Sapa pernah pergi ke Bukit Merah Laketown Resort Perak ni..Cer komen sikit. Kak fiezz pernah sampai gak dulu tapi tak explore sepenuhnya..Tak ingat singgah kat situ sebab apa..Tapi sekejap je la singgahnya kat Bukit Merah Laketown Resort Perak ni...Dekat belah luar je kalau tak silap..
Dari apa yang kak fiezz baca ada apa kat Bukit Merah Laketown Resort Perak ni, menarik sangat..Patut jadi tumpuan ramai orang kalau bercuti, Bukit Merah Laketown Resort Perak ni antara yang menjadi pilihan utama..Terutama sekali waktu cuti sekolah. Banyak aktiviti menarik yang boleh dibuat oleh anak-anak kita..

BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT PERAK


Sumber - Google


Jom kita berkenalan dulu dengan Bukit Merah Laketown Resort Perak ni dulu..Kenapa ada perkataaan merah dalam nama dia tu..sebab merah biasanya untuk menarik perhatian..Warna merah ni kan menyerlah gitu..Kalau pakai baju warna merah, dari jauh orang dah nampak..Jadi mungkin sebab tu nama merah menjadi pilihan oleh pengasas Bukit Merah Laketown Resort Perak ni..Nampak perkataan Merah, rasa tertarik nak singgah untuk explore ada apa kat sini?

APA YG BEST DI BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT PERAK

Bukit Merah ni terletak berdekatan dengan Laketown Resort terletak di kompleks eko-pelancongan yang mempunyai taman air, taman eko dan kemudahan pemulihan orang-utan yang akan buat korang teruja untuk ke sini lagi. Resort yang ada di Bukit Merah Laketown ni menyediakan tempat letak kenderaan percuma dan Wi-Fi merata kat kawasan awam. Jadi jangan risau la kalau korang nak post atau update status kat sosial media korang tu..Jimat data telefon sebab Wi-Fi sepenuhnya di kawasan ni. Dalam perkhidmatan terbaik yang diaorang sediakan untuk traveller macam kita ni ialah bilik-bilik berhawa dingin di Bukit Merah Lake Resort dilengkapi dengan TV satelit, peti sejuk dan pembuat teh atau kopi. Tak lupa juga, kemudahan pancuran mandian yang betul segar beb, berada di bilik mandi bertab suite korang. Bilik di Bukit Merah Laketown Resort Perak ni biasanya adalah bilik deluxe dan telah diubahsuai mengikut rekabentuk terkini. Selepas sesi pengubahsuaian ni, semua katil dan perabot adalah baru..Jadi no worry nak guna atau baring dengan selesa di atas katilnya yang empuk tu. Bukit Merah Laketown Resort ni dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan yang rimbun dan mengadap ke salah satu daripada tasik air tawar yang berkeluasan 7,000 ekar yang menjadikannya terbesar di Malaysia.

Selain mempunyai dua restoran, resort ini mempunyai taman air (bayaran tambahan) dan kolam renang luaran. WiFi di kawasan awam adalah percuma. Di samping itu, pusat kecergasan, 3 kedai kopi ataupun kafe dan bar snek / deli terdapat di semua tempat. Semua 80 bilik menyediakan bar mini, perkhidmatan bilik (semasa waktu terhad) dan TV. Kemudahan lain yang disediakan untuk tetamu termasuk pengering rambut, pancuran dan telefon.

www.fiezasani.xyz
Sumber - Google
wah..sonoknya kalau dapat bercuti ke sini..lawaaa weii..penat dari kesibukan kerja, boleh rilekskan minda kat sini...Ni chalet atas air yang ada kat sini..

www.fiezasani.xyz
Sumber - Google
Tempat Pemulihan Orang Utan

Ni sesuai sangat bagi didik anak-anak kita sayangi haiwan..Boleh bawak dorang explore kat sini..Bukan apa budak-budak sekarang, asyik berkawan baik dengan gadget je...Jadi kita cuba kenalkan dorang dengan alam semulajadi dan haiwan..dan kurangkan penggunaan gadget dalam kehiudpan seharian dorang..

www.fiezasani.xyz
Sumber - Google
Taman tema air pun ada jugak..patut la ramai mak pak suka bercuti ke sini time cuti sekolah...memang seronok la budak-budak kalau dapat air..

Kalau untuk kita yang boring lepak kat bilik je, boleh berinteraksi dengan binatang di Ecopark atau nikmati hari yang ceria dengan suasana kondusif gitu di Laketown Waterpark, yang mempunyai kolam gelombang dan slaid air beb yang macam k.fiezz kongsi gambar kat atas ni, taman tema air di bukit merah laketown resort.Jangan kata budak-budak, orang dewasa pun teruja kalau dapat main air kat taman tema air macam ni...

www.fiezasani.xyz
Sumber - Google
Taman Haiwan Ecopark

Korang jugak boleh  pilih tempat rekreasi lain termasuklah jugak merehatkan badan berurut di spa, atau bersenam di gim bagi yang suka badan yang sihat lagi fit tu. 

MACAMANA NAK KE BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT PERAK NI?

Kalau bercerita tentang jarak untuk ke sini, Bukit Merah Laketown Resort ni jaraknya 10 minit pemanduan dari Taman Seri Semanggol dan 30 minit pemanduan dari Taiping . Makan masa 45 minit pemanduan dari Bukit Mertajam dan 1 jam kalau korang memandu dari Bandar Ipoh. Resort Semanggol yang mesra keluarga terletak di tasik dalam jarak 3 min (5 km) Jeti Bukit Merah dan Taman Tasik Bukit Merah. Zoo Taiping & Safari Malam dan Kolam Burma juga berada dalam jarak 16 km (25 km). Manakala yang dari Kuala Lumpur, korang boleh gunakan jalan keluar Bukit Merah (Keluar 150) di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan yang mengambil masa 3 jam sahaja.

www.fiezasani.xyz
Sumber - Google

TEMPAT MAKAN DI BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT

Lepas beriadah bersukan atau merehatkan badan, confirm korang terasa lapar, kan..Jadi jangan risau,  Ripples Hawkers Centre tempat yang disediakan untuk korang menjamu selera. Restoran ini  menyediakan beberapa pilihan tempat makan yang beraneka rasa. Untuk korang yang berselera dan bercitarasa lebih tu, hidangan tempatan dan antarabangsa dihidangkan di Café Le Lac, yang menghadap ke tasik seluas 7,000 ekar. Korang rasa? memang terbaiklahkan.

www.fiezasani.xyz
Sumber - Google

Selain dari di sini, korang boleh dapatkan pilihan makanan di salah satu daripada 2 restoran yang ada di resort ini. Untuk tetamu yang nak fefeling lepak di starbuck, Old Town White Coffee atau yang seangkatan dengannya, korang boleh menikmati kopi di salah satu dari 3 kedai kopi atau kafe yang ada di sini. Selain terdapat juga bar snek atau deli berdekatan. Akses Internet wayarles disediakan percuma.

Jom Tempah Bukit Merah Laketown Resort Secara Online 

Selain taman tema air yang menjadi tarikan, Bukit Merah Laketown Resort mempunyai sungai dan gelongsor air. Resort mesra keluarga ini juga menawarkan kolam renang luaran, kolam renang kanak-kanak dan pusat kecergasan. Perkhidmatan concierge dan perkhidmatan perkahwinan juga disediakan. Tempat letak kenderaan disediakan dengan bayaran tambahan. Mari ramai-ramai book Bukit Merah Laketown Resort online!

eh..bestkan..kak fiezz pulak yang teruja bila taip entry cuti-cuti ke Bukit Merah Laketown Resort ni..Kak fiezz confirm kalau yang bawak anak-anak memang terbaiklah percutian kat sini..Selain dari bersuka ria dapat dedahkan dorang dengan alam semulajadi, mengenali haiwan terutama orang utan yang menjadi tarikan utama kat Bukit Merah Laketown Resort Perak ni..

Moh kita bercuti ke Bukit Merah Laketown Resort Perak..

24 Comments

  1. cantiknya tempat ni .... ada waterpark tu, mesti best kat sana...

    ReplyDelete
  2. kalau balik kg taiping, rajin juga kami ke sini. Tapi, tak pernah bermalam lagi

    ReplyDelete
  3. Pernah singgah dulu. Tapi setakat singgah je la tak sempat nak tengok lebih-lebih. Tapi tempat ni memang menarik

    ReplyDelete
  4. Laketown Resort ni memang dekat sangat dengan rumah saya. Dah lama juga saya tak masuk sini...dulu kecil2 selalulah sebab boleh berkubang, sekarang dah besar hehe. Sesapa yang datang sini wajib singgah restoren Ais Gunung kat Bukit Merah ClubHouse tau, memang terbaik dengan menu dan ABC talam :)

    ReplyDelete
  5. aida da pernah gi. best.
    few years back, lama dah.
    time tu baru pregnanti Izzat 2 bulan dlm perut.
    so tak la enjoy kan diri time tu, ada skit pendarahan :(
    but, nice place. luas. byk tarikan, bukan semata-mata waterpark nyer.

    ReplyDelete
  6. rasa macam tak ada rezeki lagi ke sana walaupun bnyk kali lalu. hehe ada rezeki nanti nak juga masuk kesini teroka apa yang ada!

    ReplyDelete
  7. Dalam wishlist jugak ni. Tapi tak taulah bila nak ke sana.Tempatnya pun dah semakin cantik untuk dieksplorasi kan. Harap tahun depan dapatlah ke sana..

    ReplyDelete
  8. Akhirnya dapat info detail tentang LakeTown bukit Merah ni. Dulu pernah survey jugak sbb plan nk bawak family tapi tak jadi2. Banyak tmpt menarik boleh explore kt sana ye. Bulan 12 ni kene pg.HEHEHE

    ReplyDelete
  9. Nampak bestttt! Nak pergi jugak haha. Buat family day pun best jugak ni kat sini. Budak2 mesti suka. Anak2 buah emi tu ramai, suka la dorg. Kitorg mmg tgh cari tempat nak buat family day

    ReplyDelete
  10. Dah lama nak pergi sini tapi tak terpergi. Balik Kedah lalu je Bukit Merah ni. Teringin nak gi pulau orang utan tu. Water park tu pun menarik. Tempat ni memang sesuai untuk cuti2 satu family.

    ReplyDelete
  11. Bukit Mera Laketown Resort ni SA x pernah sampai lagi..rasanya Dania dah 2 kali pi sini ikut makcik2 dia..menarik ni dan sesuai untuk percutian keluarga..SA tengah tunggu mak SA okey skit baru bleh bercuti ke utara

    ReplyDelete
  12. Kak harga tiket berapa ye. Menarik ni bawa budak2. Tapi cukup susah hati bawak budak2 ke waterpark. Mesti demam bila balik. Penat sgt.

    ReplyDelete
  13. pernah datang sini 2 kali..rindu nak bercuti lagi...tapi menarik juga kalau bercuti dengan famili sebab ada banyak tempat kita boleh lawati kat sini..dan macam2 aktiviti yang kita boleh buat

    ReplyDelete
  14. Last kita pergi masa umur 15 tahun.. Huhu.. Tp masa tu xbyk yg ada berbanding yg skrg.. Dulu sunyi sikitlah sbb byk yg msh dlm pembinaan.. Tp tgk skrg mcm2 ada dah mnrik ni . Boleh ksini tme cuti nnti.m

    ReplyDelete
  15. best la kalau ada wifi percuma. tempat tempat macam ni internet sangat penting. kalau tak macam mana nak update gambar di instagram nanti

    ReplyDelete
  16. Dulu masa belajar pernah pergi bukit merah laketown resort ni. Rasa baru mula-mula buka kot. Amin dekat taman tema tu..sekarang mesti dah ada macam-macam kan..resort tu nampak best

    ReplyDelete
  17. dari dulu lagi memang terinhin nak bercuti ke bukit merah laketown ni nak nak tau ada waterpark kan. mesti best. entah bilanya nak samapi ke sana tak tau la

    ReplyDelete
  18. Pernah dengar tempat ni tapi tak pernah jejak lagi. Teringin jugak nak berholiday gan keluarga kat sini sebab org kata best..nanti lah kalau ada rezeki insaallah sampailah sis di sana

    ReplyDelete
  19. Dulu fav tempat percutian kat sini. Masa sebelum sekolah rajin la mak bawa bercuti. Bila dah start sekolah nak bercuti pun tidak sempat. Sebab jadual padat. Selamat bercuti akak!

    ReplyDelete
  20. Bestnya !! X pernah lg berpeluang ke bukit merah lakerown resort. Mmg tringin sangat. Dah lh kawasan eko pelancongan, ada water park pulak tu. Serious best dan sesuai utk dijadikan lokasi bercuti keluarga

    ReplyDelete
  21. Looks like the perfect destination for family with kids,they will surely enjoy the attraction prepared for them.

    ReplyDelete
  22. uih dah lama betol tak kesini. last kesini masa masih belajar kat upm kot dekat 10 tahun lalu.

    ReplyDelete
  23. Tak pernah pergi lagi kak. Macam menarik je tempat ni.

    ReplyDelete
  24. Seronok tu. Terima kasih sebab kongsi info.

    ReplyDelete