Seronok ke Movie KL Special Force?
KL Special Force
Semalam k.fiezz & mr hubby pi tengok wayang citer KL Special Force ni..Dengar review semua komen positif & bagi rating tinggi..Tu yang buatkan mr hubby berminat nak tengok..Kalau tak, mr hubby tak layan weiii filem melayu..Tunggu time raya je, confirm keluar kat tv..haha..Jadi dah ramai bagi rating best, moh la kita tengok..
SINOPSIS
Cerita ni berkisar mengenai satu kumpulan perompak yang aktif merompak bank dikenali sebagai GENG ANARKIS dan dikehendaki oleh Unit Khas PDRM diketuai oleh Roslan (Rosyam Noor). Ketua geng Anarkis, Ashraff (Syamsul Yusoff).
Bermacam cara pihak polis cuba untuk gagalkan operasi kumpulan ni dan menangkap kesemua ahlinya tapi gagal..Ashraff cuba merasuah anggota polis untuk jadi 'hantu' dorang..Untuk memudahkan dorang melakukan aktiviti merompak tanpa diganggu oleh pihak polis. tetapi berjaya kah taktik Ashraff ni?Geng Anarkis ni hanya hanya mensasarkan rompakan di satu bank sahaja iaitu kepunyaan Dato' Mior (Mahmud Ali Bashah)..dan Dato'Mior mencadangkan Zul kepada pihak atasan PDRM untuk bergandingan dengan Roslan bagi menangkap perompak yang merompak bank beliau..selepas kegagalan Roslan untuk menangkap kumpulan itu...
Kemunculan Zul (Fattah Amin) untuk menjadi partner Roslan tak begitu elok sebab dua-dua saling mengesyaki antara satu sama lain menjadi orang dalam Ashraf...Roslan tuduh Zul, Zul tuduh Roslan..dan kebanyakan bukti menjurus kepada Roslan..Tambahan pulak Roslan ada masalah dengan isteri dia yang tak berapa nak faham kerja dia sampai kena tengking la kat parti harijadi anak dorang dan masalah kewangan jugak rasanya bila part isteri Roslan mintak duit kat dia untuk bayar bil & ada RM5 je dalam dompet dia..huhu..
Jadi siapa antara Roslan & Zul yang jadi orang dalam Ashraf, haha..Betul ke Roslan?kenapa kumpulan Anarkis hanya merompak dari satu bank sahaja?Sila la ke pawagam berdekatan..haha
REVIEW K.Fiezz
Overall jalan cerita dia 3 bintang la k.fiezz bagi..okey tapi boleh diperbaiki terutama dari segi teknik CGI tu..tak berapa real sangat..Aksi memang banyak dan dialog kurang...perjalanan cerita pun tak la slow sangat dari satu babak ke satu babak..sambil tengok cerita ni, kalau rajin sila la kira berapa biji keta dirosakkan..uihh, macam citer hollywood je yang selamba rosakkan keta-keta..
10 Comments
wow2..mcm best..:)
ReplyDeletekalau CGI tak best, tak syok lah layan dekat panggung
ReplyDeletewahhh akak dah pergi tengok ye! Tengok belakang tadbir cam best. Certa aksi tu ciktie suka
ReplyDeleteBelum sempat tengok, nak masuk panggung bawak dua ketui ne tengok cerita aksi pulak
ReplyDeleteBape banyak la modal beli kereta2 ug dimusnahkan tu..jalan cerita nampak menarik...nanti kalau sempat nak tgok..kalau x sempat bleh la tunggu astro first
ReplyDeletetak tengok lagi filem ini...mesti best kan akak.
ReplyDeleteni yang lemah ni kalau CGI tak best ...
ReplyDeletebukan keseluruhan CGI nya tak bagus
ReplyDeleteso far okay cuma bab darah tu jer lah kadang2 spoil sikit
bestnya..dah lama tak tengok wayang.huhuhuh
ReplyDeleteTeringin nak tengok tapi entah la bila yang free...
ReplyDelete