Jom korang..jom pi pasar..kat pejabat k.fiezz, setiap Selasa & Khamis hari pasar..Macam-macam bahan mentah ada..Kak fiezz pun salah sorang pengunjung tetap pasar tue..sebab beli bahan basah macam ikan, daging, makanan laut seperti udang.. Harganya pun lebih murah & segar gitu..Sayur pun ada..Kalau kawan pejabat k.fiezz paling suka beli sayur kampung sebab kat pasar je ada..pasaraya macam Aeon, Tesco, Giant..Susah nak cari..Kak fiezz rasa bukan kitaorang je yang suka ke pasar untuk dapatkan bahan-bahan mentah samaada kering ataupun basah..Semua pun suka..Sebab paling utama, harga lebih murah sikit dari pasaraya & barangnya lebih segar..

Kempen Jom Pi Pasar

www.fiezasani.xyz
Sumber : Google

eh..dah kenapa kak fiezz cerita pasal pasar pulak ni,kan..okey, sebenarnya nak story kat korang mengenai kempen 'Jom Pi Pasar' ni yang di laksanakan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur..Korang tahu tak inisiatif pihak DBKL ni untuk warga yang tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur khususnya terutama di kawasan perumahan awam seperti PPR (Program Perumahan Rakyat), pihak DBKL telah mengadakan kempen 'Jom Pi Pasar' ini sejak awal tahun 2017. Program ini dilaksanakan untuk membantu meringankan keluarga yang berpendapatan rendah. Semasa kempen Jom Pi Pasar ni dilaksanakan di kawasan pasar yang terpilih, kupon sebanyak RM20 diedarkan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan..

Mesti nak cakap, ala RM20 je..eh..rezeki jugak tu dapat kupon RM20..siapa nak bagi tu..Zaman ni serba serbi mahal chuolls..dan kempen ini pun disasarkan di kawasan yang mempunyai penduduk berpendapatan rendah..dan k.fiezz layak rasanya dapat kupon tu sebab k.fiezz duduk di kawasan perumahan yang dikategorikan itu..hehe...Nak check la bila kempen 'Jom Pi Pasar' ni akan buat kat area rumah k.fiezz pulak.. Nak jugak berbelanja secara berhemah di pasar..#janganjeles, hokay..hehe

Kempen 'Jom Pi Pasar' membantu golongan yang berpendapatan rendah


Selain dari mendapatkan bahan-bahan mentah di pasar, kak fiezz suka ke pasar kerana senang nak dapatkan produk seperti mihun, mee, kuew tiow dan banyak lagi makanan segera (fish cake, fish ball dan lain-lain) yang dikeluarkan atau diusahakan oleh usahawan bumiputera..Seperti kita tahu,produk yang dikeluarkan oleh usahawan bumiputera ni,kita dah tahu proses pembuatan produk tersebut..Jadi kita lebih yakin menggunakannya..

Secara tidak langsung menaikkan permintaan terhadap produk keluaran bumiputera.

Eh dah tercerita pasal produk bumiputera pulak..okey, sebenarnya nak share dengan korang kempen 'Jom Pi Pasar ni, pada kak fiezz sangat-sangat wajar diteruskan dan dilaksanakan secara berterusan kerana tujuan utamanya adalah untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah. Terutama buat mereka yang mempunyai keluarga besar, sumber makanan yang diperlukan juga lebih besar..Dengan harga barang yang boleh didapati dengan murah di pasar serta kupon RM20 ini, sikit sebanyak dapat mengurangkan beban ketua keluarga...Kebanyakan keluarga dari golongan berpendapatan rendah ni, hanya ketua keluarga sahaja yang mencari rezeki..manakala isteri di rumah menguruskan rumahtangga..Jadi faktor pembelian barang mentah samada basah mahupun kering, perlu dibeli mengikut bajet yang bersesuaian...

Jom pi pasar!!

Jom kongsi kenapa korang pun suka membeli bahan-bahan mentah di pasar?

53 Comments

  1. Annur memang prefer beli barang basah dekat pasar je berbanding di hypermarket. Kat pasar tani contohnya, banyak variety barangan iks atau kita panggil sebagai produk hiliran. Secara tak langsung, kita jugak membantu naikkan bisnes orang kita.

    ReplyDelete
  2. Program yang sebegini mampu meringankan sedikit beban bagi yang memerlukan

    ReplyDelete
  3. Zaza suka kalau pergi pasar ada byk2 sayur ikn.. Meriah.. Segar2 hehe.. Dpt kupon 20 tu mcm2 sayur blh beli

    ReplyDelete
  4. Wahh.... Bagusnya! Nina baru tahu ada nya program sebegini yang sangat membantu buat mereka yang memerlukan. RM20 pun besar jugak nilainya tuk pi pasar!

    ReplyDelete
  5. sha suka jugak pi pasar. banyak pilihan. murah hahaha😍😍

    ReplyDelete
  6. Lama dah tak pergi pasar.pasar best part pilih lauk..semua fresh2

    ReplyDelete
  7. Mmg bagus sgt program mcm ni. Rm20 tu sedikit sebanyak dpt tambah sikit2 mana yg kurang kan. Oklah tu, daripada xde kan ....

    ReplyDelete
  8. 20 ringgit mcm2 blh beli kt pasa

    ReplyDelete
  9. wow! dapat RM20 kupon percuma tu, kalau mrs pip, boleh penuh peti sejuk stok seminggu beli sayur ...

    ReplyDelete
  10. RM20 tu pegi pasar basah mcm2 gak boleh dapat. Untung la 👍

    ReplyDelete
  11. Seronok pergi pasar ni, macam-macam ada... Dapat pulak RM20, meriah!!

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Sha suka pergi pasar beli sayur & buah. Selain murah, byk pilihan & sayur segar-segar

    ReplyDelete
  14. Selalu kalau kat pasar ni, kelebihan dia masih fresh.
    Dan secara tak langsung, kita support orang berniaga kat situ... Diorang pun cari rezeki... =D

    ReplyDelete
  15. Bila nk buat kat damansara pulak. Takde ke? Hihi

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah. Sudah pasti rakyat rasa beruntung dengan program hasil inisiatif kerajaan ini.

    ReplyDelete
  17. Kita suka pegi pasar juga berbanding supermarket. Dkt pasar, kita boleh tanya mcm2 dkt penjual tu hihihi. Sesambil tu kita dpt ylg bantu penjual dkt pasar tu hehhe

    ReplyDelete
  18. Barang-barang basah memang wajib beli kat pasar sebab lagi segar dan murah. Bagus bila ada inisiatif macam ni. Bantu kurangkan beban rakyat.

    ReplyDelete
  19. tu lah kak fiez baru tahu ada kempen 'Jom Pi Pasar' ni. really helpful! tq kak fiez share :)

    ReplyDelete
  20. Alhamdulilah sekurangnya meringankan beban surirumah

    ReplyDelete
  21. bestnya dapat kupon RM20... boleh beli sayur untuk stok seminggu dua tu....

    ReplyDelete
  22. Bagus ada kempen macam nie kan, siap dapat kupon lagi..

    ReplyDelete
  23. bestnya program ini bagus sangat di adakan penduduk kl

    ReplyDelete
  24. Bagus betul program macam ni dapat beri kesedaran kepada masyarakat dan membantu golongan yang memerlukan.

    ReplyDelete
  25. bagus inisiatif utk warga KL yg kurang kemampuan kan...walau jumlah kecil tapi kalau diaorg bijak membeli memang banyak yg boleh diaorg dapat

    ReplyDelete
  26. RM20 tu boleh dpt mcm2 jugak kalau g pasar tu..jimat juga kan..

    ReplyDelete
  27. Suka pi pasar sebab bahan mentah kat pasar lebih segar dari pasaraya..

    ReplyDelete
  28. ALhamdulillah....yang kurang berkemampuan dapat merasa beli brg basah yang makin meningkat harga sekarang ni

    ReplyDelete
  29. anis klau beli brang basah memang pasar..memang bagus la mcm ni.. good info...

    ReplyDelete
  30. RM20 kalau bawa gi pasar macam2 juga boleh dibeli..

    ReplyDelete
  31. beli brg dkt pasar jaa..lg jimat..then masak dan makan dirumah..jimat hihi

    ReplyDelete
  32. di pasar semua sayurnya fresh...KG suka

    ReplyDelete
  33. best la ada pasar macam ni sebab harga lebih murah sikit & barangnya lebih segar

    ReplyDelete
  34. Kena bersyukur jgk..RM20 tuh boleh beli lauk pauk untuk makan dah..bagus program macam nih. at least boleh berjimat sikit kan.

    ReplyDelete
  35. Bestnyaa dapat kupon. RM 20 pun kira banyak jugak.

    ReplyDelete
  36. Beli Kat pasar lagi menarik.
    Alhamdulillah dapat kupon RM 20 bagus juga dari tiada langsung

    ReplyDelete
  37. Syok g pasar sbb byk pilihan...

    ReplyDelete
  38. Seronok ke pasar sebab byk pilihan dan segar-segar belaka

    ReplyDelete
  39. Makanan murah kat pasar ni. Irra beli kek pon rm25. Sedap pula tu

    ReplyDelete
  40. Will share this infor to my friends.

    ReplyDelete
  41. Lama juga kmi xke pasar..sejak ada baby dan anak ramai hehe

    Tp, pasar ni best. Semua barang FRESH

    ReplyDelete
  42. RM20 tu nampak mcm kecik nilainye tapi kalau beli sayur banyak dapat taw.hehe.

    ReplyDelete
  43. Tahniah kerajaan WP atas inisiatif yang memfokuskan rakyat! - Mak Lin, Blog #CeritaMak

    ReplyDelete
  44. Lama juga x pergi pasar malam. Lepas ni leh pergi

    ReplyDelete
  45. RM20 tu macam-macam boleh beli. mesti seronok mereka yang terpilih dapat bantuan ni

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  46. walaupun rm20 tapi ianya sangat bernilai juga pada yang kurang kemampuan

    ReplyDelete
  47. Bagus program ni. RM20 tu kira besar juga bagi orang yang memerlukan

    ReplyDelete
  48. menarik program mcm ni..kupon tu pun memang bagus sekurang2nya dapat kurangkan sedikit kos kita kan

    ReplyDelete
  49. Fiez lanjer kak anaana kat pasar makan cendol buleh :)

    ReplyDelete
  50. Usaha murni Kementerian Wilayah Persekutuan perlu diteruskan demi kesejahteraan orang ramai.

    ReplyDelete
  51. Banyak juga kupon rm20 tu. Boleh beli banyak juga barang di pasar.

    ReplyDelete
  52. wau..boleh beli lebih lagi la barang kat pasar tu

    ReplyDelete
  53. Woww tapiii dekat KL je kan kak fieza. Tak best la heheh

    ReplyDelete