Total Pageviews

Nak Tahu Sejarah Menara Condong Teluk Intan

10:41

Ke Menara Condong Teluk Intan

Adeh..kebizian sungguh k.fiezz..actually bukanlah bizi benor pun..dah baper hari, sakit tengkuk kat belah belakang..tapi tak pe, harini dah okey sikit lepas tuam dengan ais..legaaa..baru ada idea nak menaip..jom k.fiezz nak kongsi dengan korang pasal sejarah menara condong teluk intan ni?siapa pernah sampai ke sini?k.fiezz walaupun orang perak, tak pernah jejak lagi ke sini...Kebetulan masa ke Lumut sambut birthday Ariff haritu, kitaorang ikut jalan lama..Jadi lalu kat area Teluk Intan, singgah la ke sini..Sebab nak ambil gambar dengan Menara Condong Teluk Intan ni..haha..gigih..

Nak tau sejarah Menara Condong Teluk Intan ni tak?

Sebelum tu k.fiezz share gambar kat depan menara condong teluk intan ni...Nampak tak kecondongan dia tu..Nampak kan...

www.fiezasani.xyz

www.fiezasani.xyz
Ni dari belah hadapan Menara Condong Teluk Intan...Ada tulis sejarah Menara ni kat buku tu...

www.fiezasani.xyz
Ni kat sekitar Menara Condong jugak..ada lukisan...

Sejarah Menara Condong Teluk Intan

Menara ni dibina pada tahun 1885 oleh Kontraktor Leong Choon Chong. Asalnya menara ni menempatkan tangki air untuk dibekalkan ke bandar Teluk Intan kalau berlaku kemarau atau kebakaran. Pernah juga menjadi penanda waktu dan penunjuk arah laluan kapal ke Pelabuhan Teluk Anson dulu.

Kecondongan menara ni selalu dibandingkan dengan Menara Condong Pisa, Itali. Tapi menara ni cuma ketinggian 25 meter dengan 110 anak tangga berbanding Menara Condong Pisa yag berketinggian 55 meter.

Walaupun dari luar bangunan ni seperti 8 tingkat tetapi sebenarnya hanya 3 tingkat sahaja. Diperbuat daripada struktur kayu & batu. Lapisan bawah bangunan berukuran garis pusat 13 meter dan semakin menguncup ke atas berukuran garis pusat 8.2 meter.

Harini Menara Condong Teluk Intan hanya berperanan sebagai menara jam. Jam yang dipasang di dalam diletakkan pada tahun 1894 dan di beli dari London hasil J.W. Benson-Ludgathy.

**Info ni kak fiezz taip semula dari gambar yang ke-2..

Apa Yang Menarik di Sekitar Menara Condong Teluk Intan

Menara ni terletak di tengah jalanraya..Tapi boleh la berhenti untuk bergambar ke apa..Cuma selain dari Menara ni, tak ada tarikan menarik di sekitar dia..selain ada deretan kedai-kedai termasuk kedai makan..Kalau korang singgah ke sini & perut dah berbunyi boleh la berhenti makan di mana-mana kedai yang ada kat sekitar ni...K.fiezz tak pasti yang mana sedap sebab tak ada cuba mana-mana pun..Kitaorang try cari Mee Rebus sbb ada kawan mr hubby orang Teluk Intan yang cadangkan tapi rasanya kedai tu mungkin dah tutup..Bila guna maps, jumpa lokasi yang diberitahu tapi tak nampak sebarang kedai mee..Jadi kitaorang terus gerak balik ke Kuala Lumpur...

You Might Also Like

5 Comment

  1. ada banyak kedai makan sedap-sedap area menara tu. Sambil makan boleh bergambar sekali

    ReplyDelete
  2. tak pernah lagi sampai ke sini..harap satu hari nanti sampailah

    ReplyDelete
  3. tak pernah pergi lagi dekat sini.bestnya akak pergi jalan2.

    ReplyDelete
  4. cantik menara tu ... best juga bila dpt baca sejarah menara ni ...

    ReplyDelete
  5. Tak pernah pergi lagi menara condong ni... Teringin nak pergi selfie depan tu. Hehe...

    ReplyDelete