Kalau sapa yang follow blog kak fiezz ni tahu la, kak fiezz ni dalam kategori TTC..TTC tu apa?haha..sila google..Dah lama kak fiezz TTC ni sejak kawen beberapa tahun lepas..tapi dulu kak fiezz rajin la kongsi cerita usaha-usaha yang kak fiezz buat..Tapi lepas tu kak fiezz dah slow down nak cerita dalam blog ataupun dengan kawan-kawan..sebab malas nak fikirkan sangat..Lagipun malas nak cerita dengan kawan-kawan atau sedara-mara pun..Kadang kita cerita bagai nak rak pun, bukan sapa  faham pun..Buat2 faham je, tapi belakang kita tetap dorang mengata jugak..Kadang tak payah belakang, depan-depan pun k.fiezz kena setepek..ayat kiasan tapi k.fiezz terasa sebab motif cakap macam tu depan k.fiezz..nak perli atau sindir k.fiezz..tak pasti..hanya tuan punya badan yang tahu...Ni  antara situasi yg k.fiezz pernah alami secara depan-depan 'Si polan ni bercerita pasal baju preggy..baju tu masih di simpan sehingga kini. asben dia tegur baju tu duk ada lagi sampai skrg. jadi si polan ni pun cakap, 'eh..ingat bini dia ni mandul ke'..k.fiezz yang dengar ayat tu, rasa orang baling air panas kat muka'..tapi reaksi k.fiezz masa tu 'senyummm..tak kata apa-apa'...Cuba berfikiran positif, si polan cuma bercerita pada k.fiezz & tak maksud nak perli ke apa...

Kak fiezz pun malas nak bercerita detail pasal journey TTC kak fiezz ni dengan orang luar ataupun kat blog ni..Malas nak fikir la konsepnya...Ceh..konon je la..Tipu tak fikir..tak banyak, sikit mesti selalu terfikir..tapi tue la rezeki yang satu ni belum lagi nak lekat pada kak fiezz & mr hubby..

Sebagai motivasi kat diri sendiri & mr hubby jugak, kak fiezz pernah terbaca mengenai visualization board..Dia macam notis apa yang kita nak capai..Jadi kak fiezz antara yang buat visualization board ni di rumah..Cetak gambar babies & tampal kat cermin. Gambar babies bukan seorang tau, sepasang lagi..lelaki & perempuan..haha..well, angan-angan tak salah kan..Motif letak kat cermin gambar babies tu sebagai moitvasi pada k.fiezz & mr hubby..

Baru-baru ni keluarga mertua kak fiezz datang..dan ada la anak buah yang seorang tu dalam umur 5 tahun..Dia duk keluar masuk bilik kak fiezz jadi dia nampak la gambar babies tu..Dia tanya mr hubby pasal gambar tu..Kat bawah ni conversation mr hubby & anak buah.

Anak buah : Tu gambar baby tu, sapa?
Mr hubby : Itu gambar adik tak keluar lagi..
Anak Buah : Mana baby tu?
Mr hubby : Tak keluar lagi..
Anak Buah : ooo..kahwin la lagi
Mr hubby : speechless..haha
**Ada ayat perbualan ni k.fiezz dah olah sikit**

Mr hubby cerita balik kat k.fiezz so k.fiezz pun tak tahu nak bagi reaksi apa..Gelak je la..Gelak yang tak berapa nak ceria la..Mulut je gelak..hati, syhhh...Sendiri tahu, sudah..haha..Sabar je la anak buah mr hubby ni..Agaknya dia tak pernah nampak lagi mak long dia mengandung,tue dia suruh bapak sedara dia kahwin lagi..haha..positif je la..budak-budak...Sila doa mak long awak ni cepat-cepat mengandung, tau..Awak dapat sepupu..

Doa2kan moga satu hari nanti, kak fiezz & mr hubby dapat juga rezeki yang ni...Aamiin

10 Comments

  1. insyaAllah kak, rezeki takpernah salah alamat. semoga kak fieza dikurniakan zuriat :)

    ReplyDelete
  2. famili dan ada jg kenalan mrs pip still TTC, so mmg bila berbual bab2 ni, mrs pip pun hati2 juga, tak nak mengguris hati sesiapa ... rezeki seseorang tu semua berbeza2, apa yg penting kita usaha ... semoga Allah memberikan rezeki yg baik untuk kita semua kan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung dpt kawan atau sedara macam mrs pip yg memahami bila berckp dengan geng ttc mcm saya ni..kitaorang memang sensitif part ni..jadi nak cakap dengan kitaorang topik2 ni kena cakap secara personal..jangan sound depan orang ramai..

      Delete
  3. InsyaAllah akak akan dapat cahaya mata yang soleh dan solehah .

    ReplyDelete
  4. Sabar ye kak. In Shaa Allah moga akak juga dikurniakan cahaya mata seperti orang lain juga. Aamiin

    ReplyDelete