Medan Trip - Day 3


Sambungan entry seblum kat SINI..Lepas bermalam di Danau Toba Int.Cottage, kak fiezz & group di bawa ke Berastagi keesokannya untuk bermalam kat situ pulak..Sebelum sampai ke situ,kitaorang jalan-jalan dulu..ke mana?meh baca sini..

Apa-apa hal sebelum bergerak, kita makan dulu..Seperti entry sebelum yang kak fiezz dah beritahu, penginapan di hotel dah termasuk dengan sarapan pagi jadi setel part makan..tak ada susah2 nak cari tempat makan..Lagipun di area kitaorang menginap ni rasa macam susah nak cari kedai makan halal..


www.fiezasani.xyz

Kafe di Danau Toba Int.Cottage ni menghadap Tasik Danau Toba..Jadi sambil makan sambil menjamu mata tengok pemandangan yang cantik sangattt..

www.fiezasani.xyz
Kita posing di sekitar cafe ni..Depan k.fiezz ni kolam renang..Seronoknya berenang sambil tengok pemandangan camni,hah..Tapi kedudukan kolam ni agak jauh dari bilik kitaorang..kena mendaki bagai..memang tak rajin la mr hubby k.fiezz tu..haha..

Kak fiezz pikior apa tu?hah..pikir shopping le tu..tau dah..#perempuansangat..hehe..

www.fiezasani.xyz

Alolo..suwit pulak rasa...feeling #honeymoon sangat...

Ke BerasTagi

Yang ni kitaorang dah bergerak ke Berastagi..Ni salah satu port untuk bergambar..cantik sangat..Tak plan pun nak berhenti kat sini benornya tapi ada salah sorang member group kitaorang dah pening nak muntah..Jalan dia mencabar weii..kalau yang mana tak tahan memang pening..So pak supir stop kat sini...Cuma nak bergambar kat port sini, kena bayar yea korang...2000 rupiah...

www.fiezasani.xyz

Cantik kan view dia..

www.fiezasani.xyz

Kat ig, kak fiezz post gambar kat sini versi rock..kat blog, kak fiezz tepek versi senonoh sikit..haha..

www.fiezasani.xyz

Sampai kat rumah rehat SIMARJARUNJUNG..area sini dah start sejuk yea, korang..tu yang kak fiezz pakai sweater...

www.fiezasani.xyz
Merasa air teh herba dorang..tengah pikior nak minum ke tak..dah ter'order tu, kita minum je lah...
bau dia dah macam sup..bila masuk kat tekak, okey je cuma pedas sikit..haha..untuk k.fiezz la sbb k.fiezz pengamal jamu..so no hal..mr hubby pulak cakap lepas minum air ni, lawas pembuangan..pakej bau-bauan yg kurang enak sekali..opsss..sorry..hehe

www.fiezasani.xyz
jom posing..cantik sangat...

www.fiezasani.xyz

Ada jual jagung kat sini..sedap weii..dia sapu dengan marjerin..bakar..lepas tu sapu sos sikit..jagung dia pun rasa manis-manis...

www.fiezasani.xyz


www.fiezasani.xyz

Belakang k.fiezz tu port untuk bergambar tapi ada bayaran..5000 rupiah..

MAKAN TENGAH HARI DI TEPI TASIK DANAU TOBA


www.fiezasani.xyz
Pemandangan semasa nak ke tempat makan tengahari kitaorang..


www.fiezasani.xyz
Sama juga..cantik kan...

www.fiezasani.xyz
Tadaaa..sampai dah tempat makannya..Nak ke sini, jalan dia boleh tahan gak..haha..jadi yang tak tahan jalan jenis berliku2 ni, kena bff dengan minyak angin la jawabnya...

www.fiezasani.xyz
Ikan ternakan

www.fiezasani.xyz
Sambil makan, sambil dihidang dengan pemandangan ni...

www.fiezasani.xyz
Jom makan...

www.fiezasani.xyz
Beras bukit...

AIR TERJUN SIPISO-PISO

Lepas makan tengahari, kitaorang di bawa ke air terjun sipiso-piso ni..Kalau larat, boleh la turun tangga yang berjumlah 1200 anak tangga untuk sampai ke air terjun sipiso-piso ni di bawah..kak fiezz & group..kitaorang shopping je..kurang berstamina..haha

www.fiezasani.xyz

www.fiezasani.xyz
Nampak tak belakang kitaorang tu..tu la air terjunnya...

www.fiezasani.xyz
Deretan kedai untuk shopping cenderamata...


PENGINAPAN DI GREEN GARDEN, BERASTAGI

Sampai ke penginapan untuk hari ketiga kitaorang di Berastagi..kat sini cuaca dia sejuk..Macam Cameron Highland time hujan..korang pikir la sejuk dia tu camne,kan..haha

www.fiezasani.xyz
Depan hotel


www.fiezasani.xyz
Bilik kitaorang menghadap kolam renang ni..memang tak lalu la nak swimming bagai..sejuk weii..tambah hujan pulak lepas kitaorang dah check in kat sini...

www.fiezasani.xyz
Menu makan malam...
Kat sini makan malam di hotel je...Sedap gak menu dia hidangkan tu..tambah hujan pulak..laju je makan...

Esoknya...lepas breakfast di hotel, time to check out...

www.fiezasani.xyz

Turun ke Medan pulak...

7 Comments

  1. amboi..honeymoon ke?hihi


    Cantik view..:)

    ReplyDelete
  2. wahh bestnya berholiday sister .. enjoy your holidays kak fieza

    ReplyDelete
  3. Seronok tgok Fiezz jenjalan ngan family...nanti share kos travel ye

    ReplyDelete
  4. bestnyer honeymoon..ehh bercuti..hehe

    ReplyDelete
  5. Wahh memang view dia terbaik la kak. Cantik sangat ! Patut la kena bayar hehe. Menu makan makan pun nyum..nyum sedapnya

    ReplyDelete
  6. bergambar di pokok bunga tu kan, nampak sweet la FS dgn hubby... dan view danau toba tu cantik sgt ...

    ReplyDelete