Makan Malam Di Miker Ipoh
Kedai Makan Malam Di Ipoh
Hai korang..sorry, agak busy minggu lepas..tak dan nak update blog..kak fiezz kena kursus di Melaka dari Jumaat sampai Ahad..fuhhh..sibuk rasanya minggu lepas..7 hari bekerja..Nak buat macamana kan..Salah satu tugas juga kena kursus tu..Jom kak fiezz nak kongsi salah satu kedai makan malam di Ipoh..Kak fiezz ni tak la pakar sangat pasal kawasan Ipoh ni walaupun mr hubby orang situ..Jadi tempat-tempat makan area Ipoh ni, kak fiezz tak tahu sangat yang mana sedap ke tak..Cuma kak fiezz boleh cadangkan pada korang je kalau2 korang ke Ipoh ni..
Miker, Ipoh
Kedai makan Miker ni, mama yang cadangkan..Makanannya sedap kata mama..Moh la kita cuba..Bagi kak fiezz sedap tu subjektif..Tapi tak salah nak try..Kalau sedap, kita boleh ulang selalu..kalau tak sedap, kita cari la kedai lain..ngeee..Nama kedai ni Miker..Sesuai la kan nak gambarkan ke'perak'an tu dengan nama tu..Kalau korang nak tau 'miker' ni dalam loghat perak..Kak fiezz pun tak pasti maksud miker ni apa?Hasil google, miker ni bermaksud = kamu, engkau, kau..cuma ejaan perak, dieja "mike"..kenapa ada r di hujung tu, idok la kak fiezz pasti..kena tanya owner la kalau gitu.. hehe..Tak pe, abaikan pasal nama kedai ni..Yang penting nak kongsi menu-menu kat sini..
Menu kat Miker Ipoh ni ada menu-menu malaysia macam gambar ke-empat dan juga menu omputih..Harganya agak berpatutan juga..
Kedai Makan Miker Ipoh..Terletak di Padang Ipoh..Masa ke sini, ramai orang weiii..Kena beratur nak dapatkan meja kat sini..
Baru dapat meja..Kena tunggu dalam 10-15 minit sebelum dapat meja...Nanti ada staff Miker yang akan assist kita..Dorang akan tanya berapa orang yang datang & dorang akan beritahu bila ada meja kosong..Idok la korang tercari-cari meja kosong..
Sila abaikan rambut aiolls yang berserabut tu...Tak kose nak betulkan masa ni...
Menu pertama yang sampai - Pizza..Harga RM16 + RM2 (for extra cheese)..
Rasa - Serius sedap kalau ikut tekak kak fiezz ni...Roti dia pun lembut & gabungan rasa topping pizza ni, memang sedap..
Menu kedua - Chicken Chop..Yang ni kak fiezz lupa berapa ringgit..Ni anak buah yang makan..tak pasti sedap ke tak...
Set tomyam untuk 5 orang makan..Cuma kena tambah nasi dalam 3 pinggan sebab dalam set ni untuk hidangan 2 orang..Harga set ni RM25 ++ & tambahan ayam sambal petai..
Rasa - sedap & boleh tahan..Cuma kak fiezz tak berapa suka yang kobis masak tumis tu..Macam tak kena dengan set tomyam ni..
Total makan kat sini RM70++
So kalau korang ke Ipoh & tak tahu nak makan malam kat mana..Boleh la cuba menu-menu Malaysia & Western di Miker Ipoh ni...
10 Comments
nampak sedap dan menarik tom yam dalam kelapa.
ReplyDeleteOkey.. Sedap rasa dia..
DeleteWow cheese boleh tarik panjang2 Tu.. mmg nampak sedap sesuai tekak mama ni nanti boleh lah cuba
ReplyDeleteBoleh mama. Kalau sampai kat ipoh ni, tak tau nak makan kat mana, boleh cuba ke sini.
DeleteSedapnya kak...lapar lah pulak..
ReplyDeleteTengok gambar pun sungguh menyelerakan
ReplyDeleteuii..pizza tu sdap..:)
ReplyDeleteuish... happening makan makan tu FS ... sedap pizza tu.
ReplyDeleteuish terliur sha kak, dah la tengah hitung jam nak lunch ni haha. kalau sampai ipoh nanti bolehlah try
ReplyDeleteChicken chop my favourite food too..tomyam tu my fav too..oh tomyam tu letak dalam kelapa.pizza tu pun nmpk sedap jgk..semuanya sedapp.
ReplyDelete