Photoshoot di Tepi Pantai

Wah..kemain photoshoot di tepi pantai, gitu..okey, ni sambungan entry k.fiezz yang INI..k.fiezz ada inform nak kongsi gambar-gambar masa kitaorang photoshoot di tepi pantai dekat hotel yang kitaorang menginap ni..Ini la gambornya..tak plan pun nak bersesi photoshoot kat sini..k.fiezz tak bawak handphone pun masa ni..so guna handphone adik ipar k.fiezz.dorang guna Iphone pulak..so tau la kan gambar2 guna Iphone memang cun + pemandangan dia pun menarik..

Masa kitaorang jenjalan ke sini, air tengah surut..Ramai la orang kat tepi pantai..Ada yang tengah cari remis/kerang..tak pasti la cari apa..tapi ada yang sampai ke tengah duk mencari remis/kerang/siput ni..Siap ada yang menjala sampai ke tengah laut..Gigih nak mencari hasil laut segar..Kitaorang tengok je lah..

K.fiezz belajar la sikit2 dengan biras k.fiezz pasal siput/remis..maklum la ai kan orang Kay Ell..haha..siput pun tak berapa kenal..yg tau siput sedut dengan siput oink oink tu je..rupanya ada siput lain yg melekat kat celah-celah batu tempat kitaorang berjalan ni, boleh di makan..haha..boleh meh..sorry la k.fiezz kureng sikit makan eksotik ni..haha..siput sedut tu pun k.fiez tak reti nak makan..penah rasa tapi mr hubby yg tolong sedutkan..

www.fiezasani.xyz

Amboi fefeling sangat mak mertua k.fiezz ni..suh tangkap gambar posing ni, dia nak tukar gambar profile kat FB...hehe

www.fiezasani.xyz

K.fiezz dengan mama + 2 biras 

www.fiezasani.xyz

Mikior apa tu, ika..

www.fiezasani.xyz

Yang ni k.fiezz + mama + 2 biras + sorang adik ipar

www.fiezasani.xyz

Hotel yang kitaorang menginap, tu yang belakang tu..

Dah cantik view tapi masa jalan kaki kat tepi2 pantai nak ke hotel semula, nampak sampah-sampah bersepah kat situ..Siap pampers pun ada..adehh..Gunala kesedaran sivik sikit, weiii..Kalau berkelah tu, siap2 la bawak plastik ke apa..Kalau macam kat sini, tong sampah tak disediakan tepi pantai..jadi  ada sampah, letak dalam plastik..Dah sampai mana-mana, nampak tong sampah sila la buang..Jangan la ikut sedap je membuang..tak tau la sampah-sampah tu orang yang berkelah kat situ buang atau dari laut..tapi apapun kalau berkelah di tepi pantai, sila jaga kebersihan..

k.fiezz bukan la nak cakap k.fiezz pembersih sangat..tapi kalau ada sampah & tak ada tong atau tempat nak buang masa tu, k.fiezz letak dalam beg dulu..Lepas tu nanti ada jumpa tong sampah mana2 baru k.fiezz buang..Rasa bersalah buang sampah sesuka hati..Lagipun cer korang fikir yang mana ada anak-anak, korang buang sampah sesuka hati..anak nampak..tak ke anak ikut..Jangan la marah kat anak tu, buang sampah sesuka hati kalau dah mak pak yang ajar..hmm..fikir-fikirkan la..melentur buluh biarlah dari rebungnya..


3 Comments