Goodnite's Love Series | Apa Yang Bestnya Tilam Baru Dari Goodnite Ni
TIDUR BERKUALITI
Hai..korang..kak fiezz nak tanya?korang tahu cara untuk dapatkan
tidur yang berkualiti?Selain dari waktu tidur yang mencukupi, pemilihan tilam
pun memainkan peranan penting untuk mendapatkan tidur yang berkualiti..Dulu kak
fiezz ni kurang sikit menitik beratkan pasal tilam ni..Janji selesa, letak
badan atas tilam sedap & tidur lena..dah cukup tu..tapi lepas kahwin dengan
mr hubby ni, dia seorang yang agak pentingkan kualiti tilam jugak sebab
memainkan peranan yang penting..dulu masa mula-mula kahwin, kitaorang guna
tilam biasa je sbb kurang sikit dari segi bajet nak beli yang mahal-mahal jadi
kita guna je la tilam yang biasa tapi kesannya mr hubby mengalami sakit
belakang..Bila mr hubby google, jawapannya pemilihan tilam yang
salah boleh menyebabkan masalah tu..
Tilam yang bagus memainkan peranan paling penting kerana
memberikan sokongan pada badan kita semasa kita tidur dan memastikan berat kita
tidak tumpu pada satu bahagian sahaja yang memberikan postur tidur yang salah.
Bila postur salah, itu yang menyebabkan masalah sakit belakang..
PENGGANTIAN TILAM SETIAP 10 TAHUN SEKALI
Korang tahu tak, kita sebenarnya digalakkan untuk menggantikan
tilam sekiranya berkemampuan untuk setiap 10 tahun sekali. Macam kita tahu
la bila tilam tu dah lama, segala debu atau kotoran ada..Tambah dah dikumpul
bertahun-tahun, korang rasa kotoran tu banyak mana agaknya kat tilam walaupun
tak nampak kotoran tu secara mata kasar tetapi ia dah terkumpul di dalam tilam
kita..Nak basuh tilam,fuhh berat weiii...Jadi kalau ada bajet lebih, sila la
tukar tilam setiap 10 tahun sekali..Untuk pasangan yang dah berkahwin atau
bakal berkahwin, sila bincang elok2 untuk pemilihan tilam bagi keselesaan
bersama, okey..Jangan gaduh-gaduh..hehe..Nak beli tilam apa?Jom kak fiezz
nak suggest ni..
GOODNITE MATTRESS
Kenal tak jenama Goodnite ni?Takkan tak kenal..Dah bertapak di
Malaysia sejak tahun 1989 lagi. Dan mampu bertahan sehingga ke hari ni kerana
kualiti tilamnya yang dah dikenali ramai.
Korang tahu tak Goodnite
baru sahaja melancarkan keluaran terbaru tilam dorang iaitu Goodnite's
"Love Series"..
Eternal Love
First Love
Forever Love
True Love
Goodnite's Love Series
Apa istimewanya keluaran terbaru Goodnite ni iaitu Goodnite's
Love Series..Setiap tilam mempunyai 5 zone pocket yang berbeza untuk
pastikan tulang belakang berada pada posisi yang betul sepanjang malam. Ramai
yang bagi feedback baring atas tilam ni macam ala-ala tidur
kat hotel, chuolls..Kita kalau pi ke hotel kan paling suka tilam dia sbb
empuk..sedap je tidur..So Goodnite's Love Series ni memang
memenuhi piawaian tilam spec hotel..dan ramai pelanggan
Goodnite terdiri dari hotel-hotel terkemuka di Malaysia.
Untuk info, tilam Goodnite's Love
Series adalah StatFree serta diperbuat dari G-Latex
Premium Natural Latex di bahagian atas..Jadi kita akan selesa baring
kat atas tilam Goodnite's Love Series ni...Ni kalau jam bunyi
pun, rasanya tekan butang off kat handphone tu..Penangan Goodnite's
Love Series..
Maklumat lanjut Goodnite's Love Series ni, korang
boleh rujuk di ~
Website : http://goodnite.com.my/
20 Comments
Tilam yang empuk buat kita tidur lena dan nyenyak sepanjang malam. Rasa nak tak bangun dah kan bila dah baring hehe
ReplyDeleteEmpuk betul tengok tilam tu. Harga pon mesti empuk jugak kan... ekekeke... Tak pernah tukar tilam lagi. Rasa macam nak kena tukar tu sebab dah terasa dawainya ☺☺
ReplyDeletewahhh memang stailo lah rekaan tilam2 goodnite ni! Cantik! Betul juga. 10 tahun tu pun kira lama sangat dah sebenarnya kalau nak dikira jumlah kuman yang dah beranak pinak. haha. kalau di kampung dulu selalunya jemur. XD
ReplyDeleteTepat dengan masa. Mmg tengah cari tilam utk katil kat bilik sy. Boleh lah jenguk2 nanti ke cawangan Goodnite. Nampak empuk dan selesa sekali tilam nya ya
ReplyDeletegoodnight memang jenama yang tak asing lagi... tilam kat rumah neeza pun jenama goodnight.. memang selesa sangat.. apapun nampak macam best series keluaran baru dari goodnight ni
ReplyDeleteEnternal live tu nama cantik dan eksklusif sangat designnya kak Fieza. Suka sy tgk.Mesti tilam ni sangat selesa dan empuk.badan pun tak sakit kan. Harga mesti mahal tapi seanding dengan kualiti yang diberikan
ReplyDeleteWah bestnyer kalau dapat tidur di tilam yang empuk macam ni.
ReplyDeleteSekarang tidur pun selalu terlwat bangun, kalau kat tilam ni maunya taknak bangun terus..hehe
Baca pasal tilam forever love ni pun dah buat mata terkulai layu..
ReplyDeleteCantik tilam goodnite ni..tp harganya dh tentu mahal kan..jenuh telan air liur..but memang setuju tilam dia sangat kualiti
ReplyDeleteNampak menarik dan pastinya empuk. Puas tidur dgn tilam mcm ni.. ada rezeki tak salah rewardkan diri dgn tilam Goodnite's Love Series ni.. Mmg puas hati :)
ReplyDeletetilam ni mmg best utk tidur ni..nyenyak betul klu tidur ni..
ReplyDeleteconfirm lena tidur atas tilam Goodnite yang empuk ni.. kesihatan badan dan tulang pun terjaga
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
Kalau dapat tilam ni memang lena lah tidur jawabnya. Betul tu tilam, bantal penting untuk jaga postur badan. Selalu sakit leher walopun bantal penuh satu katil. Kene tukat bantal nampak gayanya ni. Tapi mahal ni. Menangis nak beli.
ReplyDeleteTilam tebal gini mau tak bangun pagi, haha.
ReplyDeleteInfo menarik ni. First time gak tahu kena tukar tilan setiap 10 tahun. Skrg dah kena jaga & titikberatkan pasal tilam. Kena jaga kesihatan tido pun kena cukup.
ReplyDeletewww.liahasty.com
Aduhhh!!! pepagi nampak tilam nak sambung tidur la. This brand memang bagus all these while.
ReplyDeletebestnya kalau dapat seketul tilam ni...barulah nyenyak tidur kan
ReplyDeleteForever Love tu nampak selesa la, I memang tengah usha katil katil yang selesa supaya tidur lebih nyenyak dan tak sakit pinggang belakang. hopefully dapatlah satu huu
ReplyDeleteThis is my favorite bed and I also been sleeping on this brand for almost 2 years. Really helps on my back ache and my sleep never bad after since. I single recommend this to everyone as well.
ReplyDeleteRacheal
Tidur dengan tilam empuk menyebabkan tidur kita bertambah lena. Lebih nyeynye dan yang paling penting tiadalah sakit belakang hehe
ReplyDelete