Total Pageviews

Pakej Percutian Ke Beijing

22:02

Korang..ada tak terfikir nak pi bercuti ke Beijing..Hah!!kak fiezz ni dah mula la kan..tahu la kaki berjalan..hehe..ala, saja nak hasut korang pi bercuti..Kak fiezz setiap tahun kebiasaanya memang ke luar negeri..cewah..kembang kempis hidung ai..eh!!tak ada la berlagak ke apa..ada rezeki lebih, apa salah kan kita melancong tengok negara orang..Kali ni kak fiezz nak ajak korang berjalan-jalan ke Beijing pulak..Walaupun tak pernah jejak lagi ke Beijing ni, tapi kak fiezz tertarik nak tengok pakej percutian ke Beijing ni..Biasalah kalau melancong macam ni, baik kita guna agensi pelancongan..Mana tahu ada tawaran menarik & harga pun murah kan..Jom kita tengok ada apa dalam pakej percutian ke Beijing ni..Tapi mula-mula meh kita tengok dulu, tempat-tempat menarik yang ada kat Beijing..Best ke idok?

Tempat Menarik Di Beijing

Dari hasil carian kak fiezz di Mr Google, difahamkan Beijing ni antara bandar yang paling banyak dikunjungi didunia..wahh..tak sangka kan..kita rasa macam 'eh ada apa la kat beijing tu'..sekali kau, antara tempat yang paling banyak dikunjungi..Kenapa?Sebab tarikan banyak tempat menarik, serta bangunan bersejarah. Dan jarak tempat-tempat yang dikunjungi ni kebanyakan berada di pusat bandar & tak jauh antara satu sama lain..Ni pada yang larat la nak berjalan, boleh la kot nak berjalan kaki..Kalau tak larat, yang mana ambil pakej percutian ke Beijing dengan agensi pelancongan, mesti ada pengangkutan di sediakan...Eh..membebel pulak kak fiezz ni..Dari tadi nak tengok tempat-tempah menarik kat Beijing..Jadi moh le kita tengok..

TIANANMEN SQUARE

www.fiezasani.xyz
Sumber - Google

Simbolik untuk Beijing ialah Tiananmen Square..Kira kalau sebut Beijing, ingat Tiananmen Square ni..Tempat wajib dikunjungi kalau ke Beijing..Tiananmen Square ni merupakan dataran awam terbesar di dunia dan menjadi tempat tumpuan pelancong. dan bersambung dengan Forbideen City..Dari pembacaan kak fiezz, nak masuk ke Tiananmen ni beratur sebab tumpuan pelancong..Dalam Tiananmen ni lengkap dengan Tiananmen Tower, Monument to the People’s Heroes, Great Hall of the People, Chairman Mao Zedong Memorial Hall . Kira lawatan ke Tiananmen ni macam membaca keseluruhan sejarah negara China dan yang menariknya pada awal pagi ada upacara menaikkan bendera dan kalau nak tengok upacara ni, perlu sampai awal pagi di sini..manakala upacara menurunkan bendera diadakan pada waktu malam..Jadi kalau nak tengok upacara naik dan turunkan bendera boleh la terjah ke sini awal dari waktu upacara..


FORBIDEEN CITY

www.fiezasani.xyz
Sumber - Google

Dalam bahasa melayu 'Bandar Terlarang'..Eh, tak boleh masuk ke?haha..apa pulak tak bolehnya, korang tahu tak setiap tahun kira-kira 14 juta pengunjung berkunjung ke sini untuk melihat keunikan seni bina, kebesaran serta keluasan Forbidden City ni..Kota terlarang ni dibina pada Zaman Dinasti Ming & terletak di tengah-tengah kota Beijing. Dibuka setiap hari kecuali hari isnin dan boleh ke sini dengan pengangkutan awam. Wajib kalau ke sini, jangan lupa bergambar depan bangunan Forbidden City..

JUYONGGUAN GREAT WALL 

www.fiezasani.xyz
Sumber - Google

Dah sampai ke sini, wajib berkunjung ke Juyongguan Great Wall atau Tembok Besar China yang dikenali antara 7 keajaiban dunia..Seperti kita tahu sejarah pembinaan tembok besar cina ni dibina masa dulu untuk pertahanan ketenteraan. Kalau tengok cerita-cerita Cina yang berkisarkan dulu-dulu, kadang ada babak di tembok ni,kan..Jadi kalau selalu kita tengok kat TV. Ni dah sampai ke sini, wajib la berkunjung & bergambar kat tembok ni dan tengok sendiri seni bina tembok terbesar yang dibina oleh manusia dulu..Hebat tak hebat kan orang dulu, mampu membina jambatan ni tanpa bantuan mesin..Pembinaan tembok besar cina ni pun memakan masa yang lama dan projek terbesar di dunia...Kagum kan..Sila singgah kalau ke sini...

OLIMPIK STADIUM

www.fiezasani.xyz
Sumber - Google

Dah kenapa kena pi ke Stadium Olimpik pulak kalau dah sampai ke Beijing..Hah!nak tahu kenapa?kerana bentuk dia menyerupai sarang burung. Dikenali sebagai Stadium Sarang Burung disebabkan seni binanya yang unik..Pernah menjadi tuan rumah sukan Olimpik di sini pada tahun 2008. Sekarang stadium ni menjadi tumpuan pelancong dan menjadi tempat untuk perlawanan yang penting. 

THE SUMMER PALACE

www.fiezasani.xyz
Sumber - Google

Ada apa pulak kat The Summer Palace atau Istana Musim Panas Beijing ni?

Istana ni merupakan taman terbesar diraja dan paling sempurna di China. Istana ni dahulunya dijadikan tempat istirehat musim panas Maharaja dan di sini terdapat juga pavilion, rumah agam, kuil, jambatan & tasik besar purba.

Dibina oleh Maharaja Qianlong pada tahun 1750. Ia menggabungkan keindahan senibina istana, kecantikan landskap taman, tasik, dan bukit-bukau. 

Dengan seni reka bentuk yg hebat & arkitek menampilkan seni taman cina, Istana ni mendapat gelaran 'Muzium Taman Imperial'. Taman imperial yang dikhususkan dengan landskap termewah & tumpuan terhebat bangunan istana musim panas. Istana ni dimasukkan dalam senarai warisan kebudayaan dunia pada 1998. 

THE PLACE-LED SCREEN

www.fiezasani.xyz
Sumber - Google

Pusat membeli-belah yang mempunyai LED Skrin terpanjang di Asia..Tak tahu la nak gambarkan macamana..Kena pi tengok sendiri..Dari pembacaan kak fiezz di google, skrin ni di belah atas & kita kena mendongak untuk tengok..Skrin ni yang terpanjang di Asia..


NIUJIE MOSQUE

www.fiezasani.xyz
Sumber - Google

NANDOUYA MOSQUE

www.fiezasani.xyz
Sumber - Google

Bagi yang beragama islam, wajib singgah ke dua masjid ni. Selain menunaikan ibadat, dapat tengok seni bina cina pada struktur bangunan. Yelah,kat Malaysia mana ada seni bina masjid macam ni..

NIUJIE MUSLIM SUPERMARKET

www.fiezasani.xyz
Sumber - Google

Bagi yang beragama islam, kalau ke Beijing risau nak dapatkan stok makanan halal boleh berkunjung ke Niujie Muslim Supermarket..Satu-satunya super market muslim yang ada di sini. Jadi jangan risau kalau nak dapatkan stok-stok makanan yang halal.


XIUSHUI MARKET
www.fiezasani.xyz
Sumber-Google

Masa untuk membeli-belah..hehe..Kalau kak fiezz, memang berkenan bebenor la beli-belah ni...Di Beijing, jangan lupa untuk dapatkan pelbagai barang untuk dibeli sebagai cenderamata pada keluarga atau rakan-rakan di Xiushui Market..Dari sumber yang kak fiezz google, Xiushui Market telah bertukar nama kepada Silk Street pada 18 Mac 2005.

Ada apa kat sini?Pusat membeli-belah tujuh tingkat & mempunyai 1,700 buah kedai yang menawarkan pelbagai jenis barangan tiruan berjenama yang dijual pada harga murah. Kebanyakan jurujual di situ sangat fasih berbahasa inggeris kerana Silk Street menjadi destinasi pelancong yang ketiga popular di Beijing selepas Tembok Besar China & Kota Larangan. Beroperasi mulai pukul 9 pagi-9 malam.

Antara barangan yang dijual di sini seperti baju, beg tangan wanita, kasut, tali pinggang, fabrik sutera & kraf tangan tradisional China seperti barangan antik, kaligrafi, permaidani, lukisan. Serta barangan elektrik, alat permainan kanak-kanak & perhiasan wanita.

AGENSI PELANCONGAN UNTUK PERCUTIAN KE BEIJING

Best ke tidak dari senarai kat atas ni kenapa korang perlu memilih Beijing sebagai salah satu destinasi untuk melancong. Mesti best kan..Kak fiezz boleh rumuskan Beijing menjadi tarikan kerana struktur dan seni bina bangunannya yang cantik-cantik selain dari faktor utama TEMBOK BESAR CHINA yang terkenal di serata dunia. Jadi kalau korang nak bercadang untuk bercuti ke Beijing, digalakkan korang ambil pakej percutian ke Beijing dari agensi pelancongan yang sah dan berdaftar. Selain memudahkan korang yang cuma bayar pada sekian sekian harga dan pakej termasuk semua (makanan, penginapan, kapal terbang, pemandu pelancong, tiket lawatan serta pengurusan VISA)..Yeaa..nak masuk ke China, kena ada VISA uolls...Jadi kalau korang nak buat sendiri, agak leceh kan..Jadi pilih agensi pelancongan yang berdaftar. kat sini k.fiezz nak cadangkan Muslimtravelbug Sdn Bhd. 

MUSLIMTRAVELBUG SDN.BHD.

Kenapa k.fiezz rekomen dorang?

1. Berdaftar dengan kementerian pelancongan KPL 8549
2. Harga pakej yang sentiasa dibawah harga pasaran Malaysia.
3. Mempunyai pejabat operasi di Malaysia dan boleh dikunjungi bila-bila masa.
4. Ahli pejabat terdiri daripada mereka yang pernah bekerja di agensi pelancongan muslim terkenal di
Malaysia dan berpengalaman luas.
5. Professional dan diiktiraf sehingga pernah menguruskan rancangan tv ASTRO RIA untuk penggambaran
SYOKNYA SEOUL.
6. Deposit rendah dan khidmat pelanggan dan mudah dan mesra.

Untuk percutian ke Beijing ni, pihak MuslimTravelBug Sdn.Bhd. telah menyediakan pakej seperti di bawah iaitu :~

LENGKAP PENERBANGAN - Pakej Percutian Ke Beijing
GROUND ARRANGEMENT SAHAJA - Pakej Percutian Beijing

Butiran Lanjut :
NO PEJABAT : 03 89575770 (Isnin-Jumaat 9.00-5.30 petang)
Alamat Pejabat : B-4-2 Putra Walk Taman Pinggiran Putra 43300 Seri Kembangan Selangor
Waze : Muslimtravelbug Sdn Bhd
Email : info@muslimtravelbug.com
Laman web : muslimtravelbug.com


You Might Also Like

23 Comment

  1. salah satu list miza, InsyAllah nak jejak ke Beijing

    ReplyDelete
  2. Banyak rupanya tempat menarik kt beijing. Best ni.

    ReplyDelete
  3. Menarik sgt tempat tempat lat china ni

    ReplyDelete
  4. Kita pernah sampai Zuhai & Shenzen China. Beijing belum lagi. Wishlist ni sebab nak sangat pergi Great Wall & bird nest stadium

    ReplyDelete
  5. cantik cantiklah tempat kat sana. eee geram!

    ReplyDelete
  6. Sungguh gah tembok cina.. Kagum dengan sejarah binaan tembok cina ni.. Teringin nak g situ

    ReplyDelete
  7. Beijing is the only city in China that I have visited. Believe me when I say, I visited all these places as well 'cos I took up the Muslim package. LOL

    ReplyDelete
  8. Banyak tempat menarik kat Beijing. Kebetulan hujung tahun nanti husband kak nina akan ke sana. Nak bagi dia baca. ..Thank you sharing

    ReplyDelete
  9. wah menarik lah
    boleh usha-usha laman weh muslimtravelbug nih

    ReplyDelete
  10. Alaaaa uolls...sajer jer kan goda iolls, macam tau- tau jer kita memang idam sangat nak pi bercuti ke Beijing. Salah satu wish list ni..kalau pi Beijing sure kena pergi lama sikit sebab banyak tempat menarik nak kena terjah kan...

    ReplyDelete
  11. wah teringinnnya nak ke sini! tapi berapa harga dia ye? kalau berbaloii nak cubalah guna pakej ni mana tahu murah kan

    ReplyDelete
  12. Dah pernah ke Beijing tahun 2000 tak ingat 2000 berapa. Masa tu susah la travel ke Beijing sebab orang tempatan tak boleh cakap bahasa inggeris. Susah nak berkomunikasi. Tak melawat stadium sarang burung tu. Forbidden City, Great Wall dan masjid Niujie dah terjah. Makanan yang diingati sehingga kini...kambing berempah. Sedapnya.

    ReplyDelete
  13. Banyak tempat2 menarik dan cantik boleh pergi ke Beijing ni. Kalau yang rajin berjalan tu, boleh juga jumpa hidden treasures. Yang penting, nak cari benda2 Halal tu tak susah kan.. Nak juga ke Beijing satu hari nanti, insyaAllah.

    ReplyDelete
  14. Rawlins terus rasa terpengaruh ledas tenor paket yang ditawarkan tu. Berpatutan sangat! Last ke Beijing pada tahun 2000 - Ya Allah. Kalau ada anak, dah remaja dah. Hahaha

    ReplyDelete
  15. ni salah satu tempat impian aida, fieza.
    sebab budaya nyer. nice. kita dah biasa berkawan dgn chinese.
    so to know china is like keluarga aje.
    in shaa Allah. tq for sharing.

    ReplyDelete
  16. Wahhh lepas nie nk ke beijing boleh consider package nie. Yg paling pntg, pakej nie cover semua tmpt terkenal dan wajib utk dilawati. Teringinnya nk k beijing

    ReplyDelete
  17. seronoknya teringin nak berjalan jalan macam nih ke negeri orang sebab nak tengok culture dorang mcm mana dan at the same time of bergambar di tempat tempat menarik. hehe

    ReplyDelete
  18. Saudara perempuan Yaya study kat Beijing. Memang best kalau tengok perkongsian dia time belajar. Dapat beli barang murah, boleh naik basikal dengan selamat. Memang best la

    ReplyDelete
  19. Muslimtravelbugs ni agak femes jugak tau, emi biasa dengar. Ramai yg ambil pakej dengan dorang. emi kalau nak ke beijing pun nnt boleh consider ambik dengan dorang la kot.

    ReplyDelete
  20. Beijing is a nice place to visit especially the Great Wall of China . And the food too. Oh ya, they are Muslim friendly country as they do offer halal food and place for prayer. My next destination is to Beijing.

    ReplyDelete
  21. Oh wow! maybe i can suggest this to my company because we have muslim colleagues also. Thanks for the information

    ReplyDelete
  22. Stadium olimpik tu lawa sangat. Taj pernah lagi travel ke Beijing. Macam best juga ni klu ke sana. Banyak tenpat best untuk pergi. Thanks for sharing

    ReplyDelete
  23. Teringin gak nak pi beijing ni..esp yg great wall tu...dah lama berimpian nak ke great wall tu

    ReplyDelete