Total Pageviews

First Time Cuba D-Box Sambil Layan Tomb Raider 2018

12:03

D Box

Haritu k.fiezz & mr hubby tengok wayang citer Tomb Raider ni..Mr hubby saja try amik D-Box ni..kak fiezz masa mula-mula, apa menda la D-Box ni..haha..maklum la ketinggalan sikit..Lepas dah masuk tu, baru tau apa ke menda D-Box ni..Rupanya kerusi yang akan bergerak-gerak ikut pergerakan dalam citer nanti..Boleh adjust nak gerakan yang kuat atau sederhana..kak fiezz  pilih yang sederhana je..Neves gak ni, acane la dia punya gerak tu kan..Harga tiket..ermmm, boleh tahan..korang zoom la kat tiket bawah ni..Sesekali boleh la..Kalau selalu, mau vengsan..haha..

Best ke citer Tomb Raider ni?

www.fiezasani.xyz

Review Tomb Raider pada kak fiezz 


Berkisarkan pasal Lara Croft..harus la kan..tapi yang ni versi dia masa muda remaja..Bagi kak fiezz jalan citer dia pasal Lara masa baru nak berkecimpung dengan dunia adventure..Best la jugak sbb macam kita tahu la citer ni penuh dengan aksi-aksi..Cuma mr hubby tak suka sebab katanya Lara yang ni lembik..Kena pukul..Kalau Lara (anjalina jolie), dia yang pukul orang..tough..tapi Lara hat remaja ni dia yang kena pukul..Bila terjatuh, dia dah mengaduh duh duh..haha...tapi overall jalan cerita dia boleh tahan & best pada kak fiezz..Penuh dengan aksi dan tak boring tengok...

Duduk pulak kat kerusi D-Box ni, memang terasa gerakan setiap aksi-aksi..jantung berdegup pun ada rasa gak...haha...

Sinopsis Tomb Raider 2018

Lara Croft (versi remaja) mencari misteri kehilangan ayah dia beberapa tahun yang lepas. Semasa proses untuk menandatangani surat menerima harta dari ayahnya, Lara terjumpa clue mengenai ayah dia..Dari clue tersebut, ayah Lara telah mengamanahkan dia untuk memusnahkan segala bukti mengenai hasil kajian ayahnya mengenai suatu penemuan bahan bersejarah tetapi Lara mencari ayahnya di tempat sejarah tersebut kerana ayah dia hilang di situ..

Akhirnya Lara berjaya sampai ke tempat tersebut & ditemui sekumpulan orang yang menghuni pulau tersebut, yang juga untuk mencari bahan sejarah seperti hasil kajian ayah Lara..tetapi kumpulan tu baik kah?Berjaya kah Lara menemui ayah dia?

Tunggu ditayangkan di TV..kat panggung, tak pasti masih ditayangkan lagi ke tak sbb citer ni release bulan March haritu..

You Might Also Like

5 Comment

  1. Moga Raya ni masuk tv pulak. Hehehe...

    ReplyDelete
  2. uish macam best je dbox ni tapi harga boleh tahan haha nanti nak kena usha usha la movie ni, mcm best je

    ReplyDelete