Kat Mana Nak Beli Mask Korea Murah ?

15:38

AU FAIRY SKINCARE

Kak fiezz nak share dengan korang mask Korea murah yang kak fiezz dah cuba baru-baru ni iaitu AU FAIRY Skincare..Kak fiezz suka sangat mask korea ni sebab selain original dari KOREA. Kandungan mask ni menggunakan bahan-bahan sumber alam. Harganya yang berpatutan juga menjadi salah satu faktor, kenapa kak fiezz jatuh cinta dengan AU FAIRY SKINCARE ni..Bagi kak fiezz harganya yang murah, mungkin kenapa Au Fairy Skincare jadi pilihan ramai pengguna yang suka mask dari Korea ni..

Jenis mask Au Fairy Skincare


Au Fairy Skincare ada 4 jenis yang terdiri daripada 

www.fiezasani.xyz

Rangkaian mask AU FAIRY SKINCARE

www.fiezasani.xyz

2x Hydration Sheet mask with Seaweed Extract

*Sesuai untuk semua jenis kulit
*Melembapkan & melegakan kulit wajah
*Memulihkan keseimbangan kulit

Berfungsi untuk pemeliharaan kulit berganda dengan kandungan esktrak rumpai laut. Sesuai untuk kulit yang terlampau kering. Dengan kandungan ekstrak rumpai laut, dapat membantu menenangkan kulit wajah serta menambah tahap kelembapan serta keseimbangan yang jelas untuk mendapatkan hasil yang terbaik...

www.fiezasani.xyz

Honey Potion Nourishing Mask

Superfood Real Honey Sheet Mask
Sesuai untuk kulit yang ada masalah jerawat yang agak teruk kerana masalah tekanan

Khusus untuk melembapkan dan melegakan tekanan kulit. Madu seperti yang kita tahu berfungsi sebagai makanan terbaik untuk kesihatan kulit kerana antioksidan & antimicrobial.


www.fiezasani.xyz

Bliss Berries Brightening Mask - Berries Essence

Mask mengandungi pati beri (blueberry / black mulberry / chinese wolfberry & strawberry) yang bersifat antioksidan.

Sesuai untuk kulit kusam dan letih terutama selepas penat bekerja sepanjang hari.

Mengandungi intipati beri yang kaya dengan vitamin dari empat jenis beri, mask ini membantu mencerahkan kulit kusam. Hanya rileks & biarkan ia merawat sambil merehatkan wajah kita yang keletihan dan kusam kerana kesibukan bekerja.


Pearl Pixies Whitening Mask - Pearl Essence

Mengandungi serbuk mutiara

Sesuai untuk kulit yang bermasalah dengan pigmentasi sekitar pipi serta lebam di bawah mata dan kawasan bibir.

Berfungsi untuk membuatkan kulit lebih berseri dari dalam. Dengan penggunaan yang kerap dapat melindungi kulit dari kusam dan menjaga dari sinaran UV.

HASIL REVIEW MENGGUNAKAN SENDIRI AUFAIRY SKINCARE MASK

Kak fiezz dah cuba sendiri AuFairy SkinCare Mask ni, korang boleh rujuk video kat bawah ni yang berdurasi 1 minit..cewah..siap bitau berapa minit..haha..kisahnya sebab nak post kat IG..Mana boleh video panjang..1 minit ke bawah je..Jadi harap faham la suara kartun k.fiezz tu..hehe...



Rumusan dari kak fiezz guna sendiri AuFairy Skincare ni, mask jenis topeng berwarna hitam..Sangat banyak pati yang ada dalam 1 bekas ni..Lepas tanggalkan mask,kak fiezz boleh rasa kulit lebih lembut dan anjal..gitu..tapi kena konsisten la yea untuk mendapat kesan seperti yang kita nak...Jangan risau, mask ni sesuai untuk semua jenis kulit..Kak fiezz kulit kombinasi & lepas pemakaian mask, tak ada sebarang masalah macam gatal-gatal ke apa..alhamdulillah...Risau jugak,kan..tapi mungkin intipati kandungan mask ni berasaskan sumber alam jadi tiada kesan sampingan yang negatif pada kulit...

Harga pulak, bagi k.fiezz sangat murah..RM4.90 sahaja..oemgeee..murah okey...Boleh dapatkan secara online di www.yoskin.com atau www.hermo.my..

Actually ada diskaun 10% dengan kod AUFAIRY10..tapi hanya valid sebulan dari tarikh yang k.fiezz post video atas ni di IG..Kak fiezz post pada 12 Mac 2018..So kalau korang nak grab, boleh lagi...

You Might Also Like

8 Comment

  1. wah tak beli lagi mask ni..mcm best jer.

    ReplyDelete
  2. seminggu sekali or dua kali wajib tempek mask pada muka

    ReplyDelete
  3. mrs pip prefer beli di hermo lepas tu beli thru shopback, dapat lagi extra penjimatan.. :))

    ReplyDelete
  4. comelnya gambar kat packaging tu. seronok pakai mask kan lama dah mama x pakai

    ReplyDelete
  5. Bestnyaa ada 4 jenis. Lain-lain semuanya ye kak. Tapi kalau kena buat pilihan sah-sah ciktie pilih yang warna purple tu

    ReplyDelete
  6. murah kan kak..saya dah falling in love dengan mask ni

    ReplyDelete