Kenapa Perempuan Kalau Keluar Rumah Baru Melawa

14:46

Haritu kak fiezz ada up status di Facebook pasal topik seperti tajuk ni..agak hot isu ni rupanya..ramai kaum2 wanita yang komen kat status kak fiezz tu..haha..Balik rumah kak fiezz tanya kat mr hubby ada baca tak komen2 kat status kak fiezz tu, ada yang dia baca..ada yang dia tak dan nak baca..siap dia cakap, ada persatuan ke apa yg komen-komen tu..hah tue la suh tanya lagi...berderet semua ada alasan masing-masing kenapa time nak keluar baru pakai lawa-lawa, mekap bagai..dan majoriti setuju dengan jawapan yang kak fiezz bagi kat mr hubby..

Status ni kak fiezz up di facebook sebab mr hubby tetiba tanya soalan cepumas ni..terkelu jap masa nak jawab..at first ingatkan mr hubby nak bahan k.fiezz ke apa..maklum la k.fiezz time keluar je melawa bagai..kat rumah, selekeh..haha...yea la secara logik takkan nak mekap kat rumah kan...

SOALAN CEPUMAS 



www.fiezasani.xyz

Tapi dah mr hubby beria tanya..jadi kita bagi la jawapan yang logik selogiknya...

Kat bawah ni antara rumusan dari komen-komen yang kak fiezz terima di status atas ni...

Kenapa perempuan nak keluar rumah baru melawa 

Nak keluar baru melawa untuk 
*Self confidence - 
Untuk diri sendiri berdepan dengan orang ramai terutama yang bekerja..Tapi yang tak bekerja pun, waktu keluar mesti kita akan berjumpa / terserempak dengan orang ramai..Jadi dah tentu kita nak nampak cantik..plus bila kita cantik, orang pun puji 'ooo..cantik bini dia..pandai husben dia jaga'..see nak jaga air muka suami...

*Faktor kerjaya
Betul..ramai wanita sekarang berkerjaya..Jadi keperluan untuk nampak cantik bagi kepuasan diri sendiri bila nak berdepan dengan orang ramai macam yg k.fiezz mention kat atas ni...

*Untuk Suami
Tak nak suami pandang perempuan lain yang mekap lagi tebal dari kita..padahal kita mekap sikit2 je cuma nak nampak cantik..So mekap & pakai baju cantik2 bila nak keluar dengan suami untuk jaga pandangan nakal suami beralih kat perempuan lain...

Kenapa tak boleh nak melawa kat rumah..

*Kat rumah bukan tak boleh nak bergaya tapi secara logik, tak rimas ke nak buat kerja rumah pakai baju lawa-lawa..Nak mekap pun rasa membazir sbb nak kena buat kerja-kerja rumah terutama kalau suami tak membantu langsung..dan seperti yang kita tahu la bila buat kerja-kerja rumah ni, mmg cepat la berpeluhnya..ate nak mekap macamana...Jadi bila keluar baru kita nak melawa sebab tak ada nak buat apa..Memang nak keluar berjalan..dan kita keluar dengan husben..sekali lagi nak jaga air muka husben..tak ada la orang cakap 'eh..apa pakai baju macamtu, suami dia tak beli baju ke..ketinggalan fesyennya'...hah, tau je la kan mulut-mulut makcik bawang ni..aihhh...

*Kalau yang ada anak-anak berderet pulak, bukan tak nak melawa tapi kalau suami tu tolong buat kerja rumah sesama tak pe la..ada gak masa si isteri nak membelek muka kat depan cermin..ni semua harapkan isteri, suami lepak je sambil main handphone..rasa-rasa, dan ke nak membelek muka depan cermin...

*Masa untuk mekap yang agak lama tu boleh save untuk kita buat kerja rumah..cepat siap, cepat rehat...hehe

Dan boleh je nak cantik-cantik depan suami di rumah..Kita pakai baju seksi-seksi sikit..suruh dia belikan..Okey la tu kan..Cuma part mekap tue tak la coz nak buat kerja rumah...

So korang ada nak tambah tak?jom share selain dari reason kat atas ni...

You Might Also Like

7 Comment

  1. sha rasa kan yang jenis melawa kat rumah ni dalam drama je kot :p

    ReplyDelete
  2. sedikit sebanyak mmg betul pun reason di atas.. kalau mama pun mungkin jawapan yg sama hihi

    ReplyDelete
  3. Pengsan la mak dekat umah pun nak makeup. Makeup mahai kot ! hehehe

    Jemput join giveaway CN >> http://www.cekgunorazimah.com/2018/04/giveaway-doudoumy-x-cekgunorazimah.html

    ReplyDelete
  4. Setuju sgt dgn K. Fiezz. Acaner nk mekap pakai blusher lipstick then lps tu mop lantai? Hahadoi :D

    ReplyDelete
  5. Kalau dekat rumah mmg rabia melawa lah..hehe..bukan di luar je kena lawa.

    ReplyDelete
  6. Kt rumah pkai bj kelawar ja. Suami pun nk termuntah tgk. Nk wat cmne, kt rumah rs nk rest2 ja... tp tkleh jugak. Kerja rumah mmg sentiasa tk abih kann

    ReplyDelete
  7. Siqah setuju sangat dengan point kak Fieza! Hii. Kalau kat rumah, siqah takdelah melawa pun. Hehe

    ReplyDelete