Salam ramadhan ke-9 korang..pejam celik pejam celik dah 9 hari kita berpuasa..pejam celik pejam celik, rayaaa..Korang acane dah buat persiapan raya..Kak fiezz baru beli baju raya..mr hubby punya dah hantar kat tukang jahit sebelum puasa..Nanti nak raya baru pi amik sebab tempah kat Ipoh..Nasib tukang jahit tu nak ambil tempahan lagi sebab bagi kat dia kain dah nak puasa..hehe..perangai sangatkan...Mr hubby kalau nak beli baju siap, agak pening kak fiezz nak cari saiz..hehe..kalau korang follow kak fiezz kat IG/FB tahu la sebab apa..Na mo cakap kat sini..Sebab mr hubby kak fiezz comel orangnya..hehe..Legaaa bila mak mertua beritahu, tukang jahit tu terima lagi tempahan kalau dari mak mertua kak fiezz..Orang lain dia tak mau..Nasib mak mertua kak fiezz peramah...

Membeli Belah Atas Talian

Memang trend la sekarang kan semua suka membeli-belah atas talian atau shopping online ni..Tak kisah la hari biasa atau musim perayaan..Kenapa?Mudah..tak perlu nak bersesak keluar, sangkut tengah jalan sebab sesak terutama musim-musim perayaan ni..Boleh tekanan perasaan je...Jadi oleh sebabkan ini, tak hairan la kenapa ramai yang suka membeli-belah atas talian..Kak fiezz sendiri antara yang suka membeli-belah atas talian..Contoh baju raya yang kak fiezz beli untuk mak & kak fiezz, beli secara atas talian juga..Buka IG/FB/Website yang mana nak, pilih pilih yang berkenan di hati..Klik..Bayar..Pon pon..tunggu abg posmen / kurier hantar...siap...tak penat..tak stress..Nampak tak kelebihan membeli-belah atas talian...Jadi meh la kita membeli-belah atas talian...

Riang Ria Raya Lazada

Okey, website Lazada ni tak perlu kot kak fiezz nak perkenalkan..Satu malaysia kenal..Sapa tak kenal Lazada?eh!!ketinggalan sangat tau..Lazada website yang menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk membeli-belah atas talian?Kenapa Lazada hot sangat?Sentiasa ada diskaun, promosi musim perayaan dan banyak lagi sebab kenapa Lazada jadi pilihan rakyat Malaysia...Dan sempena musim raya ni, Lazada melancarkan kempen Riang Ria Raya Lazada...

Ada Apa Dalam Kempen Riang Ria Raya Lazada?

Mulai 1 - 4 Jun 2018, Lazada menawarkan tawaran eksklusif dan diskaun sehingga 90% untuk pelbagai barangan terpilih. Wahhh..90 peratus..banyak tu...RM RM RM mata kak fiezz tengok potongan sampai 90% tu...Lebih dari 30 jenama terkenal yang turut serta dalam kempen Riang Ria Raya Lazada ni, antaranya WATSONS, CARLO RINO, URBAN DECAY, LIFEBUOY, SUNSILK, DRYPERS, ANMUM, MAYBELINE, TESCO, NIVEA, ETUDE HOUSE, ASUS, PHILIPS dan banyak lagi...Jom terjah Lazada sekarang



KLIK BANNER

Selain dari potongan diskaun sehingga 90%, Riang Ria Raya Lazada turut menawarkan Flash sales, lebih dari 600 baucer untuk raya & bufet berbuka puasa.

dan jangan lepaskan peluang memenangi CASH VOUCHER sehingga RM50 dengan turut serta dalam Shake Shake Uolls...haha..apa pulak ni,kan..Macam-macam la kak fiezz ni..Okey, meh kak fiezz explain..Korang cuma perlu muat turun aplikasi Lazada dan pastikan sentiasa di paparan utama website & daftar masuk ke akaun masing-masing...siap 3 menda ni..Setel..Dan mulai 22 Mei hingga 4 Jun 2018 pada pukul 5.30PG, 12.30T/HARI & 9.30MLM, korang boleh shake..shake untuk memenangi baucer tunai sehingga bernilai RM50...eh..banyak tu kalau dapat..boleh sambung membeli-belah kat Lazada...

Mungkin korang nak belikan hadiah ke untuk orang yang tersayang macam atuk dalam video ni, Lazada pilihan yang terbaik untuk korang membeli-belah secara atas talian...



SELAMAT MEMBELI-BELAH UOLLS

UPDATE - Untuk korang yang berjaya menang baucer melalui shake shake uolls di Lazada Apps, sila tebus baucer masa kempen Riang Ria Raya Lazada, yea mulai 1-4 Jun 2018 ;)

12 Comments

  1. Banyak nya diskaun tu kak fiez. Boleh jimat sangat dah tu. Siap boleh dapat voucher lagi.

    ReplyDelete
  2. Banyaknya diskaun kak fiez. Saya tak tengok lain dah saya tengok Carlo Rino sebab nak beli beg Carlo Rino ni.tak sabar nak shake shake uols..hahaha

    ReplyDelete
  3. Kita beli kain tapi tak sempat tempah pun . Memang kena beli ready made lah jawabnya . Takpe lepas berbuka buka laman web lazada . Mana tahtahu ada Yang berkenan .

    ReplyDelete
  4. tak kuat la nak install lazada ni😂 tapi nk main yg shake tu

    ReplyDelete
  5. Menarik banyak potongan harga dan diskaun.. Bestnyalah

    ReplyDelete
  6. dah install apps, nak main shake2 tapi asyik terlepas masa saja .... eiiiii, bila nak shake ni? ....:((

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Ooo..camtu ke kak. Ok jugak ! Boleh try

    ReplyDelete
  9. Menarik ni. Nak try shake shake juga lah. Mana tau de rezeki.

    ReplyDelete
  10. Best main...tp dapat rm10 je tp ok sbb janji dapat...hihi

    ReplyDelete
  11. Marsha shake shake ritu dapat rm10 terus shopping 🤣🤣

    ReplyDelete