalan k.fiezz..Kalau laju k.fiezz jalan kaki, cepatlah sampai kat LRT..kalau sopan santun, lambat sikit..Naik tren dalam 5.00ptg, jarak ke rumah lebih kurang 45minit. Sampai rumah, terus bertung tang tung tang kat dapur..Ni hasil tung tang tung tang petang semalam..

SAYUR CAMPUR

www.fiezasani.xyz

*Kari Daging
*Udang Goreng Berempah
**Sayur Campur

Okey, harini k.fiezz nak kongsi cara masak sayur campur..yang lagi dua menu tu k.fiezz pernah kongsi resipi kat sini..Kalau korang nak cuba yang dua menu tu, cari kat label 'Dapur FiezaSani'...

ala,k.fiezz..sonang je sayur campur tu..sap sap, siap..hah..tue korang yang terer la masak..k.fiezz yang tak berapa nak terer ni..Nak masak sayur campur pun cari kat mr.google tau...Ni hasil dari google la..Saja buh resipi kat blog..Senang nak rujuk lain kali..Kalau korang nak cuba atau mencari resipi sayur campur yang senang..Boleh la cuba ni..

Bahan-Bahan - 
**Baby Corn
**Lobak Merah
**Bunga Kobis
**Cendawan
**Bawang Merah
**Bawang Putih
**Sos Tiram
**Air
**Garam

Cara Masak -

1. Potong mayang bawang merah & bawang putih.
2. Panaskan minyak. Tumis bawang merah & bawang putih yang telah dipotong sehingga naik bau.
3. Masukkan sedikit air, sos tiram, garam.
4. Letakkan sayur-sayuran & goreng sehingga masak.
SIAP...

Resipi Asal > http://www.resepimudah.com

segmen

Segmen 24 Jam Bloglist #30 Mialiana.com

14:07


Pencarian bloglist bagi bulan Julai, Ogos dan September 2018 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 5 Jun 2018, iaitu tepat jam 9.00 pagi sehingga hari esok, 9.00 pagi 6 Jun 2018. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #30 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 Jun 2018.

** jom support Mia Liana....

Read more: http://www.mialiana.com/2018/06/segmen-24-jam-bloglist-30-mialianacom.html#ixzz5HWJRVMkT

Dapur FiezaSani

Dapur FiezaSani ~ Ayam Masak Rendang Hijau

09:59

Resipi baru..jom kak fiezz share kat sini..Resipi ni dari mak kak fiezz..Semalam tak ada idea nak masak apa..Cadang nak masak ayam masak asam pedas..Kena reject dengan mr hubby..Duk pikir-pikir, teringat pernah tengok mak kak fiezz masak ayam masak rendang hijau ni..Jadi semalam terus laju-laju call mak tanya resipi..Cara masak sama macam masak rendang yang biasa cuma yang ni tak guna kerisik dan cili kering yang dah dikisar..

AYAM MASAK RENDANG HIJAU

www.fiezasani.xyz

Bahan - Bahan

*Ayam (Terpulang nak masak berapa ketul untuk beberapa orang makan)
*Bawang besar (2 biji)
*Bawang putih (2 ulas)
*Halia
*Serai (1/2 batang)
*Cili Hijau (ambil dalam segenggam. Nak lagi pekat warna hijau tu, tambah lagi cili hijau).
*Cili Padi (kak fiezz tambah sebab nak bagi pedas sikit)
*Daun Kunyit
*Santan
*Garam

Cara Masak -

*Kisar bawang besar + bawang putih + halia + serai + cili hijau + cili padi
*Masukkan semua bahan-bahan kisar dalam kuali bersama ayam dan santan serta garam. Daun kunyit kak fiezz simpulkan je & masuk sekali. Lepas tu gaul bagi sekata.
*Masak dengan api sederhana. Sambil-sambil tu kacau-kacau jugak yea...Biar sehingga kering. Kalau nak berkuah, jangan biar sampai kering..Agak-agak je..
*Siap

Senang tak cara masak dia..Kak fiezz sampai rumah dalam pukul 6 macam tu, pukul 7 dah siap masak..Sementara nak tunggu rendang masak, boleh mandi, solat, tengok tv..setel...7.30 dah berbuka..Dari segi rasa, mr hubby komen sedap..Kalau mr hubby komen sedap tu, kira lulus la resipi ni untuk ulang banyak kali masak..hehe


Dapur FiezaSani

Dapur FiezaSani ~ Ayam Paprik Mudah

16:15

Lama tak kongsi dengan korang dari Dapur FiezaSani..cewah..kemain dapur fiezasani..haha..kak fiezz ni hari-hari masak tapi bukan la hari-hari masak resipi yang baru..Kebanyakan ulang resipi yang sama je..Maklum la ikut selera mr hubby k.fiezz tu..Kalau ikut selera k.fiezz, hari-hari nak try resipi baru..tapi dah kahwin, perut suami la di dahulukan..cewah..haha..jom jom kak fiezz kongsi resipi yang baru dicuba ni..Ambil dari page RESIPI SEDAP BAWANG CHANEL..Admin dia dapat resipi ni dari seorang ahli MAHN (Masak Apa Hari Ini) kat group FB..Jadi kita cuba la, jadi ke idak Ayam Masak Paprik ni & kena ke tidak dengan selera mr hubby kak fiezz...Kak fiezz tertarik nak cuba resipi ni sebab senang dan tak banyak bahan yang susah nak dicari..

AYAM PAPRIK 

www.fiezasani.xyz
Versi kak fiezz buat, tak ada berkuah sangat..

Bahan-Bahan -

✔️ Ayam bahagian dada 
✔️Serbuk kunyit sikit
✔️ garam secubit sahaja

Cara Masak -
1. Ayam di potong dadu (ambil bahagian dada sahaja). Gaul dengan garam + kunyit. Kemudian goreng separuh masak. Ketepikan dahulu.

Bahan-Bahan Untuk Sos -


✔️ Bawang merah 
✔️ Bawang putih 
✔️ Halia (buh 1 hiris je)
✔️ Tumbuk 3 bahan2 ni sehingga lumat


Untuk Tumis -
Bahan-bahan yang dah ditumbuk (bawang merah/bawang putih & halia)
✔️ serbuk cili 
✔️ serai 1 batang 
✔️ daun limau purut
✔️ sos tiram
✔️ sis cili
✔️ kicap manis (bubuh ckit je nak bagi warna sos cantik)
 Serbuk Cili


Cara Masak -

2. Tumis 3 bahan tadi + serbuk cili + serai+ daun limau purut.

3. Tumis sehingga garing kemudian masukkan air dan tambah sos cili, sos tiram, kicap.
4. Tambah garam & perasa.

5. Apabila sudah masak pecah minyak sempurna masukkan ayam yang digoreng separuh tadi + sayuran (
bunga kobis,lobak merah, baby corn, bawang besar,cili besar)

**sayur tu ikut la selera memasing..kak fiezz letak yang kat atas ni**

Hasil - Sedap ke idak..kena ke idak dengan selera mr hubby k.fiezz tu..jawapannya sedap..licin..yeay..Next time boleh repeat...

inai

Inai Rambut Dengan Daun Inai, Serbuk Kopi dan Yogurt Asli

16:39

Siapa suka inai rambut, sep sikit..kita geng..kak fiezz antara pencinta inai..dulu inai jari..sekarang inai rambut..haha..sebab..nak cover rambut beruban..adeh..faktor usia kah atau faktor keturunan..tak tau la nak cakap..yang pasti kak fiezz memang menghadapi masalah tu sekarang..jenuh cover tau..tutup belah sini, nampak belah sinun..adeh...Jadi penyelesaiannya sekarang, kak fiezz inaikan je rambut..kak fiezz suka guna inai daun dari guna pewarna rambut yang ada kat pasaran sekarang..Kebanyakan pewarna rambut kat pasaran sekarang, dah dicampur dengan bahan chemical. Bagi kak fiezz tu lagi buatkan rambut kak fiezz bermasalah..contohnya - kak fiezz pernah guna pewarna rambut yang menggunakan inai dari satu jenama yang agak glamour jugak ni..tak mau la mention jenama apa..masa tu tak la banyak sangat uban kat rambut kak fiezz ni..lepas guna produk tu, nampak makin merata pulak..huhu..Tak berani nak cakap sebab produk tu kah, rambut k.fiezz makin teruk atau faktor pemakanan/hormon..atau rambut kak fiezz memang dah sedia ada rosak..huhu..

INAI DAUN ASLI

Sebabkan tu, kak fiezz lebih suka guna inai daun asli..Baru ni mak kak fiezz datang ke KL untuk mengundi..Kak fiezz suruh mak bawak daun inai sekali..Depan rumah mak kak fiezz di kampung, ada pokok inai..Jadi tak ada la nak kena mintak dengan orang ke apa..Memang pokok inai tu dah lama ada...Dah dapat daun inai tu, apa lagi kak fiezz bereskprimen la..Duk google cari 'cara inai rambut tahan lama' , 'cara bagi inai rambut merah', banyak la lagi keyword yang kak fiezz guna.Banyak info dapat kat mr google..Antara  yang menarik perhatian, nak bagi inai nampak merah atau gelap..meh la kita cuba...

Cara dia -

www.fiezasani.xyz

Daun Inai yang dah di kisar
Yogurt perasa asli
Serbuk Kopi

www.fiezasani.xyz

Shower cap
Sarung tangan plastik

www.fiezasani.xyz

Campur inai + serbuk kopi + yogurt..
Sukatan sukahati la..Kak fiezz main campak-campak je..
Gaul sebati & terus sapukan inai atas rambut..Sampai ke kulit kepala pun boleh je..Sejuk je rasa..Biar selama sejam-dua, lepas tu baru basuh..

**Yogurt fungsi untuk melembapkan rambut

SIAP..Hasil..Lepas siap tu, kak fiezz tak cuci dengan syampu, cuma bilas dengan air je..Esoknya member k.fiezz tegur, nampak rambut kak fiezz hitam..haha..hasil kopi tu la..Kalau yang bahagian rambut beruban, nampak warna perang..Jadi hasil eksperimen, gunakan kopi jadi warna perang...Dari segi tahan, kak fiezz buat ni baru 2 minggu lepas..Warna perang tu di bahagian beruban, masih maintain...

Semalam k.fiezz nak pi beli stok susu kambing k.fiezz kat 1 kiosk area Giant Kinrara..Kebetulan ada seorang aunty indian ni tengah letak stok inai jari kat situ..Dia duk promote inai jari dia tu..Katanya merah sebab dia buh gambir..kak fiezz pernah baca, untuk warna inai jari merah letak gambir..Dah kebetulan tu, k.fiezz cakap ada tak inai rambut..Dia cakap ada..eh..menarik ni..ada dua warna..satu warna perang..satu merah maroon katanya..k.fiezz berkenan yang merah maroon tu..hehe...Macam nak cuba je..Nanti kalau k.fiezz jadi beli dengan aunty tu, k.fiezz share kat sini..Kot korang nak ke apa..Boleh k.fiezz partnership dengan aunty tu..hehe...Inai rambut, aunty tu tak letak kat kiosk tu..dia letak inai jari je...kalau tak silap kak fiezz, inai untuk rambut tak boleh letak gambir..tak silap la..sebab ada tanya seorang seller inai daun asli..sebab cadangnya haritu k.fiezz nak beli online tapi pejabat k.fiezz kan bermasalah penerimaan barang peribadi dengan pos laju, tak jadi k.fiezz beli dengan seller tu...aunty yang k.fiezz jumpa semalam pun cerita sama gak, inai rambut tak letak gambir...dia cakap proses pemilihan daun tu yang penting...tak pe la, nanti k.fiezz nak cuba beli inai dengan aunty tu...dia boleh cod..tu yang best..