Medan Trip - Day 5 (Jalan-Jalan Shopping dan Bajet Ke Medan)

15:37

Medan Trip - Day 5

Entry penutup untuk trip cuti-cuti k.fiezz & family ke Medan..Ada yang nak tau bajet..so..kat bawah ni, kak fiezz bagitau bajet sekali...Sebelum tu, jom kak fiezz story hari kelima kitaorang kat Medan..Hari kelima ni, kitaorang balik ke Malaysia tapi flight pukul 8mlm..Jadi pagi-tengahari, time to shopping..yeay...

Pak supir bawak kitaorang shopping antaranya ke kedai menjual kain batik, telekung, kek dan tempat untuk beli buah tangan...Kedai-kedai ni bukan di satu tempat yang sama yea..Berlainan tempat..

Antara cenderamata yang k.fiezz shopping di sini - telekung, t-shirt, beg, purse & kek..kek yang famous kat Medan ni..Bika Ambon..selain dari ni, kak fiezz beli jugak kek lapis perasa kayu manis dorang...

www.fiezasani.xyz

Selepas shopping, pak supir bawa kitaorang makan tengah hari di sini..cawangan Cindelaras jugak kalau tak silap kak fiezz..yang makan tengah hari ni tak ada dalam pakej..bayar sendiri...

www.fiezasani.xyz
Menu k.fiezz & yang lain-lain kecuali mr hubby..dia kurang sikit ayam penyet ni..
Set ni dah sekali dengan air..air jeruk nama dia..sedap weii..k.fiezz rasa dia guna limau manis...bukan macam limau sunkist tu, tau..satu lagi limau tu.banyak jual kat sini..k.fiezz ada rasa limau ni masa kat pasar buah..memang manis..jadi k.fiezz rasa air jeruk ni, dorang guna dari limau ni...


www.fiezasani.xyz
Tempat kitaorang shopping beli barang cenderahati..kat sini k.fiezz beli t-shirt, purse & sling beg...

www.fiezasani.xyz
Bika Ambon..kek yang famous kat sini..Menurut owner nya, kek ni tak guna sebarang bahan pengawet..kalau letak di luar, boleh tahan 4 hari..Kalau dalam peties, 1 minggu...

So meh kita tengok bajet k.fiezz & mr hubby ke sini..

Tambang kapal terbang [Air Asia] - RM248.22 (pergi-balik) untuk dua orang
Penginapan Hotel (hari sampai pd 20.3.2018 di Kuala Namu) - RM125
Pakej 4H 3M - RM550 / seorang 
**Pakej termasuk makan (3x sehari) & penginapan serta tour di Medan**
Duit yang dibawa untuk perbelanjaan di sana - RM1,000.00 
**tips dari k.fiezz & mr hubby untuk supir termasuk dlm duit perbelanjaan ni** 

Total Keseluruhan - RM2,473.22

Untuk duit tips ni kitaorang kumpul beramai-ramai sbb total yang joint trip ni seramai 16 orang..dan duit ni kitaorang bagi masa pak supir hantar kitaorang di Airport untuk balik ke Malaysia..

Pakej yang kitaorang ambil ni dengan Pak Ibrahim..Servis pakej dengan pak ibrahim ni memang tip top..kitaorang puas hati sangat..sbb pekerja pak ibrahim ni memang ikut je karenah kitaorang & tak banyak cerita...dan diaorang bawak kitaorang mengikut itinerary..

Kalau korang bercadang nak ke Medan, boleh cuba contact pak ibrahim di +62 811-616-289

Entry yang lepas untuk cuti-cuti ke Medan seperti di bawah -

medan trip day 1 hotel the crew dan pakej murah
medan trip day 2 danau toba tour
medan trip day 3 air terjun sipiso piso berastagi
medan trip day 4 ke pasar buah melawat ladang sapi dan jalan jalan cari makan

You Might Also Like

22 Comment

  1. Bika Ambon ne pernah rasa ritu kak ipar beli tak kena dengan tekak miza. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk k.fiezz, okey la rasa dia Miza..cuma not really favourite..hehe

      Delete
  2. Bika Ambon tu rasanya macamana ye?? Sedap tak kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. tgk pada selera memasing, cik tie..untuk k.fiezz, boleh la..tpi tak la favourite...

      Delete
    2. Oo..Yake
      Boleh try ni hehe

      Delete
  3. wahh seronoknyaaa shopping kat sana :D yupp kawan kita pun ada cakap kek tu mmg femes kat sanaa :D
    follow sini #427

    ReplyDelete
  4. Wishlist juga nak ke medan ni. Dah Bookmark entri kak fiez utk rujukan nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..okey ana kat Medan ni..kalau sapa yg suka pada alam semulajadi, sesuai sangat ke sini..

      Delete
  5. bestnya! kena masukkan dalam list ni, 5 tahun lagi boleh lah pergi :p teringin nak rasa nasi ayam penyet yang ori dari sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. murah je kalau cuti2 ke sini, sha..boleh menabung dri skrg..hehe

      Delete
  6. sedapnya makanan tu..bestnya pergi holidays tu kak.

    ReplyDelete
  7. Bestnya dapat bercuti ke Medan, teringin juga nak pergi sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah..boleh k.sue..tak mahai sangat perbelanjaan cuti2 kat sana..

      Delete
  8. Rindu nak makan nasi ayam penyet asli kat indon....best best. Tq fiez share tips dan juga bajet

    ReplyDelete
    Replies
    1. no prob, marsya..saja share..untuk rujukan diri sendiri jugak..

      Delete
  9. rindunya dengan medan.rasa macam nak repeat lagi sekali lah..

    ReplyDelete
  10. menarik jugak ye Medan...kena menabung ni...hehehe

    ReplyDelete
  11. tingin jugak nak ke medan..mil pun dah 2x kut p sana..dengar kat sana best2 ...

    ReplyDelete
  12. ayam penyet tu juga yang menarik :)) cia cia cia ...

    ReplyDelete
  13. bestnya jalan jalan kat medan. banyak aktiviti dan banyak benda baru yg kita akan jumpa kan.

    ReplyDelete