Balm Bayi Tok Syed | Berasaskan Bahan Semulajadi dan Menjadi Pilihan Ibu-Ibu

09:08

Balm Untuk Bayi

Kak fiezz saja nak kongsi dengan korang balm untuk bayi yang berasaskan bahan semulajadi ni..Sekarang ni banyak dah balm untuk bayi dari pelbagai jenama..Pilih je yang mana nak..kak fiezz memang suka balm yang dari sumber semulajadi macam ni..Rasa selamat nak sapu kat badan kita atau bayi kita...Mesti ramai mak-mak yang lain macam kak fiezz,kan..Kalau boleh balm untuk bayi kita, mesti nak guna dari sumber semulajadi macam balm yang kak fiezz nak cerita kat entry ni..Jom berkenalan dengan balm untuk bayi dari salah satu jenama yang terkenal ni..


Balm Bayi Tok Syed

Balm bayi tok syed ni berfungsi untuk MELEGAKAN BATUK, SELSEMA & HIDUNG TERSUMBAT.  Diproses di kilang bertaraf GMP & menggunakan bahan-bahan semulajadi serta sesuai untuk bayi mahupun dewasa. Balm bayi tok syed ni dah menjalani proses R&D dengan begitu teliti & telah diperakui bahan-bahan utama dalam balm bayi tok syed ni akan memberi kesan yang positif kepada penggunanya...

Macam kak fiezz mention tadi, bahan yang digunakan untuk menghasilkan balm bayi tok syed ini adalah dari BAESWAX (LILIN LEBAH), MINYAK KELAPA DARA, MINYAK BUNGA MATAHARI & PATI MINYAK LAVENDER. Setiap satu bahan ni mempunyai fungsi yang berbeza. 

Baeswax (Lilin Lebah) - bahan asli yang dihasilkan dari lebah dapat membantu masalah radang kulit. 

Minyak Kelapa Dara - Telah terbukti di seluruh dunia, kebaikan dan manfaatnya.

Minyak Bunga Matahari - Diesktrak dari bijinya yang kaya nutrien seimbang. Mengandungi Vitamin E dan asid lemak omega 6 yang tinggi menjadikannya efektif untuk urutan luaran. 

Pati Minyak Lavender - Agen  utama yang berfungsi untuk mengurangkan tekanan. Bukan sahaja sebagai bahan aromaterapi, kebaikkannya untuk merawat demam & selsema telah terbukti.


www.fiezasani.xyz

www.fiezasani.xyz

Cara Penggunaan : 

1. Sapukan balm & urut perlahan-lahan pada tapak kaki
2. Urutan perlahan di belakang badan
3. Urutan perlahan di bahagian dada
4. Boleh juga disapu sedikit di bahagian 'T' muka

Antara testimoni yang berpuashati selepas menggunakan balm bayi tok syed

www.fiezasani.xyz

www.fiezasani.xyz

www.fiezasani.xyz


Kalau korang yg berminat nak dapatkan balm bayi tok syed ni, maklumat lanjut seperti di bawah ni ~


Website rasmi -  www.toksyed.com/
No. telefon HQ - 0168262990
Senarai pengedar yang sah - www.toksyed.com/stockist

You Might Also Like

8 Comment

  1. ramai blogger review balm bayi tok syed ni

    ReplyDelete
  2. Miza nak standby 1 untuk anak-anak

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama Miza,akak pun standby 1 kat rumah

      Delete
  3. Wah bestnya.. mama mmg suka product balm macm.ni baunya best

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul mama..yg balm bayi tok syed ni, saya suka bau dia..lembut je...

      Delete
  4. balm mcm ni mmg wajib la ada untuk ibu2 yg ada anak kecil, eh tap tak da anak pun ok, boleh guna utk diri sndiri, lagi best senang nak masuk beg senang nak bawa kalau travel kan...

    ReplyDelete
  5. selalu nampak pasal balm ni, sha dah terpikat dah ni

    ReplyDelete
  6. Satu lagi koleksi balm yang menjadi perhatian ciktie. Menarik! Ia punya packing pun comel je

    ReplyDelete