Hotel Daddys Inn Lumut | Cuti-Cuti Santai
Cuti Seminggu
Hai korang..kak fiezz berblog semula selepas seminggu lebih cuti-cuti..ke mana pulak vacation kak fiezz & family untuk permulaan tahun 2018 ni..kawan-kawan ofis kak fiezz, masa kak fiezz mention minggu lepas cuti deret seminggu, 2-3 orang duk tanya..'hah kak fieza gi mana ni cuti lama-lama'..haha..adeh..dah kena cop kalau cuti lama-lama mesti main cuti ke oversea..Tak la..untuk permulaan tahun 2018 ni, kak fiezz cuti-cuti dalam Malaysia je..Kat negeri kelahiran sendiri.. ;)
Ke mana kita ney?
Jom jom cuti-cuti ke Lumut..Kak fiezz & mr hubby plus dengan family belah kak fiezz & mr hubby..
Memandangkan percutian ni ramai, jadi menginap kat hotel Daddys Inn ni, mr hubby booking 3 bilik..Dua bilik ada dua katil queen bed & 1 bilik lagi satu katil queen bed..tapi masa lepas check in haritu, tambah satu lagi bilik katil single sebab macam sempit je satu bilik tu ada 5 dewasa + 1 budak (family mr hubby)..
Best ke Hotel Daddy Inn Lumut ni?
Overall not bad..dari 5 bintang, kak fiezz bagi 3.5 bintang..Kedudukan hotel Daddys Inn Lumut ni di tepi jalan & berdekatan dengan salah satu kedai makan yang kak fiezz & family terjah malam 1st kitaorang menginap kat sini iaitu kedai makan STEAMBOAT dan sebelah tu ada satu lagi kedai makan. Berdepan dengan 2 kedai ni, ada satu lagi tempat makan iaitu Restoran Nasi Ikan Bakar..dekat tu dari hotel ni ke situ tak ada la boleh jalan kaki..Kena naik kereta dalam beberapa minit je lebih kurang..sat je dah sampai kat situ..
Kalau nak ke pekan Lumut untuk beli belah barang-barang hasil laut, jarak dalam 3 minit dari hotel ni...dan nak ke Teluk Batik untuk berkelah, lebih kurang 10 minit dari sini..Berdekatan hotel ni agak kurang strategik la untuk kak fiezz sebab tak ada sebarang kedai-kedai runcit berdekatan..Cuma di kaunter hotel ni, ada la jual air/jajan untuk kudap-kudap makan dalam bilik..
Jom tengok dalam hotel ni pulak..
Bahagian hadapan waktu malam..
Di pintu masuk ke reception hotel..
Kat lobi hotel..
Ni bilik kak fiezz & mr hubby..Katil queen bed..
Kelengkapan - TV/penyangkut baju/cerek eletrik/air mineral & 2 gelas..Kopi/Teh/Gula/Creamer tak ada disediakan yea korang..Hotel bajet.. ;)
Plug untuk charge battery handphone/camera, jangan risau dalam bilik ni ada 2 tempat..satu bawah tv ni..dan satu lagi kat sebelah katil..So sambil baring tu, boleh la melayari internet kat handphone..
WIFI hotel dalam bilik laju..tapi kalau guna data sendiri, line agak slow..Macam kak fiezz guna Digi coverage dalam bilik mmg out..Kitaorang nak call tanya pukul berapa nak keluar ke apa, guna Whatsapp call je..
Dalam bilik air..tak ada berus gigi/sabun/syampu...yg dlm bekas warna hijau tu la sabun badan/syampu & sabun basuh tangan..pakej 3 in 1..Ada disediakan 2 helai tuala badan & 1 tuala kecil..
Rate bilik kak fiezz & mr hubby ni RM80 / semalam..
Kalau korang ada sebarang masalah, kakitangan hotel ni friendly..Mr hubby baca review sebelum booking hotel ni, ramai bagi rate agak bagus sebab staff dia friendly...Yup, mmg diakui pun..Kalau nak tanya tempat makan yang best area Lumut, boleh tanya dengan staff sini..Nanti dorang akan suggest yang mana sedap & harga berpatutan..atau apa-apa pertanyaan lain, rasanya staff sini boleh bantu..
Kalau korang bercadang nak ke Lumut & tak ada bajet yang tinggi, boleh menginap kat Daddys Inn Lumut ni..Rate yang berpatutan & murah...
9 Comments
Bestnya jenjalan walau dalam Malaysia..SA ni mak tgh sakit..so apa jer plan bercuti kena la batalkan..erm..takpe la kan...tapi macam menarik la pi lumut..dh pernah sampai tp x pernah la stay kat situ
ReplyDeleteRabia pergi bercuti tahun baru cina nanti..huhu..asyik mengadap assigment je.sakit mata dah.so dgn bercuti boleh release tension
ReplyDeleteCiktie tak berpeluang lagi untuk pergi ke Lumut! Insyaallah kalau ada peluang boleh singgah menginap kat sini
ReplyDeletemurah...tv siap flat screen lg..lg best wifi laju
ReplyDeleteEh ok lah harga semalam tak sampai 100 pun
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteok juga hotel ni, msk dlm list juga hehehe
ReplyDeleteNampak selesa kak bilik dia. Lokasi pun strategik.
ReplyDeleteharga affordable dgn bilik hotel yang menarik ...
ReplyDelete